Close encounter ~ Di kejar Hantu Bungkus

So selalulah aku balik kampung kat Negeri Sembilan ni..
Oleh kerana masih  belia dan suka ambik lap ngan moto kap  aku, maka aku selalu ikut jalan  lama  , melalui  Mantin.
Masa tu aku tinggal bujangan kat Sect. 14, P. Jaya.

Ada lak kenduri kahwin salah seorg sepupu aku nih.
Perkahwinan Adik Zapril Hashim ( pemain bolasepak N. S seangkatan ngan Mokhtar Dahari dulu).
Jadi macam2lah kegembiraan yang ada. Orang kampung yg minat sekali adalah joget lambak. Aku suka nonton jer sbb suka tengok kalau2 ada yang terlambak pulak.

Setelah penat menguruskan pinggan mangkuk yang banyak nak diservis aku pun mengambil kesempatan untuk tido kat tengah rumah Pak Teh aku ( aku panggil dia Pak Teh Hashim ~ bapak Zapril)
Rumah tu adalah rumah Tok Cik ~
Bapak kepada Pak Teh Hashim.
Tok Cik ni masa dia nak meninggal, syok jugak aku tengok.
Masa tu cuti tahun persekolahan kira ujung tahun lah.
Adalah dalam seminggu nak pi tu dia dah tunjuk karektor dah.
Kekadang sihat ( nampaknyer )
kekadang nazak amat sangat.
Badan dia masa tu dah tinggal kulit ngan tulang jer.
Maka ramai lah sedara, saudara , kenalan dan orang kampung yang menziarahi dia.

” Bak rokok aku nak isap” katanya.

Satu bungkus rokok tembak dihulur.
Dia duduk menyandar kat dinding.
Satu persatu rokok dihisap dengan dalam2. Dilepaskan, dihisap lagi.
Habis satu bungkus.

“Bagi rokok aku nak isap” katanya sekali lagi.

Satu bungkus diberi lagi, Jenama yang sama.
Hisap lagi….
Mata memandang , hati berkata2 -.-.-.
begitulah aku tengok orang yang
mengelilinginya.

Lepas kenduri dan dah abis servis semangkuk kami pun mula menuju jalan pulang .

Kawan aku Aziz membonceng. Esok nak kerja dah. Masa tu aku kerja kat P.Jaya. Carrier International.
Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9 malam.
Macam biasa kami melalui jalan lama, Kuala Sawah, Tmn Tuanku Jaafar, dan terus ke Bandar Seremban. Melalui Jln.Templer dan menghala ke Beranang melalui Mantin.
Sebelum sampai pekan Mantin kami harus melalui jalan yang berselekoh dan berbukit.
Kegelapan dan kepekatan
malam  membuatkan lampu motor aku menyuluh terang.
Yang disuluh adalah penanda jalan dan batu penanda jarak JKR.
Satu selekoh, dua selekoh, sampai lah selekoh yang ke berapa aku tak ingat.
Aziz memecah kesunyian dengan bunyi dari percakapan nye.( selain dari bunyi motor aku).
“(nick aku), ko tengok kat batu tanda jalan tu , aku tengok macam ada bendalah..”

“Cuba ko tengok betul2 , kalau ada kereta lalu dia hilang , bila tak de kereta , ko suluh boleh nampak.”
kata Aziz lagi.

‘Tak kan lah setiap batu jalan tu ada macam yg dicakapkan’ ( kataku dalam hati ).
Memperlahankan moto dari kelajuan normal , itulah yg aku lakukan.
Apabila lampu tersuluh saja kat satu selekoh ke kanan maka terpancarlah cahaya pantulan batu penanda JKR yg sebelah kiri tu dan di bawahnya terlonggok se akan satu bungkusan putih.
Aziz pun menjerit …
“ANTU….!!!”

Aku tengok benda putih tu
semacam bergolek dan mengekori dari belakang.
Lantas aku pun memulas handel.minyak sampai tak boleh,pusing lagi.
Ini adalah kerana terkejutnya aku ngan suara Aziz yang tetiba menjerit tu.
Operasi terkini yang aku buat masa tu :
Nak turun gear tak boleh ( sebab dah mula turun bukit ).
So buatlah ‘racing style’ -aku masa.kerja adalah sama ngan Indran Lee
( orang panggil dia Ah Meng) yang racer kat Batu 3 circuit tu selalu dia bawak motor Yamaha.
Kona pun hampir cecah kepala lutut.

Cermin lihat belakang aku kepak turun dah sebab kalau aku tengok nanti kat cermin pandang belakang tu…iissshhh..
Aziz memeluk ku erat, sampai nak ambik lap pun agak susah, dia ni macam dah beku kat belakang aku
( kalau awek okay lah jugak).
Yang tak best nyer kepala Aziz ngan kepala aku adalah sederet, bila aku toleh ke kiri aku boleh nampak muka dia.

“Cepat….Lagi …Laju…!!”

Macam maner lah nak laju, dah pulas abis…Tak de brek2 punyer..
Kedengaran bunyi “plep2” “plep” kat telinga kami.

“Dia kejaaaaar, dah dekaaaaat”.jerit Aziz lagi.

Aku tak ambik port, konsentret ngan jalan kat depan aku…..

Aku menjeling di sebelah kiri aku pulak.
Terlihat kelibat putih hampir- hampir bersaing dengan motor yang aku bawak.
Aku rasa macam aku tahan nafas jer.
Motor ku pacu dengan professional nyer.

Sesampai dah turun bukit selepas berek mergastua yang ada kat tepi Jalan Besar Mantin, maka adalah satu kereta ni membelok menghala arah ke Seremban.
Iaitu menghala bertentangan dengan arah kami.
Setelah kena cahaya lampu kereta, maka tiada lagi bunyi ganjil tersebut yang kedengaran.

Tapi aku masih lagi memecut.
Motor aku dengan sendirinya berhenti berhampiran jalan masuk Bandar Tun Razak.
Maka menolak lah aku ngan motor cub chai yang aku beli cash berniaga Amway.
Minyak dah habis.

Esoknya aku pergi kerja sorang, sebab Aziz MC , demam.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s