Tag Archives: Tok Awang Ngah

10) ~ Orang Tua Berserban Kuning

Demikianlah diberitahu oleh Meon kepada saya mengenai Ulung Bahar.

Dari apa yang diceritakan oleh Meon itu saya dapati dia bukanlah orang dukun yang mengamalkan cara
perubatan tradisional. Kalau dukun tentulah dia menggunakan ramuan seperti bunga-bunga, bertih direndang, kemenyan dan sebagainya.
Cara yang dilakukan oleh Ulung Bahar ketika mengubat Orang Besar samalah seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Tua Mahat, Aki Sahak dan Tok Aji.
Berbeza dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, Tok Aji adalah guru agama yang mempunyai madrasah sendiri.
Sebab itulah saya berminat sangat mahu bertemu muka dengan Ulung Bahar ini.
Saya datang ke rumah Meon di Gombak kira-kira jam 9.00 malam kerana mahu menetapkan hari bilakah dia akan balik ke kampungnya. Memang saya tertarik hati mahu mengenalinya.

Ulung Bahar hanya menggunakan doa- doa tertentu saja dari ayat-ayat Quran, dan bukannya menggunakan jampi mentera. Dia juga tidak menggunakan ramuan seperti bertih, kemenyan, limau, bunga-bunga sebagaimana yang lazim digunakan oleh dukun-dukun.
Inilah persamaan yang dapat saya lihat antara Ulung Bahar dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak.

“Macam ustaz buat apa lagi jumpa Ulung Bahar…” kata Meon sebaik saja saya masuk ke rumahnya.

“Orang macam tu patut kita jumpa” jelas saya lalu duduk.

“Orang tua banyak pengalaman…” ujar saya tertawa.

“Saya agak orang macam ustaz ni memang suka sangat Ulung Bahar nak berjumpa” isteri Meon menyampuk.

“Ah, apa sangat saya ni…” saya serba salah bila dikatakan begitu.

Sebenarnya saya baru setahun
mengenali Meon dari seorang kawan.
Kawan saya itu mengidap sakit lelah beberapa tahun. Meon telah membawakan dia berjumpa dengan Ulung Bahar. Katanya penyakit lelahnya itu sudah beransur baik.

Dialah yang membawa saya pula bertemu dengan Meon.
Dari Meon pulalah saya mendengarbcerita Ulung Bahar mengubat Orang Besar yang hilang tenaga kelelakian itu. Tidak lama kemudian Simah isteri Meon meminta masuk ke bilik kerana dia merasa pening kepala. Tinggallah saya dengan Meon berbual-bual kosong. Pada mulanya saya tidak berniat untuk lama di rumah Meon, tetapi bila Meon bercerita mengenai beberapa kisah di kampungnya yang melibatkan Ulung Bahar, saya tertarik hati pula mahu mendengarnya.

Kata Meon, satu waktu dulu
kampungnya diganggu oleh lembaga hitam pada setiap malam. Lembaga hitam ini akan masuk ke dalam rumah dan mencabul wanita-wanita dengan sesuka hatinya. Kebanyakan wanita itu tidaklah diperkosanya, hanya
dibukakan pakaian wanita berkenaan, kemudian dia melarikan diri.
Bagaimanapun Ketua Kampung enggan melaporkan kepada polis, kerana orang-orang kampung mahu menangkap sendiri, siapakah yang melakukannya.

Seorang janda beranak terjerit bila tiba-tiba satu lembaga hitam menjelma di depannya. Jeritannya hanya sekaligus saja, kerana selepas itu dia terus kebingungan akibat dipukau oleh lembaga berkenaan. Lembaga hitam itu telah membuka pakaian janda tadi hingga tidak tinggal sebenang pun. Sebelum lari meninggalkan wanita tersebut dia memangkahkan kapur pada kemaluan janda itu.

Satu malam sampai lima enam orang diganggunya. Dia tidak peduli samavada anak dara, janda atau isteri orang, semua diganggunya. Setelah ditelanjangkan dia akan memangkah kemaluan wanita tersebut dengan kapur. Apakah tujuannya tidak pula diketahui.
Anehnya rumah-rumah yang
berdekatan dengan Ulung Bahar tidak pula diganggunya.

Apabila diberitahu pada Ulung Bahar dia juga tidak dapat memberi jawapan.
Katanya sukar juga mahu
memerangkap lembaga hitam itu, kerana tidak tahu rumah mana yang akan diganggunya.

“Kalau kita tahu rumah siapa mahu diganggunya, mudahlah kita memerangkap dia…” jelas Ulung Bahar.

“Apa tujuannya lembaga hitam ni Ulung?”

Ketua Kampung hairan denganbsuasana yang melanda kampung.

“Ah, ilmu sesat. Ilmu orang tak ingat Allah…” beritahu Ulung Bahar selamba.

Bagaimanapun tiap-tiap malam Ketua Kampung mengarahkan penduduk- penduduk kampung berkawal malam.
Lembaga hitam itu pula bagaikan tahu di mana penduduk-penduduk kampung berkawal. Dan dia akan datang mengganggu rumah yang jauh dari kawalan.

Sebenarnya Ulung Bahar boleh
memerangkap lembaga hitam
berkenaan sekiranya mendapat
kerjasama dari penduduk-penduduk kampung. Sayangnya, penduduk- penduduk kampung sendiri tidak mahu bersatu apabila diajak berkumpul di surau. Ulung Bahar mengajak mereka membaca Yassin beramai-ramai supaya lembaga hitam itu tidak dapat lagi masuk mengganggu.
Tetapi sebahagian besar penduduk mahu menangkap lembaga hitam itu.

Mereka mahu tahu siapakah orangnya yang berani melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Disebabkan Ulung Bahar enggan menerima cadangan orang-orang kampung yang berdendam mahu menangkap lembaga hitam tersebut, maka mereka telah menemui seorang dukun bernama Pak Musiro.

Pak Musiro mendakwa dialah yang menjadi guru kepada lembaga hitam yang mengganggu orang-orang kampung. Mengikut cerita Pak Musiro seorang pemuda telah datang menemuinya untuk belajar ilmu ghaib.
Bila ditanya siapakah pemuda
berkenaan, Pak Musiro tidak mahu menerangkannya.

“Nantilah, bila dapat kita tangkap, kalian semua akan tau…” kata Pak Musiro.

Pak Musiro ini dipercayai memiliki ilmu ghaib. Pernah di zaman pemerintahan Jepun dia mahu ditangkap oleh askar-askar Jepun.
Tetapi askar-askar Jepun tidak
menemuinya. Semasa darurat juga gerila komunis mahu menangkapnya, tetapi tidak dapat dikesan di mana dia bersembunyi.

Satu hari seekor babi hutan telah masuk ke kampung menyerang beberapa orang penduduk. Tetapi apabila terserempak dengan Pak Musiro babi hutan itu berpusing-pusing mencari Pak Musiro. Sempat pula Pak Musiro mengasah parangnya sebelum menetak kepala babi itu sampai tersungkur mati.
Mungkin kerana mendengarkan cerita kehebatan Pak Musiro inilah pemuda berkenaan ingin sangat mempelajari ilmu ghaib dari orang tua tersebut.

“Ilmu ghaib macam mana yang kau nak belajar?” tanya Pak Musiro.

