Ibadah Solat

Sembahyang ( solat )

Solat dan ibadah yang sebenar ialah solat dan ibadah hati.
Itulah maknanya memanglah kita gerakkan diri kita dengan berdiri, niat,kemudian takbir, kemudian ruku’, I’tidal, sujud, duduk, sujud kemudian duduk lagi, kemudian bertahiyyat , beri salam, …
Ini adalah kewajipan syara’.
Ertinya peraturan untuk mengerjakan sembahyang yang mana merangkumi syarat syaratnya sebelum sembahyang , syarat syarat nya apabila sudah masuk sembahyang dan juga merangkumi rukun rukunnya sekali hingga ke akhir solat itu ( Ini pada syara’)
Tapi sebagai ahli sufi, maka sembahyang yang sebenar adalah sembahyang yang disertakan dengan hati seolah olah hati itu ikut serta dengan anggota anggota , seolah olah hati itu sentiasa berhubungan dengan Allah swt. ikut dalam sembahyang.

Hakikat hati itulah yang dikatakan sembahyang yang sebenar benarnya.
Kalau hati lalai dan tidak khusyu’ ( tidak ada tumpuan ) dalam solat , maka solat jasmaniah akan berantakkan dan kucar kacir.
Jadi pada syara’ memang begitulah yang dituntut .,tapi kalau hatinya tidak benar benar khusyu’ , tidak benar benar merasakan bahawa sembahyang itu adalah berdepan dengan Allah , tidak benar benar hatinya merasakan bahawa pekerjaan sembahyang itu ditunaikan kerana mentaati Allah, tidaklah benar benar dikerjakan sembahyang itu kerana menurut apa yang diperintah Allah ,benar benar taqwa maka segala apa yang dilakukan oleh jasad tidak begitu mantap ( tidak tenteram ) kerana hatinya tidak ada dalam sembahyang itu. Ini dapat kita alami sendiri dalam amalan kita, kadang kadang berapa banyak yang kita sembahyang hanya setakat memenuhkan kemahuan jasad atau syara’ tetapi hati entah ke mana…wallahhu’alam…

Kita sendiri faham, semua orang mengalami macam ini.Itulah kadang kadang kita pernah sampai maghrib, pulang penat, belum isya’ saya tak solat isya’ dulu sebab saya rasa dengan keadaan penat begitu, sembahyang saya pun tak akan dapat khusyu’, tak tenteram dan tidak aman. Lebih baik saya tidur dulu dengan niat hendak bangun sebelum subuh; sebelum fajar kerana kalau paksa juga untuk sembahyang walaupun sembahyang itu digalakkan dilakukan pada waktu sepatutnya tapi bagi kita syafie , waktu petang atau waktu terakhir , waktu yang mesti dibuat pada waktunya atau waktu yang boleh diundur sebelum sampai habis waktunya.

Ini dibolehkan dengan ada sebab sebab dan bukan dengan sengaja. Rasa seperti penat , rasa bingung, ada masalah belum selesai; boleh tangguh dulu sehingga tenang , sehingga sudah tenteram, penat sudah hilang dan hati pun sudah sejuk. Tapi belum habis waktu lah , kalau sudah habis waktu terpaksalah juga , itu ikut syara’ tetapi hati tak tenteram.

Ini sebenarnya kalau boleh kita elakkan.
Apabila berlaku ( berantakkan ) , kedamaian diri dan jasmani yang diharapkan melalui solat jasmaniah itu tak akan tercapai.
Jadi bila jasmani berantakkan, tak tenteram, apa yang kita hajatkan dalam sembahyang tadi tidak akan tercapai kerana kita perlu khusyu’ dan perlu benar benar hatinya itu ‘ terlekat ‘ kepada Allah swt sepanjang sembahyang itu.

