Close encounter~Membunuh HantuRaya

Dulu semasa aku belia aku selalu gak pi jalan-jalan sorang-sorang.
Samada jalan kaki , naik basikal atau pun berkenderaan motor.
Maka banyaklah kejadian yang tak diingini dan yang diingini terjadi.
Salah satunyer adalah apabila bapa kesayangan ku menunjukkan kepadaku wajah entiti yang bernama hantu raya.
Dan semenjak itulah maka aku menjadi seorang yang diberi kepercayaan oleh bapak ku untuk menjadi assistant dia.
Korang macam mane pulak. Kalau ada yang terserempak atau terjumpa atau tersepak atau saja buat blind date ngan entity ni ( antu ..lah) boleh gak sama2 merasa ketegangan bulu roma.
dan nanti boleh gak ceritakan kat member2 yang lain sebagai fillers dan penyedap ketika kenduri kahwin ker atau masa bebudak berkhatan ker  atau  masa memancing di waktu malam .
Dah subuh dah aku log out dulu nanti malam sambung lagi…
Insyaalah..

Aku mulanya tak tau apa2.
Pada petang satu hari tu bapak aku baru balik dari kerja, lepas salin pakaian, dia pun duduk kat kerusi favourite dia.
Aku pun duduk dekat sambil
memerhati apa yang di buat.
Ada satu mangkuk putih. Dalam nyer ada air ( air kosong).
Pas tu dia ambik daun sireh dia letak kat atas mangkuk tu.
Kemudian dia pun bersandar. Sekejap lagi dia alihkan daun sireh tu.

Dia pandang kat aku dan bertanya samada aku nak tenok atau tidak apa yang ada dalam air tu..
Aku kata nak tengok.

“Ko kuat ke tidak?” ( tapi dia panggil nama nick aku lah )

Aku cakap aku kuat.

“Boleh tahan ke?”

Aku kata boleh.

“Ha.. tengok ni…”

000hhhh… macam tu muka
dia….kataku. selamba ajer…

Malam tu aku demam dan sambung selama lagi 3 hari…

Sejak hari itu setelah aku pulih dari demam maka aku akan ketawa bila tengok cerita seram ker atau cerita antu…
Sampai adik beradik aku marah kat aku kalau ada menonton cerita seram macam cerita “exorcist” ke atau cerita yang sadis…dengan diorang.
Sebab aku gelakkan antu tu punyer muka sebab bagi aku dah tak seram dah …
Sepaling2 hodoh dan sepaling2 seram lah bagi aku ni lah hanturaya ni…

Selepas 1 minggu , bapak aku dan kekawan dia ( semua korum dia 3 orang jer) aku tengok duk berkumpul kat living room. siap masing2 kluarkan senapang patah.
Kata mereka nak pergi berburu sambil tu mengubat orang sekali.
Aku kenen kat bapak aku, dia diam jer.

Aku tengok dia potong eh…bukan dia bukak peluru penabor dia tapi belah atas.
Dia kluarkan timah peluru tu dan masukkan lada hitam. kemudian dia tutup balik.
Ada lah tiga butir peluru.
Sambil tu aku curi dengar apa yang kekawan perbualkan.

Kawan dia namanya Samsudin dan lagi sorang aku tak ingatlah pulak masa ni.
( Kawan dia yang sorang ni ada kluar di berita (kat tv)~lama dulu dah~ yang meninggal sebab lemas dengan anak bujang dia kat Tasik Kenyir semasa memancing )
Aaah dah ingat dah…Mahmud. Ya, nama dia Mahmud.
Mereka berdua ngan bapak aku ni bersahabat baik.

Tibanya hari Jumaat malam ( lepas Maghrib ) bapak aku pun bersiap.
Setelah makan malam, sebuah kereta moris plate nombor BBB 444 warna biru muda datang kat rumah aku.
Bapak aku pun ambil barang2 dia dan masukkan dalam boot kereta.
Setelah semua clear bapak aku pun naik kereta tu dan aku lihat Pak Cik Mahmud ada kat sebelah pemandu ( Pak Cik Sudin).

Bapak aku duduk kat belakang.
Masa aku nak tutup pintu untuk bapak aku,…
Maka bapak aku mengeluarkan satu perkataan yang magic buat aku…..

“Bagi tau mak ikut sekali”

Aku pun jerit dari luar rumah bagi tau mak aku.
Rupanyer bapak aku awal2 dah bagi tau kat dia dan pakaian aku pun dah siap dah.
Maka bertolak lah kami mengharungi jalan yang tah kat mana yang dituju aku pun tak tau.
Tapi apakah sebabnyer bapak aku nak ajak aku sekali, sedangkan abang2 (ada 2 abang aku ni) tak leh pergi?
Dari jam 8 malam tu sampai lah jam 2 pagi ( yg ni aku agak jer sbb aku tak de jam dan lagi jalanraya adalah sepi walaupun sesekali ada gak kereta yg lalu )
Kami singgah kat satu kedai makan di tengah2 jalan raya. Kat situ ada lah gerai, berpagarkan kayu warna kuning.
Dinding kedai tu warna hijau muda.