“Ilmu ghaib yang ada pada Pak Musiro” sahut pemuda berkenaan.

“Ilmu ghaib ni ilmu jahat…” beritahu Pak Musiro menjelaskan kepada pemuda itu.

“Tetapi kalau mahukan ilmu supaya tidak ditemui oleh musuh, kau boleh amalkan dari Surah Yassin” dia menerangkan selanjutnya.

“Saya bukannya ada musuh…” kata pemuda itu tersengih-sengih.

Pak Musiro telah menerangkan satu cara yang paling sulit dilakukan dengan harapan pemuda tersebut tidak jadi meneruskan usahanya mahu menuntut ilmu ghaib.

Lagi pun Pak Musiro bukanlah bersungguh-sungguh mengajarnya. Dia hanya menerangkan satu perkara yang dia sendiri tidak pernah melakukannya. Pendek kata apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro itu hanyalah rekaan semata-mata.

Kata Pak Musiro. “Kalau kau berani cubalah”.

“Cuba macam mana?” pemuda itu mendesak.

“Aku ingat lebih baik tak usah”
Dia masih lagi mencari akal apakah cerita yang hendak direkanya.

“Saya sanggup buat apa pun Pak
Musiro” tegas pemuda berkenaan.

Akhirnya Pak Musiro mendapat satu akal. Dia percaya tentu pemuda itu tidak akan sanggup melakukannya.
Memang kalau orang yang waras fikiran pun merasa tidak munasabah dengan apa yang disebutkan oleh Pak Musiro.

“Apabila ada orang mati, kau ambil abuk papan lahad yang diketam.Dibakar dan ambil abunya. Lepas itu semasa mayat sedang dimandikan, kau masuk ke bawah rumah tempat mayat itu dimandikan dan taburkan abu papan itu di kepala…” ujar Pak Musiro tersengih-sengih kerana pemuda tadi percaya sangat dengan apa yang dicakapnya.

“Lepas tu apa saya nak buat?” tanya pemuda berkenaan dengan yakin.

“Kalau ada apa-apa datang, kau curilah apa saja barangnya” kata Pak Musiro seterusnya.

“Lagi…” pemuda tersebut sedikit pun tidak ragu-ragu akan cerita Pak Musiro.

“Kalau ada sesiapa mengejar kau carilah sungai, dan cepat-cepat menyeberang” ujar Pak Musiro.

Pemuda itu mengangguk lemah. Terasa padanya terlalu berat mahu melakukan seperti yang diterangkan oleh Pak Musiro. Namun dia tidak sedar bahawa Pak Musiro hanya berolok-olok saja untuk melemahkan semangat dia dari meneruskan cita-citanya mahu belajar ilmu ghaib.

Bagi Pak Musiro orang yang akan mengejar sekiranya pemuda itu meneruskan cita-citanya mestilah keluarga si mati. Tentulah mereka marah apabila ada orang melakukan perbuatan demikian semasa si mati dimandikan. Sebab itulah dia sentiasa tersengih-sengih bila memberitahu demikian.
Selepas itu Pak Musiro tidak tahu apa yang berlaku ke atas pemuda tadi.

Apabila orang-orang kampung gempar dengan kejadian lembaga hitam mengganggu dan datang menemuinya,
Pak Musiro mula teringatkan kepada pemuda yang pernah menemuinya untuk belajar ilmu ghaib itu. Hanya orang yang melakukan ilmu halimunan saja yang boleh hilang dari pandangan orang ramai.

Orang-orang kampung menjadi bingung kerana lembaga hitam itu boleh masuk ke dalam rumah mangsa mengikut lubang yang boleh ditembusi angin.
Bagaimana rapat dikunci pun pintu dan tingkap, dia boleh masuk selagi ada lubang yang boleh ditembusi angin.

Setelah berjanji untuk menangkap lembaga hitam tersebut, Pak Musiro pun bersiap-siap dengan ramuan dukunnya. Dia menyediakan tujuh jenis bunga, tujuh biji limau dan tujuh geluk air yang diambil dari tujuh batang sungai. Dia akan memanggil lembaga hitan itu datang ke rumahnya dan akan menggunakan ‘pasung bumi’ iaitu ilmu kebatinan yang mengunci musuh tidak dapat mencari jalan keluar untuk melarikan diri.
Penduduk-penduduk kampung yang ditugaskan membantu Pak Musiro juga bersiap sedia di sekitar rumah Pak Musiro. Mereka akan menyerbu sebaik saja mendapat isyarat dari Pak Musiro.

Kira-kira jam 9 malam, Pak Musiro memulakan tugasnya. Dia mencucukkan tujuh batang lidi kepada setiap biji limau dan direndamkan ke dalam tujuh geluk yang berisi air dan tujuh jenis bunga.

Kemudian Pak Musiro membakar kemenyan sambil mulutnya kumat-kamit membaca mentera.
Lama dia membaca menteranya, tiba- tiba dia hilang dari pandangan orang ramai. Selepas itu mereka terdengar bunyi pergelutan di sekitar rumah itu.

Meon yang ditugaskan oleh Pak Musiro membakar kemenyan apabila dia sudah hilang dari pandangan, terus membakar kemenyan yang siap dijampi oleh Pak Musiro.
Orang ramai mahu membantu tidak dapat kerana masing-masing tidak nampak siapakah yang bergelut. Hanya barang-barang di dalam rumah itu saja tunggang-langgang seperti dirempuh.

Mereka semua menjadi cemas juga kerana tidak tahu siapakah akan tewas dalam pergelutan itu. Dalam masa mereka tidak ketahuan itu tiba-tiba Pak Musiro terpelanting di hadapan mereka. Termengah-mengah Pak Musiro menahan kesakitan. Mulutnya kelihatan berdarah dengan seluruh badannya calar balar.

Pak Musiro terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedar diri. Orang-orang kampung semakin cemas melihatkan Pak Musiro tidak sedarkan diri setelah dipercayai bergelut dengan lembaga hitam yang mengganggu penduduk- penduduk kampung selama ini.

Dua hari Pak Musiro tidak sedarkan diri. Nafasnya mengombak-ngombak.
Kuku kaki dan tangannya sudah
menjadi lebam. Melihatkan keadaan Pak Musiro semakin tenat Meon pun menyuruh isteri Pak Musiro memanggil Ulung Bahar. Orang-orang kampung selama ini tidaklah menganggap Ulung Bahar sebagai dukun, tetapi sebagai orang tua yang banyak pengalaman saja. Lagi pun Ulung Bahar sendiri tidak suka dirinya dipanggil dukun seperti Pak Musiro.

Jiran-jiran masih ramai berkumpul di rumah Pak Musiro semasa Ulung Bahar datang. Ketua Kampung juga ada sama menziarahi Pak Musiro. Mereka semua merasa terhutang budi kepada Pak Musiro yang sanggup menyabung nyawa untuk menyelamatkan
penduduk-penduduk kampung.
Ulung Bahar memegang kepala Pak Musiro. Kesan calar-balar di tubuhnya juga menjadi lebam.

“Musiro bernasib baik…” keluh Ulung Bahar perlahan.

“Dia hampir berjaya, tetapi tak ada orang membantu. Musuhnya hampir kalah, tetapi cepat mendapat bantuan” katanya macam kesal.