Kita ada dengar setengah setengah wali wali , atau orang orang soleh, atau orang orang yang waraq bersembahyang sehingga rumahnya terbakar ( ini bukan cerita dongeng ) kerana terlalu khusyu’nya dan seronoknya dia sembahyang, hatinya tidak ingat lain, lantas dia tak sedar yang rumahnya tadi terbakar atau atap rumah nya runtuh dan sebagainya.
Tak mustahil , kerana hatinya benar benar khusyu’ kepada Allah swt.Jadi kalau hati sudah berantakkan, tak ada erti bersembahyang sedangkan sembahnyang itu “ Inna solah tatan anil fasya iwal munkar “
<em><strong>Sembahyang yang sebenar adalah sembahyang yang benar benar mencegah kepada kekejian dan kemungkaran.</strong></em>
Kalau kita sembahyang tapi tak terhindar kemungkaran dan kekejian ertinya sembahyang nya tak berguna, bukan tidak diwajibkan,tidak, tapi ianya tidak berkesan pada hatinya…aaahhh..jangan pulak, kalau hati tidak khusyu’ maka tak mahu sembahyang , tak boleh jugak…

Kalau khusyu’ betul betul memang sulit atau susah seratus peratus tetapi seboleh bolehnya hadirkanlah hati. Sebab itulah kita lihat di negeri negeri tempat Islam banyak orang jahat, tak payah jauh jauhlah… jiran jiran kita ajer…orang orang Islam merompak, meragut…kebanyakkan orang islam.
Walaupun kekadang yang melakukan bukan orang islam tetapi sebahagian besar beragama islam sebab dalam fatwa fatwa pun islam..
Fatwa dari Sheikh Azhar : “Mana mana daging yang disembelih dari negara yang kebanyakkannya adalah ahlul kitab maka halal dimakan “
Kebanyakkan ahlul kitab aa di mana?…di Eropah, di Amerika di Australia.
Dagingnya disembelih oleh Yahudi al Maseh..halal dimakan.
Tetapi daging daging yang disembelih dari Negara Negara bukan dari ahlul kitab seperti Korea, India, China atau Jepun umpamanya, maka kita tengok tengoklah sekiranya orang islam yang menyembelih maka sembelihan itu sah kalau kita yakin.

Tapi kalau sekiranya keseluruhan tidak menunjukkan bukan orang islam yang menyembelih bermakna tidak sah dimakan kerana kebanyakkannya bukan ahlul kitab.
Kalau sekiranya ..katakan,,.. yang menyembelih ( fatwa Sheikh Ahmad Bashir ) “~kita boleh ambil dari Autralia kerana kebanyakkan orang Australia adalah orang ahlul kitab.

Ini bermakna bukan berpegang kepada Mazhab Shafie yang asal kerana maengikut Shafie, orang ahlul kitab ini , hanya yang diakui yang asal keturunan dari ahlul kitab sebelum lahirnya Nabi Muhammad saw .
Ertinya sebelum lahir lagi Rasulullah, dia menjadi seorang Yahudi, atau dia menjadi seorang Nasrani. Bila lahir Nabi..kemudian anak anak dia seterusnya keturunannya menjadi ahlul kitab.

Tapi kalau lahir kemudian ertinya yang lain bukan dari orang orang ini, maknanya orang lain masih Yahudi ke atau Nasrani ker…Shafie tak terima..Itulah Mazhab Shafie. Tapi mazhab lain seperti Hanafi,..mereka terima.Tak kiralah asalkan dia ahlul kitab, samada dia masuk ataupun dia asal.Itu bezanya.Jangan keliru pulak.
Kalau kita nak ambik mudah, macam itulah..
Ertinya tiap yang datang daripada kebanyakkannya orang ahlul kitab maka halal lah penyembelihannya.

Kalau yang berlaku di Negara Islam kemudiannya perompaknya adalah orang islam, peragutnya orang islam, maknanya mereka ini tidak dipengaruhi oleh sembahyang mereka kerana kalau mereka bersembahyang betul betul kerana Allah swt, taat kepada Allah mereka tidak akan melakukan perkara tersebut.

