Solat Tahiyatul Masjid

Hukum Solat Tahiyatul Masjid

“Jika salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Solat, no. 444. Muslim, Kitab Musafir & Qasarnya, no. 714)
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: “Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk.

Beliau s.a.w. pun berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.”

Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya” .”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, no. 930)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no. 1163)

Bentuk perintah dalam hadis-hadis tersebut secara zahirnya menunjukkan wajib, dan larangan meninggalkannya apabila memasuki masjid. Jumhur ulama, termasuk Ibnu Hazm, berpendapat bahawa perintah dalam hadis tersebut dipalingkan kepada hukum anjuran, berdasarkan sejumlah dalil.

Menurut Dr. Sa’id Wahf al-Qahthani, “Yang paling tepat adalah sunnah mu’akkad, demikian itu pendapat jumhur.”

(Ensiklopedi Solat, jil. 1, 513)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan: “Di dalamnya terkandung pengertian disunnahkan melaksanakannya, yang ia bersifat sunnah menurut kesepakatan kaum muslimin. Di dalamnya juga terkandung pengertian disunnahkan memberi penghormatan (Tahiyat) kepada masjid setiap kali memasukinya.”

(Syarhun Nawawi ‘alaa Shahih Muslim, 5/233)

Masuk Masjid Ketika Iqamah Solat Sudah/Sedang Dikumandangkan

Jika seseorang memasuki masjid ketika iqamah solat sedang atau sudah dikumandangkan, hendaklah dia masuk menyertai solat yang sedang didirikan itu kerana telah gugur baginya solat Tahiyatul Masjid dua rakaat.

Hal ini adalah berdasarkan hadis berikut:

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.”

(Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Musafir & Qasarnya, no. 710)

Memasuki Masjid Ketika Imam/Khatib Berkhutbah

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: “Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau s.a.w. pun berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.”

Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya” .”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, no. 930)

Berdasarkan hadis ini, jika seorang muslim memasuki masjid ketika imam sedang menyampaikan khutbah Jumaat, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat dengan meringankannya.

Leave a comment

Filed under Ibadah, Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s