Sujud ~ i

Sujud

Sujud rukun yang disukai oleh Allah swt. Kita dah pun maklum ada hadis Rasulullah saw antara pekerjaan yang paling disukai oleh Allah swt untuk melihat seorang hamba melakukannya adalah solat dan di antara perbuatan perbuatan solat yang paling Allah swt suka untuk melihatnya adalah ketika sujud.

Oleh itu , perbanyakkan doa apabila kita bersujud.

Sujud melambangkan kerendahan diri seorang hamba terhadap zatnya. Kita dalam merendah diri serendah rendahnya , kita mengagungkan Allah swt setingi tinginya , sesuailah siapa kita dan siapa Allah swt.

Sebab itulah orang seperti ( banyak riwayat riwayat yang menyatakan Rabiah Adawiyah, dia tidak pernah bangun dari sujudnya kecuali apabila dia bangun dari sujudnya , sejadahnya basah dengan airmata. Saidina Omar Ibn Khatab r.a selepas kewafatan Abu Bakar as Siddiq dan Saidina Omar dipilih untuk menjadi khalifah pengganti Abu Bakar, Saidina Omar berhasrat hendak meneruskan apa yang dilakukan oleh Abu Bakar, sebab dilihat Abu Bakar, apa yang dibuat oleh Rasulullah saw , itulah yang dibuatnya. Maka Saidina Omar pun cuba lah nak belajar belajar apa yang dilakukan oleh Abu Bakar.

Hari harian pergi ke rumah Abu Bakar, minta izin bertemu dengan keluarganya. Saidina Omar tanya, apa yang biasa dibuat oleh Abu Bakar sebab Omar dah siasat, kalau Abu Bakar ke pasar, macam mana  dan apa yang dia buat.

Ooohhh….., dikatakan , Abu Bakar kalau di pasar dia biasanya , dia sebagai khalifah, dia tengok, ada tak orang orang yang tak kuat mengangkat barang, dialah yang angkat.

Kita biasa , kalau kita pergi haji, pergi umrah, di Mekah kekadang, kita biasa nampak di pasar pasar , Orang India, jemaah jemaah daripada Bangladesh, kekadang bawa tali, kekadang bawa kotak, kekadang bawa troli, tunggu untuk mengambil upah.

Awak bawa barang , dia tolong angkat sampai ke kereta.

Abu Bakar padahal sebagai khalifah, dia buat macam tu, tanpa nak perlukan sebarang upah. Tapi kalau orang bagi dia terima. Saidina Omar tahu ini dibuat oleh Abu Bakar. Abu Bakar bila berdepan dengan orang ramai, apa dia buat, bagaimana gayanya, caranya, semua dipelajari oleh Saidina Abu Omar. Sampai ke satu peringkat, di satu tahap Saidina Omar ingin tahu kehidupan private Saidina Abu Bakar.

Sebab itu maka Saidina Omar bertanya kepada ahli keluarga Saidina Abu Bakar, apa yang beliau buat di rumah umpamanya , sebab di siangnya beliau dah habis masa pada masyarakat dengan umat Islam di luar rumah, sebelah malamnya pula apa yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar.

Keluarga Saidina Abu Bakar mengatakan , Abu Bakar ni orangnya simple. Beliau bila solat Maghrib di masjid, kemudian beliau solat Isya’ dan pulang ke rumah.

Apabila pulang ke rumah , beliau bertanya , ada makanan ke tidak. Kalau ada makanan dia makan, kalau tak ada dia terus tidur.

Simple jer, tak minta orang rumah tolong gorengkan telur dua biji ker apa…Abang belum makan..

Saidina Abu Bakar as Siddiq, bila dia tidur kemudiannya dia bangun pada tengah malam dan dia akan berwudhu kemudian dia meneruskan solat dua rakaat yang ringkas. Selepas itu dia akan terus meneruskan solat Tahajjudnya. Lama berdirinya, seakan akan kita merasakan dia tak duduk duduk lagi olah kerana lamanya dia berdiri. Yakni surah yang dibacanya panjang panjang. Kemudian dia rukuk, lama rukuknya sehingga kami merasakan bahawa seakan akan dia tak akan bangun dari rukuknya. Kemudian dia sujud, yalah, selepas iktidal dia sujud, lama sujudnya dan dia tidak akan bangun dari sujudnya kecuali kamu akan mendapati tempat sujudnya basah dengan airmatanya.