Itu jelas.Kenapa?. Kerana sembahyang tetapi tidak hatinya , hatinya tidak tersangkut betul betul kepadaa Allah swt.

Solat jasmaniah itu hanya mampu dilakukan dengan hati yang khusyu’.

Kacang goreng sedap, lemak tetapi yang menjadi khasiat ialah isi kacang itu iaitu minyak yang ada di dalam kacang dapat menolong menjadi zat kepada kacang itu.

Begitulah juga bila kita minum air tebu,..sampai kenyang ( 1420) tapi yang menjadi khasiat ialah khasiat yang dikandung oleh tebu itu. Apa yang dalam khasiatnya, umpama begitulah.
Jadi itulah maknanya khasiat sembahyang, khasiatnya adalah hatinya.

Sabda Rasulullah saw :” Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu tetapi yang dilihat adalah hati dan amalan kamu”.

Dalam satu hadis lain mengatakan : “ Niat seeorang itu lebih baik dari kerjanya kerana kerjanya mungkin tak baik tapi kalau hatinya baik tentulah kerjanya baik. Tak ada orang niat baik kerjanya tak baik.Tentulah niatnya tak baik kalau kerjanya tak baik.

Kalau hati tidak khusyu’, bagaimanakah hendak dikatakan solat sedangkan solat itu perlu kepada hati yang khusyu’.Jadi sekarang kalau kita cuba sedaya upaya walaupun sembahyang yang wajib saja tapi cuba betul betul khusyu’, jangan ingat lain.
Contohnya kalau ada kecoh di belakang saf pun cubalah..Buat macam tak nampak..begitulah..
Macam tak sedar , macam tulah sebab kita betul betul memberi tumpuan kepada Allah swt.
Bagaimanakah hendak difahamkan apa yang diucapkan pada hal semua ucapan itu ditujukan kepada Tuhan biar dia puji pujian untuk Allah mahu pun doa doa untuk dirinya sendiri.
Kalau tak khusyu’ , apa yang dicakapkan tak ada erti.
Dia berkata “ Bismillahirrahmannirrahiim” tak ada khusyu’, itu yang dia faham.
Apa maknanya…itu macam burung kakak tua saja ker ?..
Nak tahu maknanya…cari buku…tengok tengok makna nya…hafalkan…

Siapa yang belum tahu makna Fatiha, lekas lekas hafalkan, kalau tak hafal,..tulis besar besar , letak kat depan…
Maknanya : Dengan nama Allah yang amat Pengasih lagi Penyayang
Segala puji pujian itu adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam

Tak apa kita tengok, jadi kita khusyu’ ke situ.Lihat maknanya kerana kita tak hafal.
Kalau kita dah hafal alhamdulillah. Saya percaya anda semua dah hafal…sudah alim, bukankah begitu…alhamdulillah…

Tapi siapa yang belum hafal maknanya fatiha ni tulis terang terang, lekat kat dinding, kat rumah tu tempat sembahyang mengadap dinding, letak besar besar,
Kalau tak boleh buat besar besar, belanja sikit, pergi kedai dan cetak besar besar. Ada kedainya untuk itu…
Fatiha saja ni ,…belum lain lagi …belum tahiyat lagi…
Senang… supaya apa yang kita tutur tu macam apa yang kita fikir dalam hati kita , macam kita terfikir dalam otak kita.
Ini perlu…barulah boleh..

Kerana dalam sembahyang tadi puji pujian Allah, mengenal sifat sifat Allah, mengatakan doa kita….semuanya dalam fatiha tadi..
Hal ini wajarlah di perhatikan dengan teliti dan baik baik agar solatnya menjadi sempurna dan terbaik, mestilah betul betul.
Biar kita berkualiti, mempunyai nilai yang bagus lebih baik dari kuantiti sembahyang sampai satu malam tak habis habis tetapi tak ada apa apa.
Hatinya entah ke mana…hatinya entah lari ke mana…tak tahulah…
Ini tak boleh , sembahyang yang utama, lebih utama dari yang lain lain , daripada zikir atau daripada apa apa., kerana sembahyang ni wajib.
Zikir ini sunat saja ,..tambah tambahan.