Dah parking kereta, kami pun makan nasi , aku pulak tak ingat makan apa tapi kenyang lah jugak.Aku perati di sekeliling kawasan kat situ yang diterangi oleh lampu jalan yg mengeluarkan cahaya warna oren.
Bapak aku dah makan tu dia hisap rokok Rothman. ( Kalau sekarang ni aku nak join dia isap rokok tapi apakan daya ni cerita lama).
Lepas tu kami meneruskan perjalanan.
Pas tu aku tak ingat apa2 tentang perjalanan seterusnya….
Pada 5 tahun yang lepas barulah aku dapat melihat tempat tu . Yang serupa ngan persinggahan kami malam tu.
Ia kat jenderam Kuala Selangor ( Terbayangkan kedai makan tu punya lokasi)

Bapak ku mengejutkan aku dan
kemudian kami pun berjalan meredah kegelapan malam.
Kereta dah parking kat mana aku tak tau—- Mamai lagi dok syok tido kena kejut.
Sesampai satu tempat bapak aku encang aku dan meredah satu anak sungai.
Adalah dalam nya kat paras keting.
Aku boleh nampak anak sungai tu sebab cara kekawan bapak aku beroperasi waktu malam mereka menyuluh dari orang yang belakang sekali yang depan sesekali aje.
Mesti adalah muslihat tu..

Agak2 remang-remang fajar diufuk kedengaran ayam berkokok bertalu-talu
( Ni mesti ayam jantan yang port dia kat dalam hutan ), maka kami pun sampai di satu rumah yang agak kecil tapi selesa.
Arakian setelah salam diberi dan sahut diterima maka terbukalah daun pintu.
Sesusuk tubuh menampakkan diri.
Keadaan masih gelap menyebabkan aku tak leh nak fokus sape yang buka pintu tu.
Yang boleh aku kenal pasti adalah pelita dengan api yang kuek-kuek melintuk cahayanya ternampak dari dalam rumah itu.

Setelah Kami menyelesakan diri, bapak aku ( kawan dia aku tak nampak dah , mane pergi aku tak tau) kelihatan menunaikan solat, dan masa tu aku tak tau nak solat macam mane.
Yang aku tau aku ambik port yang baik dan melelapkan mata aku.
Kalau waktu ni jam 2 pagi aku lelap kan best..

Aku skip siang hari sebab aku tak ingat apa2 pun berkenaan ketika itu Okay….

Lepas Maghrib Pak Cik tuan rumah dan kami duduk berkumpul . Cuaca kat dalam rumah tu agak terang kerana ada beberapa lampu tambahan telah dipasang.

“Nak makan lauk apa malam ni, kita?”

Tanya Pak Cik Mahmud.

“Lauk apa pun tak pe lah” kata bapak ku.

“Tunggu yer, saya pergi ambik lauk” balas Pak Cik tuan rumah
( nama dia aku tak tau dan mereka pun tak de pulak sebut nama dia) .

Pak Cik tuan rumah pun berdiri lalu mencapai golok kat sisipan celah papan dekat dinding dapur.
Memasukkan di celah talipinggang dia yang di perbuat dari kain pelikat yang dipintal dan mengambil tombak
ehh..lembing ehh..ntah lah aku tak dapat nak bezakan~kira lebihkurang macam tu lah bentuk dia.
Pak Cik tuan rumah pun terus
melangkah hilang ditelan kegelapan malam.

Bapak aku duduk bersandar kat
dinding. Pak Cik Mahmud berbaring dengan kedua tangan mengalas kepala.
Pak Cik Sudin mengeluarkan peluru senapang dia, membelek2 kemudian bertanya kat bapak aku,
“Peluru nombor berapa kita nak pakai bang?”

Aku dah tengok peluru senapang bapak aku, ada nombor 1( avatar dia gambar gajah), nombor 2 (avatar dia gambar singa) ,peluru nombor 10, 12 dan 16.
Point 22 memang dia bawak ada 4 kotak.
Bapak aku tak menjawab (atau aku tak ingat dia jawab ke tidak )
Peluru penabur ni diorang panggil “Petrum”. Ada macam2 warna ; hijau, oren dan merah.

Kemudian kami dapati Pak Cik tuan rumah pulang dengan seekor rusa yang telah disembelih. Adalah lebihkurang setengah jam dia pergi.

“aaahh, ni sedang elok untuk kita ni.”katanya terus masuk ke dalam bilik lagi satu di sebelah tepi.

Aku dengar ada suara perempuan bercakap ngan Pak Cik tuan rumah. Mungkin Mak Cik tuan rumah tapi aku tak nampak kelibat dia dan dari tadi masa mula2 sampai pun tak nampak.(???)
Makan malam tu cukup sedap. Daging rusa masak apa aku tak tau tapi memang sedap.