Saidina Omar bila mendengarnya , “Demi Allah, Ibnu Khattab, (iaitu dirinya sendirilah,), tak mampu buat seperti apa yang dibuat seperti Saidina Abu Bakar”….Subhanallah…

Kemuncak ibadah, kerendahan diri seorang hamba kepada Allah adalah ketika sujud, menampakkan , melatih kita, untuk kita ini, memiliki sifat rendah diri, kita lihat orang orang yang dimurkai oleh Allah swt, orang orang Yahudi, al maghdu bi a’laihim, teliti sifat sifat mereka .

Mereka adalah orang orang yang sombong. Siapa Namrud yang di hadapi oleh nabi Allah, Ibrahim as.

“ Tuhanku dapat menghidupkan dan dapat mematikan “ Namrud berkata. “Assam pun boleh menghidup dan mematikan “ tambahnya lagi,sombong bukan main.

Firaun lagilah malaun. Dia kata kepada nabi Allah Musa as. “ Gua tuhan kamu yang paling tinggi sekali. Engkau punya tuhan wahai Musa ada, tapi sikit bawah daripada aku. Aku lagi tinggi .”

Sombong . Jadi sombong. Takkabbur adalah satu sifat yang cukup tercela. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah swt. telah mengatakan “ merasa diri itu besar, diri itu agung, diri itu hebat, adalah selendangKu.”

( yakni pakaian ) kata Allah swt, milikKu ,….hamba tak boleh share.

Sebab kita nak sombong diri, macam mana, tak patutlah, tak layak,…kita nak nafas saja , kita pinjam oksigen, minta oksigen daripada Allah. Kalau Allah gantikan dengan Hidrogen ker, macam mana kita nak bernafas?

Kita bayangkan hebatnya Allah, betapa kita ni amat bergantung kepada Allah swt.

Jadi untuk melatih kita menjadi hamba yang sentiasa merendah diri, tunduk kepada Allah, patuh kepada titah perintah Allah itulah….kita sujud…

Inilah yang sedang kita perkatakan , sujud yang kita perlu lihat bukan setakat satu amalan yang kita buat, satu intipati tujuan sujud itu sendiri.

Sujud merupakan rukun yang ke tujuh daripada rukun rukun solat. Sujud dua kali dalam setiap rakaat. Jadi bila disebutkan sujud, maknanya sujud itu dua kali. Sebab itulah sesetengah ulamak , khususnya ulamak ulamak dalam tasauf mengatakan,kita perhatikan dalam setiap rakaat kita, Fatiha baca sekali, surah kita , kita baca sekali,…rakaat pertama, rakaat kedua,..rakaat ketiga tak ada baca dah, rukuk kita sekali, iktidal kita sekali tetapi bila sujud dua kali.

Satu satunya amalan, satu satunya rukun dalam rakaat, sujud itu dua kali. Tak cukup sekali sebab Allah suka melihat, sampaikan ia menjadi satu amalan kita buat dua kali. Lebih maknanya tu, daripada rukun rukun yang lain.

Ni bukan kes pelupa. Kalau kes terlupa lain. Rukuk~ “Allahu akbar” umpamanya lah macam solat gerhana tetapi solat Maghrib umpamanya, itu terlupa…lain bab lah….

Tapi kalau ikut biasa , memang, berdiri kita sekali, rukuk kita sekali, iktidal kita sekali tapi bila sujud , dua kali sebab Allah swt suka melihatnya. , amalan sujud itu sendiri. Mudah mudahan amalan sujud itu , perbuatan sujud dapat dilaksanakan dengan sempurnanya dengan melihat syarat syaratnya.

