Close Encounter ~ Membidas Hantu Bajaj

Sesampai kat rumah setelah pulang dari kerja , aku mandi dan seterusnya membuat preparation.
Esok aku harus menghindarkan benda ni dari mengusik.
Jam 1 pagi aku mula bersiap. Aku solat hajat dan meminta petunjuk.
Lama jugak aku tunggu….aaaah..
Aku pun membuka al Qur’an dan membacanya dengan suara yang perlahan.

Setelah habis satu juzuk ( aku memang praktikkan membaca al Qur’an bersambung2 bacaan aku- ntah berapa kali khatam pun aku tak kira) Sekarang ni pun masih lagi – (Surah an Nur) maka aku pun berteleku di atas sejadah duduk diam… dan aku dapat mengalami diriku
berada kat kampung aku.
Aku merayau lagi dan masuk ke rumah orang tu.  tak de apa2, maka aku keluar dari situ dan pergi pulak kat rumah mak aku.
( hiiii… seram pulak aku sekarang nih..).
Aku dapati ada satu lembaga budak sedang meniti tingkap, seolah2 nak masuk ke dalam melalui dapur ( melalui tingkap tu).
Berpakaian putih macam anak baru berusia setahun. Tangannya memaut besi tingkap tu ( tingkap pakai jenis “arco”).
Ia dari luar dan rumah mak aku berada di tingkat satu.

Oleh kerana aku keluar rumah
menggunakan ‘astral travel’ maka aku tak lah takut sangat sebab menggunakan cara ini adalah selamat.
Entiti tidak boleh melihat aku dan tidak boleh mencederakan aku. Kalau dia boleh melihat pun, kena lah pusing jauh2 supaya dia tak boleh mengesan aku dari mana aku landing nanti…
Ini lah ilmu yang di panggil ilmu laduni. Hanya boleh terdapat apabila kita selalu membaca al Qur’an.
Nah , aku dah tahu sape punyer
angkara, maka aku pun buatlah satu wifiq/wafaq ( yg simple jer).
Kerja2 penyiapan tamat pada hampir waktu subuh.
Esoknya aku pergi kerja dan singgah pula kat rumah mak aku di kampung pada waktu ‘lunch break’ tengahari.

Sesampai kat rumah setelah memberi salam, mak aku dah ada kat depan pintu masuk.
Menyambut kedatangan aku dengan wajah yang berseri.

“Mak, dah tak rasa sakit dah, dah elok” katanya.

Aku lihat di dalam rumah , semuanya telah kemas kembali.
Anak buah aku datang kat aku dan aku pun mendokongnya.
Yang sorang lagi dalam buaian dan bila mendengar aku datang terus botol susu di buang ke bawah.

“‘aaaaa… tidor balik” kata mak aku..

Dia tak peduli terus bangun dan terus mendapatkan aku.
Aku duduk di sofa dan melayan mereka bermain2.

Sambil aku bermain dengan anak buah aku yg dua orang tu mak aku bercerita kisah semalam malam.

” Ko tau ( nick aku), semalam lepas Maghrib , mak nampak dia nak masuk kat dalam. Tu kat tingkap dapur. Dia bergayut cari tempat nak masuk. Nasib suma tingkap tutup, mak nampak” cerita mak aku.

Aku hanya tersenyum sinis.
Setelah sudah minum milo yg mak aku buat khas untuk aku , aku pun mencari port untuk meletakkan wifiq yang aku telah buat sebelumnya.
Aku masukkan ke dalam satu botol kaca yang kecil ( Macam botol minyak gamat) yang aku jumpa kat bawah dapur.

Pas tu aku cari lagi satu botol kosong, maka dapatlah aku satu botol minyak cap kapak( yang telah kosong).
Botol yang pertama, aku masukkan kertas suratkhabar.
Botol yang ke2 aku masukkan wifiq.
Aku kemudian letakkan botol2 tu, satu di sebelah kiri dapur atas tingkap dan satu lagi di sebelah kanan dekat pintu keluar dapur. Pas tu aku pun pergi kerja.
Esoknya …..

