Bercakap dengan jin ~ 36 ~ Pukau ular tedung

Din Taiwan memberitahu datuk dengan ilmunya dia telah merogol lebih dari seratus orang wanita yang yang terdiri dari anak dara, janda dan isteri orang. Dia telah menggunakan ilmunya itu untuk merompak dan membunuh orang. Akhirnya di tembak mengunakan peluru emas. Memang pada awalnya, dia menuntut ilmu itu untuk melindungi dirinya dari perbuatan orang, tetapi, bila separuh menuntut dia sudah terpengaruh dengan syaitan untuk merosakkan orang lain demi kebahagiannya. Dia meninggalkan gurunya lalu menjadi orang jahat. Masa dia membuat kerja-kerja maksiat itulah dia selalu mempengaruhi anak-anak muda lain untuk menganggotai kumpulannya. Dia mengakui, dialah yang memberi beberapa ajaran pada Razman yang patah cinta, kerana pinangannya ditolak oleh kedua orang tua Mariam. Dia mengajarkan Razman supaya melarikan Mariam untuk dijadikan perempuan slmpanan.

“Kau memang jahat”, kata datuk secara mendadak.

“Siapa guru kamu?”

“Aku menuntut pada mulanya dengan orang asli di hutan Sabah, kemudian aku terus memuja-memuja roh dan pangkal-pangkal kayu”

“Syaitan”, jerit datuk lalu membaca Surah Al-Kursi,

Kemudian datuk melemparkan batu yang digenggamnya ke arah Razman (Din Taiwan). Api menjulang bersama jeritan yang amat kuat. Bila api padam di kawasan tempat tubuh Razman ditanam, terdapat timbunan abu. Abu itu berkumpul di dalam lubang. Datuk timbus abu itu dengan tanah. Kami meninggalkan kawasan itu bila fajar sidik timbul dikaki langit.

“Kita harus berada di rumah sebelum azan”, beritahu datuk pada saya.

Kami melangkah dengan cepat menuju ke rumah Mail. Tetapi, hati saya sungguh kesal, secara tidak langsung datuk telah membunuh Razman anak kesayangan Mail. Apakah yang akan di jawap oleh datuk pada Mail dalam hal ini? Datuk sudah menambahkan musuh dalam hidupnya. Saya merasa menyesal dan menganggap datuk seorang pembunuh. Bagi menjimatkan masa, kami tidak terus ke rumah Mail. Kami singgah di perigi mengambil air sembahyang. Kemudian ke rumah Mail, terus duduk di anjung. Beberapa minit kemudian kami terdengar suara azan. Ketika datuk mahu memulakan sembahyang, Mail datang dan datuk menjadi imam pagi itu.

Setelah selesai sembahyang, datuk tergesa- gesa masuk keruang rumah. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati Razman terbaring di tempatnya. Saya jadi bodoh dengan kejadian itu. Siapakah yang didukung dan dibakar oleh datuk tadi?
Dalam keadaan yang serba salah itu, saya lihat datuk berdiri di hujung kepala Razman. Datuk minta semangkuk air dari Mail. Datuk masukkan tangan ke dalam mangkuk itu. Air melekat di hujung jari itu datuk titiskan ke muka Razman. Razman mengeluh. Serentak dengan itu, saya lihat macam kabus nipis keluar dari hujung kaki Razman. Kabus nipis itu terus berkumpul dan akhirnya wujudlah batang tubuh seorang lelaki iaitu, Din Taiwan.

“Pulanglah syaitan, jangan kau kacau anak cucu adam ini”, kata datuk.

Kabus itu ghaib. Mail terkejut, dia tidak tahu dengan siapa datuk bercakap. Dia tidak nampak seperti apa yang saya lihat. Saya juga hairan macam mana benda-benda ganjil itu boleh saya lihat. Bila saya menoleh ke kiri merenung wajah datuk tersenyum.

“Pulangkan kain hitam aku”, minta datuk, barulah saya sedar yang kian hitam itu membuat saya melihat kejadian aneh sebentar tadi.