Makna sujud dari segi syarak ialah sentuhan dahi orang sembahyang itu di tempat sujudnya. Maksudnya sujud dari segi syarak yang dikatakan sajjadah atau seseorang itu sujud bermakna dia meletakkan dahi bukan letakkan dagu bukan letakkan hidung tapi letakkan dahinya orang yang sembahyang ke tempat sujudnya. Itu baru dikatakan sujud.

Jadi kalau orang itu tunduk, tangan diletakkan, kepala ditundukkan sekali pun tapi dahinya tidak mencecah tempat sujud itu maka perbuatan itu tidak dinamakan sujud.

Dalilnya firman Allah swt. Surah al Haj ayat 77, “ Rukuk dan sujudlah kamu” Ayat ini berbentuk ayat perintah, jadi ia menunjukkan perintah daripada Allah swt supaya kita rukuk, supaya kita sujud.

Sabda Rasulullah saw kepada lelaki yang tidak sempurna sembahyangnya dengan tujuan mengajar cara sembahyang yang sempurna, kemudian sujudlah hingga kamu sujud dalam keadaan tumak ninah. Kita dah sedia maklum , tumakniinah ini tidaklah terlalu cepat, adanya sedikit tenang, perenggan waktu, walaupun tak baca apa apa antara sujud dan duduk antara dua sujud. Kemudian angkat kepala kamu hinggga kamu duduk dalam keadaan tumak nina. Iaitu duduk antara dua sujud. Kemudian sujud hingga kamu sujud dalam keadaan bertumakniina. Itu pengertian sujud dan ia menjadi satu rukun dalam solat iaitu dua kali sujud.

Makna dua kali sujud sebagaimana sujud yang pertama , begitulah yang kita lakukan pada sujud yang kedua.

Umpamakan , kalau sujud yang pertama kita baca ‘ Subha narabbial a’la wa bihamdih’ , kita ulang tiga kali. Sujud kedua pun ulang tiga kali bacaannya.

Kalau sujud pertama , kita baca , ‘ Subhanarabbial a’la’ tujuh kali, sujud yang kedua pun tujuh kali. Itu yang dimaksudkan sujud dua kali. Cuma diberi kelonggaran atau pun menjadi sunnah sujud yang terakhir itu iaitu sujud sebelum kita duduk tahiyat akhir. Ini nak lebih panjang dari sujud yang pertama maka silakan.

Umpamanya kalau kita sujud yang pertama, ( ini rakaat yang terakhir….ya…)   ’ Subhanarabbial a’la wa bihamdih’ tiga kali, sebelum duduk tahiyat akhir, kita sujud kemudian duduk di antara dua sujud dan sujud sekali lagi dan itulah sujud yang terakhir sebelum duduk tahiyat maka kita nak baca tujuh kali umpamanya …boleh…persilakan… bahkan menjadi sunat. Bahkan ada juga hadis hadis yang menunjukkan Rasulullah saw banyak dan panjang berdoanya, sehinggakan kalau hari ini, kita kalau nampak anak anak kecil solat, sujud gini kemudian dia tengok ketepi, dia sujud tunduk tapi dia tengok. Di zaman Rasulullah saw , orang orang tua. Kalau sekarang ni anak anak kecil , budak budak tetapi zaman Rasulullah saw bapak bapak budak buat macam ini…Kenapa…ya ? Sebab dia baru tahap belajar ni,…Rasulullahsaw  tak bangun bangun daripada sujud. Itu yang diorang pelik. Mereka tengok gitu. Rasulullah saw lama sujud. Kemudian dia meriwayatkan hadis. Hadisnya diterima. Tidak dikatakan solat itu batal umpamanya tidak boleh terima hadis kamu….tidak…! Diterima hadisnya.

Sebabnya tahap belajar menunjukkan bahawa Rasulullah saw sujud pada yang terakhir dipanjangkan.

