Bercakap dengan jin ~ 77 ~ Akibat memalukan orang

Akhirnya, anak Malik Cina terus pulih seperti sedia kala. Malik Cina terus menghubungi menantunya tentang keadaan isterinya yang sudah baik.
Tempoh yang dijanjikan sudah cukup. Saya dan datuk pun bersedia untuk meninggalkan rumah Malik Cina.
Isterinya menangis melihat saya dan datuk berdiri di ambang pintu untuk melangkah pulang.

“Bagaimana, kalau saya hantarkan,” Malik Cina kemukakan cadangan.

Datuk kerutkan dahi. Merenung ke kiri dan ke kanan halaman dengan wajah yang tenang.

“Tak payah, biar kami balik sendiri.”

“Bagaimana dengan kerja yang lalu, berapa upah dan pengerasnya?”

“Apa yang Allah kurniakan pada aku, adalah untuk kebaikan bagi menolong sesama manusia. Aku bukan mencari makan dengan kerja-kerja begini”

“Maksudnya?”

“Tak ada apa-apa bayaran.”

Malik Cina termenung panjang. Saya terus mengikat tali kasut. Tiupan angin terasa memukul dedaun telinga dan pipi saya.

“Boleh saya tahu, siapa yang membuat anak saya jadi begini,” cara mendadak isteri Malik Cina mengajukan pertanyaan.

Malik Cina kelihatan resah tidak keruan.

“Kenapa kamu tanya siapa yang
membuatnya?”

“Saya nak balas dendam, kalau boleh saya minta awak buat kerja tu, kalau upahnya satu ekar tanah pun, saya sanggup mengadakannya.”

“Membalas dendam dan ambil upah untuk merosakkan hidup orang lain itu bukan kerja saya,” suara datuk meninggi wajahnya nampak masam.

Datuk terus menggenggam penumbuk.

“Malik,” pekik datuk dengan wajah yang marah.

“Ya, kenapa?”

“Banyakkan bersedekah pada anak- anak yatim dan orang susah, selalulah baca Yasin setiap malam Jumaat, pohon doa, pada Allah minta jauhkan dari segala bala.”

“Ya saya faham, saya nak tahu
benarkah sakit anak saya dari buatan orang,” Malik Cma mengajukan pertanyaan.

“Itu aku tak tahu tetapi, aku rasa apa yang kau alami sekarang merupakan pembalasan dari Allah.”

“Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, says tak pernah menganiayakan orang, saya tak pernah buat orang susah.”

“Kau tak boleh cakap begitu, mungkin masa muda kamu dulu kamu pernah menipu atau memberi malu pada seseorang,” datuk menarik nafas panjang.

Isteri Malik Cina yang berdiam segera membenamkan pacak sanggul lintang pada sanggul yang seketul atas kepala.

“Itu saja yang nak saya katakan pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu berdua memikirkannya sama ada kamu berdua nak ikut atau percaya dengan cakap aku,” selesai sahaja datuk berkata-kata.

Ia terus menggeliat. Tangan saya ditariknya untuk menuruni anak-anak tangga yang dibuat dari kayu cengal.
Bila sahaja tapak kaki datuk memijak mata tangga terakhir. Malik Cina, menyebut nama datuk. Mereka berpandangan. Sinar mata Malik Cina redup tertampar ke wajah datuk.

“Ada apa lagi Malik?”

“Barangkali cakap kamu benar.”

“Maksud kamu?”

Malik Cina terdiam. Pandangannya dialihkan ke arah dinding rumah. Anak perempuannya yang datang cara mendadak di sisinya, renung muka saya, kemudian melangkah dengan tenang.

“Katakan apa saja Malik, aku bersedia mendengarnya,” pohon datuk.

Malik Cina turun menghampiri datuk. Bahu datuk dipegangnya. Dadanya nampak berombak. Wajahnya juga kelihatan rasa tidak menentu.
Malik Cina memaksa datuk duduk di mata tangga terakhir. Saya berdiri dekat mereka. lsterinya mungkin tidak mahu campur dalam urusan datuk dan Malik Cina, segera menuruti jejak langkah anaknya menuju ke ruang belakang.

“Kau betul dalam hal ini, dulu aku
meminang seorang perempuan, bila sampai waktu mahu menikah, aku tidak pergi ke rumahnya pada hal kedua orang tua gadis itu, sudah pun memanggil orang kampung, kaum kerabatnya sudah berkumpul,” Malik Cina membuka rahsia dirinya.

“Kenapa kamu buat macam tu Malik?”

“Saya cara mendadak tak sukakan dia, saya dah jatuh hati dengan isteri saya sekarang.”

“Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”

“Tidak, saya takut pada keluarga
perempuan tersebut, kalau saya pergi, tentu saya menerima padah yang buruk, saya buat tak tahu dan nikah dengan bini saya sekarang.”

Cerita dari Malik Cina itu, membuat datuk menarik nafas panjang. Rasa kecewanya terhadap perangainya Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin yang bertiup lembut terus menyentuh wajah saya dan datuk.

“Aku pernah dengar cerita macam tu, tapi aku tak menduga kau yang melakukannya,” kata datuk.

“Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.

“Aku tak ingat dari siapa?” Jawab datuk dan terus bangun.

Sarungkan kasut capal bertali dua ke kaki. Datuk melangkah dua tapak ke depan.
Datuk berhenti melangkah. Pusingkan badan dan berdiri berdepan dengan Malik Cina yang masih duduk di mata anak tangga terakhir. Bahagian tepi rambut Malik Cina nampak bergerak- gerak disentuh angin.

“Kalau dulu, kau pernah memalukan orang lain, sekarang kau sendiri merasakan balasannya. Ingat, kalau kita pernah menganiayakan orang satu hari kelak kita akan menerima padahnya, kalau tidak pada kita, mungkin pada anak cucu kita,” jelas datuk dengan tenang.

Malik Cina segera berdiri. Biji mata datuk ditentangnya.

“Saya sedar dan faham semuanya,”
balas Malik Cina lembut.

“Ingat mulai hari ini, bersibkan hatimu, jangan menganiayakan orang, jangan menjatuhkan maruah orang, buatlah baik sesama insan.”

“Ya saya berjanji.”

“Aku doakan kamu bahagia,” tenang sekali datuk bersuara.

Datuk bersalam dengan Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memeluk tubuh datuk. Mereka berdakapan penuh mesra. Saya hanya memerhatikan sahaja gerak-geri datuk dan Malik Cina.

“Biar saya hantar awak ke pekan
Sungai Siput,” Malik Cina
mengemukakan cadangan.

Datuk segera menjatuhkan sepasang tangannya yang merangkum tubuh Malik Cina.

“Tak payah, biarlah kami berjalan
kaki.”

“Kenapa pula? Naik kereta lagi bagus.”

“Terima kasih Malik, biar kami
berjalan.”

Malik Cina garu hujung dagunya
berkali-kali. Hatinya tidak berapa
seronok mendengar alasan yang
dikemukakan oleh datuk. Dua kali
tawarannya ditolak oleh datuk.

“Terkilan rasa hati saya, datang
dijemput, bila balik jalan kaki,” Malik Cina meluahkan rasa hatinya.

“Tak apalah ini permintaan tuan punya takdir, kenapa kamu nak susah hati.”

“Saya tahu, tapi kurang seronok.”

“Tak apalah, aku cakap ikhlas,” jelas datuk.

Datuk menarik tangan saya untuk
memulakan langkah.
Tiba-tiba isteri Malik Cina meluru ke arah kami. Di tangannya terselit sampul surat panjang berwarna kekuningan. Isteri Malik Cina hulurkan sampul surat itu pada datuk.

“Apa bendanya ni?” Datuk agak
terkejut.

“Duit, ada dua ratus ringgit untuk upah mengubati anak saya,” jelas isteri Malik Cina.

Datuk tergamam. Sampul surat di
tangan isteri Malik ditepisnya. Wang bertaburan .
Muka datuk serta-merta menjadi
marah. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya menggeletar menahan rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.

“Malik,” jerit datuk sekuat hati.
Malik Cina segera menghampirinya.

Wajah isteri Malik Cina yang pucat segera bertukar menjadi kemerah- merahan. Wang yang bertaburan atas tanah dikutipnya sehelai demi sehelai dan disumbat ke mulut sampul surat.

“Bukankah sudah aku katakan, aku bukan mencari rezeki dengan
mengubati orang, aku sekadar berusaha yang menentukannya Allah, mengapa perkara yang aku benci ini kamu lakukan pada aku? Apa kamu mahu menguji aku,” datuk meledakkan apa yang ada dalam hatinya.

“Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.

Mukanya nampak cemas.
Datuk termenung. Perlahan-lahan ia menatap wajah isteri Malik Cina yang keadaannya tidak tentu arah.

“Maafkan aku, aku tak berniat nak menjatuhkan air muka kamu, maafkan aku,” nada suara datuk dibalut rasa kesal yang memanjang.
Datuk terus beristighfar beberapa kali.

“Maafkan aku,” ulang datuk.

“Saya maafkan,” balas isteri Malik Cina.

Datuk gembira mendengar kata-kata yang diluahkan oleh isteri Malik Cina.
Dan Malik Cina pula berkali-kali minta maaf pada datuk kerana kesalahannya tidak memberitahu isterinya, tentang pantang larang yang diamalkan datuk.

“Wang itu kau sedekah pada anak-anak yatim, pada fakir miskin atau hadiahkan pada masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk membaiki mana-mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut datuk menyatakan pada Malik Cina dan isterinya.
Mereka anggukkan kepala.

“Aku nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh,” beritahu datuk pada Malik Cina.

“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.

“Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat.”

“Lagi.”

“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan Allah untuknya.”

“Lagi?”

“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya
menyelesaikan hutang.”
Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan datuk.

Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.

“Lagi apa faedahnya amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.

“Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah sakitnya akan sembuh,” jelas datuk.

“Lagi?”

“Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”

“Lagi.”

“Jika orang itu berdagang atau
merantau di negeri orang. Ia tetap
dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi oleh sesiapa,” datuk terbatuk.

“Banyak faedahnya,” kata isteri Malik Cina.

“Ya, dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan sempurna,” datuk meraba angkal dagu.

Ia renung muka saya, memberi isyarat untuk memulakan perjalanan.

“Tapi, kamu sekeluarga harus
mengamalkannya, terutama anak
kamu, supaya sakitnya tidak berulang lagi,” datuk mengingatkan Malik Cina dan isteri.

Datuk bersalaman dengan Malik Cina. Kemudian saya pula bersalaman, Saya rasakan genggaman Malik Cina cukup erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan saya pulang.

“Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang dituju,” ujar Malik Cina pada datuk.

“Semoga Allah memberkati dan
menyelamatkan keluarga kamu dari sebarang bencana,” jawab datuk.

Malik Cina tunduk tetapi, di kelopak mata isterinya tergenang air jernih. Saya renung ke arah rumah Malik Cina. Saya lihat anaknya berdiri di muka pintu merenung ke arah saya. Memang, anak perempuan Malik cantik sungguh. Secara diam-diam saya tertarik dengan kecantikannya. Kalau saya disuruh menatap wajahnya selama dua tiga jam, saya sanggup melakukannya.

“Eh tengok apa tu, kamu tahu dia bini orang,” terdengar suara datuk memukul gegendang telinga saya.

Cepat saya menoleh ke kanan, Malik Cina tersenyum ke arah saya. Toleh ke kiri isteri Malik Cina juga tersenyum.
Saya terasa malu dan untuk
menghilangkan nasa malu itu, saya terus melangkah dengan cepat mendahului langkah datuk.

“Cucu awak dah besar, dah ada
perasaan pada perempuan,” saya
terdengar suara Malik Cina.

Kata-kata itu menyindir diri saya. Saya terdengar ketawa datuk pendek. Ketawa itu juga saya rasakan menyindir diri saya. Menyesal saya renung ke rumah Malik Cina. Kalau saya renung tadi, tentu saya tidak diketawakan dan jadi bahan bualan mereka. Batin saya terus merungut, penuh nasa kesal.
Saya terus melangkah. Saya tidak
peduli sama ada datuk mengikuti saya dari belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka. Semuanya menyakitkan hati.

Saya terus melangkah.
Bila sampai dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia menyuruh saya jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat wajahnya. Saya masih terasa malu kerana rahsia diri saya sudah diketahuinya. Saya berdoa semoga datuk tidak menimbulkan perkara itu pada saya. Sesungguhnya, saya tidak rela malu untuk kali kedua pada datuk.

Hati saya terasa lega. Datuk tidak
menimbulkan perkara tersebut. Kami terus melangkah seiring di bawah hembusan bayu yang datang dari arah sebuah bukit yang letaknya di pinggir Kampung Bahagia.

Kicau burung yang menyanyi di
pepohon kiri kanan jalan amat
menyeronokkan. Matahari pagi yang berada di paras pucuk kelapa dara bersinar lembut. Kabus nipis kelihatan bangkit perlahan-lahan di puncak banjaran Titiwangsa. Bayu pun menggerakkan dedaun menghijau.

Indahnya alam ciptaan Allah. Kata
nenek, kalau kita mengkagumi
keindahan alam ciptaan Allah, kita
harus bersyukur dan memuji-Nya.
Kemudian bandingkan betapa
kerdilnya diri kita dalam keindahan alam itu. Nenek juga berkata, orang-orang yang tinggal di kawasan alam semulajadi.

Selalunya hidup aman dan panjang umur, Sentiasa tenang. Sebabnya mereka jadi demikian, kerana mereka selalu bersyukur pada Allah secara tidak langsung mereka mendekati diri dengan-Nya. Dan orang-orang yang selalu mendampingi dirinya dengan Allah, selalu merasa hahagia meskipun pada lahirnya mereka nampak susah dan sukar.
Kekayaan dan pangkat serta
penghormatan tidak bererti, kalau batin manusia yang mewah itu tidak tenteram. Sebabnya kebahagiaan tidak terletak pada kekayaan. Kebahagiaan terletak pada had. Bila hati tenteram, jiwa pun bersih dan wajah pun berseri.

Itu pendapat nenek yang tidak pernah ke sekolah. Susah juga untuk saya mempercayainya tetapi, kata nenek lagi, bila saya bertambah tua dan sudah mengalami rempah-ratus kehidupan, barulah saya tahu, apakah cakapnya itu benar atau tidak. Macam-macam yang datang dalam kepala saya.

Tiba-tiba saya dan datuk sudah pun sampai ke bibir jalan raya Ipoh – Kuala Kangsar. Saya duduk di batu tepi jalan sambil mengusik-ngusik rumput semalu. Rumput yang kembang segar itu akan terus mengecut bila saya usik dengan hujung sepatu.

Datuk terus merenung ke arah
kenderaan yang lalu lalang di jalan raya. Saya terus resah. Sudah berada di tepi jalan raya, datuk masih belum beritahu saya ke mana harus pergi? Ini yang susahnya mengikut datuk. Ia tidak mempunyai rancangan yang tertentu.

Saya segera mendekati datuk. Ia
tersenyum sumbing memandang ke arah saya. Ia bagaikan tahu dengan apa yang bergolak dalam diri saya.

“Kita ni nak ke mana tuk?”

“Ke Bakap, dekat Batu Gajah.”

“Bukan nak pergi ke pekan Sungai Siput?”

“Kamu berjalan ikut aku, apa yang aku buat kamu ikut saja jangan banyak cakap. Belum apa apa dah nak mengajar orang tua.”

Perasaan saya tersentap mendengar kata-kata datuk itu. Ditanya jawapannya kena marah. Tidak ditanya hati resah. Memang serba salah jadi cucu pada datuk yang selalu beranggapan yang cucunya tudak pandai dan mesti patuh dengan cakapnya.

Datuk menahan bas yang mahu ke Ipoh. Saya disuruh naik dulu. Saya memilih tempat di bahagian belakang. Tetapi datuk tidak setuju dengan tempat yang saya pilih itu. Ia suruh saya pilih tempat duduk yang berhampiran dengan pemandu.

“Jangan biasakan bila naik bas duduk di belakang.”

“Kenapa tuk?”

“Tak bagus, kalau ada kejadian yang tak diingini kita susah bertindak, sebaik-baiknya pilih di bahagian tengah.”

“Sebabnya tuk?”

“Kalau diserang komunis dari depan kita dapat bersedia begitu juga kalau diserang dari arah belakang.”

“Tapi, kita duduk di bahagian depan sekarang tuk?”

“Tak apa kerana aku rasa perjalanan kali ini selamat.”

Saya diam. Tidak kuasa mengajukan sebarang pertanyaaan padanya. Bas terus meluncur. Saya terus terlelap. Saya terkejut bila bas berhenti dengan tiba-tiba. Saya gosok kedua belah mata dan renung kiri dan kanan. Apa yang saya lihat ialah kebun getah yang subur.

“Kita ni di mana tuk?”

“Kita baru meninggalkan Pekan
Chemor.”

“Kenapa has ni berhenti di tengah hutan tuk.”

“Kamu tengok tu,” datuk meluruskan telunjuknya ke arah belukar kecil di kiri bas.

Saya terkejut, saya lihat lebih dari dua puluh orang lelaki memakai baju seragam dengan topi leper berbucu lima. Di tangan mereka lengkap dengan senjata api.

“Itu askar tuk,” kata saya.

“Bukan, itu komunis,” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-katanya.

Tiga orang anggota komunis naik ke bas. Seorang berdiri di tangga bas.
Seorang berdiri di bahagian tengah. Dan seorang di bahagian belakang bas. Saya amati, yang berdiri di tangga bas.

Orang India. Di tengah bas, orang Cina dan di bahagian belakang orang Melayu. Saya kira yang berdiri di tengah adalah ketua mereka. Manakala di luar bas kelihatan lebih dari dua puluh anggota komunis duduk dalam belukar. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah bas.
Penumpang bas yang sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu dan Cina serta beberapa orang India kelihatan cemas. Pemandu bas diarahkan turun oleh komunis berbangsa India. Wang yang ada pada penjual tiket bas dirampas oleh komunis berbangsa Cina. Penjual tiket juga disuruh turun.

“Sekarang, semua orang bangun,
letakkan duit, jam tangan, emas dan apa yang kamu bawa dekat pintu bas, kalau kamu membantah kami tembak. Keluar satu-satu,” perintah komunis Melayu yang berada di bahagian belakang bas.

Semua penumpang bas patuh. Semua barang yang mereka bawa diserahkan pada pihak komunis. Bila sudah turun dari bas. Kami disuruh berbaris.
Seorang anggota komunis melakukan pemeriksaan pada diri penumpang.

Semua kad pengenalan bas dirampas dan dikumpulkan di tanah lapang untuk dibakar.
Dua orang pemuda Melayu dihentak oleh anggota komunis dengan buntut senapang. Sebabnya, kedua pemuda Melayu itu tidak mahu menyerahkan rantai leher yang dipakai. Saya lihat pemuda Melayu itu jatuh terlentang dan mulut mereka berlumuran darah.

Datuk hanya melihat peristiwa itu dengan tenang. Dahinya nampak berpeluh dipanah sinar matahari yang garang. Saya kira ketika itu, lebih kurang pukul sebelas pagi.

“Ingat siapa tak mahu dengar cakap kami inilah padahnya,” kata anggota komunis berbangsa Melayu.

Anggota komunis bangsa India dan Cina menegakkan ibu jarinya memuji tindakan anggota komunis bangsa Melayu itu.

“Ini hari gua kasi power sama lu, lu boleh bikin apa saja,” kata anggota komunis Cina (ketua) pada anggota komunis bangsa Melayu.

Sedangkan anggota komunis bangsa India ketawa. Matanya merenung tajam pada gadis India berkulit cerah. Berusia sekitar 18 tahun.

Gadis India yang memakai sari itu nampak gelisah. Berkali-kali ia merenung wajah ibunya. Tetapi, anggota komunis bangsa India itu terus melihatnya terutama di bahagian perut gadis India yang dibalut oleh kain sari.

“Lu suka sama dia, kalau suka ambil bawa masuk hutan,” ujar ketuanya.

“Nanti dulu,” jawab anggota komunis bangsa India.

Keadaan ketika itu memang
mencemaskan. Pemandu kenderaan yang lalu-lalang di situ, buat tidak kisah dengan apa yang terjadi. Mungkin mereka menyangka bas yang berhenti itu rosak.

“Eh budak, kenapa kamu tak serahkan cincin yang kamu pakai” anggota komunis menghampiri saya.

“Ini bukan emas, ini suasa, orang lelaki haram pakai emas,” kata saya.

“Sekarang kasi sama kami.”

“Tak boleh,” saya berkeras.

“Kuranggg ajjjjar punya budak.”

Muka saya ditampar dan perut saya ditendang. Saya berguling-guling dibumi menahan kesakitan. Saya melolong minta tolong pada datuk. Saya lihat datuk tidak juga bertindak. Dan anggota komunis Melayu itu mengangkat buntut senapangnya untuk menghentak kepala saya.

Belum pun sempat buntut senapang itu hinggap di kepala saya. Datuk menerpa ke arah anggota komunis tersebut. Ia menendang senapang ditangan anggota komunis tersebut. Senapang itu terpelanting dan terus meletup. Salah seorang anggota komunis yang berdiri tidak jauh dari situ menjerit dan terus rebah. Perutnya yang ditembusi peluru mengeluarkan darah yang banyak.

Tendengan datuk itu disusuli dengan penumbuk. Anggota komunis itu tersandar di pangkal getah. Bila ia cuba bangun, datuk bagaikan terbang menerkam ke arahnya. Satu tendangan hinggap dibahagian kiri perutnya. Anggota komunis itu terus lembik di situ.

Suasana menjadi tegang. Dalam
beberapa saat sahaja anggota komunis terus mengerumuni datuk. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah datuk. Saya menjadi cemas dan datuk menjadi kaku. Tetapi, ekor matanya terus mengawasi anggota komunis di sekilingnya.
Anggota komunis berbangsa India menghampiri datuk. Tanpa berkata apa-apa, ia melepaskan penumbuk ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan terus menyambar pergelangan tangannya.

Dengan sekuat hati, datuk menolaknya ke kanan, Ia terperosok dalam perdu nanas. Pistol yang terselit di pinggangnya terpelanting lalu jatuh di depan datuk. Tanpa membuang masa datuk terus memijak pistol itu hingga terbenam dalam tanah.

“Tangkap dia dan tembak,” ketua komunis yang berbangsa Cina mengeluarkan perintah.

Belum pun sempat datuk menoleh ke kanan, tiga orang anggota komunis memeluk tubuhnya dengan kejap. Anggota komunis bangsa India yang terperosok dalam perdu nanas segera bangun. Wajahnya nampak bercalar.

“Ikat dan tembak dia,” katanya marah sambil melempar tali sabut pada kawannya.

Datuk kelihatan tenang. Ia membiarkan anggota-anggota komnunis itu membelitkan tali sabut ke tubuhnya. Datuk ditarik macam lembu menuju ke pangkal pokok Petai. Datuk terus diikat di situ.

“Sekarang suruh orang-orang yang turun dari bas naik ke bas semula, suruh diaorang tengok kita tembak orang tua yang nak mampus ni,” ketua komunis bangsa Cina mengeluar arahan pada anggota komunis bangsa Melayu.

Arahan itu segera dipatuhi.
Penumpang bas kembali ke tempat duduk masing-masing. Tetapi, pemandu bas dan penjual tiket tidak dibenarkan naik bas. Mereka disuruh berdiri tidak jauh dari pintu bas.

“Eh kamu budak, mari sini, kamu duduk sini, kamu tengok macam mana orang tua ni mampus,” anggota komunis bangsa India bersuara lalu menarik tengkuk baju saya.

Saya disuruh duduk bertinggung
menghadap ke arah datuk. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemas dan takutnya saya ketika itu.

Ditengah suasana tengah hari yang terik dan perit itu, saya rasa kulit muka saya bagaikan mahu terbakar. Baju saya basah diresapi peluh. Saya menangis tersedu di depan datuk.

“Tamar, jangan menangis, tidak ada manusia yang boleh memisahkan roh dari jasad seseorang, jika tidak
diizinkan oleh Allah, janganlah kamu takut pada mereka,” kata datuk berpandangan sama sendiri.

Dua tiga orang daripada mereka
menjuihkan bibir dan sebahagian yang lain senyum dan ketawa kecil.

“Sekejap lagi kamu tahu, siapa besar, Allah kamu atau peluru senapang, masa itu kamu boleh minta tolong dengan Allah,” sindir anggota komunis bangsa Melayu.

Datuk hanya diam sahaja. Wajahnya kelihatan aman tenang sekali. Saya terus mengesat air mata, ketika itu juga saya terdengar suara jeritan burung helang, panjang dan amat nyaring sekali. Saya lihat ke langit, saya lihat burung helang itu terbang berlegar-legar di atas kepala kami.

Menurut petua orang tua-tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala dan berpusing-pusing waktu tengah hari, itu tandanya orang yang berada di bawahnya akan menemui kesusahan, bagi mengelakkan perkara itu terjadi, orang yang mendengarnya harus memukul pangkal pokok besar sekuat hati, dengan harapan dapat didengar oleh burung helang, dengan itu burung helang tersebut akan terbang ke tempat lain.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Perawatan, Renungan

7) ~ Mayat Menjadi Berat Tetiba

Madrasah Tok Aji dibina di depan rumahnya saja. Ramai penuntut- penuntut yang datang belajar di situ.Ada yang datang dari Johor, ada yang datang dari Pahang, ada yang dari Selangor dan ada yang datang dari Negeri Sembilan. Saya ikut sama belajar di madrasah Tok Aji, kerana ayah saya lebih suka. saya memulakan pelajaran pondok.Itu pun dihantar pada sebelah petang saja, kerana paginya ayah mahu saya belajar di sekolah Melayu atau sekarang ini di sekolah rendah.

Kegiatan saya masa di madrasah Tok Aji ini memang cergas. Saya pernah memenangi pertandingan syarahan seluruh daerah bagi murid-murid sekolah agama termasuk sekolah pondok. Ustaz Noor yang membimbing saya hingga menjadi johan syarahan itu sangat gembira.Tetapi yang hendak saya ceritakan di sini bukanlah pengalaman ketika sayamengaji di madrasah Tok Aji.
Saya tertarik dengan beberapa cerita Tok Aji mengenai kisah masa remajanya ketika di Sumatera lagi.Seperti saya telah jelaskan, Tok Aji adalah berasal dari Sumatera. Kemudian merantau ke Tanah Melayu ketika umurnya sudah meningkat dua puluhan.

Sebelum datang ke kampung di daerah saya dan bernikah dengan nenek saya iaitu emak ayah saya, Tok Aji sudah menikah di Semenyih,Selangor. Dia juga menikah di Singapura dan di Kota tinggi, Johor.Apa yang Tok Aji ceritakan ialah pengalamannya semasa di Sumatera dari arwah ayahnya. Ketika ini seorang pelajar bertanya kepada ayah Tok Aji mengenai tingkah laku orang yang nazak, sama ada mereka yang tersenyum itu sudah ternampak ganjaran baik dari Allah.

Ayah Tok Aji menerangkan belum tentu orang yang nazak itu tersenyum kerana ternampak ganjaran dari Allah.Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Boleh jadi orang yang tersenyum tatkala nazak itu sedang mendengar janji-janji iblis yang menunggu peluang, manakala orang yang masam mukanya itu sedang memarahi iblis yang cuba mengganggu.

“Kita tak tahu rahsia itu…” jelas Tok Aji semasa mengajar apabila saya sudah mula dewasa.

Tok Aji juga menceritakan tentang seorang yang terkenal sebagai ahli agama di Sumatera, yang mempunyai madrasah sendiri. Dia juga digelar orang ulama di kampung tersebut.

Ulama ini mempunyai seorang anak yang mempunyai kelulusan dari Mesir.Satu hari ulama itu pun meninggal dunia. Selang beberapa hari selepas kematiannya orang-orang kampung menjadi terkejut melihat seekor harimau sedang wirid di atas masjid.Apabila dipandang dari belakang rupanya seakan-akan ulama yang baru meninggal dunia itu.