Esoknya aku sekali lagi datang ke rumah mak aku.
Setelah berbual2 ngan mak aku , aku pun selamba pergi kat tempat yang aku letak botol kelmarin.
Aku meraba raba lokasi di mana aku letak botol2 tu…
Ehhh… dah tak de….
Aku pergi pulak yang sebelah kanan kat pintu dapur.
Tak de jugak..
Padahal aku letak baik punyer tempat.
Aku cari kat bawah dan atas lantai kot2 ada jatuh..
Pun tak de jugak..
Aku pun turun ke bawah, mencari sekeliling.

Puas dah tak de jugak…
Ke mana pulak pergi ni…
aaaaaahhhh…… kacau nih…
Aku pergi kat depan surau
( rumah kampung aku depan surau dan rumah aku sekarang pun depan surau gak).

Aku di tegur oleh Abang Ripin .
Dia menyewa bahagian bawah rumah kampung aku. Sebahagiannya dia buat kedai runcit.

“Hello geng, la la la ma te te tak
nampak, me me ma na kau pppergi” tegurnya.

“Ada bang, saya datang ni tengok mak, semalam dia sakit, saya dah ubatkan”

“Me me macamne di di di dia
skarang?” tanya Abang Ripin sambil kepalanyer terhangguk2.

“Dah sihat dah’ okay tu” balas ku.

“Haa ha ha, Ko me me memang pandai, fr fren, ko ambik dari bapak ko, o o orang cacakap kat aku, aleh, takkkk payaaaah lah , su su sume orang tau..dah”

Aku terdiam.

“Ko me me mmmang bestlah, sukkka tolong orang” katanya lagi sambil ibu jarinya menunding ke atas.

Apabila dia masuk ke dalam kedai, aku teruskan kerja pencarian aku.
Masih tak dapat…
Ke mana pulak pergi botol tu….
Ke mana yer… Ni dah kacau ni….
Payah perkerjaan aku kelak…

Aku pun naik ke atas dan memberitahu mak aku yang aku harus balik sebab ada kerja yang harus aku selesaikan.
Maka aku pun menaiki moto aku dan mula menuju jalan pulang ke rumah…
Di dalam fikiran ku berpusing2 dengan persoalan…

Ke manakah menghilangnya….?

Malam itu aku tak boleh melelapkan mata.
Puas aku mencuba tetapi tak leh juga….
Akhirnya aku berjaya juga walau pun sedikit….
Lelapkan mata…..huk huk huk….
Esoknya seperti biasa tapi hari
Juma’at, jadi adalah lebih waktu….
Aku terus jer balik ke kampung ku…
Aku lihat kakak aku (yg sulung ) ada kat rumah.
Aku terus masuk dan buka peti ais.
Sebotol air mineral berkapasiti 500 ML terus aku teguk ngan senapas.
Saja jer tunjuk angin aku.

“(nick aku), ko ubat mak
‘ehhhh? tanya kakak ku.

“haa..aah, kenape? soal ku membalas.

“Patutlah Kak Nang nampak botol kat atas tingkap. Kak Nang ingat ape, Kak Nang buang” beritahu kakak ku…
Aadusssshh… Padan lah tak de
pedoman. Kakak aku yang buang.
Suweyy betul…
Well, sememangnya aku dah bersedia sebab lagi satu wifiq yang aku buat aku dah tampalkan kat tingkap.
Aku selitkan kat jaring , tempat
panggang ayam yg mak aku
simpan berdekatan ngan tingkap…he he he …
Tu sebab lah benda tu tak leh
masuk…Aku pun kena berpikir macam dia jugak…Teknik dan tektik berperang yang ada pada Rasulullah…kena apply jugak…