Syarat syarat sujud

 Syarat sah sujud ialah :

Terbuka dahi, maksud terbuka, tidak berlapik atau tidak tertutup ketika meletakkannya. Maksud ‘nya’ adalah kembali kepada dahi. Meletakkan yakni meletakkan dahi ke tempat sujud. Maknanya tak boleh dahi kita walaupun sebahagian , tak semua dahi,. Kalau dahinya luas, macam Frankenstein , yang dimaksudkan dahi tu walaupun sebahagian yang tidak boleh tutup terus , dahi tak kena . Kita pernah dengar nasyid nasyid  Indonesia ‘ ku letakkan keningku ‘ kalau bahasa mereka maksudnya dahi itu dinamakan kening, wallahu’alam . Kalau kita keningnya di atas mata, yang ada bulu banyak sebaris tu….

Tak boleh berlapik, tak boleh terttutup. Maknanya tak boleh berlapik, antara dahi kita dengan tempat sujud ada lapik.

Sebagai contoh, pergi solat, tempat di tepi tingkap  atau di tepi pintu ke… ini masjid yang tak ada air cond lah…pintu dan tingkap buka, kemudian berdiri, rukuk, bila nak sujud saja ada daun umpamanya terbang dan jatuh menutup tempat sujud. Dia dah jadi berlapik dah sebab pada asalnya tak ada maknanya tak ada di tempat itu terdahulu. Lain kalau kita sendiri, nak solat tu kita bawa kain serban lalu nak solat tu kita bentang, itu tempat sujud. Ya…itu tak dinamakan berlapik. Yang dinamakan berlapik itulah benda yang mendatang setelah kita solat termasuk pun umpamalah kita ni cari cari jubah, tak ada, tetiba nampak ada satu jubah tergantung, kita pakai dan tak perasan rupanya jubah wayang cina punya. Kain tangannya lebar, bila letak sujud jer, lengan kainnya tertutup, itu berlapik.

Orang orang Mesir, mereka punya jubah besar tapi tak lah sebesar Jackie Chan punya yang main kung fu tu lebar sungguh. Itu menutup. Dahi kita tertutup.

Umpamanyalah pakai serban, kita biasanya pakai songkok saiz 21, serban kita 25 umpamanya, besar ,jadi bila sujud tertutup atau apa jua yang kita ikat , ikat kain, saputangan ker, bila kita sujud, tertutup. Sebab itu  kalau kita rasa nak tertutup, kita tolaklah balik. Pastikan jangan sampai dahi kita walaupun sebahagian tertutup yang penting bila kita sujud ada dahi masih kena tenpat sujud, itu oleh…Tidak di isyaratkan seluruh dahi. Kalau seluruh dahi macam mana nak buat, kena genyeh genyeh tu…

Jadi terbuka dahi ketika meletakkan nya ke tempat sujud. Jadi tak boleh dahi kita itu tertutup termasuk rambut. Dia menghalang dahi kita daripada mengena tempat sujud.

Orang orang syiah umpamanya, mereka sujud atas tangan mereka. Tangan itu penghabisanlah, Kalau tak ada batu. Rukun sujud mereka macam tu. Bagi kita tidak.

Antara kita dengan tempat sujud tak boleh berlapik walaupun rambut kita sendiri. Tapi kalau dia menutup sebahagian macam kita katakan tadi, rambut kita, umpamanya, rambut berjambul, jadi bila kita sujud dia terikut, dia tertutup tetapi tertutup itu sebahagian, itu tak mengapa. Point dia, tidak boleh menutup dahi, maksudnya dahi itu, seluruh dahi dan terbuka pun bukan bermakna terbuka seluruh dahi walaupun sebahagian.

Yang tak boleh langsung tertutup maknanya antara tempat sujud yang kita letakkan dahi kita itu berlapik, tertutup dengan songkok ke , dengan kain ker atau apa jua. Itu syarat yang pertama .

Kedua , sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota. Sebagaimana yang telah di hitung oleh Nabi saw dengan sabda Baginda : Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang”. Maksudnya tujuh tulang itu adalah tujuh anggota. “ Di atas dahi” sambil mengisyaratkan tangannya ke arah iaitu sambil Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah hidungnya, kedua tapak tangannya, kedua lututnya dan ke dua dua hujung jari kaki.

