Close Encounter ~ Di kejar Hantu Kesot

Macam biasa aku selalu balik kampung kat rumah nenek aku ( mak aku punyer mak ).
Tempat dia di Kampung Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan.

Bila cuti sekolah jer aku mesti balik kampung dan bila cuti kerja jer aku pun mesti balik kat sana jugak selain aku balik ke Changlun, Kedah.

Seperti biasa aku membuat aktiviti melastik burung dan mengambil buah2an. Orang kampung kat sana memang kenal aku yang rajin melawat nenek2 dan mak cik2.

Keramahan aku agak famous jugak kat sana. Sebab aku tak sombong punya orang bandar.
Ada sorang mak cik tu cakap kat aku dan ada jugak cakap kat mak aku,
“kalau mak cik ada lagi anak pompuan sorang lagi, mak cik kahwinkan ko ngan dia”.

Well, tu perkataan “kalau” sebab anak pompuan dia yang last dah jadi kakak ipar aku.

Aku kat sana kalau datang rumah sesapa pun , cuma bagi salam jer pas tu buat macam rumah sendiri. Mereka gembira ngan kehadiranku.

Sehinggalah aku tiada, maka kesunyian ternyata di kampung tersebut.

Setiap hari telah menjadi rutin
kehidupan seorang nenek ( yang kat rumah bertanda merah kat pelan tu) membeli barangan keperluan yang tak perlu ketika itu pada waktu nak senja.

Nenek ni selalu pergi kat kedai pak cik Kamil (Haji Kamil) untuk membeli barangan nya.
Nama pulak aku dah lupa… Gigi nenek ni satu pun tak tanggal lagi dan pada masa tu kalau tak silap umur dia lewat 6 puluhan.
Berbaris cantik dan putih bersih.

Ada satu kali tu kami duduk kat
pangkin rumah nenek aku dan kami ada buat contest ngan sepupu aku dalam lebihkurang 6 orang. Contest die makan tebu. Nenek ni join jugak.
Taulah , aku punyer ayat mengajak.

So dalam keketawaan sayup2 kami tergelak. Mana tak kami akan dapat kelucuan bila nenek ni makan tebu.
Pasti gigi dia tanggal.
Bila contest bermula, nenek ni selamba jer menggigit tebu dan mengupasnyer, dan kami telah kalah.
Barulah kami tau bahawasanya gigi nenek ori.
Dia ada bagi petua pulak tu…Kalau nak gigi kuat macam nenek ni..
Tapi orang sekarang mana ada percaya lagi, salah satu syarat dia bila berak jangan bogel ( belah bawah ler ).
Kena pakai kain. Kalau ada permintaan dari forumers aku akan bagi. Aku tak kisah pun , bukan boleh bawak mati ilmu tu. kalau gigi memang lah bawak sekali ( yg ori ajer dibenarkan bawak)

Nenek ni punyer rumah ,
Lantai dia diperbuat dari batang nibung yang di belah dua.
Dinding dia diperbuat dari kulit kayu.
dan macam2 lagilah dari pokok hutan.berlainan species.

First time aku tengok dan masih lagi boleh mengingatinya.
Tidor kat situ waktu malam tak yah pakai air-con. Sejuk giler naknya waktu subuh.

Mana kan tidak angin malam bertiup dari arah bawah , tepi dan atas. Macam kena panggang air batu.

Pak cik Haji Kamil ni dah bertahun berniaga. Dia pergi Mekah pun duit berniaga tu jugak lah. Naik kapal. Aku peratikan apabila aku membeli air oren sasaparila; dia bila nak keluar dari kedai, selalunya kedai dia tutup waktu Zohor kerana pergi collect duit getah, dia akan membaca sesuatu dan jari dia , dia tekapkan kat dinding depan kedai.

Pas tu satu hari, kami (aku dan
sepupu2) nampak dia bakar duit
lebihkurang dalam Rm200.00 tunai.
Adusshh… Kami ada tanyer kenapa dia bakar duit tu?

Dia kata : “ni duit haram , duit bunga dari bank”.

Aku masa tu tak pulak tahu tang duit yg semacam gini, kalau tak aku dah cakap kat dia gini : Tu bukan bunga tapi faedah dan mungkin aku boleh simpankan.
Begitulah….

Masa kejadian ni aku Form 4.
Pada satu petang tu nak Maghrib dah, aku ada kat dalam belakang rumah nenek. Ngah nak siap mandi.

“Andak, ooo Andak!!” terdengar satu suara memanggil seakan dalam kecemasan.

Aku pun terus bergegas lari untuk melihat siapa dan apa kenanya.

“Andak, oooo, Andak !!!”
kali ini suara tersebut bertambah kuat dan diiringi seakan suara menangis tapi tertahan tahan.

Aku lihat nenek tu dalam seakan berlari anak ( tak laju mana pun).
Nenek aku pun keluar dari dapur mendapatkannya.
Datuk aku hanya bertanya dari tengah rumah sambil bertanya” Apa tu??”