Aku dapat tahu bahawa Pak Cik tuan rumah memanggil rusa datang kat dia kemudian memilih mana yang dia hendak dan kemudian menggunakan tombak ( atau mungkin tak yah guna) untuk mendapatkan rezekinya pada malam itu. Ini disahkan oleh Pak Cik Sudin dan jugak bapak aku apabila ditanya oleh Pak Cik Mahmud.

Setelah makan malam yang lauk dia amat sedap sekali tu kami pun memulakan perjalanan meredah kegelapan malam menuju ke hutan yang berada kira2 besar kotak penalti bolasepak jauhnya dari rumah Pak Cik tuan rumah.
Setelah beberapa lama , kira penat jugak lah tapi sekarang tak rasa, kami berhenti.

Kegelapan di sekeliling membuatkan aku tak tau samada aku keseorangan atau dengan bapak aku dan kekawan dia.
Keadaan sunyi sepi. Tiada cengkerik yang berbunyi maupun kedengaran
pernafasan Pak Cik2 tu.
Tiba-tiba….

Tiba-tiba bahuku dipegang kuat.
Aku berhenti secara otomatik.

“Bang kita dah sampai dah” kata
Mahmud.

Terdengar bunyi gemersik dan juga bunyi sesuatu yang patah…

“Duduk diam-diam” bisik bapak ku.

Adalah 2 kali lampu suluh menerangi pucuk kayu kat hutan tu..
Kemudiam semuanya sepi…
Lagi sekali lampu suluh menerangi ke atas pokok kayu…
dan…..

“Guuummm”

Satu ledakan dari senapang patah kedengaran.
Apa yang aku lihat adalah cahaya api berjurai-jurai seolah-olah menangkap peluru yang dimuntahkan oleh senapang tersebut.
Diam seketika ( hanya kedengaran bunyi senapang diisi semula dengan peluru tetapi amat perlahan semacam terlalu berhati2).

“Guuuummm”

Sekali lagi ledakan terjadi..
Dan sekali lagi cahaya api menyambut.
Jaraknya cahaya api tersebut adalah lebihkurang 30 meter dari aku duduk.

“Guuuummm”

Dan sekali lagi berbunyi kali ni dah tak de apa2.
Kosong jer.. Tiada sambutan percikan api.

Kemudian barulah aku mendengar sura bapak aku dan kekawan dia bercakap2.

“Dah kena lah tu bang…” kata Pak Cik Sudin.

Bapak aku hanya diam.
Kemudian mereka pun bergerak dan dari kejauhan aku lihat susuk kereta Pak Cik Sudin yang telah di parking.
Kami pun pulang dan singgah ke tempat itu hari untuk makan.
Aku dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku apabila mereka berbual-bual di dalam kereta.

Pak Cik Sudin ada pergi mengubati satu orang ni yang dah kena rasuk.
Jadi macam biasa dia rawatlah.
Dah beberapa bulan anak lelaki pesakit menalipun yang mengatakan ayah dia lain macam ajer. Kejap okay kejap sakit. Sakit ayah dia ni macam nazak je.
Bila okay.. mengalahkan masa dia bujang2 dulu tenaga cukup kuat.
Jadi Pak Cik Sudin rujuklah kat bapak aku.
Mereka berbincang termasuklah jugak Pak Cik Mahmud.
Setelah kata pasti dan kata putus, itulah mereka ambik ‘drastic action’ tuh.

Setelah seminggu, kemudian daripada peristiwa kat dalam hutan tu, Pak Cik Sudin datang ke rumah dan memberitahu bahawa si pesakit telah meninggal dunia dan waktunya adalah sekitar kepulangan kami dari hutan.

Makhluk yang aku tengok kat dalam air tu adalah makhluk yang merasuk si pesakit.
Kalau korang nak tau macam maner ni aku kiaskan …..

AMARAN:
Jangan dikenang penulisan di bawah ini ( baca gitu-gitu jer lah..) , saya tak akan bertanggungjawab kepada apa2 jugak situasi berkenaan dari akibat pembacaan artikel di bawah ini.!!

Rambut dia tak lah lawa. Panjang dan melindungi sedikit bahagian muka, macam tak pernah sikat dan bersyampu.
Tak lurus sangat, kalau angin tiup (katakanlah) mengerbang2.
Telinga dia aku tak nampak.
Mata dia ada dua ( macam orang jugak lah), tapi kalau tengok betul2 makin kita rasa ia jauh ke dalam.(membawa kita ke arahnya)
Warna ..memang merah biji saga tapi kalau ditenung berbalam balam.
Kulit muka dia, ada bonjolan macam orang kena rise atau (Cyste).
Pas tu pulak ada yang pecah dan
terbitkan nanah dan sedikit darah se akan2 meleleh keluar.
Benjolan tu pun berwarna merah terik macam nak pecah.
Gigi dia macam orang tak gosok gigi lama sangat, kehitaman ( tapi ada lah sikit putih ) dan pada perasan aku tak nampak pun taring.

Renungan dia amat tajam seolah-olah kita boleh nampak wajah siapa yang kita impikan.( haaa.. masa tulah kalau kita tak mengenal siapa diri kita amat mudah dia merasuk dan mengambilalih tugas roh kita).

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s