Tiap-tiap waktu Maghrib harimau berkenaan dilihat ada di tempat ulama itu selalu duduk. Disebabkan orang-orang kampung takut dengan kehadiran harimau tersebut, mereka pun memberitahu kejadian itu kepada anaknya.

Setelah dilihat oleh anaknya,jelaslah kepada dia memang harimau itu adalah jelmaan dari ayahnya.Alangkah anehnya seorang ulama apabila mati telah menjelma menjadi harimau. Sebagai orang yang berpelajaran tinggi dalam agama, si anak tadi terus datang kepada harimauyang sedang wirid itu.Berkatalah si anak,

“Ayah, apa boleh buat kehendak Allah begini. Kita tak boleh menolak iradatNya. Bagaimanapun janganlah ayah datang lagi ke sini, kerana orang-orang kampung takut dengan keadaan ayah sekarang”.

Mendengarkan kata-kata si anak itu maka harimau itu menangis. Air matanya mengalir dari pelupuk mata,dia hanya mengangguk-angguk seolah- olah faham akan kata-kata manusia.Kemudian dia dipimpin oleh si anak turun dari masjid lalu dibawa balik ke kuburnya. Dia ghaib sebaik saja sampaike atas kubur.

“Rahsia demikian pun hanya Allah saja yang Maha Mengetahui…” Tok Aji menerangkan .

Memang seronok mendengar Tok Aji bercerita mengenai pengalamannya semasa menerangkan sesuatu kejadian yang dianggap aneh oleh orang. Kerana bagi Tok Aji tidak ada satu kejadian pun di muka bumi ini yang aneh, disebabkan semua itu adalah di dalam kudrat dan iradat Allah belaka.

Dalam masa Tok Aji bercerita mengenai pengalamannya inilah Dolah Moyok datang termengah-mengah mencari Tok Aji. Tergagap-gagap Dolah Moyok bila ditanya mengapa dia tercungap-cungap macam dikejar anjing gila. Lama Dolah Moyok jadi ayam berak kapur, barulah dia dapat bertenang.

“Mengapa kau ni, ada apa halnya?” Tok Aji geli hati dengan kelakuan Dolah Moyok termengah-mengah berlari mendapatkan dia di madrasah.

“Mak, minta Pak Aji datang ke rumah” jelas Dolah Moyok masih lagi tercungap-cungap menahan mengah.

“Apa halnya?” Tok Aji mendesak.

“Dia suruh Pak Aji datang aje..” beritahu Dolah Moyok tidak ketahuan.

Disebabkan Dolah Moyok tidak dapat menerangkan maka Tok Aji tidaklah bertanya lebih lanjut. Sebaliknya dia tersengih-sengih geli hati melihatkan telatah Dolah Moyok.

“Kau balik dulu, nanti Pak Aji datang” kata Tok Aji.

Dolah Moyok terus balik. Dia tidak peduli sama ada Tok Aji datang atau tidak. Dia pun tidak mahu menunggu Tok Aji.Tetapi Tok Aji tahu Dolah Moyok itu bodoh-bodoh alang. Salahnya, Mak Munah sendiri yang mengharapkan anaknya itu. Sudah tahu Dolah Moyok bodoh-bodoh alang mengapa diserahkan pada dia membuat urusan.Bagaimana kalau Tok Aji menyangka urusan itu tidak penting, dan dia sengaja lambat datang?

Puas memikirkan mengapa Dolah Moyok datang tergesa-gesa, barulah Tok Aji mengambil keputusan mahu melihat segera masalah yang dihadapi oleh Mak Munah. Kalau tidak perkara mustahak tentulah Mak Munah tidak tergesa-gesa menyuruh Dolah Moyok menjemput.

Bagaimanapun Tok Aji mengajak nenek pergi bersama.Ketika Tok Aji sampai di rumah Mak Munah keadaan di dalam rumah itu muram. Mak Munah menangis teresak- esak. Dolah Moyok duduk di sudut serambi terkebil-kebil mata. Dua tiga orang jiran sudah pun sampai terlebih dulu dari Tok Aji. Melihat keadaan ituTok Aji menjadi bingung.

“Mengapa ni…?” tanya Tok Aji memerhatikan Mak Munah.

“Abang Aji dah lambat…” Mak Munah mengongoi hiba.

“Mengapa?” ulangi Tok Aji.

“Masuklah ke dalam” katanya dengan tidak menerangkan apa-apa.

Tok Aji tidak membantah. Dia terus masuk ke dalam mahu memastikan apakah yang menyebabkan Mak Munah muram. Apabila dia masuk ke dalam dilihatnya anak gadis Mak Munah terlentang tidak bergerak. Darah mengalir di mulut gadis itu. Nafasnya juga tidak berombak-ombak lagi seperti sewaktu Dolah Moyok berkejar mendapatkan Tok Aji.

“Milah, Abang Aji” jelas Mak Munah tersedu-sedu.

“Milah dah tak ada, dah tak ada”.

Dia masih mengongoi menahan kesedihan yang menimpa ke atas anak gadisnya itu.Milah baru berumur 16 tahun. Orangnya memang cantik, sebab itu di kampung dia dikenali dengan panggilan Milah Cantik. Kerana kecantikan Milah, ramai pemuda-pemuda yang terpikat kepadanya. Tetapi bukanlah senang mahu memikat Milah.Milah masih boleh mengawal dirinya dari digoda. Apa lagi dia mendapat didikan agama dari madrasah Tok Aji.

Bagaimanapun hanya beberapa bulan sebelumnya malapetaka menimpa diri Milah Cantik. Dia didapati mengandung enam bulan. Setelah perutnya membesar barulah berita diamengandung itu pecah.Mak Munah sudah pun menemui Tok Aji meminta doanya supaya kandunganitu digugurkan, tetapi Tok Aji enggan.Tok Aji nasihatkan supaya biarkan saja Milah Cantik lahirkan bayi dalam kandungan itu sampai selamat.Manakala Milah Cantik pula tidak mahu memberitahu siapakah yang melakukan sehingga dia mengandung.

“Kalau kita buang, sama juga macam membunuh” jelas Tok Aji pada Mak Munah.

“Apa nak dimalukan kepada manusia, sedangkan kepada Allah tidak malu ketika melakukannya” Tok Aji menasihatkan Mak Munah supaya bersabar.

Tetapi Mak Munah tidak dapatmenahan sabar. Dia mahu menghalau saja Milah Cantik dari rumah kerana memberi malu kepada keluarga. Marah sangat dia dengan perbuatan anak gadisnya itu. Sia-sia dia menyuruh belajar agama di madrasah Tok Aji. Sia-sia pelajaran agama yang dididik oleh Tok Aji selama ini hingga sanggup mencemarkan nama baik keluarga dankampung halaman sendiri.

“Jangan bertindak terburu-buru…” kata Tok Aji lagi mengingatkan Mak Munah.

“Boleh jadi bukan salah Milah. Boleh jadi dia diperkosa orang, sebab itu dia malu menerangkan siapa yang melakukannya” dia menyabarkan Mak Munah yang sudah mula hilang punca akibat malapetaka yang menimpa keluarganya itu.

Tidak pula disangka oleh Tok Aji tindakan Milah selanjutnya sampai demikian. Baru beberapa hari sebelumitu Tok Aji menasihatkan Milah Cantik supaya bersabar. Tok Aji sendiri meminta Milah Cantik menerangkan siapakah lelaki yang telah melakukan perbuatan terkutuk itu.Milah Cantik menceritakan kepada Tok Aji dengan linangan air mata. Segala rahsianya dicurahkan kepada Tok Aji.Atas sebab-sebab inilah Tok Ajimeminta dia bersabar, kerana pada pendapat Tok Aji kesalahan itu tidak seharusnya dibebankan kepada Milah Cantik .

Sayangnya, Milah Cantik tidak dapat juga menerima nasihat Tok Aji.Dia membunuh diri dengan meminum racun tikus yang digunakan oleh Mak Munah untuk meracun tikus di sawah.

“Kalau saya cepat sampai pun,mungkin Milah tak dapat diselamatkan Munah” Tok Aji menasihatkan Mak Munah supaya bertenang.

“Ajalnya sudah ditentukan demikian, siapa pun tak dapat menyelamatkan…” keluh Tok Aji lalu menutup mayat Milah Cantik.

Bila mengenangkan cerita Milah Cantik terasa juga sebaknya dada Tok Aji. Tidak disangkanya gadis secantik Milah itu sanggup meminum racun tikus hanya disebabkan mengandung.Tetapi Tok Aji sudah menasihatkannya supaya bersabar, sayangnya Milah Cantik tidak dapat menahan kesabaran .

Sebagai gadis cantik, Milah Cantik selalu diusik oleh pemuda-pemuda yang ingin memikatnya. Kadangkala usikan itu sampai menyakitkan hati pula. Akibat dari usikan yang sudah melampaui batas itu, sekali sekala Milah Cantik terpaksa juga mengeluarkan kata-kata kesat.

Inilah yang terjadi dengan seorang duda bernama Lajak Jongang apabila mengusik Milah Cantik.Kalau mahu dikira tua Lajak Jongang tidaklah tua sangat baru berumur kira- kira 38 tahun. Tetapi tidaklah patut diacuba memikat gadis baru berumur 16 tahun seperti Milah Cantik. Dia bercerai dengan isterinya disebabkan Lajak Jongang suka main daun terup berbudi. Kadangkala semalaman tidak balik ke rumah.Setelah bercerai Lajak Jongang jadi miang tidak menentu. Pantang nampak dahi licin dia akan cuba memikat.Mahu dikira tampan tidaklah tampan Lajak Jongang ini. Kulitnya putih kuning, tetapi bertubuh kurus ceding.Giginya jongang sedikit dan mukanya banyak ditumbuhi jerawat.

“Hai Milah…” tegur Lajak Jongang ketika Milah Cantik singgah membeli biskut di kedai Mamak Kadir.

“Orang cantik bertambah cantik bila pakai kurung merah jambu” katanya mengusik.

Milah Cantik tidak menyahut. Dia mengerling masam. Menyampah sangat dia dengan Lajak Jongang. Tidak sedar diri sudah beranak lima, cuba nak memikat gadis seperti dia. Bukan sekali dua Lajak Jongang bersikap demikian.Sudah selalu sangat dia mengusik bila bertemu dengan Milah Cantik.

“Janganlah marah, takkan tak boleh nak bergurau sedikit” usik Lajak Jongang lagi.

Dua tiga orang pemuda ada tercongok di bangku panjang di kedai Mamak Kadir itu sedang menunggu kawan- kawan lain mahu bermain terup, tertawa berdekah-dekah mengejekLajak Jongang cuba memikat Milah Cantik.

“Anak orang jangan diusik Abang Lajak” kata seorang pemuda.

“Nanti kena ludah baru padan jadi ubat jerawat…” ujarnya macam mahu menyakitkan hati Lajak Jongang.

Marah juga Lajak Jongang bila diungkit fasal mukanya yang penuh jerawat itu.Mahu saja dipeluknya Milah Cantik di situ untuk membuktikan pada anak-anak muda itu bahawa dia masih boleh memikat gadis cantik seperti Milah Cantik.

“Kalau aku nikah dengan Milah baru padan muka engkau orang” sahutnya kesal kerana diejek.

“Bagi can orang muda Abang Lajak” anak-anak muda yang bertenggong di bangku panjang terus mengejeknya.

“Abang Lajak dah tua, anak dah empat lima orang. Nak bersanding pun dah tak padan” siul mereka melangsing ikut sama mengusik Milah Cantik.

“Kau tengoklah nanti…” marah sangat Lajak Jongang dipersendakan oleh anak-anak muda.

“Kalau Lajak tak bersanding atas pelamin dengan Milah Cantik, jangan haraplah kau orang nak bersanding. Kempunanlah engkau orang semua” ujarnya menggertap bibir.

Anak-anak muda terus ketawa mengejek. Masakan Milah Cantik boleh terpikat dengan Lajak Jongang kaki main terup pakau. Rupa pun tidaklah boleh memikat. Sudahlah muka tirus, jerawat batu pula timbul dua tiga hingga muka jadi bokop. Lainlah macam P.Ramlee bintang filem terkemuka ketika itu.

Walaupun badan kurus ceding, muka bokop berjerawat, P.Ramlee boleh menyanyi, berlakon dan terkenal. Siapa yang tidak tergila- gilakan bintang filem masa itu.Tetapi Lajak Jongang orang kampung menoreh getah. Asyik pula menghabiskan masa di belakang kedai kopi Mamak Kadir bermain terup pakau. Ada isteri pun lari meninggalkan dia. Macam mana pula ada keinginan memikat Milah Cantik gadis comel baru berumur 16 tahun itu.

“Jangan pungguk rindukan bulan Abang Lajak…” ketawa budak-budak semakin meninggi.

Terasa pada Lajak Jongang dia benar- benar dipandang seperti lelaki tidak berharga di sisi wanita. Mentang- mentanglah isterinya lari menuntut cerai, tidak bererti dia tidak dihargai oleh isterinya.Malu benar-benar dihina oleh anak- anak muda itu di depan Milah Cantik.Dia terus merapati Milah Cantik tersengih-sengih.

“Milah…” dia tersenyum menegur Milah Cantik.

“Ah, sudah…” bentak Milah Cantik mencapai biskut yang dibelinya dari kedai Mamak Kadir.

“Tak padan dah tua nak jadi ulat bulu. Kalau miang sangat mengapa biarkan Kak Dah lari dari rumah” kata MilahCantik marah.

Tersinggung sangat diadengan sikap Lajak Jongang tidak sedar diri itu.

“Hei, Milah…” panggil Lajak Jongang serba salah.

Tetapi Milah Cantik sudah pun berlari keluar dari kedai Mamak Kadir. Anak-anak muda di bangku panjang terus ketawa mengejek. Tebal rasanyamuka Lajak Jongang mendengar kata- kata Milah Cantik tadi.Perkara Midah lari meninggalkan dia tidak wajar diungkit oleh anak gadis seperti Milah Cantik. Mungkin Midah melarikan diri disebabkan selalu meleteri dia, menyebabkan dia cepat naik angin.Dia benar-benar merasa terhina bila seorang gadis mentah berani mempertikaikan keruntuhan rumahtangganya. Lajak Jongang terus meninggalkan kedai Mamak Kadir dalam ejekan anak-anak muda yang ketawa berdekah-dekah.

Semalaman Lajak Jongang tidak dapat melelapkan mata. Malu benar dia mendengar kata-kata Milah Cantik didepan anak-anak muda yang suka mengejek. Kalau Milah Cantik tidak sudi menyahut pun janganlah ungkit fasal kegagalan rumahtangganya dengan Midah.

Esoknya pagi-pagi lagi Lajak Jongang menemui Tok Batin di hulu kampung.Hampir sebulan dia berulang alik menemui Tok Batin sehingga dia tidak pernah lagi menjenguk muka di kedai Mamak Kadir. Kuranglah kaki main terup pakau dengan ketiadaan Lajak Jongang.Tup-tup satu hari terjongol saja muka Lajak Jongang di kedai Mamak Kadir.Apabila dipelawa main terup, dia terus saja tumpang sekali. Semasa bermain ini anak-anak muda juga mengusiknya.Mereka mengatakan Lajak Jongang merajuk kerana Milah Cantik tidak mahu melayan.

“Merajuk, siapa nak pujuk Abang Lajak!” Johar menyinggung bahunyasambil tersengih-sengih.

“Takkan Milah Cantik nak datang pujuk” celah Leman pula.

Mereka ketawa terkekeh-kekeh untuk menyakitkan hati Lajak Jongang. Tetapi Lajak Jongang tidak marah.Dia hanya tersenyum saja, walaupun mukanya merah padam menahan marah.

“Nanti Abang Lajak gigit jari…” cepat- cepat Kahar menyampuk.

“Milah Cantik selalu jeling-jeling Johar nampaknya sekarang ni” ujarnya disambut ketawa berderai.Dalam masa mereka mengusik-ngusik Lajak Jongang itu, Milah Cantik datang ke kedai Mamak Kadir.

Apabila mereka tahu Milah Cantik datang cepat-cepat Johar menguis bahu Lajak Jongang.Tetapi dia tidak ambil peduli langsung anak-anak muda itu mengusiknya.Sebaik sampai saja di kedai Mamak Kadir, terus saja Milah Cantik menjengah ke belakang kedai memerhati orang bermain terup. Tidak pernah selama ini dia menjengah ke situ.

Selepas terpandang Lajak Jongang bermain terup dia tersenyummengerling ke arah lelaki duda tersebut . Lajak Jongang pura-pura tidak nampak Milah Cantik memerhatikan dia. Anak-anak muda yang mengejek juga terdiam dengan perubahan Milah Cantik mengerling dan tersenyum merenung Lajak Jongang itu. Mereka melihatnya seperti dalam mimpi saja,bagaimanakah Milah Cantik boleh tersenyum merenung Lajak Jongang.

Sejak dari hari itulah Milah Cantik sentiasa teringatkan Lajak Jongang.Tidur pun sentiasa termimpi-mimpikan Lajak Jongang datang. Dia merasa gembira apabila dibelai Lajak Jongang.Setiap malam seperti ada saja orang memandunya datang menemui Lajak Jongang di rumah lelaki duda bermuka bokop itu.

“Rumah abang buruk…” bisik Lajak Jongang merangkul tubuh gadis itu.

“Milah bukan mahu rumahnya” sahut Milah merebahkan kepala ke lengan Lajak Jongang.

“Habis, Milah mahu apa?”
Lajak Jongang memain-mainkan anak rambut Milah Cantik. Setiap sentuhan jari Lajak Jongang tetap mendebarkan dia. Milah Cantik merasakan dunianya hanya untuk Lajak Jongang saja. Dia tidak mahu berenggang walau sesaat pun dari Lajak Jongang.

“Milah mahu apa?” ulangi Lajak Jongang perlahan.

“Milah mahu abang…” sahut gadis itu mengusap-ngusap pipi lelaki duda tersebut.

“Abang tak lawa!”

“Ah, Milah pun bukannya cantiksangat”

“Tapi, Milah memang cantik”

“Abang pun apa kurangnya…!”

“Abang dah tua, duda pula…”

“Tapi Milah, sayangkan abang”.

Akhirnya Milah menyerahkan segala- galanya pada Lajak Jongang. Dapatlah Lajak Jongang membalas dendam,setelah Milah Cantik menghina dia ketika di kedai Mamak Kadir.Selama berulang alik berjumpa Tok Batin itulah dia telah memuja Milah Cantik.

Selepas puas melepaskan hawa nafsunya terhadap gadis mentah itu, Lajak Jongang pun memulihkan semula semangat Milah Cantik.Sejak itu Milah Cantik kembali sedar apa yang berlaku. Dia bagaikan mahu menjerit bila menyedari bahawa kehormatannya sudah dinoda oleh lelaki yang dibencinya selama ini.

Apabila dia menyedari dirinya mengandung, Milah Cantik sengaja mendiamkan diri. Dia bimbang kalau dia menerangkan kedudukansebenarnya tentulah emaknya memaksa dia bernikah dengan Lajak Jongang, sedangkan hatinya tidak terbuka pun mahu menerima Lajak Jongang.Hinggalah saat Milah Cantik menutup mata dengan meminum racun tikus,tidak siapa pun mengetahui rahsianya.Kecuali Tok Aji satu-satunya yang mengetahui tentang Lajak Jongang. Tok Aji jugalah yang tahu tentang perbuatan Lajak Jongang memuja semangat Milah Cantik supaya menyerah kepadanya.

Ketika hayatnya Milah Cantik disuruh oleh Tok Aji melakukan solat sunat Tahajud setiap malam, supaya dirinya dilindungkan dari sebarang bencana malu. Biarlah masyarakat dapat menerima hakikat sebenarnya bahawa dirinya telah diperalatkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia.Sama ada dia melakukannya atau tidak, Tok Aji sendiri tidak tahu. Tetapi menurut cerita Mak Munah memang setiap malam Milah Cantik bangun tengah malam menunaikan solat sunat.Apakah doanya tidaklah diketahui oleh Mak Munah.Tetapi, mengapa pula dia tergamak meminum racun kalau sentiasa mengerjakan solat?

Disebabkan dia mati ketika mengandung orang-orang kampung menasihatkan Mak Munah supaya mengkebumikan Milah Cantik mengikut kepercayaan mereka iaitu membubuh jarum di tapak tangan, telur di bawah ketiak dan emas di dalam mulutnya.

Kononnya, kalau tidak dilakukan begitu dia akan bertukar menjadi langsuyar.Walaupun Tok Aji tidak bersetuju dengan kepercayaan tersebut, tetapi dia tidaklah membantah. Dia tidak mahu masyarakat akan membuat anggapan buruk pula kalau ditegur kepercayaan mereka.Akibatnya boleh mendatangkan perpecahan di kalangan masyarakat apabila berbantah-bantah.

Dalam masa orang ramai sedang membuat persiapan untuk memandikan, tiba-tiba suasana menjadi gempar bila Lajak Jongang datang menangis-nangis menyembah kaki Mak Munah.Dia mengaku di depan Mak Munah melakukan perbuatan terkutuk itu menyebabkan Milah Cantik mengandung. Dia sendiri tidak menyangka Milah Cantik tergamak membunuh diri. Malah kalau Milah Cantik sudi dia sanggup mengambilnya menjadi isteri.

Akhirnya Lajak Jongang terpaksa menceritakan semua yang dilakukannya terhadap Milah Cantik.Orang-orang kampung mendengar pengakuan itu dengan rasa benci kerana selama ini mereka menuduh tentulah kalau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.Dengan pengakuan Lajak Jongang itu barulah mereka sedari bahawa Milah Cantik hanya teraniaya selama ini. Serentak dengan itu Mak Munah sudah mencapai parang mahu menerkam Lajak Jongang. Terpaksalah orang ramai mententeramkan keadaan.

“Yang mati, dah tentulah mati…!” Ketua Kampung mengingatkan Mak Munah.

“Jangan yang hidup pula, tak ada beban batu digalas. Cukuplah Munah, jangan ikutkan sangat perasaan kau”nasihat Ketua Kampung.

“Binatang ni salah, binatang ni salah!”

Mak Munah menangis teresak-esak sambil meronta mahu melepaskan diridari pegangan orang ramai.Lajak Jongang tidak berganjak menunggu serangan Mak Munah. Dia seolah-olah menyerahkan diri saja tidak bertindak melarikan diri pun.

“Munah…!” Tok Aji pula bersuara.

Pengakuan Lajak di hadapan orang ramai ini satu rahmat besar dari Allah. Sepatutnya kau bersyukur, kerana Allah telah menunjukkan kepada hambaNya bahawa anak kau tidak berdosa. Dia dianiaya” jelas Tok Aji meminta Mak Munah bertenang.

Semakin lemah Mak Munah dipegang ramai-ramai. Dia tidak berdaya lagi mahu meronta. Kalau ikutkan perasaannya memang dia tidak benarkan Lajak Jongang menjejakkan kaki ke rumahnya.Tetapi Lajak Jongang sedikit pun tidak mengangkat muka walau dimaki macam mana pun.

“Sabarlah Munah” pujuk Tok Aji lagi.

Mak Munah dipapah ke dapur untuk meredakan suasana kerana Lajak Jongang tetap melutut di sisi jenazah.

Dia tidak mahu berundur walaupun orang ramai menasihatkan dia supaya meninggalkan rumah tersebut buat sementara waktu.Bila keadaan sudah pulih barulah diselesaikan perkara itudengan Mak Munah.

Ketika jenazah hendak dimandikan orang menjadi bingung kerana mereka tidak terangkat jenazah untuk ditatang ke tempat dimandikan. Hingga tujuh lapan orang lelaki mencuba mengangkatnya, tetapi jenazah tidak bergerak sedikit pun.Puas mencubanya, maka mereka pun mengadukan hal itu kepada Ketua Kampung.

“Macam mana Pak Aji…?” tanya Ketua Kampung dalam kebingungan.

“Tak pernah pula saya menemui kejadian macam ni seumur hidup saya” katanya keheranan mendengar penerangan dari orang-orang yang mahu memandikan jenazah.

“Lajak…” Tok Aji memanggil Lajak Jongang.

“Boleh jadi dia meminta pertolongan kau” ujarnya menyuruh Lajak Jongang mengangkat jenazah itu ke tempat hendak dimandikan.

Mudah saja Lajak Jongang menatang jenazah itu seorang diri. Heran juga orang yang mengangkat mula-mula tadi kerana mereka telah mencubanya beramai-ramai tetapi tidak berjaya.Bagaimana dengan Lajak Jongang hanya seorang diri saja boleh mengangkat jenazah tersebut.Mereka mula menuduh Lajak Jongang masih menggunakan ilmu Tok Batin, sebab dia sendiri mahu mengangkat jenazah Milah Cantik. Memang Lajak Jongang yang menyebabkan mayat menjadi berat.Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan mereka supaya tidak menuduh sesuka hati.

“Serahkan kepada Allah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui…” Tok Aji mengingatkan mereka.Tetapi mereka tidak puas hati dengan alasan Tok Aji.

Saudara mara Mak Munah juga menyimpan dendam pada;Lajak Jongang.Kalaulah tidak mengenangkan Tok Aji dengan Ketua Kampung memang mereka mahu menghalau Lajak Jongang dari situ.Kedatangan Lajak Jongang semata- mata untuk menimbulkan keributan saja.

“Entah apa tangkal yang dipakainya, fasal itu jenazah jadi berat” rungut salah seorang dari mereka.

Tok Aji tidak peduli sangat dengan rungutan demikian. Dia hanya memberi nasihat, kalau orang tidak mahu mendengar nasihatnya dia tidak ambil peduli sangat. Terpulanglah pada orang itu sama ada mahu menerima nasihatnya atau tidak.Setelah selesai dimandikan dengan sempurna maka dikapankan oranglah jenazah Milah Cantik. Terpaksalah Lajak Jongang mengangkat jenazah itu untuk dikapankan dan kemudiannya diletakkan di depan Tok Aji untuk disembahyangkan.

Setelah selesai di sembahyangkan, jenazah dimasukkan ke dalam usungan. Lajak Jongang juga terpaksa membawanya ke dalam usungan. Ketika usungan hendak dibawa ke kubur sekali lagi tidak dapat dilakukan.Usungan tidak bergerak langsung dan mereka yang memikul usungan terasa jenazah itu terlalu berat. Mahu tidak mahu dipanggil juga Lajak Jongang memikul usungan.Barulah orang-orang yang merungut tadi sedar akan kata-kata Tok Aji hanya Allah Yang Maha Mengetahui.Kalau semasa memandikan jenazah bolehlah mereka menuduh Lajak Jongang menggunakan tangkal azimat supaya jenazah menjadi berat, bagi membolehkan dia memeluk jenazah untuk melepaskan geramnya kepada gadis kesayangannya. Tetapi bagaimana pula dengan usungan?

Sepanjang jalan kira-kira setengah batu menuju ke tanah perkuburan Lajak Jongang tidak dapat bergilir-gilir seperti orang lain memikul usungan jenazah.Kalau Lajak Jongang menukarkan kepada orang lain maka usungan itu tidak dapat dibawa bergerak ke depan.Masing-masing merasa terlalu berat. Mereka tidak dapat melangkah langsung. Mahu tidak mahu terpaksa juga Lajak Jongang memikulnya dengan tidak dapat bergilir-gilir. Lajak Jongang tidak membantah. Dia terpaksa melakukan kerana dia merasa berdosa menyebabkan Milah Cantik jadi demikian.

Untuk menebus dosanya, dia sanggup melakukan apa saja di hari pengebumian Milah Cantik. Orang ramai yang melihat Lajak Jongang berpeluh-peluh memikul usungan itu mula merasa simpati terhadapnya.Tetapi mereka tidak dapat menolong.Walaupun ada orang yang mahu menggilirkan dia memikul usungan, tiba-tiba saja usungan tidak bergerak. Kaki mereka tidak dapat melangkah kerana menahan beban yang terlalu berat.