So much so, Macam maner aku nak buat supaya benda entiti ni tak mengganggu lagi,

Lepas tu aku tengok sekeliling dan terpandanglah…
Jam kat dinding….Laaaa….dah pukul 3 pm.
Aku pun bergegas terus jer keluar , sambil berjalan aku cakap kat depa esok aku datang lagi…

Esoknya aku tak jadi datang… Saja jer …. maleh aku nak layan kakak aku tu…
Ada jer lah nanti nyer…
Aku cuma dok kat rumah nonton tv.
Bila waktu malam, aku pun mula baring untuk persiapan………….tidor….
( eh… malam ni aku rasa haus
sangat..dah banyak kali minum)
( Rasa kenyang tapi hauslah)

Aku tersedar dari tidor dan aku lihat keadaan masih gelap.
Aku pun dengan malasnya bangun dari katil dan menuju ke dapur.
Jam 3 pagi. Aku berbaring
kembali…golek sana…golek sini…
macam ada yang tak kena
( macam malam ni lah )

So daripada tak de apa yang aku nak buat aku pun solat sunat tahajjud.
Kemudian aku pun mula berzikir.
Setelah genap kiraan zikir aku pun membuat persediaan yang sepatutnya.
Entiti yang semacam ini haruslah di hapuskan.
Soalan : Kenapalah aku yang kena buat macam ni?
Terseksa aku. Tak tidur malam, pas tu asyik kena fikir pulak macam mana nak hapuskan benda macam ni.
Kalau nak di kenangkan lebih baik aku buat de’ jer.
Tapi mungkin telah di tuliskan.
Aku pernah mengadu kat bapak aku dulu…
Soalku pada satu hari ketika bapak aku dok relek kat kerusi dia.

“Abah, kenapa bila (nick aku) nak belajar silat, orang tak mau terima?”

“Tu ha ingat nak masuk silat gayung kat Batu 6 tu ( masa tu aku sekeluarga tinggal di Gombak)”

” Bila (nick aku) nak daftar, diorang cakap dah penuh, tapi kawan tu pulak belakang ( nick aku) boleh pulak masuk?”

” Dulu macam tu jugak, kat kampung ( N.S) Pak Ngah kata boleh masuk ada kosong, Bila malam tu pergi dah tak terima lagi, tapi bila abang masuk lepas dia Pak Ngah kata tu, boleh pulak”

” Kat Kg Baru pun sama jugak, Abang Saleh ( Abang aku lah jugak~ yg lagi satu ) boleh pulak masuk Silat Cekak”
( Silat Cekak mewujudkan operasinya kat rumah Kg Baru aku tu lah, masa tu rumah papan, diorang sewa)

Bapak aku menatap muka aku dan dia pun berkata..

“Ko kalau nak belajar ilmu yang macam ni memang tak dapat, cuma dia akan datang sendiri ”

Makna nya aku kena cari sendirilah atau macam mana??

Esoknya dalam waktu jam 3 ptg , aku sampai kat rumah kampung aku.
Maka aku tak terus masuk. Aku pergi kat kedai melayan Abang Ripin.
Saja jer bercerita. Bila masuk waktu asar, aku pun menunaikan solat kat surau depan rumah tu.
Pak Cik Zainal menegur aku dan juga beberapa orang2 tua yang tinggal kat situ. Mereka ni adalah seangkatan ngan bapak aku, dan mereka panggil bapak aku ” Bang Din”.
Aku kemudian pusing sekeliling rumah kampung aku tu dan ambil botol minuman mineral yang berisi 1 ltr yang ada kat dalam raga motor.
Aku kendiannya meluahkan isi botol tersebut ke sekeliling rumah kampung aku tu.
( air nya dah aku modified malam sebelumnya )
Aku tak jadi masuk ke rumah tetapi terus balik ke P.Jaya…
Sebulan kemudian …..

Se bulan kemudian mak aku bagi tahu bahawa orang tu pun dah jarang datang ke rumah berbanding dulu, kalau tak 3~ 4 kali dah gerenti..

——————-¤¤¤¤————

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s