Mak cik aku pun keluar jugak ( dia menolong nenek aku memasak ketika itu ).
Mereka seakan marah kat nenek tu.
Kata Makcik aku ( Aku panggil dia Makcik Nik~ adik mak aku)

” Tu lah orang dah kata jangan pergi kedai waktu macam ni. Ni tak, degil jugak” kata Makcik aku sambil masuk ke dalam rumah setelah beberapa ketika melihat keadaan nenek ni tadi.

Kami lihat kain batik yang di pakai nenek tu dah basah.
Rupanya dia terkencing kencing sambil berlari mendapatkan Andaknya ( nenek aku orang panggil Andak oleh orang kampung)

Maka berceritalah kami semua yang ada dalam rumah tu. Pak Teh, Mak Teh ( duduk di belakang rumah nenek aku) pun datang jugak.
Pas tu soalan menuju kepada aku pulak.

” Eh, ( nick aku) ko tak takut ke buat macam tu?”

“Berani ko yer..” lagi saranan dan lagi..

” Pak Din ajar ape kat ko?”

“Mana antu tu pergi dah..”

” Macam mane rupa dia aah..?”
” Ko ni laaa..”

Aku hanya tersenyum sinis…
Apa aku dah buat?….

Dalam masa aku berlari keluar tu…( aku belum mandi lagi..)
Aku nampak nenek tu dan ada sesuatu mengekori dia.
Agak jauh lah sikit , benda nya putih. jauhnya dapur ngan pangkin ( tempat lepak org tua2) adalah lebihkurang 15 meter.
Terus saja aku berlari ke arah benda putih tu ( yg aku sangkakan kambing).
Kononnyer nak halau dia keluarlah) melintasi nenek yg terketar2 ketakutan.
Dengan berani nye aku menghampiri ( sambil berlari ) ke arah kambing putih tu..
( Masa tu lah aku teringat akan kata2 bapak aku: kalau kau jumpa, kau naik atas bahu dia; dan kau pegang kepala dia , kau goncang2kan)

Secara otomatis bila dah sampai dekat aku teringatkan kata2 bapak aku dan lantas melompat, ngam2 atas bahu dia. Nasib baiklah dia tak tinggi.
Agak2 antara paras peha dan pinggang ajer.

Aku membahunya dari belakang tatkala dia ingin melarikan diri ( Mungkin terkejut sebab aku charge ke depan ngan laju).
Aku pun pegang kepala diri sebelah sisi dan aku enjut , ke depan dan ke belakang.

Dia pun terhangguk2 mengikut
hayunan tangan aku.
Dalam masa perbuatan yang aku lakukan itulah baru ku sedari bahawa ianya bukan kambing…

Tetapi satu makhluk yang tak pernah aku tengok sebelum ni.
Tiada mempunyai kaki, cuma satu ikatan di hujung, lembut tapi mempunyai tenaga.
Masa menghangguk tu aku pandang akan muka dia.
Mempunyai satu mata yang agak besar terletak di tengah2 mukanya.
Tak lah warna merah sangat
( macam orang mandi sungai, kan mata jadi merah bila pas menyelam)
Oleh kerana ia tidak mempunyai kaki maka ia
mengensot aje ,
( macam cacing gamaknyer )
Berpakaian kain kapan dengan bau kapur barus.
Lain2 macam manusia biasa ,
mempunyai hidung yang lentik ke bawah ( kira mancung ler ) dengan cetusan otot selari ngan hidung ke atas.

Mulutnya pun macam orang gak tetapi aku dapati ada dua taring yang tersorok di dalam , hanya hujung jer sedikit yang keluar.
Dia dengan lembut berjaya meloloskan diri dan terus aje meng ensot dari cengkaman pahlawan aku.

Hilang bila jarak agak se meter gitu.

Dengan rasa berdebar2 dan kalut , aku kembali ke dapur.
Aku cuma duduk kat tangga dapur sambil memerhatikan kekecuhan yang berlaku sehinggalah mereka menegurku
dengan soalan payah yang aku nak jawab.

“Katakanlah: Diwahyukan kepadaku, bahawa sekumpulan jin mendengarkan (Qur’an).

Mereka berkata : Sesungguhnya kami telah mendengar Qur’an ( Bacaan) yang mengagumkan”
( al Jinn 72:1)

” Dan sesungguhnya mereka mengira sebagai perkiraanmu , bahwa Allah tiada akan mengutus seorang jua pun.
Dan kami mengintip rahsia langit , tetapi kami dapati penuh
dengan penjagaan yang keras dan suluh api yang menyala”.
(al Jinn 72: 7~8)

“Selain dari Utusan yang disukaiNya.
Sesungguhnya Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Utusan itu pengawalan”
(al Jinn 72: 27)

“Katakan : Aku hanya memuja Tuhanku dan aku tiada mempersekutukan Dia dengan siapa jua pun”
( al Jinn 72 : 20)

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s