Kekesalan yang terpancar di mata Ulung Bahar, ialah orang-orang kampung hanya berharap kepada Pak Musiro semata-mata. Mereka tidak tahu bagaimana harus membantu bila seseorang seperti Pak Musiro menentang gangguan syaitan. Kalau ada salah seorang darinya azan, sudah tentu Pak Musiro lebih mudah menjalankan tugasnya. Disebabkan tidak ada sokongan itulah Pak Musiro dapat ditewaskan.

“Minta aku air sejuk segelas…” Ulung Bahar meyuruh isteri Pak Musiro ambilkan air.

“Meon, ambil wudhuk” perintahnya lalu berpaling pada Meon.

Tidak bertangguh Meon mengambil wudhuk.

“Azan…” katanya lagi sambil mencapai gelas air yang dihulurkan oleh isteri Pak Musiro.

“Jangan berhenti selagi
aku tak suruh” dia memberitahu Meon.

Meon pun azan seperti yang disuruh oleh Ulung Bahar. Kira-kira sepuluh kali Meon azan barulah disuruh berhenti oleh Ulung Bahar. Ketika ini dia merenung ke dalam gelas air di depannya. Ulung Bahar tersenyum sedikit bila merenung ke dalam gelas.

“Bodoh!” itu saja yang orang ramai dengar terkeluar dari mulut Ulung Bahar.

Selepas itu mereka melihat mulut Ulung Bahar terkumat-kamit dengan mata terpejam rapat.

Sebenarnya Ulung Bahar sudah
ternampak Jalit abang Meon sedang diubat oleh seorang lelaki tua berserban kuning. Jubahnya juga kuning seperti kain Sami Buddha.
Apabila mereka berdua nampak Ulung Bahar mereka cuba melarikan diri.

Ketika ini Pak Musiro sudah menunggu di muka pintu, lalu mereka bertarik- tarikan. Sebelah tangan Jalit ditarik oleh lelaki tua berserban kuning itu, manakala sebelah lagi ditarik oleh Pak Musiro.

“Kau ajar dia jadi jahat!” pekik Pak Musiro menendang dada lelaki tua berserban kuning itu.

“Bukankah kau yang suruh dia datang kepada aku?” lelaki tua itu mengejek.

“Aku tak suruh…!” sahut Pak Musiro marah.

“Jangan pula kau berdalih” lelaki tua berserban kuning itu menampar muka Pak Musiro.

“Kau suruh dia datang belajar dengan aku, sekarang kau nak berdalih!” ujarnya masih memaut tangan Jalit.

Sementara Jalit pula menjadi bingung tidak bertindak apa-apa walaupun tangannya dipegang oleh orang tua berserban kuning dengan Pak Musiro.
Terkejut juga Pak Musiro bila dituduh demikian. Dia tidak pernah menyuruh Jalit menuntut dari sesiapa pun.

Semua pertengkaran ini dilihat oleh Ulung Bahar. Tetapi yang menerima akibat dari pertentangan itu ialah Jalit dan Pak Musiro sendiri. Mereka berdua yang cedera, manakala lelaki tua berserban kuning itu tidak menanggung apa-apa kecederaan.

Setiap tendangan kaki Pak Musiro yang menyinggahi dada lelaki itu semuanya menuju ke sasaran dada Jalit. Seolah-olah Jalit menjadi perisai pelindung lelaki tua berkenaan apabila  Pak Musiro membuat tendangan.

“Jalit cakapkan siapa yang suruh kau datang menemui aku?” soal orang tua berserban kuning.

“Pak Musiro…” beritahu Jalit.

“Jangan berdusta Jalit!” marah benar Pak Musiro bila Jalit menuduh dia demikian.

“Bukankah Pak Musiro menyuruh aku curi kulit papan yang diketam untuk papan lahad?” Jalit mengingatkan Pak Musiro.

“Pak Musiro suruh aku bakar, Pak Musiro suruh aku ambil abunya. Pak Musiro suruh aku mandi bawah air mandi mayat. Pak Musiro suruh aku taburkan abu kulit papan ke kepala aku…!” jelasnya bergema memukul gendang telinga Pak Musiro.

“Cukup…!” pekik Pak Musiro marah.

Merah padam mukanya bila
mengingatkan balik peristiwa dia menipu Jalit yang bersungguh-sungguh sangat mahu belajar ilmu ghaib. Rupa- rupanya Jalit betul-betul melakukan seperti apa yang disuruhnya, padahal dia hanya mereka-reka supaya Jalit lemah semangat.

Sebaik saja diberitahu oleh Pak Musiro petua-petua mencari ilmu ghaib, Jalit tidak memikirkan sama ada Pak Musiro memperolok-olokkan dia atau tidak. Dia sudah nekad akan mencuba seperti apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro. Ilmu yang dituntut mestilah atas keyakinan diri sendiri. Sama ada ajaran guru itu betul atau salah tidak boleh difikirkan.

Inilah pendirian Jalit apabila menerima peraturan yang disuruh oleh Pak Musiro kalau mahukan ilmu menghilangkan diri.
Kebetulan tidak lama kemudian ada orang meninggal dunia di kampung itu.
Jalit terus menziarahi si mati dengan nekad akan melakukan seperti yang dikatakan oleh Pak Musiro.

Semasa orang mengetam papan untuk dibuat papan lahad, Jalit terus mengumpulkannya dan membawa keblubang sampah. Pada penglihatan orang ramai Jalit sangat rajin membantu dengan membuangkan sampah tersebut.
Di situ dia membakar sampah papan diketam tadi. Abunya dibungkus dengan sapu tangan. Dia menunggu sehingga mayat dimandikan di atas rumah kira-kira jam 12 tengah hari.

Orang ramai tidak menyedari bahawa dia sudah pun mencangkung di bawah rumah bersetentangan dengan mayat hendak dimandikan. Sebaik saja derau air yang mula dari mayat itu jatuh ke bawah rumah, teruslah menimpa kepala Jalit yang sudah ditaburkan dengan abu sampah papan diketam.
Belum pun selesai mayat itu
dimandikan, Jalit nampak lelaki tua datang bertongkat ikut sama mandi bersamanya. Lelaki itu tidak bercakapbsepatah pun.

Sebelum masuk mandi bersama dengan Jalit, dia meletakkan serban kuningnya pada gelegar rumah, manakala tongkatnya tetap dipegang di tangan.
Jalit memerhatikan apakah barang yang harus dilarikannya dari orang tua itu. Kalau mahu dilarikan tongkat, orang tua itu masih menggenggam tongkatnya erat-erat. Akhirnya terlintas di kepalanya untuk melarikan serban yang tersangkut pada gelegar rumah.
Itu saja barang yang ada pada orang tua itu tidak dipakainya.

Setelah melihat orang tua itu asyik mandi di bawah air mandian mayat tadi, Jalit pun meluru mencapai serban kuning yang tersangkut di gelegar.
Serentak dengan itu dia mendengar orang tua itu menjerit memanggil dia dan mengejarnya dari belakang. Jalit pun lari sekuat hati menuju ke arah sungai. Dia sempat menyeberang sungai. Orang tua yang mengejarnya dari belakang tadi tidak dapat menyeberang.

“Pulangkan serban aku!” pinta orang tua tersebut.