“Sabarlah, Lajak” bisik Tok Aji yang berjalan berhampiran dengannya.

Lajak Jongang hanya mengangguk. Dia teringat juga akan masa manisnya bersama Milah Cantik, sekalipun melalui guna-guna yang dipuja oleh Tok Batin. Memanglah Milah Cantik bukan dengan rela hati menyerahkan tubuhnya kepada dia, namun kenikmatan itu tetap tidak dapat diluputkan dari jiwanya.

“Ingatlah, Allah Maha Pengampun…”Tok Aji memberi nasihat kepadanya kerana kasihan melihat Lajak Jongang tersenget-senget bahu memikul usungan jenazah.

Lajak Jongang tidak menyahut. Dia mengangguk lemah. Air matanya berlinang di pelupuk mata menyesali perbuatannya terhadap gadis mentah yang tidak berdosa itu.

Apabila sampai di kubur, sekali lagi menjadi kecoh kerana jenazah tidak dapat diturunkan ke liang lahad.Mereka semua tidak terdaya mahu mengangkat jenazah. Disebabkan mereka sudah tahu masalahnya, maka disuruh saja Lajak Jongang masuk ke dalam kubur menyambut jenazah.Lajak Jonganglah menyambutnya dan dia jugalah yang memasukkan jenazah ke liang lahad.

Sebaik saja orang mengambuskan tanah, tiba-tiba Lajak Jongang tidak dapat mengangkat kakinya. Dia meronta-ronta mahu melepaskan kakinya yang terlekat di tanah.

“Tanah ni lekit…” katanya sambil menghulurkan tangan minta ditarik ke atas.

Sebaik saja mahu ditarik ke atas kakinya semakin tenggelam.Terpaksalah berhenti orang menariknya. Asal saja cuba ditarik maka kakinya akan bertambah tenggelam.

Puas Lajak Jongang meronta mahu melepaskan diri, tetapi tidak juga berjaya.Selagi Lajak Jongang tidak ditarik naik ke atas maka kubur tersebut tidak dapat dikambus. Memang keadaan semakin terdesak.

Tok Aji pun menyuruh Lajak Jongang berastaghfar.Masing-masing bertambah bingung dengan kejadian yang berlaku tidak semena-mena itu.

“Cuba kau melompat Lajak…” ujar Mak Munah yang mula kasihan melihat Lajak Jongang bersusah payah mengkebumikan anaknya.

Lajak Jongang cuba melompat tetapi tidak boleh bergerak.

“Kaki saya panas” katanya mendongak ke atas terkebil- kebil mata.

Suaranya gementar dalam ketakutan. Tok Aji mengadap kiblat terus azan dengan lantang suaranya. Selepas azan Tok Aji merenung ke liang lahad, lalu dia masuk ke lubang kubur. Tok Aji membongkok bagaikan bercakap- cakap dengan jenazah Milah Cantik.

Kemudian dia berdiri semula sambil berkata dengan tenang,”Milah, pergilah kau saja. Tinggalkan Lajak di sini, biarlah urusan Allah diserahkan kepada Allah”.

Setelah itu Tok Aji memberi isyarat supaya Lajak Jongang ditarik ke atas. Barulah Lajak Jongang dapat ditarik.Selepas itu disempurnakanlah pengkebumian Milah Cantik.Bagaimanapun Lajak Jongang tidak lama kemudiannya jadi gila. Seluruh badannya dipenuhi tokak.

Kira-kira dua tahun dia menanggung penderitaan itu, Lajak Jongang pun meninggal dunia.

Leave a comment

Filed under Renungan

6) Mayat Hidup Kuat Makan

Sudah lama saya bercadang mahu berpindah saja dari tempat tinggal Aki Sahak. Ini bukanlah disebabkan saya tidak mahu menanggung beban yang sering diletakkan oleh Aki Sahak ke bahu saya. Sebenarnya saya merasa penduduk-penduduk di situ sudah
menganggap saya berlebihan, malah lebih penting lagi dari Aki Sahak.
Apa lagi Aki Sahak sendiri yang
menceritakan tentang hubungan saya dengan Pak Tua Mahat di sebelah emak, dan Tok Aji di sebelah ayah.

Memanglah benar Pak Tua Mahat itu abang emak saya yang tua, manakala Tok Aji itu ialah tok aki saya iaitu ayah kepada ayah saya.

Perkara keturunan bukanlah perkara yang hendak disebut-sebut selalu, tetapi entah mengapa Aki Sahak selalu saja mengaitkan saya dengan Pak Tua Mahat sedangkan dia juga pernah berguru dengan Pak Tua Mahat saya itu. Sekarang mereka berdua sudah lama meninggal dunia.

Sebab itulah saya mengambi keputusan untuk berpindah saja dari situ, sama ada balik ke kampung atau pun bertukar ke kampung isteri saya. Tetapi permohonan saya mahu bertukar itu masih belum diputuskan oleh pihak atasan.
Apabila saya beritahu kepada AkibSahak mengenai cadangan saya mahu berpindah itu, dia seolah-olah berat mahu melepaskan, tetapi dia tidaklah menghalang keputusan tersebut.

Berkali-kali dia mengingatkan saya bahawa setiap usaha menolong orang yang dilakukannya itu bukanlah untuk membebankan saya, sebaliknya dia tahu kebolehan saya melebihi dirinya.
Sedangkan saya sendiri tidak tahu apakah ukuran yang dibuatnya.

Setahu saya Aki Sahak sudah lama berguru dengan Pak Tua Mahat. Dia berkawan rapat dengan Pak Tua Mahat kerana umur mereka lebih kurang sebaya. Sebelum berkahwin dengan Makda Saodah, dia menetap di kampung saya. Tetapi setelah berpindah ke kampung isterinya hampir 20 tahun jarang pula dia balik ke kampung.

Sebab itulah hubungan saya hampir terputus dengannya. Abang pada Aki Sahak ini pun bukanlah calang-calang orang. Saya percaya tentulah Aki Sahak ada juga menuntut dari abangnya.

Bagaimanapun semasa abang Aki Sahak itu meninggal dunia dulu, saya masih kecil lagi kira-kira berumur 10 tahun. Tetapi saya masih ingat akan kejadian yang menimpa arwah Aki Mat Tera.

Lama Aki Mat Tera jatuh sakit
menyebabkan badannya menjadi kurus kering. Walaupun sakit terlantar namun Aki Mat Tera berselera bila makan. Dia makan bertambah-tambah. Malah kalah pula orang yang sihat kalau melawan makan dengannya.
Isterinya bercadang mahu memanggil Pak Tua Mahat atau Aki Sahak sendiri datang mengubatnya. Tetapi Aki Mat Tera enggan diubat oleh Pak Tua Mahat atau Aki Sahak.

“Aku pawang besar…” jelasnya
membantah bila isterinya Simit mahu memanggil Pak Tua Mahat.

“Takkan orang baru nak belajar
berpawang nak mengubat aku” katanya angkuh.

“Jangan begitu” pujuk Simit masih mengharapkan suaminya mahu berubat.

“Pawang ni bukan kira besar kecilnya, berubat ikut rasi..kalau rasi dengan penyakit, pawang kecil mengubat boleh sembuh” tegasnya mencemik.

Meluat juga dia dengan perangai
sombong suaminya yang tidak mahu berubat dengan Pak Tua Mahat.

“Aku tak mahu berubat dengan Mahat” dia tetap berkeras tidak mahu Simit menjemput Pak Tua Mahat.

“Aku tahu siapa Mahat, dulu aku
makam garam dari dia. Takkan dia ada rupa nak mengubat aku” dia terus mengejek-ngejek kebolehan Pak Tua Mahat.

“Kalau tak mahu dengan Mahat, cuba- cubalah dengan Sahak” Simit tetap mendesak.

“Sahak nak mengubat aku…” Aki Mat Tera tersengih mengejek.

“Budak hingus meleleh nak ubat aku. Kau tau, dia tu belajar dengan aku!” katanya masih berkeras tidak mahu berubat pada Pak Tua Mahat dan Aki Sahak.

Simit tidak tertahan dengan sikap Aki Mat Tera kerana sudah terlalu lama terlantar. Tubuhnya semakin kurus hanya tinggal rangka saja. Bolehlah diibaratkan sebagai kata orang kalau tak ada kulit, tulang pun habis berkecai. Begitulah kurusnya tubuh Aki Mat Tera.

            ( gambar hiasan )
Malah sepanjang dia sakit itu Aki Mat Tera tidak membenarkan Aki Sahak menjejakkan kaki ke rumahnya. Dia menuduh Aki Sahak cuba memikat Simit. Inilah yang menyinggung perasaan Aki Sahak.

Sejak itu Aki Sahak juga tidak mahu menjengah abangnya yang sakit tenat itu.
Hinggalah Aki Mat Tera tidak boleh bergerak lagi dia tetap tidak mahu diubat oleh Pak Tua Mahat.

Bagaimanapun selera makannya tetap terbuka.
Dengan tidak setahu Aki Mat Tera, Simit terus memberitahu Pak Tua Mahat supaya datang mengubat Aki Mat Tera. Setelah merasakan sesuatu yang tidak kena pada Aki Mat Tera, lantas Pak Tua Mahat menyuruh Simit memanggil Aki Sahak datang ke rumahnya.

Setelah Aki Sahak datang dia pun mengajak Aki Sahak sama-sama mengubati Aki Mat Tera. Pada mulanya Aki Sahak memang enggan juga pergi ke rumah Aki Mat Tera, tetapi setelah didesak oleh Pak Tua Mahat barulah dia mengalah.

“Ini bukan perkara Abang Mat Tera yang kita hadapi” jelas Pak Tua Mahat menasihati Aki Sahak.

“Perkara lain yang kita sama-sama tak tau…” suaranya keras apabila Aki Sahak enggan menemui Aki Mat Tera.

“Kecil hati aku Abang Mahat” Aki Sahak terharu bila mengenangkan tuduhan abangnya.

“Kecil hati aku fasal dia tuduh aku ke rumahnya kerana nak mengulang Kak Simit. Adakah patut dia tuduh aku macam tu!” ujarnya menahan perasaan kesal.

“Ah, cakap setan kau nak ikut” Pak Tua Mahat mendengus.

“Bukan Abang Mat Tera yang cakap macam tu, setan yang cakap! Setan yang cakap!” dia menambah macam memarahi sikap Aki Sahak kerana enggan menziarahi abang sendiri yang sedang terlantar sakit.

“Iyalah dia yang ikut cakap setan…” balas Aki Sahak.

“Fasal itu kita jangan peduli”.

“Sakit hati aku dibuatnya!”.

“Kau nak jadi setan juga?”.

“Dia cakap tak fikir dulu…”.

“Kau nak jadi setan?”.

“Tak patut dia tuduh aku macam tu…”.

“Kau nak jadi setan?”.

“Siapa nak sabar Abang Mahat !”

“Kau nak jadi setan?” suara Pak Tua Mahat semakin keras menyebabkan Aki Sahak serba salah.

Dia terdiam bila ditanya bertalu-talu oleh Pak Tua Mahat.

“Kau nak jadi setan?” ulangi Pak Tua Mahat merenung tepat-tepat.

Dia merasa tidak patut Aki Sahak langsung tidak mahu menziarahi abangnya kalau sekadar dituduh mahukan kakak ipar sendiri. Orang sakit selalunya mempunyai fikiran yang tidak tenteram. Sebablah
cakapnya merepek sampai melalut tidak ketahuan.
Sepatutnya Aki Sahak tidak boleh ambil hati dengan tuduhan orang yang terlantar sakit seperti Aki Mat Tera itu.
Lagi pun kalau dibandingkan isteri Aki Sahak dengan Simit pun, jauh lebih muda dan menariknya isteri Aki Sahak. Masakan dia boleh terpengaruh dengan tuduhan orang yang sedang terlantar sakit kerana orang seperti ini fikirannya sudah nyanyuk.

Mahu tidak mahu Aki Sahak terpaksa mengalah juga. Dia mengikut Pak Tua Mahat ke rumah Aki Mat Tera. Jiran- jiran juga berkumpul di rumah Aki Mat Tera apabila mendengar Pak Tua Mahat sanggup mengubatinya.
Sebaik saja Pak Tua Mahat dan Aki Sahak naik ke rumah terus dimaki hamun oleh Aki Mat Tera. Terkial-kial dia mahu bangun tetapi tenaganya ternyata lemah. Saya sendiri duduk tidak jauh dari hujung kaki Aki Mat Tera bersama emak saya..

“Aku tau kau berdua nak berbini
dengan Simit…” gerutu Aki Mat Tera terkial-kial mahu bangun.

“Sabarlah Abang Mat Tera” emak saya memujuk supaya Aki Mat Tera tidak berkuat mahu bangun.

“Abang Mat Tera sakit, biarlah Abang Mahat cuba-cuba tengok…” ujar emak saya lembut.

“Mahat nak ubat aku…” dia tertawa mengejek sambil mengerling emak saya.

“Dia bukan nak ubat aku, dia nak
jumpa Simit. Aku tahu dia selalu berzina dengan Simit” katanya lagi menggertap bibir.

Saya lihat Simit menangis teresak-esak mendengar tuduhan Aki Mat Tera itu.

“Astaghfarullah al-azzim” keluhnya menahan perasaan sebak yang menusuk-nusuk di jiwa.

“Jangan ambil hati Kak Simit” emak saya memegang bahu Kak Simit.

“Orang sakit tenat memang macam tu. Cakapnya merepek” ujarnya memujuk.

Simit tidak menyahut. Dia
mengangguk-angguk kepala saja menyetujui kata-kata emak saya tadi.

“Aku tau Simit, aku tau…” Aki Mat Tera terus mengejek.

“Kau berzina dengan Mahat, kau
berzina dengan Sahak” katanya tertawa menyakiti hati mereka yang dituduhnya.

“Tutup mulut kau Abang Mat Tera!” jerkah Aki Sahak tidak sabar dengan tuduhan Aki Mat Tera.

Kalaulah tidak mengenangkan jiran- jiran ramai berkumpul di ditu, memang sanggup dia menerkam abangnya. Dia tidak peduli lagi fasal abangnya sakit terlantar berbulan-bulan di tempat tidur.

“Sahak…” Pak Tua Mahat memarahi Aki sahak.

“Ingat! Kau bukan bercakap dengan Abang Mat Tera, kau bercakap dengan setan. Ingat tu…!” katanya mengerling Aki Sahak yang masih kelihatan marah.

Aki Sahak tertunduk. Dia sedar tidak dapat mengawal dirinya apabila mendengar tuduhan yang dilemparkan.
Perkara menuduh dirinya berzina dengan kakak ipar sendiri, tentulah macam mencontengkan arang ke mukanya. Manakala tuduhan itu dibuat oleh abang kandungnya sendiri.

Walaupun abangnya dalam keadaan sakit tenat, namun dia percaya fikirannya masih baik. Aki Mat Tera masih dapat mengingat semua kejadian yang pernah dilalui. Sebab itulah Aki Sahak percaya abangnya itu tidak nyanyuk. Tuduhan yang dilemparkan oleh abangnya memang terbit dari hatinya sendiri yang mulai cemburu terhadap isterinya.

Sudah berbulan-bulan dia terlantar sakit. Tentulah timbul rasa cemburu, apabila melihat Simit sering menemui Aki Sahak dan Pak Tua Mahat meminta tolong, sedangkan dia sudah melarang supaya jangan meminta tolong dari dua orang lelaki berkenaan.

“Kau mesti banyak bersabar” ujar Pak Tua Mahat masih memandang ke arah Aki Sahak.

“Usah nak berpura-pura Mahat, aku tau kau dah berzina dengan Simit. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali. Simit akan buntingkan anak kau, tau…” Aki Mat Tera mengejek.

Simit menangis tersedu-sedu
mendengar tuduhan suaminya itu. Tetapi dia tidak menyahut. Dia tahu Aki Mat Tera sedang sakit tenat.
Mungkin juga boleh dianggap
membuang tebiat, kerana masanya sudah semakin hampir. Sebab itu Simit tidak menghiraukan sangat.

“Kau pandai berpura-pura! Kau berzina dengan bini orang! Dengan Simit!” pekik Aki Mat Tera terketar-ketar.

Pak Tua Mahat tidak menyahut. Dia membacakan sesuatu sambil menghembuskan kepada Aki Mat Tera. Biarlah Aki Mat Tera memaki hamunnya tidak berhenti-henti, namun Pak Tua Mahat tetap tidak berundur.
Dia terus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran yang tertentu.
Setelah lama Pak Tua Mahat
membacakannya, tiba-tiba Aki Mat Tera terus memekik. Dia meronta-ronta bagaikan mahu bangun melawan, tetapi tubuhnya ternyata lemah.

“Bangsat kau Simit…” gerutu Aki Mat Tera.

“Dah aku cakap Mahat dengan Sahak jangan jangan diberi naik ke rumah ni, seksa aku!” dia merintih-rintih kesakitan.

“Kau tak beri aku dengan Sahak
datang, fasal takut rahsia kau terbuka!” tiba-tiba Pak Tua Mahat membentak.

“Rahsia apa?” Aki Mat Tera tersengih- sengih bagaikan orang yang tersipu malu.

“Sekarang pergi dari sini!” jerkah Pak Tua Mahat merenung Aki Mat Tera tidak berkelip matanya.

“Tinggalkan Mat Tera biar diuruskan oleh keluarganya. Kau tidak ada hak nak menguruskan Mat Tera!” suaranya keras macam memberi amaran yang mengancam.

“Pergi nak ke mana?” tanya Aki Mat Tera seperti tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Pak Tua Mahat.

Ketika ini semua jiran-jiran yang berkumpul di situ melihat Aki Mat Tera berbantah-bantah dengan Pak Tua Mahat. Tetapi seperti yang diceritakan oleh Aki Sahak kemudiannya kepada saya, masa itu dia sendiri sudah
nampak keadaan sebenarnya. Barulah dia menyesal kerana memarahi abangnya apabila dituduh berzina dengan kakak ipar sendiri.

Aki Sahak ikut sama menyertai Pak Tua Mahat. Dia melihat satu lembaga besar sedang memangku Aki Mat Tera seolah-olah seorang ayah sedang meriba anak kecil saja lakunya. Muka lembaga itu tidaklah jelas sangat hanya seperti bayang-bayang hitam yang terlindung. Lembaga besar itu pun seakan-akan asap pekat saja.

“Tinggalkan Mat Tera…!” perintah Pak Tua Mahat.

“Nak tinggalkan Mat Tera atau kami serang kamu dengan petir” Aki Sahak pula mencelah.

Lembaga itu memerhatikan Pak Tua Mahat bersama Aki Sahak sudah bersedia untuk menyerangnya.
Dia masih juga meriba Aki Mat Tera seperti ayah yang meriba bayi. Sementara Aki Mat Tera pula dilihatnya seperti bayi tidur tidak bergerak langsung.

“Kau berdua…” sahut lembaga besar seperti asap tebal itu.

“Jangan ganggu aku. Ini anak aku yang mesti aku jaga. Mengapa kau bersusah payah mahu mengambilnya dari aku”

Dia ketawa mengejek lalu melemparkan besi serampang ke dada Pak Tua Mahat.
Dengan pantas Pak Tua Mahat
menangkap besi serampang itu.
Kemudian diramas-ramasnya hingga menjadi cair.

“Mat Tera tu abang aku, bukan anak kau” kata Aki Sahak sambil membacakan beberapa ayat dihembuskan kepada lembaga berkenaan.

Ketika ini petir memancar memukul kepala lembaga besar tersebut hingga berkecai. Tidak lama kemudian dia bertaup semula lantas meriba Aki Mat Tera yang tidur seperti bayi.

“Sia-sia aje kerja kau Sahak”

Lembaga itu mengejek-ngejek kerana dia terlepas dari ancaman petir tadi.
Belum sempat dia duduk tetap, Pak Tua Mahat menghembuskan ayat-ayat Quran yang datang seperti gunung menimpa kepala lembaga berkenaan.
Dia terhimpit di bawahnya meronta- ronta mahu melepaskan diri. Puas dia terkial-kial akhirnya dapat juga dia keluar dari bawah gunung yang menimpa dirinya.

“Nampaknya kau nak bunuh aku, Mahat” pekik lembaga itu meradang.

“Memang aku nak bunuh kau” sahut Pak Tua Mahat pula mengejek.

“Sekarang, tinggalkan Mat Tera!”
ujarnya mencabar lembaga tersebut terus bertarung.

Lembaga itu tertawa menyakitkan hati Pak Tua Mahat. Tiba-tiba saja dia melontarkan beratus-ratus tombak menuju ke dada Pak Tua Mahat.
Dengan pantas pula Pak Tua Mahat menghembuskan api membakar semua tombak-tombak yang berterbangan itu.
Dia masih juga tertawa mengejek Pak Tua Mahat.

Tetapi Pak Tua Mahat tahu lembaga besar yang meriba Aki Mat Tera itu sudah menderita kesakitan.
Bagaimanapun dia tetap berpura-pura menunjukkan serangan yang dibuat ke atasnya tidak memberi bekas. Inilah yang dipermainkan oleh syaitan bagi menguji kekuatan iman insan.
Sekiranya insan cepat putus asa, maka sudah tentu syaitan akan beroleh kemenangan.

“Kita serang serentak Sahak…” Pak Tua Mahat memberi arahan kepada Aki Sahak.

Aki Sahak membacakan sesuatu lalu berterbangan panah dari api menerkam ke arah lembaga besar itu. Serentak dengan itu Pak Tua Mahat pula menghembuskan ke arah lembaga tersebut hingga terlempar rantai besi melilit seluruh tubuhnya. Pak Tua Mahat dan Aki Sahak terus menyerang dari berbagai sudut.
Bukan saja rantai besi melilit tubuh lembaga besar itu, di samping panah api datang dari segenap penjuru, petir juga berdentum membakarnya. Batu sebesar gunung menimpa kepalanya.

“Kau tipu aku Mahat. Kau berdua dengan Sahak, aku berseorangan. Mana boleh aci macam ni…” dia menggeliat- geliat menahan serangan bertubi-tubi.

“Aku suruh kau tinggalkan Mat Tera!” suara Pak Tua Mahat semakin keras.

Dia tidak berhenti dari terus
menyerang. Habis satu ayat, dibacanya ayat yang lain. Berhenti batu sebesar gunung menimpa kepalanya, datang pula panah api meradak. Lembaga besar itu terjerit-jerit menahan kesakitan.
Jeritan itu dapat didengar oleh jiran- jiran yang menyaksikan melalui suara Aki Mat Tera yang menggeliat-geliat di tempat tidur.

Serangan Pak Tua Mahat ditambah lagi oleh serangan Aki Sahak yang tak putus-putus membaca Ayatul Kursi.
Sehingga sampai 333 kali  Aki Sahak membacakan Ayatul Kursi terdengarlah rintihan dari lembaga itu meminta diberhentikan.

“Cukuplah, terseksa aku!” rintih
lembaga itu merayu.

“Kalau takut terseksa, pergi sekarang” perintah Pak Tua Mahat.

“Aku tak boleh tinggalkan anak aku” jelas lembaga itu mempertahankan diri.

“Boleh atau tak boleh kau mesti
tinggalkan Mat Tera!” tegas Pak Tua Mahat tidak mahu bertolak ansur pun.

“Ini anak aku” sahut lembaga itu
berkeras.

“Sahak, teruskan…” Pak Tua Mahat menyuruh Aki Sahak terus membacakan Ayatul Kursi.

“Jangan, jangan…” lembaga itu
menangis teresak-esak melalui Aki Mat Tera yang terbaring lemah.

“Tak tahan aku bahang api, panas…” ujarnya merayu-rayu.

“Aku beri tempoh lima minit” Pak Tua Mahat memberi amaran.

“Kalau kau tak pergi juga, aku akan hancur musnahkan macam debu” katanya menggertap bibir.

Kelihatan Aki Mat Tera tidur nyenyak. Dia tidak bergerak lagi seperti mula- mula kedatangan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak datang. Saya yang duduk di lunjur kakinya bersama emak saya, dapat melihat ombak dadanya turun naik dengan kencang. Matanya lelap.

Sekali-sekala saya lihat mukanya memang menggerunkan. Pipinya sudah cengkung, sementara matanya jauh ke dalam. Tulang pipinya menungkal ke atas. Mukanya juga sudah menjadi kecil dan dagunya kelihatan terlalu panjang. Tetapi dia masih juga terlantar di tempat tidur.
Setelah lima minit, Pak Tua Mahat melihat ke dalam makrifat, dia dapati lembaga itu masih meriba Aki Mat Tera. Tetapi seluruh badannya sudah bertukar menjadi hitam akibat serangan bertalu-talu tadi.

Bila menyedari Pak Tua Mahat kembali datang untuk menyerang bersama Aki Sahak, lembaga besar itu melepaskan Aki Mat Tera dari ribaannya. Melihat keadaan ini Pak Tua Mahat tahu lembaga itu sudah mengalah. Dia tidak sanggup lagi melawan.

“Ilmu kau berdua, bukan ilmu pawang. Aku tak tau apa ilmu yang kamu pakai” lembaga itu bersuara terketar-ketar.

“Jangan tanya tentang ilmu, sekarang tinggalkan Mat Tera!” jerkah Pak Tua Mahat.

“Kau mahu kami serang lagi…?” tanya Aki Sahak mengeraskan suara.

“Jangan, ampun…ampun” rintihnya menangis teresak-esak.

“Aku tak tau jalan balik” katanya berpusing-pusing di sekeliling Aki Mat Tera.

“Datang tau, balik tak tau ye…” Aki Sahak tidak mempercayai dalih lembaga tersebut.

“Tolonglah lepaskan aku. Bukakan ikatan aku…” lembaga itu merayu bersungguh-sungguh.

Pak Tua Mahat mengangguk.
Dia bersetuju dengan permintaan lembaga itu mahu pergi dengan tidak diganggu.
Ikatan yang dimaksudkan oleh lembaga itu ialah terletak pada Aki Mat Teransendiri. Memang Pak Tua Mahat tahu mengenai ikatan lembaga tersebut dengan Aki Mat Tera.

“Kak Simit jangan terkejut…” bisik Pak Tua Mahat pada isteri Aki Mat Tera.

“Selama ini Abang Mat Tera pakai ilmu salah, inilah yang menyeksa dia sekarang” beritahu Pak Tua Mahat.

“Habis, apa kakak nak buat?”
Simit serba salah bila mendengar keterangan Pak Tua Mahat itu.

“Suruh orang bukakan lantai rumah sekeping, atap sekeping dan anak tangga bawah sekali” jelas Pak Tua Mahat.

Apa yang dikatakan oleh Pak Tua Mahat itu dilakukan oleh orang. Papan lantai sekeping dikopakkan, atap juga dibuang sekeping, manakala anak tangga rumah juga ditetas pengikatnya.Setelah semuanya dilakukan, Aki MatnTera pun meninggal dunia.

Apabila Aki Mat Tera meninggal dunia, mayatnya pun diselubungkan dengan kain. Mereka pun bersiap-siaplah untuk menguruskan pengebumiannya pada esok harinya. Ketika mahu
memandikan mayat alangkah
terperanjatnya apabila melihat mayat Aki Mat Tera sudah reput. Hanya tulang-tulangnya saja yang tinggal seolah-olah dia sudah lama meninggal dunia.

Memang benar Aki Mat Tera sudah lama meninggal dunia. Yang dilihat sedang sakit itu hanyalah lembaga yang memelihara dia. Lembaga itulah yang kuat makan. Dan lembaga itulah yang melarang Simit dari menjemput Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, kerana dia tahu orang-orang demikian adalah musuhnya.