Ini tujuh anggota yang nak kena sujud. Maknanya kena cecah bumi.. Tak boleh kita sujud dengan dahi tak tersentuh, tak terkena tempat sujud. Tujuh anggota tadi kita perhatikan, dahi dan Baginda mengisyaratkan ke hidung . Ia tidak dipersoalkan, hidung penyek ker, hidung pesek ker, hidung mancung ker, tak soal. Maknanya dahi dengan hidung. Dahi dengan hidung dikira satu anggota.

1~ Dahi dan hidung, Tapak tangan kiri, tapak tangan kanan, lutut kiri, lutut kanan,  sebab itu tak boleh terangkat lutut. Sujud jika terangkat lutut , lutut kanan ke lutut kiri  kecuali di dalam keadaan darurat di mana lutut kanan tu tak boleh di letak, umpamanya , ada bisul ker, ada luka ker,..tak boleh letak…kalau letak bukan main sakit…It’s okay…

Kemudian dua kaki yang disebutkan, dua hujung jari kedua dua kaki. Jadi inilah dia ketujuh tujuh anggota walaupun yang diletakkan itu tidak sepanjang sujud.

Umpamanyalah kita sujud, waktu awal sujud, “ Subhanarabbial a’laa “ kemudian terasa gatal, jadi kita kena angkat tangan kita, kita garu, sedapnya pun lama..sebab gatalnya lama..Maknanya , tadi kita dah letak , sekarang tak letak…dia tak boleh dari awal…” Allahu akbar” terus saja.. Ini langsung tak letak, terus garu, ataupun kaki kiri umpamanya , tak kan nak garu pakai tangan ..kan…kena pakai kaki kanan nak garu kaki kiri yang gatal, kaki kanan yang garu. Jadi kaki yang sebelah kiri letak, sebelah kanan garu…terangakat maknanya sejak awal tak letak., jadi kita katakan sujud atas tujuh anggota ini walaupun tidak sepanjang masa sujud tapi letakkannya daripada awal dah tujuh anggota dan bila kita letakkan tujuh anggota , biar tujuh anggota sempurna , baru, yes, maksudnya kita sujud,.

Bila “ Allahu akbar” , tangan dulu, kemudian kepala dan dahi baru hidung, jangan hidung dulu turun, jangan terus hidung dulu, tangan pun belum letak, jangan, kalau boxer pun hidung patah. Jadi turun lutut dulu, kemudian tangan kemudian dahi , barulah hidung.

Dah tujuh anggota, termasuk kaki diletakkan, dah sempurna, barulah , kaki kiri ni tadi gatal ni…barulah kita garu. Dah letakkan baru garu tak mengapa …Maknanya tujuh anggpota itu dah diletakkan baru menggaru. It’s okay.

Tapi jangan , umpamanya dah letak , kita sujud” Allahu akbar”, lutut dah letak , tangan dah letak, tapi dahi belum letak, dah garu, maknanya tujuh anggota belum  sempurna letakknya…tak sah..

Jadi nak kena tujuh anggota kena letak lepas tu nak garu , garulah sampai melecet pun tak aper. Itulah dikatakan tujuh anggota diletakkan atau sujud di atas tujuh anggota.

Walaubagaimanapun anggota lain tidak wajib berada dalam keadaan terbuka yakni tidak berlapik .

Khususnya kaum wanita. Mereka pakai telekong, kekadang bila sujud, kain telekong tu terlapik dengan tapak tangan .It’s okay.

Dahi yang tak boleh tertutup.Tapi tangan tak tertutup, tak berlapik pun tak apa…tak mengapa..tapi dahinya perlu terbuka.

Yang ketiga, hendaklah terangkat bahagian paling bawah, iaitu punggung. Punggung terangkat melebihi bahagian atas kepala. Maknanya kita tak boleh sujud itu dengan straight maknanya punggung kita lebih tinggi daripada kepala, tak boleh sama ataupun lagi bawah. Maknanya bahagian belakang tu lagi tinggi.