“Tidak…” sahut Jalit berbangga dengan kejayaannya melarikan serban orang tua yang sama-sama mandi air mayat tadi.

“Sekarang serban ni kepunyaan aku. Kalau kau mau marilah menyeberang sungai ke sini…” dia megejek-ngejek.

“Memang aku nak beri kau” orang tua itu tersenyum.

“Memang aku tau kau berhajat sangat hendakkan ilmu ghaib. Kau boleh memakai serban itu, tetapi ada syaratnya” beritahu orang tua itu.

“Apa syaratnya?”

“Senang saja…”

“Kalau aku tak ikut syarat?”

“Aku ambil semula serban”

“Ah! aku tak percaya!” Jalit cuba
mengelak dari syarat yang hendak dikenakan oleh orang tua tersebut.

Orang tua itu menunding jarinya ke arah Jalit. Dengan tiba-tiba saja serban kepunyaannya melayang dari tangan Jalit terus masuk berlingkar ke hujung tongkat. Jalit terlopong dengan tindakan orang tua berkenaan.
Ternyata dia tidak dapat melawannya.

Jalit tidak mempunyai apa-apa
kelebihan bagi mempertahankan diri dari tindakan orang tua tadi. Dia hanya melakukan seperti apa yang disuruh oleh Pak Musiro dengan tidak bertanyakan lebih lanjut bagaimana kalau dia tidak boleh melawan dugaan.

“Sekarang kau percaya atau tidak?” tanya orang tua itu ketawa berdekah- dekah mengejek Jalit.

Pucat muka Jalit. Dia percaya dirinya tidak akan dapat lari ke mana. Kalau serban di tangannya lagikan mudah dirampas kembali oleh orang tua itu, tentulah dia juga tidak akan dapat  melarikan diri.

“Aku percaya…” sahut Jalit lemah.

“Cakaplah apa syaratnya?” tanya Jalit mengharapkan pertolongan dari orang tua tersebut.

“Kau mesti mencabul 44 orang
perempuan!” ujar orang tua itu
memberikan syaratnya.

“Tetapi ingat, kau tidak boleh menodaibseorang pun…” katanya memberi amaran.

Lama Jalit berfikir sama ada mahu menerima syarat tersebut atau tidak.
Alang kepalang dia sudah pun hampir mencapai maksudnya. Cuma syarat itu saja mesti dilakukan.

“Ingat 44 orang perempuan dalam masa dua minggu!” tegas orang tua itu lagi.

“Baiklah, aku sanggup” Jalit memberi pengakuan.

“Kau mesti tandakan sebagai bukti kau telah mencabulnya!” katanya lagi.

“Baiklah!” sahut Jalit tegas.

Serban kuning itu dipulangkan semula kepadanya. Apabila dipakai di kepala Jalit merasakan dirinya boleh berlari kencang. Dia boleh melompat melepasi sungai. Alangkah gembiranya kerana dapat memenuhi maksudnya.

“Kalau kau tak berjaya mencabul 44 orang perempuan, serban itu aku ambil semula” beritahu orang tua itu menghilangkan diri dari pandangannya.

Untuk memenuhi tuntutan itulah Jalit terpaksa melakukan perintah orang tua berjubah dan berserban kuning itu.
Apabila dia balik ke rumah hari itu diabtelah bertemu Meon sedang mengembala lembu masuk ke kandang.
Jalit memanggil Meon, tetapi Meon berpusing-pusing mencari suara Jalit yang memanggilnya.

Apabila serban itu ditanggalkan barulah Meon melihat dia. Meon juga tidak nampak serban yang dipegang di tangannya. Sejak itulah kegemparan berlaku di kampung itu mengenai lembaga hitam mengganggu perempuan.

Setiap malam sekurang-kurangnya tiga orang perempuan telah dicabul. Kemaluannya dipangkah dengan kapur. Kesemua mangsa mengakui bahawa mereka tidak dinoda boleh lembaga hitam tersebut.
Hinggalah Jalit tidak dapat mengelak bila bertembung dengan Pak Musiro.

Dia sudah berjaya mencabul hampir 30 orang perempuan bila namanya diseru oleh Pak Musiro. Apabila dia mahu menyerah kalah kepada Pak Musiro, orang tua yang memberikan dia serban kuning itu datang menjelma. Orang tua itu memerintahkan dia supaya menentang Pak Musiro.

Terpaksalah Jalit menentang Pak Musiro. Tetapi setiap kali memberi tentangan, serangan Pak Musiro terlalu keras. Dia tidak dapat bertahan dari serangan Pak Musiro. Mujurlah orang tua berjubah kuning itu datang menolongnya. Orang tua itu meresap ke dalam tubuhnya lalu sama-sama menyerang Pak Musiro. Akhirnya Pak Musiro terpelanting tidak berdaya lagi untuk bangun menentang.
Jalit juga mendapat cedera parah.

Bagaimanapun cederanya dapat diubat oleh orang tua yang menolongnya.
Hinggalah Ulung Bahar datang
menjelma, barulah Pak Musiro kembali bertenaga untuk melepaskan dia dari genggaman orang tua tersebut.

“Kenapa kau lari?” jerkah Ulung Bahar bila melihat orang tua berserban kuning bergegas-gegas menarik Jalit, tetapi ditahan oleh Pak Musiro.

“Kau takut pada aku?” kata Ulung Bahar menghentakkan tumitnya ke lantai rumah Jalit.

Terpekik Jalit bila Ulung Bahar
menekan tumitnya ke lantai. Orang tua berserban kuning itu tertawa berdekah- dekah bila Jalit terpekik.

“Kau takkan menang Bahar…” ejeknya menyakitkan hati Ulung Bahar.

Pak Musiro juga masih memaut tangan Jalit. Dia tidak berjaya melepaskan Jalit dari orang tua berkenaan.
Kalaulah Pak Musiro dapat melepaskan tangan Jalit dari genggaman orang tua itu, tentulah mudah bagi mereka menyerang orang tua tadi.

Syaitan yang menjelma sebagai orang tua itu berjaya menggunakan Jalit menjadi pelindungnya apabila diserang oleh manusia.
Tetapi Ulung Bahar bukan semudah itu hendak ditentang oleh syaitan. Dia tidak putus asa apabila Jalit dijadikan pelindung syaitan. Ulung Bahar terus azan hingga menggegarkan kawasan rumah Jalit. Pak Musiro tetap berpaut pada tangan Jalit walaupun gegaran bertambah kuat.

“Musiro, kuatkan zikir kau…” Pak Musiro mendengar Ulung Bahar membisikkan sesuatu ke telinganya.

Pak Musiro mengangguk.
Dia berzikir mengingatkan kudrat dan iradat Allah. Ketika ini dia merasa gegaran itu tidak menyusahkan dirinya. Pak Musiro terselamat dari gangguan gegaran apabila Ulung Bahar azan. Hanya orang tua itu saja terhumban ke kiri ke kanan tidak dapat berjejak. Gegaran semakin kuat.

“Nanti…” orang tua itu merayu
meminta Ulung Bahar berhenti azan.

Tetapi tangannya tetap berpaut pada Jalit.

“Lepaskan Jalit dulu…” perintah Ulung Bahar.