Bila mengenangkan sumbangan Aki Sahak ini kepada orang ramai, saya rasa macam berdosa pula mahu berpindah dari situ disebabkan tidak senang dengan Aki Sahak. Saya seolah-olah mahu melarikan diri dari membantu dia di situ. Tetapi  saya tidaksanggup membuat kerja-kerja seperti dilakukan oleh Aki Sahak itu.

Saya tidak mahu dijadikan tumpuan oleh masyarakat. Masalahnya berat kalau kita sudah mula mahu menerima harapan seseorang yang mengharapkan sesuatu dari kita. Sedangkan semua kerja-kerja ini mestilah dibuat dengan ikhlas. Bila hati kecil kita sudah mempertikaikan sesuatu, maka kerja- kerja yang dilakukan itu sudah menjadi sia-sia.
Kadangkala timbul pula tomahan dari orang lain yang mengatakan cara yang dilakukan itu sama seperti bomoh yang mencari wang.

Padahal bukan semua bomoh mencari wang melalui cara pengubatan mereka. Kalau mahu dikira upah memang tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Aki Sahak.

Apakah perasaan kita bila dikejutkan orang sewaktu mata baru mahu terlena tengah malam? Bagaimana kita mahu mencari nafkah apabila semalam- malaman berjaga merawat pesakit?

Masyarakat hanya melihat dari satu aspek saja iaitu bomoh tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila mengubati pesakit?
Inilah yang susah hendak dijawab.

Sebab itulah saya mahu melarikan diri dari tempat kerja-kerja demikian.
Kadangkala kepala mahu naik pitam apabila terpaksa membacakan satu- satu ayat itu dengan kusyuk. Ayat-ayat tersebut bukannya dibaca seperti menghafal senikata lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak muda. Tetapi disekalikan dengan makrifatnya. Untuk mencapai tingkat itulah yang boleh menyebabkan kepala naik pitam.

Tetapi saya kesihan juga kepada Aki Sahak yang sudah mula mendapat bantuan dari saya. Tentulah dia kecewa sekiranya saya mengambil keputusan bertukar dari situ. Pernah juga Aki Sahak membisikkan kepada saya, sementara saya masih bertugas didaerah itu, mungkin Abang Amud bercadang juga mahu mendalami pengubatan cara ditidurkan ini.

Dalam masa berkira-kira mahu bertukar dari daerah itu hampir saya terlalai kerana Asar sudah masuk. Isteri saya juga sudah mengingatkan tentang Asar.
Saya pun segera mengambil wudhuk di bilik air untuk menunaikan fardhu Asar berjemaah dengan isteri saya.
Perkara mahu bertukar itu sudah saya beritahu pada isteri saya. Dia juga tidak membantah tujuan saya, kerana selama ini memang dia sedari saya selalu saja dipanggil orang. Kadangkala terkuap- kuap di tempat kerja menahan mengantuk.

Pernah juga isteri saya bergurau
dengan memanggil saya doktor tak berijazah. Tetapi saya tidaklah hiraukan sangat. Bukan saya yang meminta diri saya dipanggil, tetapi masyarakat di situ yang mahu mencari saya. Semenjak Aki Sahak menyuruh mereka mendapatkan saya kalau menghadapi gangguan syaitan, maka saya sudah menjadi tumpuan.
Asar itu seperti biasa kami terus berjemaah menunaikan fardhu Asar.

Semasa masuk rakaat kedua, saya terdengar ada orang memanggil saya dari halaman. Terpaksa saya mendehem kuat. Kemudian meneruskan sembahyang saya hingga selesai. Setelah memberi salam saya wirid pendek saja..Kemudian saya terus ke pintu hadapan menjengah siapa yang memanggil tadi. Sali tercegat di tengah halaman
.
“Ada apa Sali?” tanya saya sambil mempelawanya masuk dahulu.

“Tak payah masuklah ustaz…” sahut Sali tersengih-sengih.

“Aki Sahak panggil?” tanya saya
menduga.

Selalunya mereka datang berjumpa saya kerana disuruh oleh Aki Sahak. Dia mengangguk.

“Kalau macam tu, masuklah dulu” Saya berkeras juga mengajak dia masuk dulu.

“Masuklah, kita minum kopi dulu. Lepas tu barulah kita pergi. Tak apa tu, Aki Sahak dah ada cukuplah…” kata saya menyuruhnya masuk dulu.

“Elok kita cepat ustaz…” ujar Sali mendesak.

“Tak apa, masuklah dulu” ujar saya mendesaknya supaya masuk.

Sali menjadi serba salah apabila
didesak. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia masuk. Tetapi saya lihat dia di dalam keadaan rusuh. Mungkinkah ada gangguan di lombong? Saya rasa puaka air di lombong itu masih belum musnah lagi. Bukanlah satu perkara mudah untuk menghapuskan mereka sama sekali, kecuali kita hanya boleh menghalang niat jahat syaitan saja.

“Takkan nak cepat sangat” isteri saya pula keluar dari bilik menyindir.

“Datang cuma nak ajak ustaz aje?” katanya terus berjalan ke dapur.

Sali tersengih-sengih.
Dia tidak banyak bercakap bila sudah duduk. Mungkin dia bimbang orang akan tertunggu-tunggu. Tentulah mereka menuduh dia tidak boleh diharap disuruh memanggil saya. Sepatutnya dia mesti segera datang semula membawa saya bersama.

“Apa halnya?” tanya saya.

“Abang Amud ajak ustaz cepat” dia memberitahu.

“Apa halnya…?” ulangi saya.

Sali terdiam. Susah benar dia mahu menerangkan kepada saya. Mengapa pula dia masih mahu menyembunyikan tujuan kedatangannya. Kalau dia disuruh oleh Abang Amud
mendapatkan saya, mestilah saya hendak tahu jugak apa masalah Abang Amud. Sepatutnya Sali mesti memberitahu.

Tetapi dia tetap membisu. Sama seperti seorang gadis yang bekerja di pejabat daerah yang pernah menemui saya terlalu susah mahu menerangkan tujuannya. Dia mahu bercakap sama seorang saja dengan saya. Terpaksalah saya membawanya jauh sedikit. Dia memberitahu tentang seorang lelaki yang berjanji mahu mengahwini dia, tetapi masih juga enggan masuk meminang. Lelaki itu memberi berbagai-bagai dalih. Akhirnya menghilangkan diri entah ke mana. Gadis itu meminta saya membuatkan sesuatu supaya lelaki tersebut kembali kepadanya.

Masalah gadis tersebut tentulah tidak sama dengan Sali. Gadis itu terpaksa menyembunyikannya kerana masalah peribadi. Saya sendiri tidak tahu apakah caranya mahu menolong kerana seperti saya katakan, saya bukanlah seorang bomoh.
Sedangkan gadis berkenaan
menyangkakan saya seorang bomoh.

Bagaimanapun saya nasihatkan
gadis itu supaya sembahyang Tahajud memohon kepada Allah supaya lembutkan hati lelaki yang telah merosakkan masa depannya itu dan datang menikahinya. Sama ada dia melakukan atau tidak, saya pun tidak tahu. Selepas itu saya tidak pernah lagi menemui gadis tersebut.

“Apa halnya?” soal saya lagi.

“Abang Amud suruh ustaz cepat itu saja” jelasnya serba salah.

“Iyalah, cepat nak ke mana?” heran juga saya mengapa Sali tidak mahu berterus terang.

Sebenarnya kalau memerlukan saya cepat pun tidaklah penting sangat, kerana Aki Sahak sendiri mempunyai pengalaman yang lebih dari saya.
Pengubatan cara tidur yang sering saya katakan itu memang saya belajar dari Aki Sahak juga. Malah bukanlah perkara yang pelik, kerana ada kawan saya yang pernah bekerja di Sarawak memberitahu, di Sarawak juga pengubatan secara ini sudah meluas digunakan.

“Cepat, nak ke mana?” saya
mendesaknya.

Belum sempat Sali menjawab, isteri saya sudah keluar membawa kopi bersama karipap yang sudah disediakannya. Sali terus terkebil-kebil mata memerhati isteri saya datang.

“Bagilah can ustaz rehat-rehat dirumah…” isteri saya mengusik.

“Abang Amud yang suruh jemput” beritahu Sali tersengih-sengih.

“Kalau ustaz selalu aje dijemput, saya ni macam mana?” ujar isteri saya.

Sebenarnya isteri saya bukanlah menyindir, sebaliknya dia memang gemar mengusik. Kadangkala kalau orang nipis telinga mungkin mengatakan isteri saya menyindir.
Tetapi dia memang tahu mengapa masyarakat di situ menjemput saya tergesa-gesa.
Disebabkan mereka tidak pernah mengalami pengubatan yang sering saya dan Aki Sahak lakukan, jadi mereka menyangka ianya satu perkara baru. Sebenarnya ilmu Allah bukanlah baru, ianya sudah ujud sejak lama dulu.

“Minumlah dulu…” pelawa isteri saya menghulurkan cawan kepada Sali.

“Lepas tu nak ambil ustaz, ambillah.

Tapi hantar balik tau…” katanya
tersenyum.

Sali tersengih-sengih mendengar usikan isteri saya itu.

“Abang Amud suruh ustaz datang fasal Aki Sahaklah” kemudiannya dia memberitahu.

“Mengapa Aki Sahak?” tanya saya.

“Entah…” jelas Sali perlahan.

“Sejak lepas Zohor tadi dia muntah darah. Fasal itu Abang Amud minta sangat ustaz datang cepat.” katanya bercampur rusuh.

Tidak jadi saya meneguk kopi bila mendengar cakap Sali. Lantas saya suruh isteri saya bersiap-siap untuk menziarahi Aki Sahak. Dalam kepala saya mula timbul bermacam-macam soalan, bagaimana Aki Sahak yang sentiasa beringat itu, sekali sekala terlalai juga. Tetapi, inilah sifat insan..

Leave a comment

Filed under Renungan

Bercakap dengan jin ~ 76 ~ Uji ilmu pada isteri

image

Matahari pagi memancar indah.
Sinarnya jatuh pada dedaun dan
rerumput di halaman. Sekawan itik air berlari di tanah lapang menuju ke arah danau nan terbentang membiru. Dan kabus kelihatan kian menipis di puncak bukit.

Saya masih lagi berdiri di muka
jendela. Datuk yang sudah selesai mandi embun terus melakukan senaman Harimau Bangun Tidur. Saya terus menggeliat sambil melebarkan kedua belah tangan. Saya tarik nafas panjang. Angin pagi yang menyentuh kulit tubuh, membuat saya terasa seram dan sejuk. Datuk terus bersenam. Dari arah dapur saya terdengar batuk Malik Cina.

Sesekali terdengar suara isterinya merungut sesuatu. Tidak tahu apa yang dirungutkan, kerana suaranya tidak berapa jelas.
Datuk berhenti melakukan senaman. Datuk mengenakan seluar dan baju ke tubuh. Wajahnya nampak kemerah- merahan dan berseri. Seimbas pandang datuk kelihatan lebih muda dari usianya. Dengan tenang datuk turun ke tanah. Datuk berdiri sejenak di kaki tangga.

Macam ada sesuatu yang ganjil saya rasakan pagi itu. Selalunya, datuk mengajak saya turun atau memberitahu sesuatu yang akan dilakukannya. Tetapi, kenapa perkara seperti itu tidak datuk lakukan pagi ini?

Timbul pertanyaan dalam hati saya. Datuk bergerak meninggalkan kaki tangga. Ia menuju ke tengah halaman dan berdiri di situ sebentar. Kemudian datuk membongkokkan badannya lalu mencabut beberapa rumpun rumput hijau. Rumpun rumput itu datuk ramas dan datuk kenakan dengan air embun;yang berada di dedaun mempelam dan bunga di sisinya.

Semua gerak-geri datuk saya
perhatikan dengan penuh teliti. Datuk memasukkan rumpun rumput itu ke dalam sakunya. Ia terus juga mundar- mandir mengelilingi halaman rumah.
Sampai di sudut kanan halaman, datuk berdiri di situ merenung ke arah matahari jatuh. Perlahan-lahan datuk angkat kaki kanannya separas pusat. Badannya dipusingkan lebih dari sepuluh kaki.

Saya kagum, kerana datuk
mengimbangi badannya dengan
sebelah kaki. Saya kira, apa yang datuk lakukan itu satu senaman untuk menegangkan kulit tubuh.
Senaman seperti itu, amat jarang sekali dilakukan oleh datuk. Dalam sebulan, ia cuma melakukan dua atau tiga kali sahaja di tempat yang berlainan.

Kadang-kadang apa yang datuk
lakukan, memang melucukan dan boleh jadi bahan ketawa atau dianggap sebagai kerja orang yang tidak siuman.
Terutama pada orang yang tidak
mengenali diri datuk.
Saya membiarkan wajah disentuh oleh sinar matahari yang ramah. Dalam saat-saat demikian, saya semacam,terlibat satu lintasan bayangan di,halaman. Bentuknya kurang jelas dan sukar untuk digambarkan. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam perasaan timbul dalam hati. Tiba-tiba lintasan bayangan itu muncul kembali.

Badan saya mula berpeluh dalam hembusan angin pagi yang nyaman. Secara tidak sengaja saya mendongak ke langit. Saya menggigit ibu jari dan terus tersenyum. Saya sudah dapat mengesan dari mana lintasan bayangan itu muncul.

“Ya, dari pelepah kelapa dara yang ditiup angin.”

Bisik batin saya. Sepasang mata saya tertumpu ke pelepah kelapa yang bergoyang. Sinaran matahari yang mula keras tertumpu ke arah pelepah,tersebut dan membentuk bebayang yang panjang di bumi.
Bila angin bertiup agak kencang
pelepah kelapa itu tu bergerak dengan cepat, lantas membentuk lintasan bebayang yang panjang di bumi (untuk beberapa saat). Ternyata saya sudah ditipu oleh perasaan saya sendiri. Perlahan-lahan saya menarik nafas panjang dan senyum pun terukir di bibir. Keraguan dan kebimbangan yang merajai hati, sudah pun berakhir.

“Datuk kamu ke mana Tamar?”

Saya menoleh ke kanan. Malik Cina tersenyum ke arah saya. Ia memakai baju Melayu, berkain pelekat kotak berwama putih dan hijau serta berjalur merah. Songkok putihnya terserkup kemas di kepala. Rambut di bahagi pelipis kanannya, kelihatan memutih.

“Itu dia”

Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk.

Malik Cina tersenyum lalu melambaikan tangan ke arah datuk.
Mereka berbalas senyum. Datuk
bergerak menghampiri ke arah anak tangga. Malik Cina menggaru pangkal lehernya dua tiga kali.

“Buat apa di situ?” Tanya Malik Cina, matanya menatap wajah datuk.

Biji mata saya juga tertikam ke muka datuk yang kelihatan kemerah- merahan. Tanda sihat.

“Bersenam,” suara datuk lembut.

“Dah tua-tua mahu jaga badan.”

“Bukan jaga badan, jaga kesihatan, tubuh badan perlu dijaga. Bila sihat mudah kita buat amal ibadah dan menolong orang, bukankah, menjaga kesihatan diri disuruh oleh Islam.”

“Saya setuju dengan awak,” Malik Cina menegakkan ibu jari kanannya.

Mereka ketawa serentak. Datuk terus memijak mata tangga. Sampai di ambang pintu ia berdiri sebentar. Renung kiri, renung kanan. Melangkah kembali menuju ke ruang anjung.

“Macam mana anak kamu Malik?”

“Alhamdulillah, sejak minum air yang awak beri tu, ia terus tidur nyenyak.”

“Aku harap, dia tidak menjerit lagi.”

“Saya juga harap begitu.”

Malik Cina membetulkan songkok putihnya. Ia menggaru pipi kanannya dua kali. Malik Cina terus duduk bersila. Datuk juga berbuat demikian.

“Ke mari kamu,”

Datuk renung ke arah saya.
Tanpa buang masa saya terus duduk di sisinya. Malik Cina dengan tenang membalut rokok daun. Isterinya datang lalu menghidangkan kuih dan satu teko air kopi, berserta beberapa cawan.

“Cuma ini saja yang ada, kuih jemput,” Malik Cina terus menuangkan air kopi ke dalam cawan.

Asap nipis berlegar- legar di permukaan cawan. Isteri Malik Cina meninggalkan kami.

“Ini pun sudah cukup baik,” kata datuk sambil mengenakan telapak tangan kanannya dengan asap nipis yang bermain di permukaan cawan.

Perbuatan itu segera disedari oleh Malik Cina. Air mukanya nampak berubah. Pelik juga, kenapa datuk melakukan perkara sedemikian? Ah, datuk memperlihatkan perkara yang aganjil ketika berada di rumah sahabat lamanya. Timbul pertanyaan dalam diri saya.

“Kau terkejut dengan apa yang aku buat ni?” Datuk ajukan pertanyaan pada Malik Cina.

Dengan sopan sekali Malik Cina anggukkan kepala sambil meletakkan piring kuih jemput di depan datuk. Saya menjeling ke arah datuk.

“Kau tak usah bimbang, apa yang aku buat ni hanyalah petua dan orang tua- tua. Menurut kata mereka, jika nak menguji sesuatu keluarga tu kena sihir, beginilah caranya,” datuk membuka rahsia.

“Tak kan minuman dan makanan yang dibuat sendiri pun disihir?” Malik Cina ragu-ragu.

“Kau sendiri tahu, kerja syaitan ini, selagi ada udara, selagi ada langit dan bumi serta air semuanya dimanfaatkan untuk menjahanam dan membinasakan anak adam,” terang datuk.

Malik Cina terdiam.

Datuk terus menghirup air kopi. Datuk menggerakkan bahu kanannya dua kali sambil mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari kelengkengnya.

“Minum, semuanya selamat,” suara datuk tenang.

Tanpa membuang masa saya terus minum kopi dan makan kuih jemput. Terasa cukup enak. Saya tidak pasti berapa banyak kuih jemput sudah masuk ke dalam perut.
Datuk tersenyum melihat kuih jemput yang kian berkurang di piring. Dan datuk pura-pura batuk. Mengingatkan saya supaya jangan lahap sangat makan. Tetapi, Malik Cina terus juga menyuruh saya makan kuih jemput. Katanya, di dapur masih ada kuih jemput yang panas dan baru.

“Ahhhhhhh.”
Mendadak sahaja datuk bersuara demikian.

Tangkai cawan terpisah dari badan. Piring kuih jemput terus jadi retak seribu. Serentak dengan itu juga terdengar suara jeritan anak Malik Cina. Keras dan nyaring sekali.
Datuk terus bangun. Cawan, teko dan piring di depan terus ditendang. Semuanya hancur berkecai. Saya terkejut, bila melihat anak perempuan Malik Cina berdiri depan kami. Matanya kelihatan merah dan rambutnya mengerbang.

Anak perempuan Malik Cina terus menyambar langsir tingkap. Kain langsir itu dikoyaknya hingga hancur.
Ia bersedia untuk mengoyak baju dan kain yang dipakainya. Sebelum perkara itu dilakukan, Malik Cina segera menyerah seberkas akhbar lama padanya.
Akhbar lama itu terus dikoyak. Tidak sampai sepuluh minit, naskhah akhbar lama itu habis dicarik-carik dan bersepah atas lantai. Perlahan-lahan ia membuka sepuluh jarinya dan bersedia untuk mencakar muka datuk. Sebelum bergerak ke arah datuk. Ia membuka silat dan menyembah ke arah matahari.

Melihat keadaan yang agak cemas itu, saya terus melompat ke tanah untuk menyelamatkan diri. Saya mula menggigil ketakutan. Sesungguhnya, saya sendiri tidak sedar bagaimana saya boleh terjun dari rumah yang mempunyai tujuh anak tangga. Air kopi yang saya minum tadi terasa mahu keluar menerusi kemaluan saya.
Anehnya, dalam rasa takut itu timbul pula rasa berani dalam diri saya. Rasa ingin mengetahui apa yang terjadi mendorong saya berlindung di balik pohon bunga raya. Saya mengintai keadaan dalam rumah. Semuanya dapat saya ithat dengan jelas.

Malik Cina cuba memeluk tubuh
anaknya. Tetapi, ia ditolak hingga terlentang. Isterinya cuba memegang tangan anaknya, ia juga ditendang hingga tersandar ke dinding. Anak Malik Cina terus menjerit, rambutnya yang terurai menutup ebahagian dan wajahnya. Ia melangkah ke arah datuk. Datuk masih lagi duduk di tempatnya.

Tiba-tiba datuk menepuk lantai dengan sekuat hati. Anak Malik Cina bagaikan terpaku di lantai. Tidak terdaya melangkah ke mana-mana. Tegak bagaikan patung. Datuk terus bangun melafazkan azan dengan suara yang amat lantang sekali. Seluruh penduduk kampung jadi gempar. Mereka dikejutkan dengan suara azan waktu pagi yang bening.
Selesai datuk melafazkan azan. Datuk membaca ayat Kursi dengan kuat sekali. Belum pernah datuk membaca ayat Kursi selantang itu. Bila pembacaan ayat suci itu berakhir, anak perempuan Malik Cina jatuh berdentum di lantai. Terkapar bagaikan mayat.

“Jangan sentuh tubuhnya.”
Suara datuk meninggi.

Isteri Malik Cina tidak jadi menyentuh tubuh anaknya. Dari kerutan wajahnya, ternyata perempuan yang berusia hampir lima puluh tahun itu, kurang senang dengan perintah datuk.
Perempuan itu terus dipeluk rasa resah dan gelisah. Sesekali, ia meraba kelopak matanya yang terasa berair.
Hatinya terasa amat sayu. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Lebih lebih lagi melihat keadaan anak yang terlantar dengan keadaan pakaian yang tidak senonoh.

“Boleh saya selimutkan tubuhnya dengan kain, saya malu kalau ada orang yang datang dan nampak anak saya dalam keadaan begini,” rayu Malik Cina.

“Jangan, jangan disentuh dan jangan rapat dengannya.”

“Habis, awak mahu seksa anak saya begini,” jerit isteri Malik Cina.

“Kalau awak mahu saya selesaikan semuanya, ikut sahaja cakap saya, kalau awak tak setuju, saya tak marah,” datuk renung muka Malik Cina.

Suasana dalam rumah menyepi. Deru angin yang melanggar dedaun dan reranting jelas kedengaran. Malik Cina dan isterinya saling berpandangan.
Datuk terus meraba-raba pangkal telinganya macam ada sesuatu yang didengarnya.

“Kami mahu awak meneruskan hingga berjaya,” Malik Cina membuat keputusan.

Isterinya terus membatu. Biji matanya terus menjilat batang tubuh anaknya yang terkapar. Melihat keadaan dalam rumah sudah tenteram. Saya keluar dari tempat persembunyian. Naik ke rumah dan duduk dekat datuk.

“Kamu ke mana tadi Tamar?”

“Saya lari, saya takut.”

“Memanglah kamu ni pengecut,” suara datuk serak.

Ia telan air liur. Saya tersengih, tebal rasa kulit muka, bila disoal begitu didepan Malik Cina dan isterinya. Bagi menutup rasa malu itu, saya cuba tersenyum pada Malik Cina. Malangnya senyuman yang saya berikan tidak dibalas.

“Kali ni, kamu jangan lari ke mana- mana walau apapun yang terjadi kau duduk di situ, hadap semua yang datang,” datuk mengeluarkan perintah.

Wajahnya nampak serius. Sepasang tangannya terus memeluk tubuhnya kejap-kejap. Mata datuk tertumpu ke arah permukaan tikar mengkuang yang terbentang. Kedua belah pipinya kelihatan kembung dan daun telinganya nampak tegak, macam telinga arnab.

Datuk angkat punggungnya perlahan- lahan. Kedua belah tangannya dibuka.
Udara yang ada dalam mulutnya
dihembuskan. Kedua belah pipinya yang kembung terus jadi kempis. Datuk meluruskan tubuhnya macam batang kayu.
Saya perhatikan gerak-geri datuk dengan teliti. Di luar rumah, sinar matahari kian garang. Beberapa orang kampung yang terdengar jeritan anak Malik Cina segera menghampiri rumah.
Kerana tidak ada sesiapa pun yang mempelawa mereka, mereka terus berdiri di hujung halaman rumah sambil memanjangkan leher. Mereka ingin mengetahui apa yang terjadi dalam rumah.
Rupanya, kedatangan orang-orang kampung itu, tidak menyenangkan hati Malik Cina. Ia minta kebenaran pada datuk untuk menutupkan pintu dan tingkap. Permintaannya tidak diperkenankan oleh datuk.

“Jangan pedulikan mereka, kau pergi carikan mayang pinang dan cendawan batang,” kata datuk pada Malik Cina.

“Kamu pula carikan aku kain putih dan bunga cengkih,” datuk renung muka isteri Malik Cina. Tanpa bersuara sepatah apa pun, pasangan suami isteri itu turun dan rumah.

Datuk meraba pangkal telinga kiri dengan tangan kanannya. Ia
melangkah dua tapak ke depan. Urat- urat di batang lehernya nampak menonjol. Datuk memusingkan badannya ke kanan dengan kaki kanannya terangkat dan badannya dibengkokkan sedikit. Kedua belah tangannya kelihatan bergerak lembut, macam mengikut irama muzik.
Sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan itu macam orang mahu memulakan Tarian Inang Pulau Kampai. Saya terasa geli hati.

“Kamu tunggu budak perempuan ni,” suara datuk keras serentak dengan itu ia menghentakkan kakinya ke lantai rumah.

Saya terpinga-pinga. Amat berat
rasanya untuk memenuhi
permintaannya.
Belum pun sempat saya menyampaikan bantahan pada nya. Datuk sudah meninggalkan saya sendirian. Ia melangkah tenang menuju ke halaman rumah dalam sinar matahari yan keras.
Bayang tubuh datuk nampak
memanjang di tanah.
Bila datuk hampir ke hujung halaman tempat orang-orang kampung berdiri, datuk pusingkan lehernya ke kanan.
Tiba-tiba, orang-orang yang berdiri di situ lari lintang-pukang tidak tentu arah, macam terpandangkan sesuatu yang amat menakutkan.

“Datuk.”

Pekik saya sekuat hati. Datuk segera melihat ke arah saya. Ya Allah, wajah datuk berubah, jadi macam muka harimau yang amat menakutkan.
Badan saya menggeletar dan kepala lutut saya terasa amat lemah sekali. Saya berdoa dalam saat saat demikian, supaya datuk jangan datang ke rumah.

Doa saya diperkenankan oleh Allah, datuk tidak memandang ke arah saya. Ia meneruskan perjalanannya dalam panas terik membelah hutan kecil di hujung halaman. Orang-orang yang lari tadi menyampaikan berita pada kawan- kawan tentang keanehan yang terjadi pada datuk. Seluruh kampung jadi gempar.

Tidak sampai satu jam, cerita manusia berkepala harimau hauskan darah merebak ke seluruh kampung. Halaman rumah dan kaki tangga rumah Malik Cina mula dikerumuni oleh orang- orang kampung, mereka membawa parang, lembing serta senapang kampung berlaras satu. Mereka mahu menangkap manusia berkepala harimau.

“Eh, budak! Mana dia Malik Cina?”

Salah seorang dari orang yang berada di kaki tangga mengajukan pertanyaan pada saya.

“Dia keluar cari ubat anaknya,” jawab saya.

“Bininya ke mana?”

“Cari ubat juga.”

“Orang tua yang baru datang tu ke mana perginya?”

“Keluar.”

“Sudah sahlah, rumah ni jadi punca manusia kepala harimau,” suara orang di kaki tangga kian meninggi.

Saya jadi tidak tentu arah. Macam- macam yang saya fikirkan. Saya renung anak Malik Cina yang terbujur. Saya renung muka orang-orang kampung di halaman. Semuanya masam, tidak memperlihatkan rasa persahabatan.