Kain hitam dalam saku saya serahkan pada datuk. Datuk terus lipatkan kain hitam hingga jadi tiga segi. Kemudian, datuk sumbatkan kain itu ke dalam saku seluarnya. Perlahan-lahan datuk membuka sila. Datuk lunjurkan kaki kirinya dan kaki kanannya dilipatkan. Saya lihat datuk menggigit ibu jari kirinya dua kali. Kemudian dia menyusun jari sepuluh dan hujang jarinya itu bertemu dengan bibir atas, macam pendekar zaman silam mengadap sultan. Saya terkejut bila datuk terbatuk, bagaikan ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya. Datuk senyum pada saya, selalunya bila datuk berbuat begitu, membawa tanda ada sesuatu yang belum pemah saya lihat akan dilakukannya.

Ramalan saya itu memang tepat. Datuk sudah pun membetulkan silanya dengan kedua belah tapak tangannya menekan ke pala lutut. Datuk mengalihkan pandangannya ke mangkuk putih, matanya kelihatan bersinar tidak berkedip merenung kearah bibir mangkuk putih yang terletak dekat tubuh Razman. Urat- urat merah mula timbul dibahagian mata putihnya. Pangkal urat-urat yang merah itu bagaikan berakar dari keliling bahagian anak mata hitamnya. Dan air dalam mangkuk putih berkocak sendiri, bagaikan ada tenaga ghaib yang menggerakkan badan mangkuk tersebut.

Saya tersentak bila mangkuk itu terbelah dua dan airnya melimpah atas tikar mengkuang yang dianyam rapat-rapat. Air yang melimpah itu kelihatan berkilau-kulau dipanah oleh sinar matahari pagi yang memancar masuk ikut tingkap rumah yang terbuka lebar. Datuk segera membongkok sambil mengenakan hujung jari hantunya pada air yang melimpah atas tikar. Sebaik sahaja jari hantu terkena air tersebut, air yang melimpah terus hilang. Mangkuk putih yang terbelah dua tercantum kembali seperti asal tanpa air didalamnya. Mail yang melihat kejadian-kejadian yang berlaku di depan matanya diam tidak berkata. Dahinya nampak berkerut sesekali wajahnya kelihatan cemas.

“Bangun anakku”, suara datuk parau.

Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia nampak terkejut sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk merenung biji mata Razman.

“Bersila di situ”, kata datuk Razman akur dengan perintah datuk itu macam orang kena pakau.

Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas dan air satu buyung. Mail mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengadakan batang- batang tersebut. Sementara menanti barang itu berada di depan datuk. Datuk menyuruh saya melipatkan setiap bucu tikar yang terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga selesai. Bila tugas itu selesai saya kembali duduk di sisi datuk. Razman masih duduk terpaku atas tikar macam patung. Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan dengan ibu jari tangan sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk merenung ke arah tingkap yang terdedah. Dia melihat sinar matahari pagi yang cukup cerah. Saya terasa pangkal kening sebelah kiri saya gatal. Saya terus menggarunya beberapa kali. Bila saya selesai menggaru, saya dapati rumah Razman sudah pun ditutup oleh datuk dengan bajunya.

Datuk ambil kembali baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri. Baju itu datuk sarungkan ke tubuhnya kembali. Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat macam orang sakit. Razman mula tersenyum. Tetapi dia tidak terdaya mahu bangun, macam ada sesuatu benda yang berat melekat dibawah punggungnya. Mail sudah pun meletakkan sebuyung air di hadapan datuk berserta dengan pucuk pisang nangka dan daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup dengan kain pelikat yang selalu di pakai oleh Razman. Kain pelikat itu terbakar dan mengeluarkan asap nipis. Bila kain pelikat itu menjadi abu, datuk tekankan kedalam mulut buyung. Dengan hati-hati datuk goncang buyung, air didalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca sesuatu. Datuk merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak seribu dan hancur berderai. Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil dan masukkan ke dalam buyung.

“Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lututku ini, hai anakku”, kata datuk.

Razman terus bangun dan duduk di hujung lutut datuk.

“Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau”, datuk bersuara sambil mengangkat buyung lalu meletakkan ke atas kepala Razman.

Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh tubuh Razman. Saya lihat Razman mula menggigil kesejukan. Datuk ambil buyung dari atas kepala Razman.

“Buyung dan semua barang- barang yang ada di dalamnya kau hanyutkan ke laut”, kata datuk pada Mail.

“Bila?”

“Hari ini belum matahari terbenam”

“Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni”, suara Mail menurun.

Datuk anggukkan kepala. Saya lihat Mail berbisik dengan datuk. Kemudian Mail ambil burung lalu keluar. Kira-kira sepuluh minit kemudian Mail kembali. Dia tersenyum di ambang pintu. Melangkah dan terus duduk di samping datuk.

“Cepat”, kata datuk.

“Saya suruh adik saya uruskan, secara kebetulan pula dia mahu turun ke laut memancing ikan”

“Kau percaya dengannya?”

“Percaya. Dia adik saya, banyak menolong saya untuk berusaha mengubat sakit Razman”

“Tak apalah kalau dah begitu”

Datuk puas hati dengan keterangan Mail. Razman sudah tidak menggigil lagi. Datuk suruh Mail menggantikan pakaian Razman. Cepat-cepat Mail bawa Razman ke dalam bilik. Saya terkejut, bila melihat Razman keluar dari bilik memakai seluar putih, baju baru lengan panjang. Rambutnya disikat rapi dan ada jambul di bahagian depan, macam jambul seniman P. Ramlee dalam filem Hujan Panas. Melihat keadaannya itu, saya kira Razman terjumlah dalam katogeri anak muda yang kacak juga. Tingginya kira-kira lima kaki, lima inci.

“Siapa yang siapkan dirinya Mail?”

“Emak tirinya”

“Begitulah, jiwa orang perempuan ni halus. Penuh simpati dan rasa kasih sayang yang tidak mengenal batas sempadan, hanya orang yang nakal saja mengatakan ibu tiri kejam”, ujar datuk lagi.

Razman dan Mail duduk di hadapan datuk. Dengan menggunakan kebijaksanaannya datuk mencungkil rahsia dari Razman. Apa yang menjadi misteri dalam diri Razman terbuka. Dia memberikan pengakuan yang jujur pada datuk. Razman terus memberitahu yang dirinya mencintai seorang gadis. Gadis yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerjaraya itu tidak menolak cintanya. Dalam perkataan lain, mereka saling cinta mencintai. Razman pun membuat persiapan dengan mengumpulkan wang untuk meminang gadis tersebut. Malangnya orang tua gadis itu tidak merestui cinta mereka dan gadis itu terus ditunangkan dengan seorang pemuda yang menjadi pegawai disebuah kilang perusahaan di Kamunting. Bertolak dari peristiwa yang tidak pernah diduga oleh Razman itu, menyebabkan dia menjadi manusia separuh gila.
Bagi menghilangkan rasa sepinya, dia mula mencari ganja dan terjumpa Din Taiwan. Din Taiwan lah yang menggalakkan dirinya supaya membalas dendam. Setidak- tidaknya mencederakan muka kekasihnya atau muka tunang kekasihnya.

“Saya terpengaruh dan menuntut ilmu jahat darinya”, kata Razman dengan wajah yang tenang.

Mail gelengkan kepalanya. Ada rasa kesal bermain di wajahnya.
“Sepanjang kau terbaring di sini apa yang kamu rasakan?”, tanya datuk.

“Saya sebenarnya tidak sakit. Saya berjalan ke mana-mana. Saya makan dan minum”

“Itu hanya perasaan yang kau sangka. Kau sudah jauh dikuasai oleh syaitan”, datuk merenung muka Razman.

Mail tunduk merenung lantai. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Mail. Angin yang bertiup diluar masuk ke dalam ruang tempat kami duduk. Razman menguap panjang.

“Mail, dalam hal begini saya tidak salahkan anak awak seratus peratus. Awak siang malam duduk di masjid tetapi awak tidak pernah ambil tahu tentang diri anak awak. Apakah dia sudah belajar rukun iman, rukun Islam dan sembahyang. Segala-galanya awak serahkan pada dirinya untuk mengetahui semuanya tanpa perhatian dari awak”, ujar datuk.