Dia tidak memberhentikan azannya. Semakin galak Ulung Bahar azan berulang kali, semakin kuat gegaran di sekitar rumah Jalit. Orang tua itu terumbang ambing macam bertih direndang dalam kuali terlompat ke kiri ke kanan.

“Tolong berhentikan! Aku tau kau tak sama dengan Musiro.

Aku kalah dengan kau, tolong…” rintihnya memanjang.

“Lepaskan Jalit dulu…” tegas Ulung Bahar.

Selagi dia tidak melepaskan Jalit, Ulung Bahar tidak akan berhenti azan.
Tidak tahan dengan gegaran yang semakin kuat orang tua itu terpaksa melepaskan Jalit. Sebaik saja Jalit dilepaskan, Ulung Bahar menyuruh Pak Musiro lindungkan Jalit. Dia tahu Jalit tidak bersalah. Jalit hanya terpengaruh dengan ilmu sesat yang ditunjukkan oleh syaitan.

“Aku tak bermusuh dengan kau” gerutu orang tua itu marah.

“Aku bermusuh dengan Musiro, biarkan saja Musiro melawan aku” ujarnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.

“Kalau kau tak mahu bermusuh dengan aku, biar aku yang bermusuh dengan kau” sindir Ulung Bahar.

“Jangan! Aku tak mahu bermusuh dengan kau…!” sahut orang tua itu lemah.

“Aku nak bermusuh dengan kau…!” jerkah Ulung Bahar.

“Mengapa pula?” dia sengaja mencari jalan mahu mengelakkan diri dari bertentang dengan Ulung Bahar.

“Memang syaitan musuh aku!” balas Ulung Bahar menampakkan kebenciannya.

“Aku nak berlawan dengan
Musiro…” beritahu orang tua itu lagi.

“Kenalah langkah mayat aku dulu!”

Ulung Bahar terus mencabar.
Orang tua itu berlegar-legar mahu menerkam ke arah Pak Musiro. Belum sempat dia menerkam, Pak Musiro menendang dadanya. Terpelanting orang tua itu akibat ditendang oleh Pak Musiro. Masa ini dia tidak dapat lagi menggunakan Jalit sebagai pelindungnya. Dia terpaksa menanggung sendiri kesakitan akibat tendangan kuat dari Pak Musiro.

Marah benar dia ditendang oleh Pak Musiro. Cepat-cepat dia bangun mahu membalas semula. Dia menerkam tetapisempat dielak dengan pantas oleh PakMusiro.

“Di depan Bahar kau memang
handal…” bentak orang tua itu marah.

“Baca Fatihah Musiro…” bisik Ulung Bahar.

Pak Musiro membaca Fatihah tiga kali.
Satu putaran angin kencang memutar orang tua tersebut seperti uri gasing berputar ligat. Jeritan orang tua itu bergaung di dalam putaran angin kencang itu. Lama dia diputar angin kencang orang tua itu jatuh tersungkur di depan Pak Musiro.

“Sekarang kau nak lawan Musiro lagi?” kata Ulung Bahar mengejeknya.

Orang tua itu tidak dapat bergerak lagi selepas diputar angin kencang tadi.
Ternyata dia terlalu lemah untuk bangun semula. Selama ini dia tidak gentar kalau menentang Pak Musiro.

Walaupun Pak Musiro dukun terkenal, tetapi dia tahu mempermainkan Pak Musiro. Apabila kalah dia akan berundur buat sementara dulu.
Kemudian akan datang semula
mengganggu.

Tetapi dengan Ulung Bahar dia tidak berpeluang mahu mengelak. Ke mana saja bersembunyi dapat diekori oleh Ulung Bahar. Sebab itulah sedapat- dapatnya dia mahu mengelak dari bertemu dengan Ulung Bahar.

“Sekarang kau lawanlah Musiro…” ulangi Ulung Bahar.

“Kau tolong dia, fasal itu aku tak
terlawan” rintihnya menyimpan
dendam pada Pak Musiro.

“Aku tak tolong dia, kau yang tak terlawankan dia” Ulung Bahar mengejeknya.

Orang tua itu bangun terhuyung
hayang. Dia masih berdendam pada Pak Musiro. Sebaik saja dia mahu menerkam, Ulung Bahar membisikkan ke telinga Pak Musiro supaya membaca Surah Al-Ikhlas, Pak Musiro membacanya tiga kali. Tiba-tiba bukit bukau berterbangan menimpa ke arah orang tua itu. Jerit orang tua itu bergema menahan kesakitan.

Pak Musiro melihat orang tua tersebut terhimpit di bawah bukit bukau yang berterbangan menimpanya. Apabila dia membuka mata, dilihatnya Ulung Bahar ada di sebelahnya.

Malam itu juga Pak Kadut ayah Meon datang memanggil Pak Musiro kerana Jalit diserang sakit sesak nafas tiba-tiba.
Alangkah terperanjatnya dia bila diberitahu Pak Musiro masih belum pulih dari sakit.

Bagaimanapun Ulung Bahar mendoakan segelas air dan menyuruh Pak Kadut membawanya pulang. Air itu hendaklah diberi minum pada Jalit dan disapukan ke dadanya.

“Itulah ceritanya ustaz…” kata Meon mengingatkan semula kisah abangnya tersalah tuntut ilmu.

Sebelum saya balik malam itu, kami telah berjanji fasal mahu menziarahi Ulung Bahar. Ketika saya mahu balik terdengar Simah isteri Meon memekik dari dalam bilik. Bergegas-gegas Meon masuk ke bilik bila mendengar isterinya memekik sebentar tadi. Sebentar kemudiannya dia keluar semula dalam keadaan cemas.

“Jangan balik dulu ustaz…” katanya rusuh.

“Tolong tengokkan Simah dulu” ujarnya tidak ketahuan.

“Astaghafarullah hala’zim…” keluh saya mengikut Meon mendapatkan isterinya di bilik.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Cerita, Ibadah, Ilmu, Perawatan, Renungan, Tok Awang Ngah

11) Tok Awang Ngah ~ Sumpah Keturunan Pelesit

Sehingga pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas.
Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ.
Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur hilang bila saya
meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon.
Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon.
Tetapi mengapa dia merasa tidak
senang dengan Meon, dia sendiri tidak tahu. Mujurlah Meon dapat bersabar dengan perangai Simah. Kalaulah tidak bersabar memang sudah lama rumahtangga mereka runtuh. Meon dapat memikirkan tentulah ada masalah lain menyebabkan Simah berperangai benci saja melihat Meon.
Bila hatinya senang Simah tetap
menunjukkan kasih sayangnya
terhadap Meon. Sebab itulah Meon dapat memahami bahawa Simah memang ada gangguan lain
menyebabkan dia berperangai sentiasa benci saja melihat dia apabila tiba masa hatinya tidak tenang.
Memang Meon berhajat untuk
membawa isterinya menemui Ulung Bahar. Jadi, kedatangan saya ke rumah Meon pun, memang ada kaitannya dengan cadangan Meon untuk membawa Simah berubat kepada Ulung Bahar.

“Dah lama ke Simah sakit macam ni?” tanya saya bila Simah semakin kuat mengerang-ngerang sebaik saja saya masuk ke biliknya.

“Sejak saya kahwin memang inilah sakit idapannya” ujar Meon lemah.

“Sabar sungguh awak, Meon…” kata saya.

