Close Encounter ~ Tak Sanggup Berilmu Hitam

Masa tu aku kerja kat Ampang, BSN.
Masa tu jugak lah aku kerap balik kampung. Aku tinggal kat P. Jaya.
Perjalanan ke kampung mengambil masa  lebihkurang 20 minit.
Aku tahu bahawa mak aku tak larat dah, mana nak jaga anak buah aku yang berumur 18 bulan dan lagi sorang yang  dalam 7 bulan lagi.

Pada satu hari tu aku balik kampung dengan menaiki motor cub chai aku.
Aku singgah dan naik ke atas tingkat 1 masa tu.

Selepas memberi salam kedengaran mak aku menjawab salam aku .
Nada begitu perlahan dan lemah.

” Ambik lah, kunci ada sangkut kat tepi tu…”

Aku meraba2 kat tepi grille, tapi tak dapat.
Aku kata kat mak aku di mana
sebenarnya kunci tu.

” Aah , ni dia ” mak aku dah bangun dari berbaring.

Uzur sangat aku lihat.

“Haaa..mak , apa kabar?” tanya ku

“Aku tak sihat lah” ujar mak ku.
“Tak sihat? mak demam ker?” tanya ku lagi.

“Ntahlah” katanya dan ku lihat dia mula berbaring kat tengah rumah.

Berlandaskan gebar dan toto.
Anak buah aku yang sulung dah
bangun.
Aku mendekatinya dan aku ada hidu bau busuk yang biasa ngan bebudak.

” Mak, budak ni dah berak”
memberitahu mak ku.

“Haa..aah, aku tak larat, biarlah dulu, nanti aku basuh” kata mak aku lesu.

“Tak pe, lah mak, saya gi basuhkan”

kata ku sambil menarik tangan anak buah ku.

” Laaaa… dah kering” kataku dalam hati.

Aku cukup senang apabila berada bersama mak aku. Apa pun akan aku lakukan.

Pernah sekali aku terdengar dia
mengeluh ketika aku masih awal berkerja dan adik beradik ku yang lain bersekolah ( Aku yang last sekali melanjutkan pelajaran walau pun aku anak ke 4), Pasal nak basuh baju.
Selang 3 hari aku dah belikan mesin basuh fully oto – front loading.
Ada juga dia kata nak rasa naik Pajero.
Aku sewa seminggu ( dan cuti) untuk bawak dia jalan2.
Ada juga dia salah dengar dan salah jumlah menyiapkan kuih bakar ngan roti jala. Orang yang order tu marah kat mak aku.

Aku cakap pada mak aku , “sudah ! jgn masak utk diorang lagi, berapa banyak duit mak nak, saya bagi”

Mak aku cuma diam.

” Kalau saya jumpa orang tu saya nak marahkan dia”

Dan ada pernah jugak mak aku salah gunting baju orang yg tempah nak Raya. Ku lihat dia menangis,

” Macam mana ni, orang nak Raya ”
Aku cuma cakap ” Tak pe lah, mak, dia ( tuanpunya) tau lah tu” dan kakak tu datang dan katanya kat mak aku.

“Tak pe lah, Mak cik, dah tergunting, nak buat macam maner? Mak cik pun penat”

Alhamdulillah…

Sedang aku pusing2 nak cari air
minum, mak aku nak bangun.

Aku cakap “Tak payah lah mak bangun, saya boleh ambik sendiri”

” Ko nak Milo ya, biarlah mak buat”

Mak tau yg dari dulu dialah yg
menyediakan aku Milo. Tak kira waktu apa, bila aku balik jer jumpa dia pasti.dia akan buat Milo untuk ku.

“(Nick aku), ko tengokkan apa sakit

mak ni?” kata mak aku.

“Haaa … sakit apa mak?” balas ku.

” Kan adik dan kakak ada, mereka kan boleh bawak mak kat klinik”

Kataku sinis ( aku memang bengang kat mereka). Bila time susah baru cari mak.

” Mak sakit apa?”
tanyaku memujuk.pulak.

“Entahlah, rasa macam kulit ni kena.siat2 dan cucuk2”.

“Baiklah mak nanti (nick aku)
tengokkan” balasku.

Aku pun mengambil wudhu dan
mengerjakan solat sunat hajat 2 raka’at dan berdo’a ketika sujud dan selepas.salam.
( Maka datanglah hidayahNya )
Selepas sudah aku memberitahu mak aku.

“Mak, mak, ada tak orang marah kat mak? Ada tak dia berhajat sesuatu dan mak tak mau kerana benda yang dia hajat tu tak elok?”

“Haaa,..aaah, ada” kata mak aku.

Memang kepercayaan untuk mengubat, maka mak aku lebih mempercayai aku sebab aku pernah mengubat arwah bapak aku kerana orang yang dia ubati tak putus ubat kat dia, jadi penyakit tu datang balik kat bapak aku…
Apakah hajat orang itu?
Kenapa orang itu marah kepada mak aku?

Firman Allah:
“Tetapi jika kalau mereka menentang engkau, katakanlah: Aku dan orang- orang yang mengikut kepadaku menyerahkan diri kepada Allah. Dan katakanlah kepada orang-orang keturunan Kitab dan kepada orang- orang buta huruf : Mahukah engkau memeluk Agama Islam?. Kalau mereka menerima, nescaya mereka mendapat pimpinan yang benar, dan kalau mereka tidak menerima , maka kewajipan engkau hanya menjelaskan
( pesan Tuhan). Dan Allah itu
memperhatikan hamba hambaNya.”
( ali Imran 3:20)

Apakah hajat orang itu?
Kenapa orang itu marah kepada mak aku?