Saya yakin, kalau orang-orang naik ke rumah dan menjentik hidung saya.
Tentu saya mati kelemasan, jumlah,mereka bukan sedikit. Inilah, saat yang paling genting dalam hidup saya. Pada siapa mahu saya sampaikan rasa cemas dan takut ini?
Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya terus berakhir. Malik Cina dan isterinya muncul di depan saya.
Mereka masuk ke rumah menerusi pintu dapur. Semua barang-barang yang diingini oleh datuk mereka adakan. Mereka juga terkejut melihat orang berkumpul di kaki tangga dan di halaman rumah.

“Eh Malik ke mana orang tua itu kamu sembunyikan, dia bawa bencana,” tanya seorang penduduk pada Malik Cina.

“Aku tak sembunyikan dia, masa aku keluar rumah tadi, dia ada di sini?” tingkah Malik Cina.

“Kau tahu tak apa yang sudah terjadi?”

“Aku tak tahu.”

“Kami mahu tangkap dia, kalau
dibiarkan seluruh kampung jadi huru- bara, dia tu bukan manusia, aku tengok badannya sahaja serupa kita tetapi, kepalanya tak serupa kita, dia berkepalakan harimau,” sambung orang itu bersungguh-sungguh.

Air liurnya bersembur.
Malik Cina dan isterinya berpandangan sama sendiri, Orang yang berkumpul terus membisu. Seluruh wajah mereka kelihatan cemas. Tetapi, biji mata mereka tertumpu ke arah saya. Mereka bagaikan mahu mematahkan seluruh tulang temulang di anggota tubuh saya.

“Kamu cari aku, aku datang,” saya terdengar suara datuk dari arah belakang kumpulan orang kampung.

Semua orang yang berkumpul kelihatan terkejut. Beberapa orang dari mereka terus merendahkan badan dan menyusup di bawah rumah, kemudian terus menghilangkan diri. Saya kembali bersemangat. Muka orang yang berdiri di halaman, saya renung satu- persatu.
Saya lihat datuk melangkah dengan gagahnya sambil membibit baldi yang berisi air. Dua orang cuba menghalang perjalanan datuk. Tetapi, usaha mereka gagal. Bila datuk berdehem, kedua-dua orang yang menahan datuk itu terus terjatuh, seolah-olah tulang kaki mereka tidak berguna sama sekali.

Anehnya, bila datuk meninggalkan mereka dalam jarak sepuluh langkah, mereka dapat bangun kembali, Tetapi, mereka terlupa dengan apa yang mereka alami. Datuk terus merempuh barisan orang ramai itu. Bila sampai di kaki tangga, datuk terus berdiri di situ.
Baldi yang berisi air diletakkan di sebelah kanannya.
Saya berharap datuk tidak akan
bertindak yang boleh menimbulkan seribu ketegangan dan haru-biru. Isteri Malik Cina terus menangis tersedu- sedu.

“Apa yang kamu mahu?” tanya datuk pada orang ramai.

“Kamu tukang sihir dan kami mahu menghukum kamu,” jawab seorang lelaki.

Badannya cukup tegak. Besar dan nampak gagah.

“Kenapa kamu cakap macam tu?” Soal datuk lagi.

“Tadi, kami nampak kepala kamu bertukar jadi kepala harimau.”

“Itu tandanya kamu tidak ikhlas, kamu mahu menganiayakan aku, kalau kamu jujur, kamu tak nampak semuanya itu.”

“Kamu berdalih.”

“Siapa yang berdalih, kamu atau aku cakap dengan jujur?” pekik datuk lalu menghentakkan kakinya ke mata anak tangga.

Orang itu terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci. Datuk membaca sesuatu sambil melipatkan ibu jari kanannya dan jari kelengkengnya menekan ibu jari tersebut. Saya tahu, selagi datuk tidak menegakkan ibu jarinya, orang itu tidak kan boleh berkata-kata walau sepatah pun.

“Cakap dengan jujur,” ujar datuk.
Ibu jari dan jari kelengkengnya
ditegakkan.

Muka orang itu berpeluh.
Nafasnya jadi sesak. Tempurung lututnya menggeletar.

“Ya, saya mengaku, saya mahu
menggunakan ilmu sihir saya yang boleh melumpuhkan seluruh badan awak,” orang itu memberikan pengakuan.

Datuk tersenyum.

“Sekarang kamu dah mengaku, apa yang kamu mahu dari aku, kamu mahu bersahabat atau untuk menjadi lawan,” datuk renung muka orang itu.

“Aku mahu bersahabat.”

“Kalau mahu bersahabat, pulanglah ke rumah. Aku tahu, kamu tak suka orang mengubat anak Malik Cina, kau suka perempuan itu menjerit dan koyak kain, kemudian kau tumpangkan ilmu salah kamu. Aku tahu, kamu yang suruh orang-orang mengerumuni anak Malik Cina. Betul atau tidak?”

“Betul.”

“Kenapa kamu buat macam tu.”

“Saya sebenarnya sedang menuntut ilmu terlentang ke langit, anak Malik Cina yang sakit ini mahu saya jadikan ujian.”

“Sudahlah, berhentikan perbuatan itu. Pulanglah ke rumah dan bertaubat, biar aku uruskan anak Malik Cina,” suara datuk keras.

Orang itu tundukkan kepalanya. Tanpa mengucapkan sesuatu ia meninggalkan rumah Malik Cina. Kawan kawannya yang lain menurut jejak langkahnya.
Datuk menyorot langkah mereka hingga keluar dari kawasan halaman rumah Malik Cina.
Datuk terus duduk dekat anak Malik Cina. Ia minta barang barang yang dipesan dari Malik Cina isterinya. Semua barang-barang itu dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air kecuali kain putih.

“Ikatkan kain putih itu pada buku lali anak kamu,” kata datuk pada isteri Malik Cina.

Perintah itu segera dipatuhi.

“Ini usaha terakhir, aku hanya
menjalankan ikhtiar. Allah yang akan menentukan untuk menyembuhkan penyakit atau sebaliknya. Cara ini tidak sesuai dengan perubatan moden tetapi inilah ikhtiar yang terdaya aku lakukan,” sambung datuk lagi dengan tenang.

Datuk tarik baldi ke depannya. Ia memperkemaskan silanya. Kedua belah lengan bajunya dilipat separas siku. Datuk terus membaca Al-Fatihah seribu kali. Bila sudah selesai, datuk berdiri di muka pintu. Datuk melihat matahari yang memancar garang dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan. Mulutnya telap bergerak. Entah apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.

“Sekarang usung anak kamu ke tengah laman rumah, biarkan ia di situ,” beritahu datuk pada Malik Cina.

Anak perempuan Malik Cina segera diusung. Saya hanya memegang bahagian buah betis dengan perasaan bimbang. Saya takut, ketika diusung nanti, anak perempuan Malik Cina tersedar dari pengsan dan terus menendang saya.
Syukur, apa yang saya bimbangkan tidak berlaku. Anak Malik Cina diletakkan di tengah halaman dalam sinaran matahari yang amat garang.
Datuk terus membimbit baldi ke
halaman rumah. Tanpa menegur Malik Cina dan saya, datuk terus menjiruskan air dalam baldi ke tubuh anak Malik Cina. Anak Malik Cina tersedar dari pengsan. Saya merasa terkejut air yang membasahi tubuhnya kering dengan serta-merta. Kain dan baju terus kering.

“Pergi ambil kain, balutkan tubuhnya, ia sejuk tu,” datuk menujukan kata- kata itu untuk isteri Malik Cina.

Isteri Malik Cina masuk ke rumah dan keluar dengan sehelai batik jawa. Tubuh anaknya segera dibalutkan dengan kain tersebut.

“Bangun nak,” kata datuk.

Anak Malik Cina terus bangun. Ia duduk mencangkung. Matanya merenung ke arah datuk. Cahaya matanya cukup lembut.

“Kenapa saya ni,” tanyanya tersipu- sipu.

“Kau tak ada apa-apa, baliklah ke rumah.”

“Ya saya nak balik.” Anak Malik Cina terus menuju ke rumah.

Kami mengekorinya dengan
hati-hati. Sampai di rumah, anak Malik Cina terus mandi, kerana keadaannya agak lemah. Datuk menyuruh isteri Malik Cina mendampinginya. Anak Malik Cina terus menghias diri. Sikat rambut dengan rapi serta menaruh bedak ke pipi. Ia mula menyebut nama suaminya berkali.

“Kamu layan karenahnya, jangan dimarah, sebaiknya kau beri hatinya gembira hingga ia percaya pada diri sendiri.
Dalam tempoh dua tiga hari ni, ia akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat, susah untuknya membuang kebiasaan yang dialami masa ia sakit dulu,” datuk mengingatkan Malik Cina.

Malik Cina anggukkan kepala.

“Aku terpaksa duduk di rumah kamu dua hari lagi, bila anak kamu sudah sihat dan pulih, aku pergi,” datuk renung muka Malik Cina.

“Itulah yang aku harapkan,” Malik Cina keriangan.

Tetapi saya kurang senang mendengar kata-kata itu. Duduk di rumah memang membosankan. Apakan daya, kata-kata datuk tidak boleh dibantah.

Selama tiga hari berikutnya, datuk terus berikhtiar memulihkan sisa sakit yang dideritai oleh anak Malik Cina.
Setiap pagi dan petang anak Malik Cina disuruh minum segelas air sejuk yang sudah dibacakan dengan Bismilah seratus kali.

Leave a comment

Filed under Renungan

Bercakap dengan jin ~ 75 ~ Telan Darah Dan Nanah

Datuk terus batuk di depannya.
Perempuan cantik itu berhenti
mengoyak-ngoyak kertas. Matanya merenung muka datuk. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“Siapa nama kamu,” tanya datuk.

Perempuan cantik terus membisu. Orang yang ada di situ terus mentertawakan datuk. Mereka mengira perbuatan datuk itu, satu perbuatan yang bodoh kerana bercakap dengan orang gila. Saya lihat air muka datuk berubah.

Tanpa diduga perempuan cantik itu terus menampar muka datuk. Suara ketawa dari orang-orang yang mengelilingi perempuan cantik kian kuat. Muka datuk jadi merah, saya kira datuk terasa malu. Perempuan cantik itu terus meludah muka datuk.

Saya lihat datuk menggigit bibir. Saya mula cemas, bila kedua-dua belah daun telinga datuk bergerak-gerak. Saya tahu bila daun telinga datuk bergerak, ertinya dia sudah berada dalam tahap kemarahan yang amat hebat. Orang- orang yang ada di situ terus mentertawakan datuk.

Beberapa orang pemuda yang kurang ajar mengeboo-boo diri datuk. Datuk toleh kiri, toleh kanan. Dia sudah dapat mengawal rasa marahnya.

“Eh, syaitan, kamu buat apaaa…!” pekik datuk sekuat hati.

Suaranya dapat didengar oleh seluruh penduduk kampung. Orang yang mengetawakan dirinya terkejut dan ada yang bertempiaran lari tidak tentu hala. Dalam sekelip mata sahaja datuk sudah berdiri sambil mencekak pinggang.

Perempuan cantik, anak Malik Cina jatuh terlentang dan terus pengsan. Terkapar di perdu manggis macam mayat. Orang yang berkumpul terus hilang entah ke mana. Datuk masih lagi berdiri, Malik Cina dan isterinya tergamam, tidak berkata sepatah apa pun, macam orang kena pukau.

“Anak kamu disihir, bawa dia ke
tempatnya, jangan dirantai kakinya,” ujar datuk pada Malik Cina.

Tanpa membuang masa sepasang suami isteri itu mengusung anak kesayangan mereka ke bilik khas.
Ketika tubuh perempuan cantik itu diusung, di kaki langit mula kelihatan awan kemerah-merahan.

Sebentar lagi, matahari akan menyelesaikan tugasnya. Datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk minta segelas air dan tujuh biji beras dari Malik Cina.
Barang yang diminta itu segera
diadakan. Datuk masukkan tujuh biji beras ke dalam gelas yang berair. Datuk membaca sesuatu pada air tersebut.

“Sapukan air ini ke mukanya, dan separuh lagi beri dia minum, kalau ada lebih lagi, sapukan pada pergelangan tangan dan kakinya,” datuk menyerahkan gelas berisi air dan tujuh biji beras pada Malik Cina.

Malik Cina pun membawa gelas itu ke bilik anaknya.
Saya pun menyandarkan badan ke dinding sambil memicit jejari di kaki.

Datuk meluruskan kedua belah tangan lantas diletakkan atas sepasang kepala lututnya. Mata datuk terus menikam tikar mengkuang yang terbentang menutup lantai.
Sinar matahari yang lembut menjalani lantai rumah. Angin pun menghantar rasa dingin. Tetapi, hati saya masih panas dengan sikap orang-orang kampung yang mengejek-ngejek datuk.

Tidak ada budi bahasa, tidak ada
timbang rasa. Mereka mencari
kepuasan dan hiburan dari penderitaan orang lain. Mereka ketawa melihat anak perempuan Malik Cina yang suka mengoyakkan kain dan kertas. Mereka ketawa, bila anak perempuan Malik Cina menampar muka datuk. Mulut mereka melahirkan rasa simpati sedangkan hati tidak begitu.

Semua persoalan itu berlegar-legar dalam tempurung kepala saya. Bibir terus saya gigit. Datuk masih lagi tunduk merenung lantai. Saya alihkan pandangan ke halaman rumah Malik Cina yang bersih.

Angin lembut terasa menampar wajah. Datuk batuk, bagaikan kilat saya merenung kearahnya. Saya lihat datuk masih lagi tunduk dengan sepasang tangan berada atas tempurung lutut. Saya mula bosan berhadapan dengan suasana begini. Terasa jemu tidak menentu.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Apa yang kau fikirkan.”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Betul, kau tak fikir apa-apa?”

“Betul tuk.” Datuk terus menegakkan badannya.

Lengan yang berada atas tempurung lutut berubah tempat. Kedua belah telapak tangan datuk menekan tikar mengkuang. Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang aman sekali.

Wajahnya kelihatan tenang dan damai. Saya segera mendekati datuk. Saya berharap dalam keadaan yang bosan dan menjemukan itu, datuk mahu bercakap-cakap atau bercerita apa sahaja. Kalau datuk meluahkan nasihat. Saya sanggup menerimanya.
Andainya, datuk menceritakan tentang zaman kanak-kanak hingga ke zaman remaja, saya sanggup mendengarnya.
Asalkan rasa jemu dan bosan hilang dari hati.

Datuk jeling saya bersama senyum nipis. Bahu saya ditepuknya. Datuk bersedia untuk mengungkapkan
sesuatu. Mulutnya nampak seakan-akan bergerak-gerak. Saya kesal, gerakan bibirnya tidak mengeluarkan suara. Diganggu oleh jeritan yang memanjang dan nyaring.

“Dia menjerit lagi,” kata datuk dengan wajah yang resah.

Saya terdengar bunyi keras dan kain dikoyak berturut-turut. Datuk segera berdiri. Malik Cina keluar dari bilik khas anaknya menemui datuk.

“Dia mengamuk lagi, dia menendang emaknya dan mengoyakkan kain gebar dan cadar katil,” beritahu Malik Cina sambil menelan air liur.

Keresahan dan kebimbangan jelas terpamer di mukanya. Malik Cina tidak tentu arah. Sekejap garu batang leher, sekejap garu telinga capangnya.

“Apa yang mesti saya buat?
Bagaimana kalau kakinya saya rantaikan semula,” Malik Cina renung muka saya dan saya hadiahkan senyum untuknya.

Suara jeritan kian lantang diikuti dengan bunyi tapak kaki orang berlari. Terdengar bunyi kaca pecah berderai.
Dinding rumah terus ditendang bertalu- talu. Malik Cina memulakan langkahnya menuju ke bilik khas anaknya. Datuk terus memegang tangan kirinya.
Malik Cina agak terkejut, bibir
bawahnya yang tebal nampak bergerak. Keningnya agak terangkat sedikit. Suara jeritan anak perempuannya terus menguasai kampung.

“Jangan rantai dia,” kata datuk.

“Bagaimana, kalau dia lari dari rumah dan mengacau orang kampung?”

“Bersabar, sekejap lagi dia berhenti, air yang aku berikan tadi, ada lagi atau dah habis?”

“Air tadi, dah habis.”

“Tak apa, ambil air lain, cepat sikit,” desak datuk. Malik Cina anggukkan kepala.

Datuk terus melagakan gigi atas
dengan gigi bawah berkali-kali.
Kemudian melangkah dengan tenang di ruang anjung. Kedua belah tangannya disilangkan ke belakang.
Datuk sedang memikirkan sesuatu. Malik Cina segera meninggalkan kami menuju ke ruang dapur.

Setelah puas bergerak ke sana ke sini, datuk terus duduk bersila sambil sandarkan badan ke dinding. Lutut kanan didirikan dan dahinya terus bertemu dengan tempurung lutut Saya kurang senang melihat datuk dalam keadaan demikian. Saya segera menghampirinya.

“Ada apa-apa masalah tuk?”

“Tak ada apa-apa, kalau ada pun kau tak boleh menolongnya,” jawab datuk tanpa memandang wajah saya.

Datuk menyindir saya. Tetapi, saya masih tersenyum. Suara jeritan anak Malik Cina terus berlanjutan. Beberapa orang jiran tetangga mula datang.

“Kurang elok kalau ramai sangat jiran- jiran datang,” rungut datuk sambil menjatuhkan lutut kanannya.

Matanya tertumpu pada wajah saya yang tidak dapat menangkap maksud dari kata-katanya itu.

“Boleh menganggu kerja aku, lagipun yang datang ni cuma nak tengok kemudian jadikan bahan cerita pada orang lain yang tak sempat datang,” tambah datuk lagi.

Saya lihat buah halkum di batang lehernya bergerak-gerak, bila datuk menelan air liur.
Malik Cina datang. Segelas air sejuk diserahkan pada datuk. Saya lihat datuk memperhatikan air dalam gelas dengan teliti. Malik terus duduk bersila di depan datuk. Perlahan-lahan datuk menjentik lantai tiga kali berturut-turut. Suara jeritan anak Malik Cina beransur kurang dan lemah akhirnya hilang terus.

Dengan wajah yang tenang datuk mendekatkan gelas berisi air sejuk ke bibir. Saya lihat bibir datuk bergerak agak perlahan-lahan sekali. Dari gerak bibirnya itu, saya dapat meneka bahawa datuk sedang membaca al Fateha dengan khusyuk sekali. MalikbCina hanya melihat semua gerak-geri datuk dengan teliti.

Saya renung ke halaman rumah.
Keadaan hari sudah beransur kelam. Tetapi, langit dan awan kelihatan cerah sekali. Angin tidak sekencang tadi bertiup. Beberapa orang jiran tetangga mula meninggalkan rumah Malik Cina.
Meraka agak kecewa kerana tidakbdapat menyaksikan kelakuan aneh Malik Cina.

“Sudah tak menjerit lagi?”
bisik saya pada Malik Cina.

Tidak ada jawapan yang saya terima tetapi ekor mata datuk menikam ke wajah saya. Dia dengar dengan jelas apa yang saya bisikkan pada Malik Cina. Anak telinga datuk cukup tajam.

“Agaknya, dia dah letih,” kata datuk.

Saya dan Malik Cina segera merenung ke arah datuk. Dan tanpa membuang masa, datuk terus menyerahkan gelasb berisi air sejuk pada Malik Cina. Air dalam gelas kelihatan bergerak serta berkocak kecil tetapi gelas bertukar tangan dari datuk ke Malik Cina.

“Lagi apa yang mesti saya buat?”

“Buat macam air pertama yang aku berikan pada kamu tadi.”

“Saya ingat”

“Bagus, aku ingatkan lagi sekali, air pertama untuk basuh muka, untuk minum, sapu pergelangan tangan dan kaki tetapi, air ini ditambahkan sedikit caranya iaitu menyapu pangkal dagunya,” datuk mengulanginya dengan harapan Malik Cina tidak akan melakukan kesilapan.

“Baik-baik air tu berkocak,” saya terus menudingkan jari telunjuk ke arah gelas yang ditatang oleh Malik Cina.

Cepat-cepat Malik Cina
memperlahankan langkah dan
mengurangkan goyang tangan hingga air dalam gelas tidak berkocak dan meleleh di bibir gelas. Malik Cina meneruskan langkahnya menuju ke bilik khas anaknya.

“Dengan izin Allah penyakitnya
hilang,” suara datuk lembut dan
ditujukan pada saya.

Sebagai jawapan, saya anggukkan kepala dengan harapan apa yang diingini oleh datuk bakal menjadi kenyataan. Datuk terus merenung ke halamanndatuk. Dahi luasnya dikerutkan. Datuk menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh terus hilang. Datuk menggeliat.

“Waktu Maghrib dah nak masuk
Tamar .”

“Ya, kita nak sembahyang di rumah atau di masjid tuk?”

“Aku fikir berjemaah lebih baik,
pahalanya lebih, jom kita ke masjid”

“Saya mengikut saja.”

Datuk membetulkan baju yang dipakai. Meraba kaki seluar dan membetulkan letak songkok. Kain pelekat yang tersangkut di bahu datuk raba dua tiga kali. Saya menarik nafas terhibur mendengar kicau burung yang terbang pulang ke sarang.
Malik Cina mendekati datuk. Saya lihat pakaian Malik Cina agak kemas. Rasa cemas tidak terpamer di wajahnya.

Sesekali ia melepaskan senyum bila terpandangkan diri saya yang merenung ke arah dedahan pokok di halaman, tempat murai dan merbah melompat.

“Aku nak ke masjid Malik.”

“Kenapa tak sembahyang di sini?”

“Biarlah aku berjemaah, dapat juga aku berkenalan dengan orang orang di sini,” datuk meraba misai nipisnya dengan jari telunjuk.

Malik Cina termenung sejenak. Ada sesuatu yang di fikirkannya.

“Bagaimana dengan anak kamu?”

Malik Cina bagaikan tersentak mendengar pertanyaan dari datuk. Ia terus mengigit kuku di ibu jari kanan.

“Nampaknya dia letih dan terus tidur.”

“Bagus tapi jangan biarkan dia tidur senja, bila kau dengar suara azan, kau kejutkan dari tidur, kalau dia melawan atau mahu menjerit simbahkan air yang aku berikan pada kamu ke mukanya.”

“Tapi,” Malik Cina berhenti bercakap.

“Apa lagi Malik?”

“Siapa yang nak buat semuanya tu.”

“Kamulah, siapa lagi,” nada suara datuk meninggi.

“Saya nak ikut berjemaah ke masjid.”

“Tak payah, kau sembahyang di rumah, jaga anak kamu. Kalau kamu mahu dia elok,” datuk jegilkan biji mata.

Mukanya nampak merah.
Malik Cina tidak berkata apa-apa. Akhirnya, anggukkan kepala. Setuju,dengan cadangan datuk. Mereka berbalas senyum penuh mesra.

Malik Cina kami tinggalkan. Sampai di masjid datuk terus bersalaman dengan para jemaah yang lain. Mereka melayani datuk dan saya penuh mesra.
Bila sampai waktu Maghrib, beduk ke kepala tangga masjid pun dipukul orang bertalu-talu.

“Boleh cucu saya mulakan azan,” begitu sopan datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki yang memakai serban, menyimpan janggut yang sudah putih.

Terasa sedikit kesal di hati saya atas sikap datuk. Hatinya mahu berbudi;tetapi diri saya yang jadi sasaran. Kenapa dia sendiri tidak mahu mengeluarkan suara untuk berazan?
Timbul pertanyaan dalam diri saya.

“Silakan, cara kebetulan pula bilal;masjid tak datang, tak payahlah saya cari orang lain,” sahut orang itu.

Datuk pun menolak saya ke arah lelaki tua tersebut. Dan akhirnya saya mendapat tahu bahawa orang tua itu adalah imam besar masjid tersebut.

“Silakan,” ucap lelaki tua itu.

“Jangan segan-segan Tamar, mulakan,” tingkah datuk.

Saya tidak ada pilihan. Dengan
keyakinan pada diri sendiri, saya terus melaungkan azan. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang-orang di situ terhadap suara saya.

Apakah mereka menganggap suara saya baik atau sebaliknya? Apakah mereka merasakan laungan azan saya macam orang baru belajar?
Sesungguhnya saya tidak tahu.
Hanyalah Allah sahaja yang
mengetahui hati mereka.

“Boleh tahan juga suara cucu awak,” puji imam.

Saya lihat datuk tersengih. Matanya merenung ke arah saya dengan penuh rasa bangga. Saya kira datuk sengaja melakukan perkara tersebut. Dia mahu menguji diri saya. Apakah saya mengalami perasaan darah gemuruh bila disuruh melakukan azan di tempat lain. Ternyata saya lulus dalam ujian.
Saya kira datuk tentu gembira. Pasti bila pulang nanti datuk akan menceritakan kemampuan diri saya pada nenek. Saya juga berharap ujian yang baru dilalui akan juga jadi pembuka hati pada datuk untuk mencurahkan serba sedikit ilmunya pada saya.

Mungkin esok, mungkin bulan depan atau tahun depan datuk akan menurunkan petua dan pengetahuan tradisional pada saya. Timbul harapannyang berbunga dalam diri.
Selepas menunaikan fardu Maghrib, datuk terus berborak dengan imam.

Mereka berhenti berborak ketika masuk waktu Isyak. Dalam waktu yang amat singkat itu, datuk memperolehi beberapa orang kenalan baru yang sehaluan.

Kawan-kawan baru datuk itu terus membuat ramalan kedatangannya ke kampung tersebut untuk mengubatkan gadis Malik Cina. Datuk cuma tersenyum sahaja dan datuk memberitahu mereka Malik Cina adalah kawan lamanya.
Kunjungannya adalah kunjungan seorang sahabat. Tidak lebih dari itu dan tidak ada kena mengena untuk mengubat anak gadis Malik Cina.

“Saya bukan bomoh,” kata datuk.

“Agaknya awak pawang,” celah
seorang.

“Tidak.”

“Agaknya dukun,” sahut satu suara.

“Dukun, pawang, bomoh adalah sama tetapi saya bukan dari golongan itu, saya adalah hamba Allah macam awak semua, tidak ada yang istimewa pada diri saya, kenapa tuan mahu mahu bertanya sesuatu yang bukan pada tempatnya,” begitu lantang suara datuk.

Kata-kata datuk itu dapat diterima oleh mereka. Tidak ada pertanyaan yang diajukan pada datuk dan saya tidak lagi jadi perhatian mereka.
Kami sampai ke rumah Malik Cina kira-kira pukul sembilan lebih. Malik Cina menyambut kami di muka pintu.

Senyumnya tetap bermain di bibir. Malik Cina terus bertanya pada datuk tentang pengalamannya bersama para jemaah di inasjid. Datuk terus memberitahu, ia mengalami pengalaman yang sungguh menggembirakan hatinya.

“Siapa yang laungkan azan tadi?” Malik Cina bertanya.

“Kenapa?” sambut datuk.

“Suara orang baru, kalau Bilal Halim saya kenal, saya yakin suara yang saya dengar tadi bukan suaranya.”

“Si Tamar cucu aku nak cuba.”

“Haaa…,” Malik Cina terkejut.

“Suaranya lantang dan nafasnya
panjang,” sambung Malik Cina.
Datuk terus ketawa.

Bangga cucunya menenima pujian. Tanpa segan-segan datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Senyumnya, terus berbunga. Rasa bangga menyelinap dalam hati. Siapa tidak bangga menerima pujian.

“Cucu kamu memang hebat,” bersama senyum Malik Cina memuji.

“Betuk ke?” datuk pura-pura terkejut.

“Betul,” wajah Malik Cina nampak serius.

Senyum datuk terus meniti di bibir. Saya menggaru pangkal dagu beberapa kali.

“Mari kita makan,” ajak Malik Cina.

Bau tumis petai, bilis terus menyumbat lubang hidung. Rasa lapar mula terasa.
Saya dan datuk mengikut Malik Cina ke ruang makan. Kami duduk bersila. Makanan yang dihidangkan memang sesuai dengan selera saya.