Sembahyangnya diperbetulkan, khusyu’kan. Letakkan hati betul betul kepada Allah swt. Tak banyak pun tak apa tapi betul betul ertinya sebenar benar menuju kepada Allah Taala sebagaimana kita sembahyang menuju menghadap Kaabah,…Baitullah…
Begitu juga hati kita harus betul betul menuju kepada Allah swt. Itulah tentang solat.Tentang bagaimana yang sepatutnya kita menjaga solat kita sebagaimana kita telah tafsirkan firman Allah : “ Pelihara kamu sembahyang sembahyang . semua sembahyang ( sembahyang sunat pun juga…) tapi yang di maksudkan di sini adalah sembahyang wajib, kemudian sembahyang yang tengah tengah…

Ahli sufi mentafsirkan bahawa sembahyang tengah tengah ialah sembahyang yang disertakan dengan hati yang khusyu’. Itu tafsiran ahli sufi.
Kalau kita dapat tafsiran lain lain maknanya bukan tafsiran ahli sufi.
Ia tafsirkan umpama sembahyang asar, ada yang tafsirkan sembahyang subuh, zohor dan pelbagai tapi yang masyhur adalah sembahyang asar seperti maksudnya dalam surah al Baqarah ayat 238..Yang tidak pasti boleh rujuk kepada tafsiran al Quran atau kepada tafsiran yang biasa yang penah baca.

Solat itu adalah doa
Solat itu pada bahasa adalah doa.Ertinya solat dan doa ini sama maknanya.
Itu sebab bila Allah Taala mengatakan : Innallah hawamala ikatahu sollu na alan nabi
ya ayuhallazi na amanu sollu alaihim wassalimmu taslimah.
Allah bersolat kepada nabi, malaikat bersolat kepada nabi, kita bersolat kepada nabi. Jadi ada bezanya.
Allah Taala bersolat kepada nabi maknanya Allah memberi rahmat kepada nabi Muhammad saw. Malaikat bersolat kepada nabi maknanya minta doa daripada nabi Muhammad saw ,kita juga bersolat kepada nabi bermakna kita memohon doa kepada Rasulullah saw.

Dari segi syara’ pula, sembahyang ialah sesuatu yang dimulakan dengan takbir seterusnya niat dan disudahi dengan salam. Jarang yang bermula dengan takbir dan di akhiri dengan salam kecuali sembahyang. Samada sembahyang biasa , sembahyang mayat mesti dimulakan dengan takbir kemudian dalam takbir tadi syarat syarat dengan rukun rukunnya dan di akhiri dengan salam.

Cukuplah Assalamualaikum pun boleh.
Solat ialah doa hamba kepada khaleqnya yakni Allah swt kerana solat itu kita berdoa.
Itu sebab setengah setengah daripada pelajar pelajar atau orang orang yang malas nak berdoa selepas sembahyang , tak mau berdoa, pun tak apa. Sembahyang itu sudah doa. Jadi buat apa kita nak doa doa lagi…cukup…betul tak..?
Memang betul…Sembahyang itu doa maka selepas sembahyang tak berdoa pun tak apa. Memang betul.Kita tak menolaknya.Ini kebenaran.
Doa yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam,betul?
Tak berdoa selepas sembahyang pun tak apa.Tapi kenapa kita tak mau tambah? Kita tambah tambah kan bagus. Salahkah kita menambah?
Selepas sembahayng kita doa lain. Mungkin kita sembahyang tadi tak sempat dioa.Jadi tambahkanlah doa itu.
Kita minta apa apa yang kita rasa ingin kita minta dengan tambahan ini tadi.
Doa di masjid lebih bagus lagi.Walaupun boleh selepas sembahyang kita tak berdoa tapi sebagai menambah kepada doa itu tidak ada apa apa kesalahannya.Seberapa banyak kita nak baca doa atau pun seberapa banyak kita nak berzikir, kita baca zikir zikir yang kita perlu,…zikir yang menguatkan hati kita lebih khusyu’.Tidak mengapa.Kedua duanya betul lah. Di bolehkan.