“Inilah silapnya saya. Saya fikirkan bila dia dah besar dan bekerja dia tahu mencari yang baik”

“Itu satu pendapat yang silap”

“Saya berjanji hal macam ni tak akan berlaku lagi” Datuk senang sekali mendengar janji dari Mail.

Kemudian saya dan datuk pergi ke anjung rurnah. Tidak lama kemudian Razman turut serta. Datuk memberitahu Razman banyak perkara yang harus dilakukan supaya kekuatan semangat dalam diri Razman dapat dipulihkan seperti sediakala.

“Semuanya bergantung pada diri kamu. Sama ada kau setuju atau tidak”, beritahu datuk pada Razman.

Saya lihat datuk lihat Razman termenung panjang. Sebentar dia gigit bibir dan sebentar pula raba pangkal dagu. Dia bagaikan berada dalam keadaan serba salah.

“Kalau boleh saya mahu membebaskan diri dari belenggu syaitan”, Razman bersuara.

“Atas kerelaan hatimu sendiri?”

“Ya. Atas kerelaan saya sendiri”

Mendengar cakap Razman itu, datuk segera bangun. Dari ruang depan datuk memanggil Mail. Bagaikan kilat Mail datang menemui datuk.

“Biar aku pulihkan semangat anak kamu Mail”

“Memang itulah yang saya harapkan”

“Aku terpaksa tinggal di sini selama tiga hari”

“Lebih dari itu pun tak apa”, balas Mail dengan ketawa kecil.

Selama tiga hari tinggal dirumah Mail, datuk menumpukan seluruh perhatian pada diri Razman. Setiap subuh datuk membangunkan Razman, mengajak sembahyang bersamanya. Datuk juga memberikan beberapa ayat untuk Razman baca selepas menunaikan sembahyang subuh selama 44 subuh. Pada setiap petang pula, dari pukul lima ke pukul enam. Datuk mengajak Razman berlari berbatu-batu. Sepanjang masa berlari itu Razman tidak dibenarkan minum kecuali memakan pucuk jambu batu bila terasa letih.

Pada sebelah malamnya, datuk mengajak Razman membaca Surah Yasin hingga jam dua belas malam. Kemudian barulah Razman di suruh tidur di anjung rumah tanpa menggunakan bantal dan gebar. Pukul tiga pagi, datuk akan mengejutkan Razman dari tidurnya dan menyuruh Razman mandi. Sesudah mandi, Razman disuruh minum air sejuk sebanyak lima gelas besar. Waktu makan tengah hari Razman hanya dibenarkan makan nasi tujuh suap, minum air setengah cawan dan memakan ulam-ulam yang datuk buat dari dedaun kayu. Memang, Razman terasa cukup siksa menjalani rawatan yang datuk lakukan. Bila saya tanyakan pada datuk, kenapa dia lakukan hal seperti itu pada Razman yang baru sembuh dari sakit, datuk menjelaskan tujuan dia berbuat demikian untuk me¬ ngembalikan tenaga pada diri Razman di samping menguatkan semangatnya serta memulihkan rasa yakin pada dirinya sendiri.

“Ubat yang aku berikan padanya untuk memulihkan perjalanan darah dalam urat- uratnya. Dia terlalu lama baring banyak urat-urat sendinya jadi tegang dan kaku”, demikian datuk menjelaskan pada saya.

Selepas tiga hari Razman mengalami rawatan dari datuk, dia kelihatan segar. Tidak banyak mengelamun atau mudah terkejut. Dia nampak bertambah yakin pada dirinya sendiri. Dan dia mula sedar bahawa yang dirinya adalah hamba Allah yang harus ada kekuatan dalam hidup. Dan sendi kekuatan setiap orang dalam hidup ini ialah berlandaskan pada ajaran agama Islam yang di anutinya.