Meon terdiam. Terkejut juga dia bila saya kata demikian. Pada anggapannya saya mengatakan sabar disebabkan dia boleh bertahan demikian lama dengan Simah. Saya dapat menangkap akan perasaan Meon bila saya memberitahu demikian tadi.

Oleh itu cepat-cepat saya
menyambung, “Maksudnya, kau tak bawa Simah berubat. Lama sangat kau bersabar membiarkan Simah macam ni…” jelas saya supaya Meon tidak terkeliru dengan kata-kata saya itu.

“Inilah saya nak bawa jumpa Ulung Bahar nanti” keluh Meon memerhati isterinya mengerang-ngerang sakit kepala.

Simah isteri Meon ini berasal dari Air Tawar, Perak. Sejak berkahwin dengan Meon lima tahun dulu jarang mereka balik ke kampung Meon, di Temerloh.
Lagi pun memang Meon tidak
menyangka Simah mengidap penyakit demikian, sebab itulah dia tidak cepat- cepat membawa bertemu Ulung Bahar. Baru kebelakangan inilah Meon menyedari Simah sebenarnya sakit.
Kadangkala bila sakit kepalanya
menyerang dia akan memaki hamun Meon. Mula -mula dulu terkejut juga Meon sampai hampir-hampir diabmenceraikan Simah. Apabila Simah pulih semula, dia sendiri tidak tahunapa yang telah dicakapkannya kepada Meon.
Kebetulan saya berhajat mahu bertemu dengan Ulung Bahar, maka Meon bercadang membawa Simah berubat sekali dengan Ulung Bahar.

“Cubalah ustaz tengokkan dulu…” kata Meon semakin rusuh melihat isterinya mengerang-ngerang sakit kepala.

“Sakit kepala lain ni Meon” jelas saya merasakan bulu roma saya meremang seram sejuk.

“Kalau dia melawan tak terkawal dek kita. Cubalah kau telefon adik kau di Datuk Keramat suruh dia datang. Kalau ramai nanti panjang juga ikhtiar kita…” saya menyuruhnya menelefon adiknya Jamlus di Datuk Keramat.

Saya tahu Meon mempunyai adik di Kuala Lumpur tinggal di Datuk
Keramat. Sudah dua tiga kali kami bertemu di rumah Meon itu. Kalau ada saudara mara Meon tidak segan jugalah saya mahu mencuba mengetahui punca penyakitnya.
Cepat-cepat Meon menelefon Jamlus adiknya. Di samping itu dia juga memanggil jirannya. Dalam keadaan demikian masing-masing kelam kabut.juga melihat keadaan isteri Meon sambil menuduhnya mati pucuk kerana sudah lima tahun berkahwin masih belum mendapat anak.
Bagi Meon maki hamun demikian
sudah perkara biasa kepadanya. Dia tidak tersinggung kalau Simah
bercakap demikian. Tetapi bagi jiran-jiran yang baru datang menjengah terkejut juga dia mendengar kata-kata Simah itu. Tidak lama kemudian kira- kira jam 11.30 Jamlus datang bersama isterinya. Terkejut juga dia apabila Meon menelefon fasal Simah sakit. Tentulah sakit Simah berat menyebabkan abangnya menelefon dia suruh datang segera.

“Kita bawa hospital aje…” kata Jamlus sebaik saja melihat kakak iparnya mengerang-ngerang kesakitan.

“Boleh jadi migraine. Elok cepat kita bawa ke hospital” gesanya tidak sabar lagi melihat Simah menggelepar di atas katil.

“Sabar dulu…” sahut Meon menahan kerusuhan hatinya.

Jiran-jiran yang lain juga mendesak supaya Simah dibawa ke hospital memandangkan keadaannya menggelepar seperti ayam kena sembelih. Saya masih berfikir apakah cara yang harus dilakukan dengan keadaan yang demikian. Keadaan demikian begini bukanlah baru kali pertama saya tempuhi, sebab itu saya tidak tergopoh-gopoh sangat melihat keadaan Simah itu.

“Kak Simah ni kena migraine agaknya.Jangan sabar-sabar lagi, bawa aje ke.hospital” desak Jamlus lagi.

Tetapi Meon yakin Simah bukan
dihinggapi sakit migraine. Kalaulah Simah kena sakit migraine masakan dia akan memaki hamunnya. Menuduh dirinya yang bukan-bukan. Sehingga Simah tergamak mengatakan dia mati.pucuk kerana tidak mendapat seorang anak pun setelah lima tahun berkahwin.
Mujurlah dia dapat menahan sabar apabila dituduh demikian. Memang dia sedar Simah sakit, tetapi tidak dapat mempastikan sakit sebenarnya. Setelah ada ura-ura saya mahu menemui Ulung Bahar, barulah dia bercadang mahu mencuba membawa Simah berubat pada Ulung Bahar.

“Ada dukun di sini yang boleh kita
cuba?” saya bertanya pada Meon.

Meon menggeleng kepala tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah dukun di kawasan perumahan itu.
Maklumlah masing-masing sibuk
dengan tugas harian, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Inikan pula mahu tahu mengenai siapa.menjadi dukun di situ.

“Kita cari di Sungai Pusu…” seorang jiran memberitahu.

“Boleh juga kita panggil dukun tu” kata saya berpaling pada jiran yang memberitahu itu.

“Saya tak tau rumahnya” sahut dia serba salah.

“Tetapi saya dengar dia duduk di
Sungai Pusu. Kalau kena penyakit
macam ni, selalunya orang panggil dia” jelas jiran itu lagi.

“Kalau tak tau rumah macam mana nak cari malam-malam ni…” keluh Jamlus.pula.

Kata-kata Jamlus itu benar juga.
Sekiranya hari siang boleh juga
bertanya pada siapa-siapa yang
melintas di situ. Tetapi bila hari malam masakan mahu mengetuk rumah orang mencari dukun tersebut.

“Ah, Sungai Pusu tu bukannya besar sangat” seorang lagi jiran mencelah.

“Mari kita ke sana, kita carilah sampai dapat…” ujarnya mengajak Jamlus mencari dukun berkenaan di Sungai Pusu.

Setelah Jamlus dan jiran itu pergi,
keadaan Simah masih juga tidak
berubah. Dia menggelepar ke kiri ke kanan sambil mengerang sakit kepala.
Jiran-jiran yang datang menziarah tadi tidak keruan dengan keadaan tersebut.

“Sebelum dukun tu sampai, ustazlah,cuba-cuba dulu…” Meon menepuk bahu saya.

Saya tahu Meon memang ikhlas
meminta saya mendoakan supaya isterinya sembuh. Dalam masa setahun dia mengenali saya, memang dia sudah mengagak mestilah ada sebab mengapa saya berhajat sangat mahu menemui Ulung Bahar. Selalu juga dia bila terasa sakit gigi mengusik-ngusik suruh saya ubatkan. Tetapi tidak pernah saya penuhi.permintaannya.
Kalau dia mendesak juga saya suruh dia ke klinik gigi.
Bagaimanapun Meon tidak pernah berkecil hati kalau saya bersikap demikian. Pernah juga dia meminta saya doakan  supaya tidak basah terkena hujan, saya beritahu dia doa supaya tidak basah terkena hujan pakailah payung.