Solat juga adalah pertemuan di antara hamba dengan tuhannya.
Kita tak nampak tuhan tapi kita percaya Dia ada. Jadi dengan sembahyang inilah peluang kita. Peluang kita bercakap dengan tuhan. Peluang kita meluahkan , menyatakan akan apa yang terhasrat dalam hati kita sebab itu kalau imam baca panjang ( surah ) kita boleh doa yang lain lain. Boleh berdoa atau kita baca sendiri ayat ayat lain yang kita tahu maknanya atau faham, kalau sekiranya kita tak dapat menghayati bacaaan imam.

Kalau kita dapat menghayati bacaan imam, kita diam kerana Allah swt berfirman: “ Wa izza kullli al Quran “ ~ Apabila baca al Quran hendaklah diam dan dengar “
Tidak batal semnbahyang kerana untuk mengelakkan daripada fikiran kita melayang dan hati mengata mengata yang lain.

Jadi kita seolah olah bertemu dengan tuhan. Tempat pertemuan itu dalam hati kerana kita tak nampak tuhan dengan Basar tetapi kita nampak tuhan dengan Basirah.Makanya kita tidak dapat melihat ( nampak ) tetapi hati kita nampak ( mengetahui ).

Jika hati itu tertutup dan tidak peduli atau pun mati maka solatnya tidak memberi sebarang manfaat kepada dirinya.
Dia sudah menjalankan kewajipan,.dari segi syara’ dia telah menjalankan kewajipan di mana solat tadi adalah wajib dan dia telah mengerjakan kewajipan itu tetapi bagi dirinya tidak memberi faedah apa apa.

Tidak memberi manfaat kerana dia tidak peduli :
1) tak ambil endah
2) hatinya mati
3) lalai

Jadi solatnya tidak memberi manfaat. Bukanlah bermakna tidak dapat pahala …dapat…Cuma tak memberi manfaat kepada dirinya.Dia tidak nampak kepada siapa dia bercakap itu.

“ Iyya kana’ budhu “
“ Engkau lah kami sembah “

Maknanya “Enkau “ ( tuhan …depan kita, kita cakap.)
Ber mukhatabah ana kepada Anta ( Antum )

Ini mestilah ada hati yang betul betul sedar.Bukan hati yang lalai.

Solat yang tidak khusyu’ itu tidak mendatangkan apa apa faedah kepada diri jasmani kerana hati itu adalah zatnya bagi badan. Hati lah yang menggerakkannya. Hati lah sebagai benihnya. Hati lah yang mendorong badan. Jadi kalau solatnya tidak dengan hati tak ada faedah. Kalau tidak khusyu’ bersama hati , tidak mendatangkan faedah.
Yang lain lain anggotanya yang bertindak dalam solat itu bergantung kepadanya.
Semua anggota anggota bergantung kepada hati. Hatilah yang penting sekali.Sebab itu jika hatinya baik maka orang itu baik lah.

Hadis Rasululllah saw , sabda Rasulullah saw : “ Ingatlah kamu, sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging ( atau sepotong, sekeping , seketul ) .; apabila daging ini bagus maka baguslah segala jasad . Sebaliknya jika daging tadi rosak maka rosaklah keseluruhan jasadnya. Ingatlah bahawa daging itulah hati.”

Selalu orang kata bahawa jantung itulah hati. Tapi ebenarnya kita pun tak tahu. Yang kita tahu sepotong daging. Macam mana kita boleh rasa sedih, atau gembira sampai kekadang menangis. Dari mana puncanya.? Dari otak?.. tidak …dari hati…
Hati ini adalah yang utama dibandingkan dengan jasad. Kalau baik hati ini maka jasad pun baik. Jika hati tak baik maka tak baiklah jasad.