Bersandarkan pada itu, Razman merasakan dirinya berada dalam dunia baru yang serba segar. Dia merasakan dirinya cukup tenang bila sembahyang. Jiwanya terasa bersih dan murni setiap kali dia membaca Surah Yasin. Dalam dunia ini dia merasakan tidak ada yang perlu ditakutkan kecuali Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui.

“Bagaimana kau sekarang?”, tanya datuk pada Razman ketika mahu meninggalkan rumahnya.

Razman yang petang itu memakai baju Melayu dan kain pelikat tersenyum.

“Saya rasa diri saya cukup aman, tidak ada rasa takut atau bimbang”

“Baguslah, jangan lupakan sembahyang lima waktu. Jauhkan diri kau dari kerja- kerja yang tidak baik. Berusahalah untuk jadi orang yang berguna pada bangsa dan agama”

“Saya faham. Saya mahu membuat hidup baru”

“Itu yang baiknya”, datuk terus menepuk belakang Razman beberapa kali. Satu peristiwa yang mengejutkan petang itu ialah bila ayah Razman (Mail) memulangkan Razman pada datuk.

“Saya mahu menyerahkan Razman pada awak, kerana awak dia baik dari sakit dan insaf”

“Jangan kata begitu. Bukan kerana saya dia baik. Semuanya kerana Allah, saya cuma beriktiar”, datuk tepuk meja.

Mail terkejut dan dia mula sedar tentang kesilapan yang dilakukannya.

“Maafkan saya. Saya berhasrat dan memang niat dari mula lagi, kalau sakitnya baik, saya mahu memulangkan pada awak”, sambung Mail teratur tetapi wajahnya nampak pucat sedikit.

Datuk tersenyum.

“Tak apalah, saya saya terima hajat awak tu, mulai hari ini, Razman jadi anak angkat saya”, cukup gembira datuk berkata.

Datuk lalu mengeluarkan benang hitam dari sakunya. Benang itu di pintalnya menjadi tali yang kecil. Datuk keluar wang syiling dua puluh sen. Datuk tebuk lubang wang tersebut. Datuk sarungkan benang hitam bersama wang ke leher Razman macam menyarungkan kalung ke leher.

“Inilah tandanya kau jadi anak angkat aku Razman, jangan dicabut kecuali dia putus”, pesan datuk.

“Saya berjanji”, jawab Razman.

Petang itu juga kami meninggalkan Kampung Pinang, pulang ke tempat asal. Seminggu kemudian Razman menemui datuk menceritakan yang dirinya telah diberhentikan dari Jabatan Ukur. Razman juga menyatakan yang dia berhasrat untuk menjadi Askar Melayu dan meminta pertolongan dari datuk untuk memenuhi cita-citanya. Kerana Razman bersungguh mahu menjadi Askar Melayu, datuk pun membawa Razman menemui seorang pegawai Askar Melayu yang tinggal di Kampung Simee, Ipoh. Pegawai Askar Melayu itu berpangkat Mejar dan berasal dari Negeri Sembilan. Pegawai itu bernama Abdul Muluk (kalau tak silap) pernah menemui datuk untuk mendapatkan beberapa petua serta amalan untuk pelindung diri ketika berada di hutan memburu pengganas komunis.
Cara kebetulan pula, pegawai itu memang orang yang bertanggung jawab memilih anggota Askar Melayu yang baru.

Syarat yang diperlakukan pada setiap orang yang mahu menjadi anggota Askar Melayu ada pada diri Razman. Mejar Abdul Muluk terus membawa Razman menemui pegawai atasnya. Usaha itu berjaya dan Razman pun mengikuti latihan menjadi Askar Melayu. Malangnya, semasa menjalankan tugas, Razman terkorban apabila ditembak pengganas komunis. Jenazah Razman pulang ke kampungnya dan datuk turut serta mengkebumikan jenazah anak angkatnya.
Sejak kematian anak angkatnya itu, datuk lebih banyak menghabiskan masanya ditanah perkuburan Razman. Kadang-kadang bila bertemu dengan kawan- kawan rapatnya, datuk melahirkan rasa bangganya atas kematian anak angkatnya yang berjuang mempertahan tanahair dari ancaman pihak komunis.