Jadi dikatakan bahagian belakang tu lebih tinggi. Berapa tinggi? Yang ada orang bahagian torsonya, bahagian badannya, agak pendek kalau compare ngan orang lain, tapi kakinya panjang, kalau main sepak takraw memang bagus.

Kalau ada yang panjang pun kakinya , antara lutut sampai bawah kaki, tapak kaki, yang ada lebih panjang daripada lutut dengan pinggang. Ada pulak puinggang tu sama panjang, pinggang dengan lutut sama panjang. Ada orang dari lutut ke pinggang lebih panjang. Sebab itu berapa tinggi tak jadi soal .

Orang yang bahagian ini lebih panjang akan kelihatan lebih tinggi ( sujudnya ) mungkin daripada yang lain sebab lututnya panjang maka ia kelihatan lebih tinggi. Jadi tidak ada satu kadar yang mengatakan berapa degree naiknya itu…tidak…

Petunjuknya adalah iaitu bahagian paling bawah iaitu punggung melebihi bahagian atas iaitu kepala. Maknanya tak boleh sujud, umpamanya kepala dengan punggung ataupun macam bentuk volkswagon beetle.belakangnya lebih tinggi…macam sport car sikit.

Hendaklah sujud sekadar yang mampu kerana mengikut perbuatan Rasulullah saw.

Yang ke empat

Hendaklah tidak sujud di atas pakaian yang bersambung dengannya yang mana pakaian tersebut akan bergerak dengan pergerakannya . Dia tidak sujud diatas pakaian yang bersambung dengannya.

Contoh…para khatib yang menyampaikan khutbah, di sunatkan memakai dua helai serban. Satu serban yang diikat., satu lagi yang diselendangkan. ketika memberi khutbah

Ketika solat, serban yang satu tu, yang dipakai tu diletakkan di tempat sujud. Itu perbuatan Rasulullah saw dan serban yang diikat dibiar ikat, tak dibuka.

Cara mengikat serban pun macam macam . Orang Mesir punya cara lain, orang Sudan cara mengikat serban lain, orang Oman cara mengikat serban lain, orang Kelantan cara mengikat serban pun lain. Berbeza beza. Ya, ada tu, serbannya tu ada yang berekor. Jangan kita tafsirkan bahawa lebuh panjang lebih banyak ilmu…tidak…ye..ini ilmu sikit …ilmu cetek…tak der yer…Ini bukan pasal ilmu.

Yang nak kita ceritakan di sini adalah contiohnya. Orang Sudan, kita lihat dia punya serban, serban mereka tinggi tinggi, cantik. Nampaknya serban tinggi dan lilit mereka tu kainnya panjang betul. Agaknya kita punya kain serban tiga kali baru panjangnya satu. Yang nak diceritakan adalah bila sujud, bahagian ekor ni kadang kadang, yang ada orang tarik sampai ke tepi,. Umpamalah, dia nak sujud , kain serbannya berlapik  walaupun kain serbannya sendiri.

Ini yang dimaksudkan pakaiannya bergerak , benda tu ikut bergerak. Macam tadi yang kita sebutkan khatib bilamana nak menyampaikan  khutbah, dia pakai dua selendang, satu sati diselendangkan, satu dililitkan  dan bila nak solat, yang diselendangkan iu dibuka dan dibentangkan ataupun dia letak tepi,…jadi dia tak pakai…Jadi kalau benda tu tertutup, dia sujud atas benda tu, tak mengapa. Yang tak bolehnya adalah kalau dia sujud atas benda yang bersambung seperti contoh yang tadi.

Lengannya lebar sangat, dia sujud, dahinya kena atas pakaian tersebut dan bukan setakat dahi saja, malah tangan pun. Pakaian tersebut akan bergerak dengan tangannya , sebab itu bila kita dirikan solat, kita memang digalakkan pakai pakaian yang longgar longgar .

Namun kalau longgar longgar itu dia bilamana boleh menjejaskan pergerakkan solat kita, kita boleh perbetulkan.