Jelaslah jika hati seseorang itu sakit yakni rosak maka akan rosaklah semua anggota yang lain.
Bagaimana boleh dikatakan solat seseorang itu baik jika hatinya tidak baik atau rosak. Hati yang jadi pengukur. Kalau hati dalam sembahyang tidak betul betul rosaklah sembahyang itu kerana hatinya tidak betul betul kepada Allah. Penat saja sembahyang. Memang betullah telah menunaikan yang wajib tapi dapat penat kerana hatinya entah ke mana hilang. Belayar kepada wallahu’alam.

Solat yang zahir itu dilakukan pada waktu waktu yang tertentu ; lima kali sehari zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat, isya’ 4 rakaat dan subuh 2 rakaat. Ini zahir. Ikut pada syara’.
“wa aqi musollah “ – dirikanlah sembahyang.

Rasulullah menyatakan : “ Apa itu Islam ?” Menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Mendirikan sembahyang, mendatangkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan haji. Ini rukun islam.
Ini wajib. Jadi orang mengerjakan yang wajib tetapi anggotanya saja.
Solat yang ahir itu dilakukan pada waktu waktu yang tertentu 5 kali sehari semalam. Tempat paling baik melakukan solat ialah di masjid ( alhamdulillah ) dan dilakukan pula dengan berjemaah.

Oleh yang demikian selagi kaki boleh berjalan, boleh sampai ke masjid, jangan tak datang ke masjid, paling paling satu hari sekali atau paling paling susah seminggu sekali. Solat Jumaat lah. Tak apalah…jika tak mampu…Jikalau boleh setiap kali dan setiap hari…. Itu paling baik. Dan dilakukan dengan berjemaah , kalau boleh di rumah tu berjemaahlah. Kalau boleh bimbing…alhamdulillah…bersama isteri ( isteri isteri ) dan anak anak …kita sembahyang di rumah saja. Tak mengapa. Tapi sekali sekali pergi masjid. Lebih banyak jemaah lebih afdal daripaa sembahyang di rumah sebab rumah sedikit jemaahnya ..
Kerana solat berjemaah itu ada banyak faedahnya sekurang kurangnya pahala yang berganda. Satu kali jemaah di bandingkan dengan orang yang bersembahyang sendiri bezanya 27 derajat, ( lebihkurang 2700 % ) di samping dapat berdoa beramai ramai yang rahsianya amatlah nyata bagi orang yang mengerti tetapi ramai orang yang tidak memerhatikan soal solat berjemaah ini pada hal dia boleh mendapatkan jemaah untuk solat bersama sama.

Ramai orang tak tahu fadhilat solat berjemaah. Memang ada orang yang memerhatikan solat jemaah seolah olah dia tidak mementingkan janji Allah yang memberikan pahalanya berganda, seolah olah dia tidak mengutamakan unjuran Tuhan supaya berdoa dengan beramai ramai, seolah olah dia tidak mengendahlan perintah syariat supaya selalu mendirikan solat berjemaah.

Ini bagi orang yang tidak faham dengan sembahyang berjemaah. Oleh demikian , kalau kita boleh dan mampu, galakkan lah diri kita dan selalulah diri kita berjemaah. Dan kita mohon kepada Allah swt supaya kita betul betul berada bersama Allah swt. Dalam sembahyang khusyu’.( untuk mendapat sembahyang khusyu’ adalah dengan solat berjemaah )
Berjemaah akan mendapat pahala yang lebih derajat yang lebih. Jadi siapa yang meningkari ini macam seolah olah mengingkari perintah Allah swt. Orang jahil mungkin di maafkan tetapi hati hatilah, dari perintah solat berjemaah ini, berilah perhatian kepadanya semoga moga Allah memerhatikan kita….

Wallahu’alam.

Leave a comment

Filed under Ibadah, Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s