“Silakan,” jemput Malik Cina.

Nasi terus ditaruh dalam pinggan saya dan datuk. Entah mengapa malam itu saya makan dengan lahap tanpa silu dan segan. Tetapi, datuk tetap macam biasa iaitu menghadkan makanan.

“Cepat benar berhenti makan?” Malik Cina renung muka datuk.

“Dah kenyang,” datuk terus membasuh tangan.

“Agaknya, awak mengira suap nasi awak?”

“Ya, ada hadnya, kalau lebih dari had amalan saya, boleh mendatangkan mudarat,” balas datuk lalu menyandarkan badan ke dinding.

Saya terkejut, malam itulah baru saya tahu bahawa datuk menghitung nasi yang disuapnya. Dia tidak makan sebarangan atau mengikut kemahuan nafsu. Saya berharap Malik Cina akan mengemukakan pertanyaan pada datuk.
Biar Malik Cina tanya berapa suap nasi untuk makan malam dan berapa suap pula untuk makan tengah hari.

Sayang, Malik Cina tidak mengemukakan pertanyaan itu pada datuk dan harapan saya untuk mengetahui rahsia tersebut turut musnah. Tidak mengapa, satu ketika yang baik akan saya tanyakan petua itu.
Dari ruang makan saya dan datuk berubah ke ruang anjung. Suara katak dan cengkerik jelas kedengaran. Dalam saat-saat tertentu terdengar bunyi kucing jantan mengiau mencari kucing betina.

Bulu roma saya mula tegak dalam desiran angin malam yang lembut itu saya terdengar suara burung jampuk dan salakan anjing mendayu-dayu.

“Macam mana dengan anak kamu Malik?”

“Masa awak tinggalkan rumah ni tadi, dia terus tidur, waktu Isyak tadi dia terjaga tapi dia nampak lemah benar,” terang Malik Cina.

Gegendang telinga saya menangkap bunyi desiran angin yang menyentuh dedaun di halaman rumah. Langit nampak cerah. Beberapa ekor kelawar berterbangan mencari mangsanya. Dari anjung rumah juga saya dapat melihat lampu minyak tanah berkelip-kelip, bergerak arah ke utara.

Saya kira jumlahnya lebih dari
sepuluh. Barangkali orang kampung berjalan malam. Mereka bertandang ke rumah jiran untuk menghabiskan masa malam dengan bercerita apa sahaja.

Tetapi, kenapa bawa pelita terlalu banyak, timbul pertanyaan dalam hati saya. Suara burung jampuk kian ramah berbunyi bersama salakan anjing. Anjing terus menyentuh dedaun. Kelawar kian kerap berterbangan.
Badan saya mula terasa dingin. Rasa mengantuk mula menyerang. Tetapi Malik Cina dan datuk masih ghairah bercerita.

“Jangan ganggu dia, biar dia tidur, kalau dia minta nasi berikan nasi, aku tahu dia tu lapar, sebelum nasi diberikan padanya kau kepalkan nasi itu sambil membaca sebelas kali ayat fatihah,” datuk lunjurkan kedua belah kakinya.

“Kalau dia tak mahu makan, bila tengok nasi dah dikepalkan macam mana?”

“Insya-Allah, dia mahu, aku tahu dia lapar.” Datuk raba pangkal hidung.

“Ya, dah lama anak saya tu tak makan nasi, cuma dia makan kulit pisang dan bulu jagung, kalau tak ada benda benda tu dia tak mahu makan.”

“Ganjil sungguh sakit anak kamu Malik.”

“Entahlah, saya sendiri tak tahu nak kata apa.”

“Sah, anak kamu kena buatan orang, anak kamu disihir, agaknya dia ni pernah berkasar dengan orang, sekarang orang tu balas dendam.”

“Entahlah, saya pun tak tahu,” Malik Cina melepaskan sebuah keluhan.

Wajahnya nampak hampa dan kecewa sekali. Dari gerak gerinya ia memang mengharapkan pertolongan dari datuk.
Saya mula menguap panjang. Datuk tepuk bahu kiri saya kerana menguap dengan membuka mulut lebar-lebar.

“Tak baik menguap macam tu, macam mulut buaya lapar,” sergah datuk.

Saya.tersipu-sipu malu. Malik Cina nampak tersengih. Tidak sanggup saya menentang wajah mereka. Saya tunduk merenung lantai dengan perasaan yang serba salah.

“Bolehkah sakit anak saya itu baik,”.Malik Cina menggantungkan harapan pada datuk.

Dua tiga kali datuk menggigit bibir. Dua tiga kali ia meraba-raba ibu jari kanannya. Sesekali ia menarik nafas panjang bersama renungan yang tajam ke arah halaman rumah. Kegelapan malam sunggul pekat.

“Kita berusaha, kalau diizinkan Allah sakitnya akan sembuh,” suara datuk dalam nada yang lembut, penuh harapan.

Malik Cina tunduk sambil menelan air liur. Saya terdengar jam dinding di.rumah Malik Cina berdenting dua belas.kali. Badan saya kian sejuk. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk, saya merenung ke luar anjung rumah. Biji mata saya terbeliak, saya terlihat berpuluh puluh pelita minyak tanah bergerak sendiri dalam jarak kira 400 meter dari rumah. Saya teringat, siang tadi kawasan itu saya lihat penuh dengan hutan. Tidak ada sebuah rumah pun terdapat di situ.
Saya mula resah. Apakah saya sedang melihat manusia atau melihat syaitan berpesta.

Timbul pertanyaan dalam hati saya. Seluruh badan mula terasa seram sejuk. Lolongan anjing, kian nyaring. Suara burung hantu dan jampuk tingkah-meningkah. Desiran dedaun yang berlaga sama sendiri kian kuat. Saya bertambah terkejut melihat jumlah pelita minyak tanah kian bertambah. Semuanya menuju ke arah utara.

“Tuk tengok tu,” kata saya lalu menunjukkan ke arah pelita minyak tanah.

Datuk dan Malik Cina segera melihat ke arah tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak ada sesuatu yang mereka lihat.

“Kami tak nampak apa-apa Tamar,” kata datuk.

“Ada pelita minyak tanah berjalan sendiri.”

“Mustahil di situ kawasan hutan, masa Jepun dulu dijadikan tempat memancung kepala orang. Kau mengarut,” kata Malik Cina.

Datuk gelengkan kepala.
Saya masih melihat pelita minyak tanah berbaris serta bergerak sendiri.

Anehnya, datuk dan Malik Cina tidak dapat melihat cahaya pelita tersebut. Sukar untuk saya menyakinkan diri mereka. Saya terus tarik nafas.

“Sudahlah Tamar, pergi tidur. Bilik kamu dan datuk sudah aku kemaskan.” Malik Cina menepuk bahu saya.

Arahannya segera saya patuhi. Datuk dan Malik Cina saya tinggalkan di ruang anjung. Bilik yang disediakan untuk saya menempatkan dua buah katil bujang.

Bila saya letakkan kepala atas bantal, badan mula terasa geram. Macam ada sesuatu yang berkeliaran dalam bilik tersebut. Pada papan dinding saya rasakan ada sepasang mata merah merenung saya. Badan saya menggeletar. Bila saya membaca ayat Kursi, rasa takut itu hilang dan saya terlelap.

Masa terlelap itu, saya bermimpi menemui seorang lelaki yang ganjil. Berpakaian serba hitam. Saya lihat kelopak mata kirinya berlapis tiga.

Tiap-tiap lapisan kelopak matanya itu ada tahi lalat yang sekejap mengembang dan sekejap mengecil. Matanya bagaikan mahu tersembul, macam mata udang berwarna merah.

Daging pipinya kelihatan lembik dan berlendir. Ada air jernih di celah-celah daging pipinya yang lembik itu. Air itu bercampur nanah meleleh perlahan- lahan ke mulutnya. Lelaki ganjil itu menelan air jernih bercampur nanah dengan penuh ghairah dan bernafsu sekali. Lelaki itu menyuruh saya menjilat daging pipinya yang lembik.

Saya menolak permintaannya. Lelaki itu jadi marah dan dia mula menghampiri saya. Kedua belah tangannya yang berkuku panjang menghala ke batang leher saya. Dengan sedaya upaya saya cuba mengelak.
Usaha saya gagal. Saya tidak berdaya menentangnya dan terus menjerit dengan sekuat hati.

Bila saya terjaga, saya terlihat datuk sedang membaca Quran kecil di katil sebelah. Datuk renung ke arah saya.

“Kau mengigau?”

“Saya mimpi, ada orang nak cekik tengkuk saya.”

“Kau tidak membaca surah al-Fateha. Bukankah sudah aku pesan sebelum tidur, baca surah al-farihah dua puluh satu kali, lepas tu jangan cakap dan terus tidur.”

“Saya terlupa tuk.”

“Patutlah kamu diganggu syaitan, kau abaikan pesanan aku Tamar.”

“Saya terlupa sungguh tuk.”

“Sudah, tidur semula.”

Saya rebahkan badan atas katil. Kali ini saya tidak dapat tidur. Kerana takut datuk marah, saya pura-pura tidur dengan memejamkan kedua belah kelopak mata saya. Desiran angin malam di luar, jelas kedengaran. Suara burung hantu dan lolongan anjing tetap kedengaran.

Saya buka mata separuh, saya lihat datuk masih lagi kedengaran membaca Quran. Kemudian saya lihat dia melakukan sembahyang dua rakaat dan terus berwirid panjang. Rasa takut terus hilang dari hati saya. Tiba-tiba, saya dikejutkan oleh suara orang perempuan yang sedang marah-marah.

Serentak dengan itu juga saya
terdengar bilik saya ditendang bertalu- talu. Beberapa ketul bateri lampu suluh yang diletakkan atas meja dekat katil jatuh bertaburan atas lantai. Datuk berhenti dari melakukan wirid. Dia termenung.

“Ayah, saya dahaga cepat ambil saya air,” suara perempuan meminta sesuatu.

Dituruti dengan bunyi tapak kaki memijak lantai menuju ke dapur.

“Malik, jangan berikan air itu terus kepadanya, berikan pada aku dulu,” suara datuk meninggi.

“Ya, saya buat dengan apa yang awak mahu,” itu suara Malik Cina.

“Kenapa, bagi dengan jantan tua tu,” suara perempuan meningkah, tentu suara anak Malik Cina.

Dinding bilik terus ditendang bertalu- talu. Saya bangun. Duduk di sisi datuk.
Suara perempuan merungut dan
mengetuk sesuatu tetap kedengaran. Saya resah, tetapi saya lihat datuk masih berada dalam keadaan tenang.
Datuk ambil gelas air dari tangan Malik Cina. Datuk tatang air dalam gelas di tapak tangan kanannya. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pemukaan gelas dengan mulut.

“Berikan padanya, sekarang.”

“Ya,” sahut Malik Cina lalu menyambut gelas itu dari tangan datuk di bawa ke bilik anaknya.

Dan saya tidak lagi mendengar suara anaknya menjerit atau merungut sesuatu. Datuk terus membaca al Quran.

Leave a comment

Filed under Cerita, Ilmu, Perawatan, Renungan

5) – Dia Berlari Di atas Air

image

Sudah ramai orang menziarahi Aki Sahak semasa saya sampai bersama isteri saya dan Sali. Sepanjang jalan untuk ke rumah Aki Sahak saya berfikir bagaimana Aki Sahak boleh muntah darah. Bagaimanapun saya belum dapat memastikan macam mana keadaan Aki Sahak sebenarnya.

Hendak bertanya pada Sali pun saya fikir tidak penting. Lagi pun Sali dalam keadaan gelabah tidak tahu apa mahu dibuat. Bila Abang Amud suruh memanggil saya, dia panggil. Mak Saodah suruh dia panjat kelapa ambil buah kelapa muda, dia panjat. Itu saja yang dia tahu.

Ketika saya masuk mendapatkan Aki Sahak, saya lihat Abang Amud ada duduk di kepalanya. Manakala Tonel sedang menyudukan air kelapa muda yang dijampi oleh Abang Amud.

“Macam mana jadi ni?” saya duduk sebelah Tonel.

“Emm, dah geruh macam mana pula” sahut Aki Sahak tenang.

Saya lihat beberapa helai kain sudah basah dengan darah yang keluar dari mulut Aki Sahak.
Teringat saya kepada kata-kata Aki Sahak semasa terdengar bunyi air disedut dekat lombong semasa anak Abang Amud mati lemas. Aki Sahak pernah menyebut puaka lombong mahukan geruh dia. Bererti puaka lombong mahukan Aki Sahak sendiri menjadi galang ganti.

Heran juga saya bagaimana Aki Sahak boleh terlalai sehingga puaka lombong dapat mengganggu dia. Tetapi ini bukanlah mustahil kerana manusia ini ada kelebihannya dan ada kelemahannya. Musuh manusia akan sentiasa menunggu kelemahan itu.
Begitulah yang terjadi kepada seorang ulama di Seremban iaitu mufti Negeri Sembilan.

Saya mendapat tahu Allahyarham merupakan ulama yang doanya selalu menolong orang ramai. Tetapi beliau juga menghembuskan nafas akibat muntah darah juga.
Jadi, tidaklah heran perkara yang sama boleh berlaku ke atas Aki Sahak.

Sedangkan ulama besar seperti mufti itu pun bila sampai masanya tidak dapat mengelak dari geruh, apakan pula Aki Sahak yang cuma belajar pondok. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Bagaimanapun Aki Sahak masih kelihatan segar, walaupun darah banyak keluar dari mulutnya.

“Buatlah apa-apa patut ustaz…” bisik Abang Amud perlahan.

Saya tidak menyahut. Saya
memerhatikan pelupuk mata Aki Sahak. Pelupuk mata itu masih segar. Cuma bibirnya agak lebam sedikit.

Ada juga di antaranya yang
mengatakan Aki Sahak terkena
‘kelintasan’ yakni dilangkah oleh hantu raya atau hantu tinggi. Ada juga yang menuduh puaka lombong membalas dendam. Tetapi pada pendapat saya jenis-jenis syaitan tidak akan berani mengganggu Aki Sahak memandangkan amalannya selama ini sudah cukup kuat mendinding dirinya.
Boleh jadi syaitan digunakan oleh orang-orang berilmu untuk
menyempurnakan tugasnya. Inilah yang boleh memporak-perandakan manusia.

Arwah Tok Aji iaitu tok aki saya juga pernah menghadapi perbuatan orang- orang berilmu menggunakan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Tok Aji ini dilahirkan di Sumatera, kemudian dia berhijrah ke Tanah Melayu. Dia sudah berkahwin di Semenyih, di Singapura dan di Kota Tinggi. Kemudian menetap di kampung saya.

Semasa dia menikah dengan nenek saya, Tok Aji sudah berumur hampir 60 tahun, manakala nenek saya baru berumur 18 tahun. Tetapi itu jodoh namanya. Tok Aji kekal dengan nenek saya sehingga akhir hayatnya.
image

Disebabkan Tok Aji berkahwin muda maka adalah orang yang iri hati dengannya. Dalam satu kenduri di rumah seorang kawannya, dia telah dihidangkan dengan kopi. Sebelum kopi itu diunjukkan kepadanya Tok Aji sudah tahu bahawa yang diberikan kepadanya ialah racun santau.
Bagaimanapun Tok Aji tidak boleh mengelak dan dia mesti meminumnya juga.

“Wah, sedap kopi ni” katanya bila menghirup kopi tersebut.
Orang ramai yang menyaksikan tidak tahu apa telah berlaku.

Setelah diminumnya Tok Aji seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya. Tetapi tidak semena-semena anjing di bawah rumah terjerit-jerit lalu mati dengan darah mengalir di mulutnya. Selepas itu beberapa kali Tok Aji telah diuji, dan dia terpaksa meminumnya sekalipun diketahuinya air tersebut telah dibubuh racun santau.

Arwah Tok Aji memberitahu saya, racun santau ini dibuat oleh manusia dari serbuk kaca yang mempunyai ibu.

Kadangkala orang yang menyimpan santau ini tidak perlu membubuhkan sendiri racun santau tersebut, memadai dengan menyeru saja maka ibu racun itu akan terbang seperti lipas dan memasukkan racun santau berkenaan ke dalam makanan mangsanya.

Sebab itulah ayah saya tidak mahu mengetahui sangat tentang racun santau, kerana katanya sesiapa yang sudah mengetahui maka dugaan sentiasa mengganggu seperti arwah Tok Aji. Bagaimanapun ayah saya pernah juga mahu diduga.

Semasa saya bersamanya mengikut orang bertakbir Hari Raya pada malam Hari Raya, tiba- tiba gelas yang dihulurkan orang kepada ayah saya meletup dan pecah.
Air kopi dari gelas itu menimpa kepala saya. Semua orang menyangka pipi dan muka saya melecur terkena air panas.
Tetapi apa yang saya rasakan adalah sebaliknya. Air kopi itu sejuk seperti dimasukkan ketul air batu. Rupanya ayah saya tidak mengambil ilmu santau dari Tok Aji yang mesti diminum kalau mengetahui santau ada di dalamnya.
Ayah saya mempelajari doa supaya tidak sampai untuk diberikan kepadanya.

Walaupun Tok Aji dapat
mempertahankan dirinya dari racun santau, tetapi apabila akhir hayatnya bisa racun santau itu naik semula. dia tercungap-cungap seperti itik kena sembelih sehinggalah nafasnya yang terakhir.

Inilah yang saya fikirkan kalau apa yang dialami oleh arwah Tok Aji dilakukan oleh Aki Sahak. Mana tahu bisa racun santau yang mengancamnya sekarang sudah bertahun-tahun dulu dihirupnya. Mungkin dia terpaksa menghirupnya seperti arwah Tok Aji kerana amalannya terpaksa meminum juga.

Hal demikian bukan berlaku ke atas orang-orang yang mendalami ilmu agama saja. Malah bomoh-bomoh terkenal juga mengalaminya. Seorang sahabat saya telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dari racun santau ini dari ayahnya seorang bomoh. Sekarang sahabat saya berkhidmat dalam pasukan askar.

Ketika dia menuntut dari ayahnya dia masih di kampung lagi dan menoreh getah.
Pernah juga dia mengajak saya
menuntut dari ayahnya ilmu
mempertahankan diri. Tetapi entah mengapa hati saya enggan saja mahu mempelajarinya. Mungkin kerana saya lebih tertarik dengan pelajaran agama dari aruah Tok Aji menyebabkan saya tidak tertarik hati dengan ilmu-ilmu bomoh ini. Lagi pun saya tidak berniat langsung untuk menjadi bomoh, seperti kawan saya itu.

Malah dia sendiri apabila menyertai pasukan askar langsung melupakan terus cita-citanya mahu menjadi bomoh itu.
Selepas saja dia tamat melalui ujian ilmu mempertahankan diri dari racun santau, satu hari apabila dia balik dari menoreh getah dia terasa haus lalu meminta air dari emaknya. Oleh kerana emaknya lewat membawakan air, maka kawan saya terpandangkan botol aiskrim soda.

Pada sangkaannya tentulah aiskrim soda. Dia pun tidak bertangguh lagi lalu menghirupnya hingga habis sebotol.

Apabila emaknya keluar, alangkah terperanjatnya orang tua itu kerana yang diminum oleh kawan saya itu ialah cuka getah yang baru dibeli oleh emaknya. Kelam kabutlah emaknya,menyaksikan kejadian tersebut. Tetapi,tidak ada apa pun merosakkan dia.
Kawan saya hanya tersenyum saja selepas meminum cuka getah tadi.

Tidak tahulah bagaimana dia sekarang, kerana sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Dia pun sudah berkahwin;dengan orang Kluang di Johor. Jadi, jaranglah saya dapat bertemu dengannya.

“Cubalah buat apa-apa ustaz…” desak Abang Amud lagi.

Aki Sahak tersandar pada bantal. Dia kelihatan letih sedikit, tetapi matanya tetap segar. Dia tersenyum memerhati saya sudah ada di sisinya.

“Takkan kau nak biarkan Aki macam ni” tangannya menampar lutut saya.

Saya tidak juga menyahut. Menghadapi orang berilmu seperti Aki Sahak bukanlah mudah. Kadangkala dia sengaja mahu menguji seseorang walhal dia memang tahu bagaimana mahu mengatasinya. Tidak ada
langsung tanda-tanda dia dalam
kesakitan apabila saya mula-mula menjengah dia tadi.

“Buatlah apa-apa pun” pinta Aki Sahak masih memegang kepala lutut saya.

“Bila kena ni?” saya mengeluh pendek.

“Tiba-tiba aje…” Makda Saodah
mencelah.

“Lepas makan tengahari tadi dia rasa sakit dada. Langsunglah jadi macam tu” jelasnya dalam keadaan rusuh.

“Aki, tak buat apa-apa?” tanya saya perlahan.

“Nak buat apa…!” jawabnya tersengih- sengih.

“Tok Kadi pun tak boleh nikahkan diri dia sendiri. Orang sakit macam Aki ni pun tentulah tak dapat nak ubat diri sendiri…” ujarnya ketawa macam menyindir.

Serba salah juga saya dibuatnya.
Keadaan Aki Sahak memang tenat, tetapi saya lihat dia tidak seperti orang sakit. Suaranya tetap tenang. Sekali sekala dia terbatuk hingga keluar darah pekat dari mulutnya.

Darah yang keluar dari mulut Aki Sahak itu seolah-olah orang mengalami luka parah. Kalau dibiarkan mungkin Aki Sahak akan kehilangan darah. Ada juga orang yang mendesak Aki Sahak,supaya dibawa ke hospital, tetapi Aki Sahak enggan. Dia yang suruh Abang Amud segera memanggil saya.

Sebenarnya saya jadi bingung
menghadapi keadaan demikian. Kalau Aki Sahak yang saya anggap guru sudah tidak dapat bertahan, bagaimana pula saya boleh membantunya. Saya sendiri tidak tahu apakah ubatnya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengubati orang terkena racun atau santau. Lainlah kalau gangguan syaitan boleh juga saya mencuba-cuba.

“Penyakit macam ni jenis gangguan syaitan juga…” ujar Aki Sahak macam mengetahui apa yang terbendung di jiwa saya.

“Macam mana saya nak mulakan?” saya serba salah.

“Buatlah macam mana pun…” desak Aki Sahak tersenyum pahit.

Darah masih mengalir juga apabila dia terbatuk.
Saya hanya mencuba. Tidak tahu apakah ayat-ayat tertentu harus digunakan. Saya merenung muka Aki Sahak tepat-tepat sambil berzikir khusyuk di dalam hati hingga terasa zikir itu menyeluruh ke segenap badan. Ketika ini dapat saya rasakan diri saya ditolak kuat oleh satu tenaga, tetapi tenaga itu tidak berdaya menolak saya.

Akhirnya saya tenggelam di dalam zikir. Saya tidak takut kepada apa pun yang mencabar. Hanya berserah saja kepada Allah untuk meminta pertolongan dan perlindungan.

Saya terus menyemadikan diri,
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyum Ya Qayyum, Ya Zaljalalil Wal Ikram, kepada Engkaulah aku memohon pertolongan”.

Demikian saya memulakan doa yang menyerahkan diri semata-mata kepada Allah.
Lama saya menguatkan zikir saya barulah saya merasakan diri saya cukup gagah. Kekuatan yang ada pada saya sudah cukup untuk menghadapi sebarang musuh yang berdampingan dengan syaitan. Saya melihat seorang lelaki tua yang pernah saya temui sedang mengambil miang rebung dikumpulkan dalam satu balang. Puas saya mengingatkan di manakah saya pernah menemui orang tua tersebut.

Orangnya kurus tetapi tinggi susuk tubuhnya. Dahinya sulah dan rambutnya jarang sedikit. Sudah dipenuhi uban hingga memutih.

“Tua kutuk…!” keluh saya meluat
melihat perangainya.

Tidak sedar sudah tua tetapi masih mahu melakukan perbuatan yang dilaknati Allah. Sepatutnya orang tua seperti itu mestilah melebihkan amal ibadat.

Miang rebung yang diambilnya tadi digaul dengan serbuk kaca ditumbuk halus. Kemudian balang berisi serbuk kaca bergaul miang rebung itu diasap dengan kemenyan.

Selepas itu ditapakan jauh dari kampung, di satu tempat yang dirahsiakan. Orang tua itu memuja balang berisi serbuk kaca dengan miang rebung itu hingga timbul ulat seperti bubuk di dalamnya. Ulat-ulat ini menjalar dalam gumpalan miang rebung yang seakan- akan rambut itu. Sebenarnya saya tidaklah nampak dengan jelas. Hanya seperti bayang-bayang saja. Sebab itulah orang tua yang saya lihat hanya seperti bayang saja. Bagaimanapun memang saya cam mukanya kalau bertemu di mana-mana.

“Tua kutuk…” keluh saya perlahan.

Orang tua itu berpaling. Dia seolah- olah mendengar keluhan saya tadi.
Sebaik saja melihat saya berdiri
bercekak pinggang menghadapnya, orang tua itu cepat-cepat melontarkan serbuk kaca itu ke mata saya. Tetapi serbuk kaca yang dilemparkan kepada saya itu tersekat pada tembok yang memagari saya tiba-tiba.

“Kau berani datang ye!” pekik orang tua tersebut kelihatan marah.

“Orang tua macam awak ni patutnya banyakkan amal ibadat” saya menyindir.

Marah sangat saya kerana dicabar oleh orang tua berkenaan.

“Kau datang nak cabar aku…?” dia mengancam dengan pandangan yang menggerunkan.

“Bukan fasal cabar mencabar” jelas saya mengerling ke arahnya.

“Kerja awak ni kerja syaitan. Jadi hamba syaitan. Dilaknat Allah…” ujar saya seterusnya.

Dia semakin marah bila saya sindir begitu. Dia melepaskan beribu-ribu ekor ular mahu mematuk saya. Tetapi ular-ular yang dilepaskan oleh orang tua itu semuanya terbakar hangus bila saya hembuskan ayat-ayat yang tertentu. Bertambah marah dia bila dilihatnya semua ular-ular yang menyerang tadi terbakar hangus.

Kemudian dia membawa saya ke lombong tempat anak Abang Amud mati lemas. Dia berlari-lari di atas air tersebut bagaikan berpijak di atas bumi. Orang tua itu ketawa berdekah- dekah bila melihat saya kehairanan memerhati dia berjejak di atas air.

“Awak berkawan dengan puaka,
berkawan dengan syaitan…” bentak saya mula mengancam dia.

Melihatkan saya marah orang tu itu semakin kuat tertawa. Dia bertandak di atas air lombong itu seolah-olah memperagakan kebolehan luar biasanya.

“Awak nak tunjuk kepandaian awak ye!” saya cuba mengawal perasaan marah apabila diejek-ejek.

Dia tidak menghiraukan kata-kata saya, sebaliknya terus bertandak-tandak.
Tetapi dia tidaklah menyerang saya seperti mula-mula tadi. Mungkin pada peringkat kedua dia hanya mahu saya meradang saja. Memang inilah cara syaitan mahu mengalahkan manusia ,dia sengaja mahukan kita marah supaya mudah baginya mencari kelemahan.
Mujurlah saya sedar akan tipu muslihat syaitan yang mahukan saya marah.

Setelah dapat mengawal diri saya pun mula membacakan beberapa ayat Quran dan menghembuskan ke arahnya. Air lombong tiba-tiba menggelegak dan cair. Orang tua itu tercungap-cungap lari mencari tanah daratan.

“Sahabat kau tak akan datang
menolong!” saya mengejek dia.

Kerana saya tahu dia lari ke lombong adalah untuk mendapatkan pertolongan syaitan yang menjadi sahabatnya.

“Sahabat kau akan dipanah petir kalau berani datang menolong kau” kata saya lagi menyebabkan dia mulai marah.