Ada pun setelah itu mak aku
menceritakan bahawa orang itu
berhajat untuk tranfer dia punyer package.
Mak aku tak mau sebab nyer satu hari tu mak aku ada pergi rumah dia ( belakang ajer dari rumah aku kat kampung ni)

Dan setelah berbual2 ( mak aku
memang ramah orang nyer – dan dia ni seorang yang penyayang. Menantu2 dia memang suka balik ke kampung) maka mak aku terlihat akan ada satu tengkorak di bawah katil dia.
Rumah dia rumah flat DBKL, 2 bilik jadi memang boleh nampaklah kalau pintu bilik terbuka…
Tu yang mak aku tak mau ni.

Mak aku adalah seorang yang warak jugak lah.

Pernah diceritakan oleh Mak Cik Nik ( adik mak aku bahawa satu hari tu ada orang nak mintak tolong kalau2 sesapa yang boleh bela binatang belaan dia). Syaratnyer adalah seseorang yang tidak meninggalkan solat atau kira warak lah…
So bila cari2 tak jumpa maka dia pun mintak belaan dia sendiri pilih.. ( yang ni nanti aku ceritakan).
Maka setelah mendengar segala apa yang mak aku ketahui maka aku pun membuat persiapan emergency dan juga buat persiapan susulan.

Maka segeralah aku mencari barangan yang diperlukan.
Aku harus segera… masa masih
berjalan dan tak akan tunggu aku…
Ini adalah kerana aku harus pergi kerja pulak kejap lagi..
Aku perlukan air …ya ….air….
Aku cari kat dalam peti sejuk.
aaahhh. ada air mineral dua botol.

“Ko nak ambik apa ambiklah” kata mak aku bila dia tengok aku mundar mandir mencari sesuatu.

Lantas aku mencapai botol air mineral tu dan aku buka penutup dia pas tu aku minum sedikit.

Pas tu aku cari pulak mangkuk, mesti yang berwarna putih.
Aku dah dapat kat dapur tersusun ngan pinggan makan.
Aku pun bergerak ke meja makan dan menuangkan air mineral tu ke dalam mangkuk.
Aku perlu daun sireh. Aku carik2 tak de pulak. Daun pandan adalah…

So aku tak leh nak skodenglah. Tapi tak pe, itu kemudian…
Aku bawak barangan tu ke dalam bilik, letak dia di sisi aku.
Aku pun mula menunaikan solat hajat sekali lagi…
Setelah sudah aku membaca 7 juzuk ayat al Qur’an yang terpilih.
Kemudian ditambah ngan Ayat
Thamattin.

Pas tu aku pun keluar dari bilik dan pergi mendapatkan mak aku yang masih terbaring dan aku memanggil mak aku.

” Mak,…mak.. ni haaaa…” kata ku.

” Apa tu? ” tanya mak aku.

” Ni haaa.., Mak minum.”
balasku dan terus menyuakan mangkuk yang berisi air ke mulutnya.

” Tak payah minum banayak seteguk dua jer…” kataku.

Setelah itu mak aku pun berbaring kembali.
Aku mula menadahkan air
dari mangkuk ke tapak tangan aku dan menyapunya ke muka, kedua tangan dan kaki.

” Dah mak…, baringlah” ujar ku kembali.

” Ko nak makan ambik lah sendiri, ntah apa aku masak …” kata mak aku.

“Tak pe lah mak” balas ku.

Aku cuma duduk kat kerusi makan dan memerhati sekeliling.
Keadaan dalam bilik rumah berselerak.
Ya.. lah aku pun tahu. Kalau ada anak2 kecil memang macam ni lah.
Sesungguhnya anak2 lah mengajar ibubapa bersikap sabar.
Setelah lebihkurang setengah jam , mak aku bangun.

“Eh, mak , kenapa mak bangun, rehat lah ” kata ku kepada mak bila nengok dia bangun dari pembaringan.

“Aku dah sehat dah” balasnya.
dan aku lihat dia dah bertenaga sambil menyapu rambut ke belakang kepala, mak aku mula menceritakan keadaan dirinya.

“Mak kena ni dah 2 hari, eloklah ko datang, Badan mak ni rasa macam kena cucuk dan kulit macam kena siat. kat sini,…kat sini….kat sini…” kata mak aku sambil menunjukkan bahagian2 tubuhnya dengan tangan dan adakalanya mencengkam.

“Ni aku dah tak rasa sakit lagi. kalau tak tu…” kata mak aku lagi.

“Terima kasih, (nick aku)” ucapnyer.

Suatu ucapan yang tak
sepatutnyer aku terima dari seorang ibu yang telah bersusah payah membesar dan mengajar aku tentang kehidupan di alam ini.

” Mak….(nick aku) dah nak pergi kerja dah, nanti besok datang lagi”

” Haa..Ya.lah…” kata mak aku sambil mengekori aku dari belakang..

Setelah sampai kat grille pintu , aku pun duduk memakai kasut.

“Nah …ni…ko ambik lah..” kata mak aku sambil menghulurkan gulungan duit ( rasanyer macam Rm20).

“Aku tahu ko susah” katanyer lagi.

” Ahhh… tak payah lah mak…masih ada duit lagi…” balas ku.

” Budi mak kat (nick aku) masih tak boleh nak balas ”

“Haa.. ya.lah” kata mak aku.
Aku pun turun ke bawah , start motor dan menuju ke tempat kerja..

Sesampai kat tempat kerja hujan pun mula turun. Jadi tak kerjalah aku sebab aku buat external maintenance kat BSN.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s