Jangan pakai kain, dalam tak pakai apa apa, kemudian bila sujud, bangun terpijak kain….aaaarghh kemungkinan berlaku.

Kelima

Hendaklah tidak berniat lain dari sujud seperti takut atau seumpamanya. Rukuk pun sama, iktidal pun sama . Maknanya kalau kita rukuk, tu kita tunduk kerana mengelakkan sesuatu ker atau mengambil sesuatu, sujud pun begitu juga,. Jadi tidak boleh niat kerana sesuatu. Kenapa sujud, kenapa tunduk ? Mungkin dengar guruh ker,…petir ker…halilintar ker…sujud.. Ini bukan sujud. Sujud dinamakan apabila kita di dalam solat.

Keenam

Hendaklah di tekan dahi ke lantai , dahi di tempat sujud, dengan tekanan yang nyata. Maknanya bukan setakat , macam cecah cecah ajer..kena kena saja..

Sekiranya di tempat sujud. Ada kapas atau seumpamanya nescaya kapas tersebut akan tertekan dan akan nyata kesan sujud ke atasnya. Maknanya tak perlu ditekan sampai bila bangun saja nampak blue black. Bangun daripada sujud nampak bintang. Daripada mana bulan bintang tu …ooohhh… daripada cetakan karpet..melekat di dahi…Bukan bukan mcam tu…Cukuplah tekan , setakat tekan yang nyata.

Ketujuh

Hendaklah berada dalam keadaan tenang, bertumak niinah ketika sujud. Sekurang kurangnya kadarnya adalah sekadar mengucap tasbih. Tumak ninah perlu ada bila sujud. Sama seperti rukuk, sama seperti iktidal. Sekurang kurangnya dengan kita mengucapkan takbir ketika turun untuk sujud.

Maknanya sujud yang sempurna ini , kita dari rukuk kemudian iktidal  dan ketika kita turun . Bukan kita turun dulu baru kita ucapkan takbir.

Para ulamak ulamak lama, memperincikan sehinggakan bila kita bergerak , di mana pergerakan kita dah tak ada nampak kita berdiri , berdiri adalah perbuatan iktidal. Kalau ini masih berdiri sebab kaki kita masih lagi lurus .Bila kita dah mula nak bengkok kan lutut untuk sujud, ketika itulah selewat lewatnya takbir  diucapkan. Ini adalah sujud yang sempurna.

Kalau katakan , kiat dah letakkan lutut dan bertakbir, masih boleh dikira, solat kita sah, kita dah letakkan lutut baru takbir, maknanya itu kita dah mula bergerak dengan pergerakkan yang mana tak menampakkan kita berdiri lagi. Itulah selewat lewatnya kita mengucapkan takbir ketika sujud dengan meletakkan kedua dua lutut dahulu. Jadi caranya, dua lutut dahulu , kemudian kedua tangan . Memang kita katakan ada banyak cara . Yang ada orang dia sujud, tangan jatuh dahulu, baru lutut. Ini bila antara tangan dan lutut mana dahulu. Kaki dah tentu dululah. Kalau kaki tak dahuluan macam maner..terjunlah..atau kepala dulu …tak pernah kita jumpalah…

Maknanya ni, di antara tangan dengan lutut, dalam Mazhab Shafie, lutut turun dulu, baru tangan. Mazhab yang lain umpamanya Mazhab Maliki, tangan turun dulu baru lutut. Kita tangan dulu baru lutut.

Kemudian dahi dan hidung. Itu susunannya. Kita letakkan lutut dahulu ( kaki dah dulu lah ) kemudian tangan, dahi dan hidung..

Kedua dua tangan diletakkan bersetentangan dengan kepala bahu sambil jari dirapatkan. Setentang . Bila kita sujud, tangan tu setentang, bukan di bawah dan tidak begitu lebar. Bukan macam spider. Lagipu kalau kita bersolat berjemaah, kita kembangkan tangan macam spider orang yang lain akan sujud atas tangan kita…tak wajar lah…

Wanita lain. Wanita lain sedikit ia ada beberapa cara…

Wallahua’lam.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s