Gelak ketawanya tidak kedengaran lagi, sebaliknya mendengus-demgus marah.
Dia berpaling mahu menentang. Entah macam mana dia menjadi gementar apabila bertentang mata dengan saya, ketika ini saya sedang azan. Gema azan itulah menyebabkan syaitan yang diserunya tidak berani datang menolong. Nampaknya dia menggunakan puaka lombong itu untuk menentang saya.

“Serulah sahabat-sahabat kau” saya terus mengejek.

“Selagi kau bersahabat dengan syaitan, selama itulah kau ditipu oleh syaitan.

Tak mungkin syaitan datang menolong kalau dia tak dapat keuntungan” kata saya lagi.

Orang tua itu semakin marah. Tetapi dia tidak berani menentang saya disebabkan syaitan yang diserunya tidak datang setelah saya azan tadi. Bumi tempatnya berpijak juga bergegar menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak.

“Bertaubatlah, dan kembali ke jalan Allah” saya menyerunya.

Dia tidak juga menyahut. Berlegar-legar dia mahu menyerang. Tetapi setiap kali dia mahu mencuba gegaran bumi semakin kuat menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak.

Orang tua ini memang manusia biasa, tetapi dia menggunakan ilmu syaitan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak heranlah mengapa manusia demikian mudah tertipu kerana syaitan boleh memperdayakan mereka dengan janji- janji untuk memberi kekuatan,
kekayaan, kemewahan atau apa saja yang dihajat.

Syaitan akan memberikan mereka kebal tidak lut oleh besi, syaitan menjanjikan kebolehan menyerang musuh dari jauh saja, syaitan menjanjikan ilmu yang boleh ghaib dari pandangan mata. Hal-hal seperti inilah menyebabkan manusia mudah terpedaya. Segala janji-janji syaitan itu adalah untuk sementara saja, iaitu selagi manusia mahu mengikut perintahnya.
Bagaimanapun syaitan akan lari
meninggalkan manusia tadi, apabila dia terseksa dengan ayat-ayat Quran.

Dengan itu manusia yang ditinggalkan oleh syaitan akan terseksa pula sebagai galang gantinya. Inilah yang terjadi pada orang tua berkenaan. Memang saya cam orang tua tersebut.

Bagaimanapun saya terpaksa rahsiakan dia dari pengetahuan orang-orang kampung. Orang tua ini ada hubungan kekeluargaan dengan Abang Amud.

Semasa saya membantu Aki Sahak mencari mayat anak Abang Amud yang tenggelam di dalam lombong, dia juga ada menyaksikannya bersama.
Dialah yang mendesak Ketua Penyelam itu supaya meneruskan kerja mencari mayat tersebut dengan tidak payah pertolongan dari Aki Sahak. Apakah tujuannya tidaklah saya tahu.

“Apa yang awak sakit hati sangat pada Aki Sahak?” soal saya mengherdiknya.

Dia mengacau hak orang…” sahutnya marah.

“Apa yang dikacaunya?”

“Kawasan ni kami punya!”

“Kawasan apa?”

“Kawasan anak ubat kami…”

“Dia cuma menolong”

“Tidak! Dia mengacau..!”

“Dia bawa ilmu Allah, awak kata
mengacau?” sindir saya.
Orang tua itu menjadi serba salah.

Memang ada niat dia mahu menyerang saya. Tetapi setiap kali dia mahu menyerang terasa dadanya bagaikan kena pijak. Memang telah saya perhatikan sikapnya, sebab itu saya sudah menghentakkan tumit saya ke bumi dengan makrifat memijak jantungnya.

“Kalau awak berani lepaskanlah
kawan..” bentaknya pula mahu
menerkam saya.

“Kalau sahabat awak boleh menolong lepaskanlah sendiri” sahut saya mengejeknya.

“Awak halang dia, macam mana dia nak datang!” katanya.

“Kalau awak handal lepaskan halangan tu” kata saya sengaja menyakitkan hatinya.

Berkali-kali dia cuba menerkam tetapi terasa jantungnya terpijak. Dia mengerang kesakitan bila terasa jantung kena pijak. Akhirnya dia memekik kuat melepaskan kemarahannya.

“Kau nak bunuh aku ke?” jeritnya menggema.

“Awak nak bunuh Aki Sahak kan?” soal saya kuat sedikit.

“Fasal dia nak bunuh sahabat aku!” jawabnya membentak.

“Kalau awak tak mahu malu, pergi sekarang” perintah saya masih tidak melepaskan tumit yang dihentak ke bumi.

“Kalau tidak awak malu, keluarga awak pun malu” saya mengingatkan dia.

“Biar mati aku takkan mengalah
dengan kau!” dia berkeras tidak mahu mengalah.

“Mengapa kau beri Aki Sahak santau?” jerkah saya apabila dia berkeras tidak mahu berundur.

“Kau fikir kau boleh selamat. Ayat-ayat Allah lebih berkuasa dari santau, awak tau!” ujar saya seterusnya.

Untuk mengujinya sengaja saya
lepaskan tumit dari menekan bumi. Serentak dengan itu dia menerkam saya. Bagaimanapun belum sempat dia sampai kepada saya, orang tua itu jatuh terhempap ke bumi. Saya menghembusnya dengan Surah Al Fatihah hingga dia terlambung tidak dapat bertahan.

Kemudian saya susul dengan Surah Al Ikhlas. Ketika ini berpuluh-puluh bukit berterbangan menimpa ke atas dirinya. Dia terhimpit di bawah bukit-bukit yang berterbangan.

“Kau tidak akan dibantu oleh sahabat kau. Dia juga akan hancur kalau cuba mendekati” saya menyerunya berulang kali.

Setelah saya melihat dia tidak bergerak di bawah himpitan bukit-bukit yang berterbangan, barulah saya mengembalikan diri saya seperti sediakala. Saya masih menghadapi Aki Sahak yang terbaring. Dia kelihatan lemah sedikit. Darah juga sudah mula kering dari mulutnya.
Di samping itu air kelapa muda yang sudah didoakan oleh Abang Amud tadi disudukan ke mulut Aki Sahak. Saya tahu Abang Amud mendoakan ‘peluruh’ iaitu mengatasi bisa racun, tetapi ‘peluruh’ yang diberikannya belum lagi berkesan.

Walaupun keadaan Aki Sahak sudah ada reda dia masih juga terbatuk- batuk. Bahang panas di dadanya terasa berwap-wap. Lalu saya pun meminta air sejuk dari Makda Saodah. Pada sangkaannya saya mahukan air minum, maka mereka pun memberikan kopi O.

“Bukan saya nak minum” ujar saya tersenyum kerana geli hati.

“Air nak buat ubat…” jelas saya.
Barulah Makda Saodah menghulurkan kepada saya satu jag air sejuk.

Saya membacakan Yassin tiga kali. Selepas itu air tersebut diberi minum pada Aki Sahak. Kira-kira sepuluh minit selepas dia minum air tersebut, Aki Sahak muntahkan darah dengan lendir-lendir putih.

Saya suruh muntah itu ditadah dalam besen supaya tidak habis tempat tidur. Tiga kali Aki Sahak terjeluih muntah.
Kali yang ketiga muntahnya tidak lagi darah tetapi segumpal rambut sebesar penumbuk, serbuk kaca dan miang rebung. Setelah semuanya habis keluar barulah kelihatan Aki Sahak terkulai lemah akibat keletihan.
Disebabkan keadaan baru pulih, saya pun menyuruh Aki Sahak tidur saja.

Jiran-jiran pun saya tidak beri
mengganggunya. Biarlah jangan
ditanyakan apa-apa sehingga Aki Sahak pulih betul-betul. Biasanya dalam masa seminggu barulah ada perubahan sedikit.

“Kerja siapa agaknya?” Sali menggertap bibir.

Barulah dia mahu bersuara setelah melihat Aki Sahak tidak lagi terbatuk-batuk.

“Siapa agaknya ustaz?” Abang Amud pula bertanya.

“Mana kita nak tau” sahut saya lemah. Sebenarnya saya juga terlalu letih. Pada lahirnya memang nampak saya duduk saja di situ, tetapi keletihan yang saya alami seolah-olah baru saja mengangkat beban berpikul-pikul.

“Kalau tau orangnya” Sali menumbuk- numbuk tinju ke tapak tangan.

“Kalau tau orangnya, aku pijak-pijak kepalanya. Aku terajang dia…!” gerutunya mcam menyimpan dendam.

Saya mendiamkan diri saja. Biarlah Sali melepaskan geramnya. Saya tahu dia tidak akan bertindak kerana dia tidak tahu siapakah yang didendamnya. Tugas saya sudah selesai iaitu cuba mengubati Aki Sahak. Soal membalas dendam bukan kerja saya. Sebab Allah sendiri menjanjikan: Setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya di akhirat, dan setiap perbuatan jahat ada balasannya di akhirat.

“Hati binatang!” Sali masih merungut marah.

Kalaulah saya terangkan siapakah orang yang ternampak oleh saya mungkin Sali sanggup menyerangnya. Tetapi saya tidak boleh memberitahunya.
Kadangkala bayangan yang kita lihat itu tidak semestinya benar. Boleh jadi orang yang berniat jahat itu menjelmakan dirinya seperti orang lain. Sudah tentulah kita menganiaya orang apabila kita memberitahu apa yang kita lihat.

Sebab itu arwah tok aki saya melarang menyebutkan orang yang kita lihat melalui bayangan itu kepada keluarga pesakit. Ditakuti mereka akan bertindak membalas dendam.

Ustaz tak tau siapa orangnya?” tanya Sali semakin kejap menggertap bibir.

“Tidak…” saya menggeleng kepala.

“Kita baca Yassin ramai-ramai” Abang Amud pula mencadangkan.

“Kita balikkan semula pada orang yang membuat Aki Sahak” katanya membayangkan kemarahan yang membakar perasaannya.

Dia berkisar punggung bagaikan mahu melompat menerkam sesiapa saja.

“Jangan ikut perasaan…” Aki Sahak membuka matanya perlahan.

Rupanya sejak tadi dia mendengar saja perbualan kami.

“Jangan ikut perasaan. Kau boleh bacakan Yassin dengan niat nak membunuh orang. Kalau Allah makbulkan, kau mesti ingat dosanya! Dosanya tetap dosa membunuh juga” suara Aki Sahak masih lemah tetapi nadanya keras.

“Orang hati binatang yang buat ni…” sahut Sali mengepal tinju kejap-kejap, kemudian meninju-ninju kepala lututnya.

“Habis, kau nak ikut pula jadi hati binatang?” soal Aki Sahak bangun perlahan-lahan bersandar pada bantal.

“Kalau kau nak balas juga, kau pun sama macam dia. Sama berhati binatang!” Aki Sahak mengingatkan.

Sali tidak berani membantah cakap Aki Sahak lagi. Bukan saja Aki Sahak itu gurunya, tetapi juga pangkat bapa saudara pula. Makda Saodah itulah emak saudara Sali. Sebab itu dia tida berani sangat berbantah-bantah dengan Aki Sahak.

“Allah lebih Maha Mengetahui…” jelas saya setelah Sali terdiam dimarahi Aki Sahak.

“Kalau setiap hari sekurang-kurangnya kita melafazkan iyya kana’budu waiyya kanastai’n tujuh belas kali dalam solat kita ketika membaca Fatihah iaitu hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan, mengapa kita mesti membalas dendam! Mengapa kita tidak mematuhi ikrar kita dengan Allah” kata saya mengerling Sali.

Sali terdiam. Terasa juga dia sudah terlanjur bercakap mengikut perasaan.

Ketika inilah terdengar seorang
seorang perempuan memanggil Pak Semail Ketua Kampung dari tengah halaman. Pak Semail yang duduk di belakang saya terkejut juga bila ada orang mencarinya ketika itu.
Sedangkan Aki Sahak masih belum pulih akibat termakan santau.

“Ada Abang Mail di sini?” perempuan itu bertanya dari tengah halaman sebaik saja pintu serambi dibuka oleh Makda Saodah.

“Oh, kau tadi Sumi, naiklah” pelawa Makda Saodah masih berdiri di muka pintu.

“Ada Abang Mail di sini?” ulangi
perempuan yang dipanggil Sumi oleh Makda Saodah itu.

“Ada…” beritahu Makda Saodah.

“Macam mana pun naiklah dulu…” dia mengajak Sumi naik ke rumah.

Belum sempat Sumi menyahut Pak Semail sudah berdiri di belakang Makda Saodah.

“Apa halnya Sumi?” tanya Pak Semail bimbang.

Berdebar juga hatinya bila adiknya itu datang memanggil dia ke situ.
Sumi tidak terus memberitahu. Dia kelihatan rusuh sedikit tetapi masih juga tercegat di tengah halaman.

“Apa halnya?” tanya Pak Semail lagi.

“Rumah kami dilanda ribut” jelas Sumi tergagap-gagap.

“Abang Fakeh terperangkap dalam runtuhan rumah tu…” dia tersedu-sedu menahan perasaannya yang menyebak ke dada.

“Ribut apa pula?”

Pak Semail keheranan kerana
kampung itu tidak pun dilanda ribut. Tidak ada tanda ribut atau hujan melanda. Kampung itu tetap cerah dengan cahaya matahari petang memancar bersih.

“Macam mana boleh ada ribut, rumah kau bukan jauh dari sini…” ujarnya sambil berastaghfar beberapa kali.

“Entahlah…” Sumi menggeleng kepala.

“Tapi ribut kencang tadi saya ada di rumah. Saya sempat terjun ke tanah sebelum rumah tu roboh” jelasnya perlahan.

Dia juga heran kerana di kawasan rumah Aki Sahak itu tidak ada pun kesan-kesan dilanda ribut. Kalau ada ribut melanda tentulah habis sebuah kampung terlibat. Inilah yang mengherankan mereka.

“Marilah kita pergi tengok Pak
Fakeh…” saya mencadangkan.

Saya bersama beberapa orang jiran lelaki yang ada menziarahi Aki Sahak terus mengikut Pak Semail.
Apabila sampai ke rumah Pak Fakeh memang semuanya terkejut melihat keadaan di situ. Rumah Pak Fakeh habis musnah ditimpa kayu jongkang kalang. Mereka bertambah heran bagaimana Sumi boleh terselamat kalau melihat keadaan rumah tersebut. Pokok kelapa tidak kurang dari lapan batang bertupang tindih menimpa rumah.

Pokok durian juga melintang
menghempap dari tengah bumbung.

Kalau mahu dikira sempat melompat ke tanah memang tidak masuk akal langsung bagaimana Sumi boleh terselamat. Mujurlah juga cucu-cucu mereka tidak ada di rumah ketika itu.

Kesan ribut juga jelas di sekitar
kawasan rumah itu kerana banyak pokok-pokok yang patah dahan.

“Macam mana ribut di sini aje? keluh Sali yang sama mengikut kami tadi.

“Kencang betul ributnya” beritahu Sumi masih dalam ketakutan.

“Tengoklah pokok-pokok tu habis terbongkar akar” katanya lemah.

“Habis macam mana Mak Sumi
lepaskan diri?” tanya Tonel pula.

“Entahlah…” ujarnya gementar
mengenangkan peristiwa yang
menimpa dirinya.

“Mak Sumi rasa macam mati hidup balik…” dia mengesat mata dengan hujung lengan bajunya.

Terpaksa pula masing-masing
mengambil kapak dan gergaji untuk memotong kayu yang jongkang kalang menimpa rumah Pak Fakeh. Hampir dua jam barulah kawasan rumah itu dapat dibersihkan. Kira-kira sudah dekat masuk Maghrib barulah mayat Pak Fakeh ditarik keluar dari bawah pokok durian. Kepalanya berkecai remuk. Mata, hidung dan telinganya. dipenuhi darah pekat.

Memang Pak Fakeh yang saya lihat ketika saya mengubati Aki Sahak tadi.
Tetapi saya tidak mahu memberitahu sesiapa pun tentang Pak Fakeh itu.
Biarlah mereka semua menyangka Pak Fakeh menemui ajalnya apabila rumahnya dilanda ribut.

Leave a comment

Filed under Cerita, Doa, Ilmu, Perawatan, Renungan

4) – Pak Kamat Menunggang Harimau

Sudah lama saya tidak balik ke
kampung. Kalau tidak ada hal
mustahak memang jarang saya balik.

Lagipun ayah saya sering mengirim surat memberitahu khabar berita di kampung. Bagaimanapun dalam bulan Ogos 1975 saya balik juga menemui kedua orang tua. Tergerak saja hati saya mahu balik menemui mereka.

Ketika saya balik emak saya masih dalam kesedihan. Heran juga saya mengapa emak dalam kesedihan kerana semasa mengirim surat ayah saya tidak ada memberitahu apa-apa tentang berita tidak baik.
Rupanya emak bersedih disebabkan dua ekor lembunya mati. Seekor lembu dara tengah naik tubuh dan seekor lagi
induk lembu sudah dua kali beranak.

Inilah yang menyedihkan emak saya. Dia memang sayang pada binatang- binatang ternakannya. Emak pernah sugul sampai dua minggu kerana kucing kesayangannya mati ditetak orang dengan parang.

Sempat kucing itu balik ke rumah dengan belakangnya terbelah akibat ditetak dengan parang. Emak terpaksa
membasuh luka kucing itu dan dibubuh ubat. Bagaimanapun dua hari kemudian kucing tersebut mati juga kerana lukanya sudah berulat.

“Kalau jual lembu tu tak kurang dari tujuh ratus ringgit seekor” ujar emak masih dalam kesedihan.

“Tapi, bukan duitnya yang kita kenang. Mengapa orang sampai hati menganiaya binatang” tegas emak terharu dengan nasib yang menimpa
binatang ternakannya.

Misalnya kucing kesayangan dia yang ditetak dengan parang itu. Apalah dosa kucing itu sampai tergamak tangan
manusia menetaknya dengan parang.

Di manakah letaknya perikemanusiaan sebagai makhluk yang termulia
dijadikan Allah sehingga sanggup melakukan perbuatan yang lebih hina dari seekor haiwan.

“Lembu tu kena racun ke?” tanya saya perlahan.

Emak tidak menjawab. Dia masih menahan kesedihan akibat kematian dua ekor lembu itu. Memang emaklah yang mengembala lembu tersebut.
Emak ada memelihara enam ekor lembu. Dia tidak melepaskan lembunya seperti kebanyakan lembu yang
diternak di kampung kami. Emak hanya menambatkan saja lembunya di tengah sawah kami yang tidak dapat dikerjakan kerana tidak dapat bekalan
air secukupnya.

Tengahari emak akan mengembala lembu-lembunya ke sungai untuk diberi minum. Kemudian ditambat semula.
Dalam satu hari itu emak perlu
mengalihkan lembu tiga empat kali saja ditambat ke tempat yang ada kawasan rumput. Jadi, adalah mustahil boleh termakan racun lembu-lembu
berkenaan.

“Boleh jadi Cina meracun di kebun pisang agaknya” saya mengagak kalaulah benar lembu-lembu itu termakan racun.

“Kadangkala bekas dia meracun tu boleh membahayakan kalau tak dicuci bersih” jelas saya lagi.

“Racun apa…?” ayah saya mendengus.

“Dua gulung kawat mata punai sebesar tekoh dalam perutnya” beritahu ayah saya terbatuk-batuk.

“Kawat mata punai…?” saya keheranan.

“Orang Jabatan Haiwan yang belah perut lembu-lembu tu. Mereka tunjukkan kawat mata punai tu” kata ayah saya menahan perasaan terharu
bila mengenangkan peristiwa tersebut.

Itulah yang mengherankan emak saya.
Semasa dimasukkan ke dalam kandang emak dapati semua lembunya sihat petang tersebut.
Malamnya, ketika ayah saya membetulkan unggun api, tidak
ada tanda-tanda mencurigakan ke atas semua lembunya. Esok paginya apabila ayah saya mahu ke kebun dilihatnya seekor lembu sudah terkinjal-kinjal.
Ayah saya cuba memulihkan dengan cara mendoakan pada garam. Tetapi dia tidak berjaya. Sebab itulah ayah saya terus memberitahu Pejabat Haiwan Daerah. Kalau tidak dapat
dipulihkan pun, boleh juga dijual ke pasar sekiranya pihak Pejabat Haiwan mendapati tidak ada penyakit.

Ketika ayah saya membawa Pegawai Pejabat Haiwan seekor lagi lembunya tergolek. Sempatlah ayah saya
menyembelih kedua-dua ekor lembu tersebut. Pihak Pejabat Haiwan mendapati tidak ada apa-apa penyakit.
Untuk mempastikan sama ada
termakan racun atau tidak maka mereka pun membelah perut lembu tersebut.
Alangkah terperanjatnya mereka mendapati segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam perut
lembu itu. Kedua-duanya terdapat segulung seekor yang sama besarnya.

Setelah disahkan tidak ada termakan racun, daging lembu dijual di pasar borong saja seratus ringgit seekor.
Tidakkah mengherankan
bagaimanakah segulung kawat mata punai sebesar tekoan air boleh terdapat di dalam perut lembu. Kalau pun lembu
makan menelan seperti ular tentu tidak tertelan kawat mata punai seperti itu.
Apa lagilah lembu makan mengunyah.

Tetapi bila memikirkan tentang
kekuasaan Allah, maka tidaklah
mengherankan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, tentulah apa
saja permohonan dari makhluknya hatta dari syaitan pun akan dimakbulkanNya.

“Subhanallah…” keluh saya apabila mendengar cerita dari ayah saya.

“Ah, siapa lagi, tentu orang tu yang punya kerja” ujar isteri pula geram.

“Jangan menuduh!” ayah saya
mengingatkan.

“Kita tak boleh menuduh, kerana kita tak tau” jelasnya perlahan.

Isteri saya terdiam. Dia sendiri tidak dapat mengawal perasaan bila mendengar cerita tadi. Sudah kerapkali saya ingatkan dia supaya tidak mengesyaki orang apabila menerima
satu-satu musibah. Serahkan saja pada Allah menentukan yang hak dan yang batil.

“Mujur kena pada binatang” emak saya pula bersuara.

“Kalaulah terkena pada manusia..” keluhnya terasa ngeri.

Memang ngeri kalaulah segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam
perut salah seorang keluarga saya. Ini bukanlah kerja syaitan, tetapi kerja manusia yang diperalatkan oleh syaitan.
Lama saya terdiam memikirkan apakah tujuan mereka melakukan kerja demikian. Apakah yang menyebabkan
orang sakit hati kepada keluarga kami sampai sanggup membuat kerja-kerja yang tak berfaedah. Takdirnya salah
seorang keluarga saya menderita akibat perbuatannya, apakah faedah yang mereka perolehi?

Disebabkan fikiran mereka tidak sampai ke situlah maka mereka tergamak melakukannya. Mujurlah
Allah masih memberikan pertolongan kepada hambaNya yang lemah. Allah
menggelincirkan matlamat orang yang mempunyai perasaan irihati itu dan
menyebabkan lembu menjadi sasaran.
Sudah tentulah matlamat awalnya ialah dua orang dari keluarga saya.

“Dia nak tujukan pada ayah dan kau…” beritahu ayah saya apabila emak dan isteri saya sudah masuk ke dalam.

Saya hanya mengangguk-angguk saja.
Ini adalah sebahagian dari dugaan kepada mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu Allah. Musuh sentiasa berada di sekeliling pinggang. Kebanyakan musuh-musuh itu adalah terdiri dari manusia biasa yang diperalatkan oleh
syaitan. Mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu syaitan sentiasa panas
miang seperti terganggang ke api, apabila terserempak dengan mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu Allah.
Sebab itulah mereka tidak senang diam apabila keadaan mereka terancam.

“Kalau kau nak tengok sendiri,
cubalah…” ujar ayah saya tersenyum.

Saya tahu maksudnya menyuruh saya melakukan pengubatan cara tidur itu.

“Tak payahlah” sahut saya menyesali kejadian yang menimpa di tengah keluarga saya.

“Perkara dah lepas, sudahlah” ujar saya selanjutnya.

Saya percaya dengan kata-kata ayah saya bahawa ada orang berniat tidak baik kepada diri saya dan ayah saya. Seperti saya katakan tadi Allah telah menolong hambaNya yang lemah dari dianiaya. Maka itulah sasaran orang berniat jahat tidak tepat, lalu terkena
kepada dua ekor lembu.

Sebenarnya kalau Allah mengizinkan perbuatan mereka adalah tidak mustahil kalau sasarannya mengenai kami berdua. Ayah saya sendiri pernah menerima akibat dari perbuatan orang yang tidak menyenanginya. Kisahnya berlaku semasa saya masih kecil lagi dan aruah Tok Aji iaitu tok aki saya masih hidup lagi.

Di kampung ayah saya dikenali dengan panggilan Bilal Hud kerana dia menjadi bilal di surau kampung itu. Untuk menyara hidup masa itu ayah saya bekerja mengambil upah membuat kerja-kerja bertukang. Pak Kamat telah mengajaknya mengambil kontrak mengangkut pasir iaitu menggali sungai untuk membuat empangan air.
Ajakan Pak Kamat ini diterima oleh ayah saya, memandangkan mereka berkawan baik.

Dari segi umur memang Pak Kamat lebih tua dari ayah saya, tetapi mereka berkawan baik kerana ada persefahaman. Sebenarnya Pak Kamat merupakan seorang pawang terkenal juga. Seminggu mereka sama-sama bekerja mengangkut pasir, tiba-tiba hujan panas turun. Pak Kamat mengajak ayah saya berteduh di bawah rumpun buluh yang berdekatan.

Semasa mereka berteduh di bawah rumpun buluh inilah ayah saya melihat Pak Kamat berdiri secara tiba-tiba. Pak Kamat mendongak dengan muka meradang. Kemudian segumpal asap berpusar-pusar di udara lalu tergendeng macam papan liang lahad mahu menyerkup mereka berdua.
Pak Kamat membaca menteranya dan dihembuskan ke arah asap berkepul tergendeng macam papan itu.
Kemudian papan itu berkecai terus membentuk satu lembaga besar seperti orang berdiri terkangkang. Asap yang berbentuk lembaga orang terkangkang terbatuk-batuk beberapa kali.

“Kau jangan mungkir janji Kamat!” bentak lembaga itu keras.

“Janji apa…?” sahut Pak Kamat
mendongak ke langit kerana lembaga itu terlalu tinggi seolah-olah kepalanya mencecah ke awan.

“Kau tau janji kau aje, janji aku kau tak peduli…” dia menggertap bibir.

“Kamat…!” asap berbentuk lembaga menyeru namanya.

“Jangan menyesal kemudian” katanya memberi amaran.

Asap berbentuk lembaga itu hilang kemudiannya. Sebaik saja asap berbentuk lembaga manusia itu hilang, hujan panas pun berhenti. Pak Kamat pucat setelah diganggu oleh hantu tinggi yang menjelma tiba-tiba.

“Bilal Hud, biarlah kawan balik dulu” katanya perlahan dalam keadaan rusuh.

“Kalau awak nak balik marilah sama, kalau nak habiskan kerja, suka awaklah…” ujarnya semakin resah.

“Biarlah kawan habiskan kerja ni dulu Abang Kamat” sahut ayah saya.

Memang ayah saya tidak mahu kerja bertangguh-tangguh. Kalau boleh dianmahu cepat siapkan. Lagipun Pak Kamat sudah berjanji membayar wang secara berkongsi mengenai kerja kontrak mengangkat pasir itu.

Ayah saya pula menjadi kepala (ketua) beberapa orang lagi pekerja di situ. Sebab itu ayah saya tidak boleh balik bagi mengawasi mereka yang bekerja.

“Kalau begitu biar kawan balik, kawan rasa tak sedap badan” ujar Pak Kamat serba salah mengingatkan kejadian yang baru menimpa dirinya tadi.