Pagi itu, matahari bersinar dengan terangnya. Saya sudah mengorek lebih kurang dua puluh lubang untuk menanam anak-anak pisang mas, walaupun hari baru pukul sebelas pagi. Kerja saya terganggu bila saya terdengar suara datuk memanggil nama saya dari tepi sempadan. Saya berlari ke arah datuk. Terasa juga penatnya berlari di atas tanah seluas dua ekar itu. Terpaksa berlari-Iari dengan hati-hati, kalau tersepak tunggul getah pasti tersembam ke bumi. Kalau tidak kena caranya, dahi boleh berdarah. Tanah milik datuk terletak dalam mukim Buruk Bakal.
Jaraknya dari jalanraya Kuala Kangsar-Simpang Tiga, kira- kira satu batu. Kira-kira setengah batu dari tanah datuk ialah kaki gunung yang bersambung dengan banjaran Titiwangsa.
Menurut kata datuk, banjaran gunung itu memisahkan sempadan Perak dengan negeri Pahang.

“Aku rasa ada orang yang mahu datang ke sini. Kita bersembunyi mana tahu kalau yang datang orang komunis”, kata datuk sambil membawa saya dekatnya.

Datuk ketika itu masih lagi memegang hujung kayu yang dicacakkan ke tanah. Dengan perantaraan kayu yang tercacak itu, datuk dapat mengetahui sama ada manusia atau binatang buas akan datang ke kawasan tanahnya.

“Petuanya mudah saja, kau cari pokok kayu sebesar ibu kaki yang daunnya lebat ke arah matahari terbit
dan pucuknya pula menghala ke arah matahari jatuh, kau potong dan tanamkan ke bumi arah mata angin yang datang. Tanam kira-kira setengah kaki, kau lekapkan telinga kau pada batangnya, nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar suaranya”, datuk mencurahkan petua orang tua-tua pada saya.

Tanah milik datuk itu pada mulanya ditanam dengan pokok-pokok getah. Kerana pokok getah sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan susu yang banyak, datuk tebang dengan tujuan untuk di tanam pokok pisang. Peluh terus membasihi badan datuk dengan dan badan saya. Angin yang bertiup tidak dapat menghilangkan rasa panas di badan kami.

“Mari”, kata datuk dan terus menarik tangan saya.

Kami terus bersembunyi di bawah rimbunan pokok serunai laut. Waktu saya mahu bersila di situ, tiba-tiba seekor ular tedung panggukan kepala. Saya jadi cemas.

“Jangan bergerak”, bisik datuk pada saya.

Dan saya lihat datuk mengambil daun serunai laut lalu diramasnya hingga hancur. Datuk tepuk tanah, se¬ rentak dengan itu ular tedung terus meluru ke arahnya. Cepat-cepat datuk membalingkan daun serunai laut yang diramasnya ke arah ular tedung tersebut. Ular itu bagaikan terpukau di situ. Datuk terus mengarahkan kedua biji matanya ke mata ular tedung. Datuk pukau ular tedung yang berbisa itu dengan kuasa matanya dengan badannya di atas tanah.

“Bergerak”, ujar datuk, ular itu bergerak dan terus merebahkan badannya atas tanah.

“Bangun”, perintah datuk.

Ular itu bangun.

“Jangan kacau kami. Kami mahu menumpang sebentar, tidak mahu membinasakan kamu”

Saya lihat ular itu bagaikan faham dengan apa yang datuk katakan. Datuk menyuruh ular itu pergi ke bawah rimbunan pokok serunai laut. Ular itu patuh dengan arahan datuk, menyusur perlahan- lahan arah ke selatan hingga hilang dari pandangan saya dan datuk.

“Meniarap”, kata datuk pada saya.

Saya pun rebahkan badan dan datuk juga berbuat demikian. Saya lihat beberapa ekor semut api dan belalang merayap atas daun serunai laut. Bunyi deru angin jelas kedengaran bersama dengan bunyi ranting-ranting kering jatuh ke bumi.

 

Leave a comment

Filed under Cerita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s