Semua ini adalah usik mengusik saja. Dia hanya mahu berolok-olok dengan saya, seperti juga dia pernah berolok- olok dengan Ulung Bahar.
Tetapi kali ini saya sedar Meon
bukanlah berolok-olok. Dia meminta dengan ikhlas. Saya menjadi serba salah dengan permintaan Meon, di samping keadaan Simah yang semakin membimbangkan. Dalam ingatan saya sudah tergambar mungkin ada benda.lain yang mengganggu menyebabkan.Simah cepat diserang penyakitnya apabila saya berada di rumah itu.
Hingga pukul 12.00 malam dukun dari Sungai Pusu yang dijemput oleh Jamlus masih belum datang. Jamlus juga tidak nampak muka hidung.
Memandangkan keadaan Simah
menggelepar-gelepar menahan sakit di kepalanya, saya pun meminta izin dari Meon untuk memegang kepala Simah.
Kira-kira dua minit saya memegang,kepalanya, tiba-tiba Simah bingkas bangun lalu meludah saya.

“Kau yang tukang kacau, laknat!”
bentak Simah macam mahu menerkam ke arah saya.

“Buat apa kau datang selalu ke sini, kau nak nikah dengan aku ke?” dia ketawa mengilai.

“Kau harus sabar Meon…” bisik sayaperlahan.

“Yang bercakap ni bukan Simah lagi, yang lain bercakap ni” kata saya menerangkan pada Meon.

“Saya tahu ustaz” jelas Meon merapati saya.

“Buatlah macam mana pun, memang saya tahu, fasal saya selalu ikut Ulung Bahar” ujarnya.

Simah terus berdiri dengan tangannya mahu mencengkam leher saya. Cepat- cepat Meon memegang pinggangnya membawa rebah semula ke katil.

“Meon, kau jangan jadi bodoh!” Simah meronta-ronta mahu melepaskan diri dari Meon.

“Inilah jantannya yang menggoda aku. Dia nak nikah dengan aku, tapi aku tak mau. Aku sayangkan kau Meon” dia merintih-rintih bagaikan merayu.

“Siapa hendakkan kau, aku pun tak mau” bentak Meon.

“Kau tak mahu pada aku?” mata Simah terjengil memerhati Meon.

“Aku tak mau..!” sahut Meon keras.

“Sekarang ceraikan aku…” Simah juga bersuara keras.

“Berambuslah kau” kata Meon.

“Lepaskan aku…!” Simah meronta- ronta sekuat tenaga.

“Lepaskan aku, biar aku berambus” dia membentak-bentak sambil menumbuk dada Meon.

“Kalau kau nak berambus,
berambuslah” jerkah Meon semakin kuat memaut pinggang Simah.

“Tapi, tinggalkan Simah tau!” katanya memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik keadaan Simah demikian.

“Kau gila, aku ni bukankah Simah” dia tertawa mengejek.

“Aku tau kau setan!” bentak Meon.

Dari cara Meon bercakap itu memang saya tahu dia juga menyedari akan penyakit isterinya. Tetapi selama ini dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan saya. Dia bimbang kalau saya mengetahuinya, nanti akan menyusahkan saya pula.
Memang Meon tahu akan gangguan syaitan tersebut. Tetapi apakah jenis gangguannya tidaklah diketahui.

“Sekejap lagi dukun Sungai Pusu
datang, kau rasa nanti!” Meon cuba mengugut.

“Ah, bapak dukun Sungai Pusu aku tak takut” balas Simah termengah-mengah mahu melepaskan diri dari Meon.

Beberapa orang jiran wanita juga turut sama membantu memegangkan kakinya.

“Dukun Sungai Pusu tu takut pada aku, takkan dia berani datang…!” dia tertawa macam menyindir Meon.

“Diam…!” herdik saya merenung muka Simah.

Ketika ini saya tidak nampak Simah lagi meronta-ronta di atas katil. Saya berada jauh dari rumah Meon di Gombak di sebuah bukit dekat Air Tawar di Perak.

“Diam,” kata aku.
“Sekarang kau datang ke sini, supaya aku bakar kau dengan Ayatul Kursi…!” saya terus membaca Ayatul Kursi sebanyak 17 kali.

Selesai saja saya membaca Ayatul Kursi wajah Simah bertukar menjadi seorang perempuan tua kurus dengan rambut menggerbang putih.
Perempuan tua itu mengilai ketawa mengejek-ngejek saya. Dia merenung saya bagaikan mahu menerkam, tetapi tidak dapat mara.

“Jangan nak sembunyi lagi!” suara saya semakin keras.

“Ah, merepeklah kau. Jangan cuba nak goda aku…” perempuan tua itu terkekeh-kekeh ketawa.

“Aku ni bini Meon, buat apa kau goda. Mentang-mentang Meon mati pucuk, kau fikir aku mudah tergoda dengan kau” dia cuba menyakitkan hati Meon yang mendengarnya.

“Kau fikir Meon bodoh” sahut saya sambil memerhatikan gerak gerinya yang mencari tipu helah.

“Kau dah tua, Meon tengok pun tak ada nafsu” saya pula menyakitkan hatinya.

Dia menjadi marah bila saya katakan dirinya sudah tua. Dia tetap mengaku dirinya Simah, walaupun saya sudah melihat akan rupa asalnya.

“Jangan kau nak berdusta!” saya
membaca Ayat Yassin dan
menghembuskan ke arahnya.

Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi.

“Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu” kata saya lagi.

Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah.
Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan, dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang.

“Anak aku ini akan mengajar kau…!” gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut.

Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya.
Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik.
Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang.
Bagaimanapun dia tidak dapat
menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah.
Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah.

“Aku sayang pada Simah ni…” ujar lelaki bertubuh kurus itu.

“Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?” suaranya lemah bagaikan meminta belas kasihan.

“Simah mahukah pada awak?” tanya saya.

“Ada masa dia mau, ada masa tak mau…” beritahunya perlahan berketar- ketar.

“Apa fasal dia tak mau?” saya
mengujinya.

“Dia kata saya mati pucuk…” ujarnya serba salah.

“Simah dah nikah dengan Meon”
jerkah saya memberi amaran.

“Kenapa awak ganggu dia lagi?” tanya saya keras sambil mengejeknya.

“Saya cintakan dia” jelasnya menangis tersedu-sedu.

“Buruk sangat rupa awak orang tua menangis…” sindir saya.

Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya.

“Dia inilah yang selalu kacau kita…!” kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya.

Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan.

“Dia nak pisahkan kita!” ujar
perempuan tua itu lagi.

“Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai”

Perempuan tua itu menangis teresak- esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan.
Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu ‘adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar.
Dari situ dapatlah saya fahamkan
bahawa memanglah sukar mahu
mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan.
Simah yang tidak tahu apa-apa
tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya.
Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggang oleh api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit.

“Jauhkan dia dari sini” rayu
perempuan tua itu kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya.

Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian beribu- ribu belalang menerpa ke arah saya.
Sebaik saja belalang-belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas akibat bau hangit belalang terbakar.
Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu.

“Aku datang mencari anak cucu aku…”
lelaki tua itu bersuara keras.

“Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami” katanya kesal dengan sikap saya menghalang tindakan dia.

“Simah tak perlukan awak lagi” sahut saya membentak.

“Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia” ujar saya memarahinya.

Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai- bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai-bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi.
Namun saya tetap bertenang
menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka.
Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga  hampir-hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin.
Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap.
Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita.
Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari- lari mahu menyelamatkan diri. Batu- batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya.
Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba.
Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu.
Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah- tengah dentuman petir serta kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan.
Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi.
Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan datang lagi mengganggu.
Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita- citanya untuk bernaung kepada Simah.
Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut.
Setelah yakin mereka tidak akan
mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi.
Rupanya ketika saya menghadapi
suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon.
Jamlus bertanyakan kepada saya
siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian.
Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi.
Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya.

“Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya” ujar Simah dalam keletihan.

“Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya..” jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi.

Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.
Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung.
Apabila pelesit itu tidak dapat
bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah-muntah darah seperti termakan racun.
Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman.
Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca-punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana.
Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri.
Tidak siapa pun tahu Tok Bani
memelihara pelesit. Malah isterinya sendiri Yong Saenah tidak tahu mengenai pelesit yang dipelihara oleh Tok Bani. Setelah berkahwin dengan Yong Saenah dia mendapat dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Selepas itu Tok Bani jatuh memanjat pokok menyebabkan dia patah pinggang.
Akibat dari kecederaan itulah Tok Bani hilang tenaga kelelakiannya. Bermula dari situlah keretakan rumahtangganya bermula, bila Yong Saenah mula bermain gila dengan anak muda. Tok Bani tidak boleh berbuat apa-apa, kerana kononnya Yong Saenah telah menggunakan bomoh untuk menundukkan Tok Bani. Walaupun Tok Bani tahu isterinya bermain gila dengan pemuda lain, dia tetap membisu saja.
Satu hari telah berlaku pertengkaran di antara Tok Bani dengan isterinya Yong Saenah, berpunca dari perbuatan Yong Saenah yang bermain gila itu.

“Kau dah tak ada jantan, buat apa nak cemburu” kata Yong Saenah menyindir.

“Kau dah mati pucuk, takkan boleh nak pandang alu sengkalan aje sepanjang masa…” ujar Yong Saenah mencabarnya.

Kata-kata Yong Saenah itu benar-benar menghiris perasaan Tok Bani.
Bagi mengubat hatinya yang luka, Tok Bani selalu membawa diri bila
terdengar ada anak muda datang
menemui Yong Saenah. Perasaan
marahnya tetap membara setiap kali terpandangkan wajah pemuda yang bermain gila dengan Yong Saenah. Ada juga hatinya mahu bertindak, tetapi terpaksa dipendamkannya saja bila teringatkan kata-kata Yong Saenah itu.
Satu malam, sebaik saja Tok Bani
terlihat anak muda yang bermain gila dengan isterinya masuk ke bilik, dia pun keluar merayau-rayau ke dalam kampung dengan tidak ada tujuan.
Ketika sampai berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan dia terdengar bunyi budak menangis.
Terasalah belas kesihan di hati Tok Bani mendengar tangisan bayi yang sangat menusuk kalbu. Dia pun mencari arah bunyi tangisan bayi itu hingga sampai ke kawasan tanah perkuburan. Semakin di hampirinya semakin kuat bunyi tangisan bayi tadi.
Tok Bani memberanikan hatinya untuk melihat siapakah yang menangis itu.
Sebaik saja sampai di tempat bunyi bayi menangis itu Tok Bani melihat satu bungkusan di dalam kain putih terselit pada perdu pokok mengkudu.
Dia memegang bungkusan itu, terasa lembik saja. Apabila hendak dibukanya bunyi tangisan itu menjadi kuat dan menggerunkan.

“Aku hanya nak menolong kau…” satu suara halus menegurnya.

Bila diselidiki oleh Tok Bani ternyata bungkusan kain putih itulah yang berkata-kata dengannya.

“Siapa kau?” tanya Tok Bani
keheranan.

“Aku pelesit” sahut suara itu.

“Kau nak tolong aku?” dia merasa gembira bila ada orang yang sanggup menolong dia.

“Iya, aku akan menolong kau…” pelesit itu memberi jaminan.

Pelesit itu sanggup memulihkan
semula tenaga batinnya, dan
menghapuskan siapa saja yang telah menodai Yong Saenah dengan menghilangkan tenaga batin orang itu pula. Malah dia juga berjanji akan menjaga harta benda Tok Bani dari diganggu oleh pencuri dan sebagainya.
Mendengarkan janji pelesit itu Tok Bani tidak berfikir panjang terus menerima saja pertolongan tersebut.

“Tetapi dengan syarat, kita sama-sama berteguhan janji” tegas pelesit itu
selanjutnya.

Tok Bani menerima juga syarat
berteguhan janji itu.

“Syaratnya kau jangan buang aku, dan bila sampai masanya hendaklah kau serahkan aku pada waris kau untuk menjaga aku…” kata pelesit itu lagi.

Tidak ada bantahan apa-apa dari Tok Bani. Dia menerima saja syarat tersebut, kerana pada fikirannya syarat itu bukanlah susah sangat.

“Setiap kali bulan mengambang kau datanglah ke sini, dan siramkan aku dengan darah ayam” pelesit itu mengingatkan dia.

Itu juga diterima dengan senang hati oleh Tok Bani. Setelah berteguhan janji Tok Bani pun membuka bungkusan tersebut. Dilihatnya seorang bayi belum bersifat sedang memegang botol kecil.
Bayi itu menyuruhnya mengambil botol seperti botol susu itu, dan di dalamnya ada seekor belalang.
Tok Bani pun mengambil botol itu
dibawa balik ke rumah. Disimpannya baik-baik botol berisi belalang tersebut.
Sejak itu siapa saja lelaki tidak berani lagi menggoda Yong Saenah. Siapa saja berani main gila dengan Yong Saenah alamatnya kena lemah tenaga batin seumur hidup. Puaslah mereka berubat ke mana-mana pun tidak akan dapat disembuhkan. Sementara itu Yong Saenah pula selepas itu sentiasa mahukan Tok Bani mendampinginya.
Akhirnya dia sendiri tidak mampu lagi mahu melayani Tok Bani. Terpaksa pula Yong Saenah meminangkan ramai anak-anak gadis untuk menjadi isteri Tok Bani. Apabila Tok Bani meninggal dunia, botol berisi belalang itu dibuang oleh anak cucunya ke sungai, kerana pada sangkaan mereka belalang permainan Tok Bani saja.
Itulah cerita yang dapat diketahui oleh Dukun Busu, ketika dia mengubat penyakit Jana. Bagaimanapun Jana tidak dapat diselamatkan juga. Dia meninggal dunia setelah menderita sekian lama.

“Macam itulah cerita dari aruah nenek saya dulu” beritahu Simah termengah- mengah keletihan.

“Insya Allah…” kata saya perlahan dan merasa simpati dengan keadaan yang dialami oleh keluarga Simah itu.

“Sementara kita bertemu Ulung Bahar, kita cuba buat lagi macam tadi. Moga- moga dia lari dari awak, sebab ianya bukan penyakit tapi benda permainan turun temurun” ujar saya menjelaskan kepadanya.

Leave a comment

Filed under Cerita, Ilmu, Perawatan, Renungan, Tok Awang Ngah