Sebenarnya semasa hantu tinggi menjelma dalam bentuk kepulan asap tadi, tidak siapa pun menduga ianya sedang berbalah dengan Pak Kamat.
Ayah saya sendiri tidak tahu. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang mengangkut pasir seramai sembilan orang itu, mereka juga tidak tahu kejadian yang menimpa Pak Kamat sebentar tadi.

Setelah Pak Kamat balik, mereka semua meneruskan kerja menggali sungai dan mengangkut pasir bagi tujuan membuat empangan air. Projek empangan air itu dibuat zaman penjajah bagi membekalkan air ke sawah-sawah. Kerajaan orang putih ketika itulah memberikan kontrak tersebut kepada Pak Kamat.

Apabila balik ke rumah Pak Kamat masih tidak dapat melelapkan mata semalaman itu. Walaupun dia seorang pawang terkenal tetapi keadaan yang dialaminya sekarang sukar untuk diatasi. Sebagai seorang pawang memanglah caranya bersahabat dengan jenis-jenis syaitan seperti hantu tinggi.
Kalau dia tidak memenuhi kehendak sahabatnya maka dirinya atau keluarganya akan menerima padah.

Dia mesti memenuhi kehendak
sahabatnya bagi membolehkan
sahabatnya sentiasa mendampingi dia.
Mudahlah dia memenangi hati Tuan Pegawai Daerah mendapatkan kerja- kerja seperti menggali sungai itu selagi sahabatnya sentiasa berdamping.
Puas dia memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut. Kesalahannya pada sahabatnya kecil saja, tetapi bagi sahabatnya adalah besar. Sebenarnya dia terlupa membuat simah semasa memulakan kerja seminggu sebelum itu.

Pak Kamat tidak menyembelih
kambing sebagai simah dan
menyimbahkan darah kambing di kawasan tempat kerja. Simah inilah kononnya yang dituntut oleh;sahabatnya. Apabila dia tidak melakukan semah maka galang gantinya adalah nyawa manusia. Inilah yang menyulitkan Pak Kamat.
Sudah tentulah korban yang
dikehendakinya itu salah seorang dari pekerja di situ. Mungkin ada mala petaka yang menimpa pekerja-pekerja seramai sembilan orang, sama ada tergelincir mati lemas di dalam sungai, sama ada terkena cangkul, dan sebagainya. Pak Kamat tidak mahu pekerja-pekerjanya menjadi mangsa,ketika membuat kerja-kerja tersebut.

Esoknya Pak Kamat datang juga ke situ. Dia telah memberitahu ayah saya mengenai masalah dirinya. Memang kepada ayah sayalah dia meluahkan masalah dia. Sebab itulah persahabatan mereka sangat baik.

“Susah betul hati kawan Bilal Hud…” keluhnya bila mengenangkan amaran hantu tinggi yang direnungnya semalam.

“Awak yang salah, adakan hantu dibuat sahabat” ujar ayah saya bergurau.

Sebenarnya ayah saya tidaklah percaya sangat dengan perkara-perkara demikian . Dia hanya menganggap tahyol saja.

“Ini bukan main-main Bilal” tegasnya meyakinkan hati ayah saya.

“Beginilah Abang Kamat…” ayah saya masih juga bergurau kerana disangkanya Pak Kamat terlalu percaya dengan perkara tahyol.

“Kalau dia nak sangat, suruh ajelah jumpa kawan” katanya tersengih- sengih.

“Awak jangan cakap macam tu Bilal” Pak Kamat mengingatkan.

Mukanya menjadi pucat bila
mengenangkan sahabatnya menuntut janji itu.

“Kawan bukan cakap main-main. Ini perkara tak boleh main-main Bilal…” ujarnya.

Ayah saya tetap dengan pendiriannya menganggap tahyol saja perkara- perkara yang dihadapi oleh Pak Kamat.
Dia percaya disebabkan Pak Kamat terlalu percaya kepada tahyollah menyebabkan dirinya sentiasa dibayangi oleh khayalan tahyol itu.
Bagi Pak Kamat tentulah sukar mahu menerangkannya bila ayah saya tidak percaya akan kata-katanya.

Hari itu sekali lagi hujan panas turun. Semua pekerja berlindung di bawah rumpun aur berdekatan. Sekali lagi Pak Kamat melihat kepulan asap datang dan terdiri lembaga manusia yang tinggi, kepalanya sampai mencecah ke awan. Seperti semalam juga lembaga itu datang menuntut janjinya.

Ketika ini Pak Kamat teringat akan kata-kata ayah saya mahu bertemu dengan sahabatnya itu. Tetapi Pak Kamat tidak sampai hati mahu memberitahu perkara tersebut. Lagipun dia sudah lama berkawan dengan ayah saya. Hubungan mereka sudah macam adik beradik. Dia tahu ayah saya cuma bergurau saja semasa bercakap demikian.

“Awak berilah kawan berfikir sehari dua…” Pak Kamat menengadah hantu tinggi yang menjelma dalam kepulan asap.

“Awak nak suruh Bilal Hud lawan kawan?” jerkah lembaga tersebut marah.

“Heh, awak jangan macam tu!” terkejut juga Pak Kamat kerana lembaga itu dapat mengagak apa yang tersirat di hatinya.

“Awak jangan nak menipu kawan, Kamat” bentaknya semakin marah.

“Fasal Bilal Hud awak lupa beri kawan makan…” dia mengingatkan Pak Kamat lagi.

“Awak jangan mungkir janji, Kamat. Nanti awak juga yang susah” tegas lembaga itu memberi amaran.

Pak Kamat bertambah gementar. Dia semakin takut mendengar amaran yang diberikan. Selama ini dia sentiasa mematuhi apa saja kehendak sahabatnya. Dia tahu padahnya kalau membantah.

Memang perkara ini tidak dapat
diterangkannya kepada sesiapa saja, kerana pertemuan dia dengan sahabatnya tidak dapat disaksikan dengan pancaindera biasa. Tentulah semua orang menganggapnya tahyol belaka, seperti ayah saya menganggap dia. Bagaimanapun orang-orang kampung heran juga melihat keadaan dirinya.

Walaupun umurnya sudah meningkat lebih lima puluh tahun, tetapi susuk badannya masih tampan. Malah dia kelihatan seakan-akan sebaya dengan anak lelakinya sendiri yang sudah berumur tiga puluh tahun. Dia juga boleh mengangkat barang yang berat- berat seperti batang sagu yang tidak:dikerat-kerat, kayu tiang jambatan dan sebagainya.
Kekuatan dan ketampanannya memang mengkagumkan orang. Tetapi orang tidak tahu rahsia di sebalik kekuatan dan ketampanan dia selama ini.

“Fasal Bilal Hud, awak lupakan kawan!” bentak lembaga tinggi di dalam kepulan asap itu.

“Bukan, dia tak ada kena mengena” Pak Kamat mempertahankan ayah saya.

“Kalau awak tak berkawan dengan dia, tentu awak tak lupa nak beri kawan makan…” katanya mengingatkan Pak Kamat.

“Tidak, bukan salah dia” ujar Pak Kamat serba salah.

“Kawan yang salah. Berilah kawan tempoh berfikir sehari dua lagi” jelasnya cuba mententeramkan
kemarahan sahabatnya itu.

Selepas itu asap berkepul itu hilang dari pandangan mereka yang sama- sama berteduh di bawah rumpun aur.
Mereka tidak sedar bahawa kepulan asap itu ialah jelmaan hantu tinggi yang hanya dapat dilihat oleh Pak Kamat. Setelah kabus tebal itu hilang, hujan panas juga turut berhenti. Mereka kembali membuat kerja masing-masing.
Seperti semalam juga Pak Kamat balik dulu kerana tidak sihat badan. Ayah saya terus menggantikannya mengawas pekerja-pekerja.

“Kalau kawan tak datang esok, awak sajalah teruskan Bilal” pesannya semasa mencapai basikal untuk balik ke rumah.

“Kalau Abang Kamat tak sihat,
berehatlah di rumah dua tiga hari dulu” beritahu ayah saya.

Kesihan juga dia melihat Pak Kamat seperti orang tidak siuman setiap kali hujan panas turun.
Esoknya memang Pak Kamat tidak datang. Ayah saya menjangka tentulah Pak Kamat sakit. Sejak semalamnya lagi dia sudah melihat Pak Kamat tidak cukup sihat. Mukanya pucat dan sentiasa rusuh tidak tenteram.

Bagaimanapun kerja-kerja menggali sungai diteruskan juga. Ayah saya mahu kerja-kerja itu disiapkan seperti yang telah dijanjikan. Paginya apabila dia dan pekerja-pekerjanya sampai di tempat kerja didapati pasir yang sudah dinaikkan ke tebing semuanya sudah ditolak semula ke dalam sungai.

Pasir sudah bertimbun semula di dalam sungai. Sekurang-kurangnya memakan masa seminggu untuk mengangkutnya naik ke tebing semula. Bermakna kerja mereka bertambah lewat seminggu.

“Macam mana ni Bilal…?” salah
seorang yang bekerja di situ bernama Usin Rimau bertanya.

Heran juga dia bagaimana pasir-pasir tersebut boleh dikaut semula masuk ke sungai. Kalau kerja manusia tentu sekurang-kurang tiga puluh atau empat puluh orang yang melakukannya.
Ayah saya juga heran. Bagaimanapun dia menyuruh mereka semua mengangkut semula pasir naik ke tebing.

“Susah kita macam ni, Bilal” kata Usin Rimau lagi.

“Kita buat ajelah kerja kita” ayah saya mententeramkan pekerja-pekerja yang naik radang melihat keadaan tersebut.

Hari itu mereka terus bekerja seperti biasa. Terpaksa bersusah payah mengangkut semula pasir naik ke tebing. Sama ada lambat atau cepat siap kerjanya mereka sudah tidak peduli lagi. Tetapi yang bermain di fikiran mereka siapakah punya angkara yang melakukannya.

Petangnya apabila mereka balik ke rumah semua perkakas-perkakas kerja seperti penyodok (spade), pungkis dan cangkul semuanya dibawa balik .
Mereka bimbang orang yang tidak bertanggung jawab  akan datang lagi mengunakan perkakas kerja mereka mengaut semula pasir di tebing ke dalam sungai.

Tetapi anehnya apabila mereka datang lagi esok paginya, semua pasir yang ada di tebing sudah dikaut ke dalam sungai. Ayah saya mula mengesyaki sesuatu. Tidak mungkin ianya dilakukan oleh manusia. Adalah mustahil manusia datang pada sebelah malam semata-mata mahu mengaut pasir di tebing dimasukkan ke dalam sungai.

“Tak apalah petang nanti aku jumpa Pak Kamat” ujar ayah saya kesal dengan kejadian tersebut.

“Lebih baik kita intai saja malam ni Bilal” Usin Rimau mencadang.

Geram juga dia kerana ada orang berani mengganggu kerjanya. Kalau berani mengapa tidak berani melakukan ketika semua pekerja- pekerja ada di situ. Mengapa mesti bersembunyi kalau mahu tunjuk keberanian?

“Awak semua letih…” ayah saya tidak mahu menyiasatnya.

Dia bimbang kalau bertemu dengan orang yang melakukan tentulah terjadi pergaduhan. Masakan pekerja-pekerja yang sudah berpenat lelah itu dapat menahan sabar, bila ada orang cuba mengkhianati kerja mereka.

“Awak semua letih, buat apa nak
berjaga-jaga malam hari. Ini semua kerja aku dengan Pak Kamat, serahkan saja pada kami” kata ayah saya meminta Usin Rimau bertenang.

Tempat mereka mengangkut pasir itu memang jauh dari kampung, kira-kira sebatu jaraknya ke pinggir hutan.
Sudah tentulah bukan kerja orang- orang yang tinggal di kampung mahu ke situ semata-mata mahu mengkhianati kerja mereka. Lagipun siapa orang yang berani memperolok- olokkan kerja Pak Kamat, kerana mereka semua tahu projek mengangkut pasir itu kepunyaan Pak Kamat.

“Kawan seorang pun sanggup
mengintainya, Bilal…”
Usin Rimau menggertap bibir sambil menggenggam hulu parangnya.

“Biar malam ni kawan intai, kawan nak lihat jantan siapa berani mengganggu kerja kita” ujarnya bersemangat.

Semua pekerja-pekerja itu sanggup menyiasat siapa yang mahu melakukan kerja mengaut semula pasir ke dalam sungai.

Mereka serentak bertekad akan menentang musuh yang mengkhianati mereka. Soal sudah letih kerana bekerja seharian tidak perlu difikirkan.
Mereka tidak mahu tenaga mereka menjadi sia-sia akibat perbuatan orang yang mengkhianat.

Mahu tidak mahu ayah saya terpaksa mengalah. Dia juga bersetuju untuk sama-sama menyiasat. Kalau kerja manusia, apakah tujuan mereka melakukannya? Siapakah yang menyuruh? Apakah faedahnya? Adakah mereka mendapat keuntungan apabila mengganggu kerja-kerja tersebut. Kalaulah kerja itu cepat siap tentu semua orang kampung akan senang.

Kerajaan akan membina empangan batu di situ yang boleh menampung pengairan ke sawah meliputi satu mukim yakni termasuk beberapa kampung seperti Kampung Tegom, Kampung Gasing, Kampung Cendak, Kampung Lepam, Kampung Tangah dan Kampung Hilir. Pesawah-pesawah tidak perlu lagi menggunakan empangan papan menampung air dari anak-anak sungai kecil bagi mendapatkan bekalan air.

Kadangkala terpaksa berkongsi tujuh lapan orang untuk membina empangan papan. Sawah mereka juga kekurangan air kecuali di bahagian berhampiran dengan anak-anak air. Tetapi rancangan mendirikan empangan batu itu boleh mengairkan kawasan tinggi, yang selalunya tidak dapat ditanam padi kerana tidak dapat air. Alangkah baiknya kerja-kerja untuk mempercepatkan pembinaan empangan batu tersebut.
Sebab itu ayah saya tidak percaya orang-orang dari kampung yang melakukannya. Walau bagaimanapun kerana Usin Rimau dan kawan-
kawannya sanggup menyengkang mata untuk menyiasat, ayah saya juga
bersedia mengikut kemahuan mereka.

Di samping itu mereka juga tidak mahu memberitahu Pak Kamat, kerana orang tua itu masih tidak sihat. Mereka tidak mahu mengganggu Pak Kamat, mana tahu penyakitnya akan bertambah teruk bila mendengar kejadian yang menimpa pekerja-pekerjanya.
Kira-kira jam 11 pagi hujan panas turun lagi seperti beberapa hari sebelumnya.
Mereka semua berteduhan di bawah rumpun aur yang berhampiran di situ sementara menunggu hujan panas berhenti.

Tidak lama kemudian ayah saya
merasa sakit kepala. Dia memberitahu Usin Rimau kepalanya terlalu sakit bagaikan ditusuk dengan besi tajam.
Tiba-tiba saja ayah saya pengsan tidak sedarkan diri menyebabkan semua pekerja-pekerja kelam-kabut. Sebaik saja hujan panas berhenti Usin Rimau pun menyuruh kawan-kawannya tinggalkan saja kerja dan membawa ayah saya balik ke rumah.

Sampai di rumah ayah saya masih belum sedarkan diri. Satu hari satu malam keadaannya tetap tidak berubah. Memandangkan keadaan semakin tenat, nenek saya menyuruh panggilkan saja Pak Kamat. Cuma Pak Kamat saja di kampung itu yang dikenali sebagai pawang.

“Pak Kamat pun sakit…” beritahu Usin Rimau.

“Kalau begitu panggilkan Mahat” kata nenek saya seterusnya.

“Agaknya Mahat boleh mencuba- cubakan…” jelasnya supaya diberitahu segera Pak Tua Mahat saya, iaitu anak nenek saya yang tua.

Dalam masa Usin Rimau masih
teragak-agak mahu memanggil Pak Tua Mahat, Tok Aji pun sampai bersama nenek saya sebelah ayah. Mereka berdua sudah pun diberitahu mengenai ayah saya yang tiba-tiba saja pengsan.

“Macam mana anak kita ni besan?” tanya Tok Aji pada nenek saya.

“Entahlah Aji…”sahut nenek saya rusuh.

“Kena dekat tempat dia mengangkut pasir itulah. Tak semena-mena hujan panas kata Usin, lepas tu teruslah dia tak sedar diri” beritahu nenek.

Tidak lama kemudian Usin Rimau pun terus memanggil Pak Tua Mahat.
Apabila dia sampai nenek pun
menyuruh Pak Tua Mahat mengubati ayah saya yang terlantar tidak sedarkan diri.

“Pak Aji ada…” kata Pak Tua Mahat perlahan.

“Biar saya yang mengikut Pak Aji” jelasnya apabila mendapati Tok Aji sudah ada di situ.

Heran juga jiran-jiran bila Pak Tua Mahat menyerahkan kepada Tok Aji.
Selama ini mereka tahu Tok Aji hanya seorang guru agama, bukannya dukun yang boleh mengubati orang sakit. Bagi mereka yang mengubat orang sakit ialah pawang seperti Pak Kamat, dan Pak Tua Mahat yang baru mahu mencuba menjadi bomoh.

“Pak Aji ni guru saya…” ujar Pak Tua Mahat sambil menepuk bahu Tok Aji.

“Biarlah guru mulakan, nanti saya akan mengikutnya” katanya lagi tersengih- sengih.

Tok Aji tidak menyahut. Dia mengisar punggung mengadapi ayah saya.
Tok Aji membacakan beberapa doa, tetapi keadaan ayah saya tidak juga berubah. Bagaimanapun Tok Aji tetap bertenang. Tidak ada kekusutan pada fikirannya menghadapi masalah tersebut sekalipun anaknya sendiri dalam keadaan tenat.

Ayah saya cuma terlentang saja tidak bergerak seperti mayat. Cuma nafasnya saja kencang turun naik. Emak saudara saya sudah mula mengusap-ngusap kepala saya seolah-olah saya akan ditinggalkan oleh ayah saya. Mereka menyangkakan tentulah ajal ayah saya sudah sampai.
Kesedihan menyelubungi suasana di rumah itu. Keadaan ayah saya memang bagaikan mayat yang dibujurkan.

Pada malam kedua ayah saya tidak sedar diri, Pak Tua Mahat pula menggunakan cara tidurnya. Hanya beberapa minit dia memulakan cara  pengubatannya, dia kembali terbangun. Pak Tua Mahat tidak dapat menyemadikan dirinya untuk melakukan pengubatan cara tidur.

“Tak dapat saya masuk Pak Aji” beritahu Pak Tua Mahat kecewa.

Tok Aji tidak menyahut. Dia mengeluh pendek melihat keadaan anaknya yang tidak sedar diri. Setelah berfikir sejenak, Tok Aji pun terus mengambil wuduk. Dia menunaikan solat sunat dua rakaat. Pak Tua Mahat mengikut apa saja yang dilakukan oleh Tok Aji.

Selesai mereka berdua solat sunat dua rakaat , Tok Aji menyuruh sesiapa yang tidak hafal Yassin mengambil Surah Yasiin dan membacanya beramai- ramai. Ketika ini emak saya sudah menangis teresak-esak kerana menyangka ayah saya sudah tidak dapat diubat lagi. Ini bererti saat kematian saja yang ditunggu.

“Apa yang kau tangiskan ni?” Tok Aji memarahi emak saya.

Kemudian Tok Aji mula membaca Yasiin bersama jiran-jiran yang berkumpul di situ. Tidak kurang dari 40 orang turut membacakan Yasiin.
Petangnya pun Usin Rimau sudah membawakan beberapa Surah Yasiin dari surau. Oleh itu apabila Tok Aji mahu membacakan Yassin, mereka semua sudah pun bersedia.

“Kita gempur Mahat…” bisik Tok Aji pada Pak Tua Mahat.

Pak Tua Mahat mengangguk.
Semasa membaca Yasiin ini jiran-jiran semuanya melihat Pak Tua Mahat dan Tok Aji kusyuk membacakan Yasiin.
Ketika ini mereka berdua sudah
meninggalkan tempat duduk, dan melayang-layang mencari punca yang menyebabkan ayah saya tidak sedar diri.

Selepas selesai membaca Yassin beramai-ramai Tok Aji dan Pak Tua Mahat kelihatan terlalu letih. Mereka berdua pun tidur seperti tidak bermaya.
Sehingga jam 3.00 pagi barulah mereka berdua dikejutkan oleh emak saya, setelah ayah saya mulai sedarkan diri.

Esoknya, ayah saya terus mengajak Usin Rimau ke tempat mereka mengangkut pasir. Walaupun ditegah oleh nenek saya kerana dia baru baik dari sakit, tetapi ayah saya tetap berkeras. Dia tidak kelihatan seperti sakit sekalipun tidak sedarkan diri dua hari dua malam, serta tidak makan dan minum.

Tetapi Tok Aji tidak melarang. Usin Rimau terpaksa juga ikut menemankan ayah saya, kerana dia bimbangkan keadaan diri ayah saya. Apabila mereka sampai di situ, Usin Rimau terkejut kerana semua pasir yang dikaut ke dalam sungai sudah diangkutkan semula ke tebing. Kerja mereka selama ini tidaklah sia-sia.

Setelah ayah saya balik barulah dia menceritakan keadaan dirinya selepas dia sakit kepala. Ketika ini satu lembaga besar memukul kepalanya dengan kapak menyebabkan dia tersungkur. Bagaimanapun dia sempat mengingatkan beberapa ayat Quran yang membolehkan dia bangun semula.

Dia terpaksa menentang lembaga itu dengan segala kekuatan tenaga batiniahnya.
Lembaga itu melarikan diri jauh-jauh kerana tidak tertahan dengan serangan ayah saya. Lembaga itu melemparkan beribu-ribu kapak ke tubuhnya. Ayah saya merasakan kapak tersebut melekat pada segenap tubuhnya. Tetapi apabila dibacakan ayat-ayat tertentu semua kapak-kapak itu jadi cair.

“Sekarang kau nak kacau kerja aku ye!” ayah saya semakin marah.

“Nyawa kau dalam tangan aku
sekarang..” ejek lembaga itu tertawa terbahak-bahak.

“Kau jangan cuba nak melawan”
katanya mengancam.

“Nyawa aku di tangan Allah, bukan di tangan kau…” sahut ayah saya lalu menghembuskan ayat lanarjumannakum.

Berpuluh-puluh panah berapi
menjunam tidak dapat dielakkannya.
Ketika ini ayah saya nampak Tok Aji datang lalu menampar muka lembaga hitam bertubuh tinggi itu. Lembaga itu menjadi gerun bila terpandang Tok Aji. Tetapi Tok Aji tidak menyerang
berterusan.

“Aku tau, kau nak menguji anak aku. Cubalah!” Tok Aji mengejeknya.

“Tapi jangan tunggu sampai aku
sendiri memusnahkan seluruh kaum keluarga kau…” sekali lagi Tok Aji menampar mukanya sampai lembaga bertubuh hitam itu berguling.

Dia tidak berani langsung mengangkat mukanya mengadap Tok Aji.
Rupanya semasa Tok Aji mengubat ayah saya, dia sudah tahu bahawa ayah saya memang sedang berlawan dengan lembaga tersebut. Sebab itulah dia bertenang walaupun ayah saya masih belum sedarkan diri. Mereka menyangka ayah saya tidak sedarkan diri kerana pengsan, tetapi sebenarnya dia sedang bertarung secara kebatinan.

“Aku takkan lepaskan kau, selagi aku tak tau siapa yang menyuruh kau memukul curi terhadap aku!” bentak ayah saya melepaskan panah berapi- api.

Tidak lama kemudian Pak Tua Mahat pula datang menyusul.

Semasa Pak Tua Mahat sampai,
lembaga itu berteriak kepada ayah saya, “Kalau kau anak jantan mari satu lawan satu, jangan kau panggil orang.membantu” katanya mencabar setelah mendapati tekanan semakin kuat.

“Aku tak meminta bantuan siapa pun…” sahut ayah saya keras.

Dia nampak Pak Tua Mahat datang. Cepat-cepat ayah saya menyuruh balik segera dan jangan datang membantu.
Dia sendiri mahu menghadapi
musuhnya.

Setelah tidak ada siapa pun datang membantu lembaga berkenaan melontarkan semua pohon-pohon kayu lima enam pemeluk menerjah ke tubuh ayah saya. Semuanya datang seperti ribut. Hampir juga ayah saya lemas akibat diterjah pohon-pohon lima enam pemeluk itu.

Cepat-cepat dia membaca Surah Al- Ikhlas tiga kali kemudian
menghembuskannya. Ribut pohon- pohon kayu itu terhenti disambut oleh petir halilintar menerkam ke arah lembaga hitam itu. Terlolong-lolong dia bila dipanah petir tidak berhenti.

“Sekarang tunjukkan siapa menyuruh kau datang menyerang aku?” tanya ayah saya menggertap bibir.

Lembaga itu tetap merahsiakan. Sekali sekala dia menyerang ayah saya dengan kapak berterbangan. Tetapi setiap serangannya dapat
dipertahankan oleh ayah saya.
Akhirnya ayah saya sendiri
tercengang-cengang bila tiba-tiba saja kawasan di situ bergegar kuat seperti dilanda gempa.

Dia nampak Tok Aji dan Pak Tua Mahat datang menghentak-hentak kaki hingga semua bukit-bukit berkecai.
Lembaga itu menjadi gementar melihat Tok Aji datang bersama Pak Tua Mahat.

Puas ayah saya menegahnya supaya jangan masuk campur, tetapi mereka berdua tidak peduli. Tok Aji menampar muka lembaga tersebut lalu berkecai menjadi debu. Pak Tua Mahat pula menendang dadanya sampai tulang- tulang dada lembaga itu remuk.
Lembaga hitam itu terjerit-jerit
kesakitan. Dia berpusing-pusing cuba bertahan.

“Setan!” herdik Tok Aji.

“Dah tau kau teruk macam ni, masih nak berdegil lagi. Kalau aku dengan Mahat tak bantu pun, kau tak dapat kalahkan Hud. Jangan cuba kau nak kalahkan dia, kulit dia pun tak dapat kau nyenyehkan…!” Tok Aji menghembuskan hazihi jahannamullati kuntum tu a’dun berulang kali.

Ketika ini lembaga itu berputar-putar seperti habuk dikisar angin kencang.
Dia terlolong-lolong kesakitan. Dalam gema jeritannya inilah Pak Kamat datang dengan menunggang harimau untuk menolong lembaga hitam yang berputar-putar itu.

“Cukuplah, cukuplah..” rayu Pak Kamat pada Tok Aji.

“Awak rupanya yang menganiaya kawan. Awak nak bunuh kawan!” bentak ayah saya melihat Pak Kamat di depannya.

“Minta maaf kawan Bilal Hud” ujar Pak Kamat sedih.

“Dia nakkan anak kawan, sebab itu kawan gantikan pada awak” jelasnya tidak dapat menyembunyikan kesal yang amat sangat.
image

Setelah Pak Kamat datang ke situ menunggang harimau, Tok Aji dan Pak Tua Mahat tidak kelihatan lagi. Ayah saya seorang diri saja berdepan dengan Pak Kamat yang sudah mengakui kesilapannya. Bagaimanapun dia tidak dapat menolak janjinya dengan hantu tinggi. Dia rela anaknya menjadi korban.

Balik dari tempat mengangkut pasir dengan Usin Rimau, ayah saya mendengar berita ketika berhenti minum teh di kedai, bahawa anak perempuan Pak Kamat yang baru berumur dua tahun mati mengejut.
Mereka berdua pun terus menziarahi anak Pak Kamat. Semasa ayah saya di situ, Pak Kamat sentiasa mengelak diri tidak mahu bertembung dengan ayah saya.

Itulah kisah yang pernah dihadapi oleh ayah saya. Oleh itu saya kira peristiwa dua ekor lembu ternakannya tiba-tiba mati, dan didapati segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam perutnya itu, sebahagian dari ujian dan dugaan yang mesti diterima.

——————¤¤¤¤¤———-

Leave a comment

Filed under Renungan