Rukuk

Rukuk dari segi syarak, iaitu daripada peraturan fiqh ialah seorang yang bersembahyang, membongkokkan badannya dengan kadar kedua dua tapak tangannya sampai di kedua dua lututnya kalau orang yang tak sembahyang dia membongkokkan badannya mungkin kerana nak ambil sesuatu ker, mungkin kerana exercise ker, itu tak dinamakan rukuk sebab ia diluar sembahyang.

Rukuk pertama sekali ia berlaku di dalam sembahyang dan dengan kadar kedua dua lututnya. Lutut dia sendiri. Bukan lutut orang lain. Solat berjemaah ‘takbir ‘ sampai tak tangan aku kat lutut kawan aku nih…di sebelah. Bukan. Lutut itu maknanya lutut dia sendiri dan lutut kanan di sentuh ( dicapai ) oleh tapak tangan kiri. Bukan melintang. Bukan kanan pergi kiri dan kiri pergi kanan. Bukan. Ini bukan nak main silat. Tidak…kanan…kanan…kiri…kiri…

Kalau sekiranya, sebelah tangan tak ada ( contoh ) ataupun memang pada keika itu kena balut ker umpamanya tak boleh, jangan paksa sampai boleh sebab itu dikatakan di sini , dengan kadar . Yang dimaksudkan dengan ‘kadar’ maknanya tangannya tak dapat digunakan pada hari tersebut, untuk solat tersebut.

Maknanya dia perlu tunduk, tangannya tak sentuh lutut pun tak apa. Tapi tunduk, membongkokkan badan.

Ini adalah sekurang kurang ukuran rukuk. Manakala yang paling sempurna ialah dia membongkokkan belakangnya sama rata dalam keadaan menghala ke hadapan.

Sebab kalau dilihat dalam kitab panduan sembahyang, belakang badan itu diterangkan agar rata. Sekurang kurangnya rukuk itu macam itulah. Pertama sekali perbuatan membongkok badan . Ini perlu kalau tak bongkok badan , tak rukuk namanya.

Tak dapat capai lutut kerana tangan itu ada sesuatu, maksud ada sesuatu , ia tidak boleh pegang lutut.

Ada hadis yang menjelaskan bahkan menunjukkan di zaman Rasulullah saw ada ibu yang menggendong anak waktu mendirikan solat. Tak salah. Mungkin anak itu menanggung najis, lampinnya basah ker. Itu kena kita ker tidak.

Kita menggendong anak bila kita rukuk terpaksa, yalah, kita gendong anak,. Di bolehkan kita tunduk untuk rukuk walau sedikit sebab kita menggendung anak. Waktu rukuk kita pegang tapi waktu sujud kita letak. Tapi waktu sujud jangan kita dokong. Macam mana kan, waktu tu anak tak dapat nafas , fasal apa, mak dah tutup muka dia dengan telekung, umpamanya.

Jadi untuk rukuk , yang penting adalah perbuatan membongkok meskipun ada sedikit keperluan keperluan tertentu. Orang yang sakit pinggang, tak dapat nak rukuk sebagaimana orang rukuk yang tak sakit pinggang . Dah makan jamu pun , pinggang sakit juga. Dah makan yang beli kat farmasi tu, talipinggang tu, dah pinjam Hulk Hogan punya talipinggang pun, umpamanya; pun , sakit pinggang tu tak baik baik juga.  Maka dia hanya boleh sekadar itu saja. Tak boleh rukuk.

Dalilnya firman Allah Taala “ Wahai orang orang yang beriman, rukuklah dan sujudlah kamu” Perintah Rasulullah saw kepada sahabat yang diajar sembahyang. Kemudian rukuklah kamu seperti rukuk dalam keadaan sehingga kamu rukuk dalam keadaan tenang”. Ini soal tenang pun penting.

Rukuk ini adalah salah satu di antara rukun solat. Rukuk ini adalah rukuhn dalam setiap rakaat di mana dalam solat itu kalau ada rukuk. Kalau tak ada rukuk tak payah rukuk. Solat jenazah tak ada rukuk. Jadi kalau tak ada rukuk , kita tak payah nak rukuk.

Bahkan ada dua kali rukuk dalam satu rakaat ataupun dalam setiap rakaat ada dua rukuk seperti solat gerhana. Solat gerhana ada dua kali berdiri, dan dua kali rukuk, dua kali berdiri, dua kali baca fatiha, dua kali baca surah, dua kali rukuk, dua kali sujud dalam setiap rakaat. Itu solat gerhana.

Jadi kalau dua kali rukuk, dua kali rukuk lah , ia tetap menjadi rukun.

Banyak hadis hadis sahih yang meriwayatkan perbuatan rukuk Rasulullah saw.

Syarat syarat rukuk

Orang yang bersenbahyang, mestilah memastikan beberapa perkara berikut supaya rukunnya sah.

Pertama, berada dalam keadaan membongkok dengan kadar keadaan sebagaimana yang telah disebutkan iaitu tapak tangan sampai ke lututnya. Dalam keadaan biasalah ( kalau tak biasa, luarbiasa, lain daripada biasa, maknanya dalam keadaan seseorang itu tak sihat, mungkin, kadar yang perlu.

Yang kedua, hendaklah dia berniat ketika membongkokkan tubuhnya itu dengan tujuan yang lain daripada rukuk .  Sekiranya dia membongkok kerana mengelakkan sesuatu kemudian dengan membongkok tersebut, dia menjadikannya sebagai rukuk maka tidak sah rukuknya bahkan dia wajib berdiri semula kemudian membongkok dengan tujuan rukuk.

Dia tak boleh terus tukar, tunduk aku tak jadi rukuk. Maksud niat ketika membongkok rukuk ini bukanlah “ Nawaitu rukuk…” Letakkan dalam hati , nawaitu…tak payah nak niat niat kan macam tu. Ini perbuatan rukuk memang rukuk solat. Bukan rukuk dengan sebab lain.

Syarat yang ketiga tumak niinah

Makna tumak niinah, berada dalam keadaan tetap atau tenang, yakni, tidak kelam kabut, tak terlalu cepat rukuk dengan kadar minima satu tasbih ‘subhanallah’.

Rukuknya kita tercapai dengan tumak niinah. Dalam hadis ada di sebutkan bila Rasulullah mengajar “ hendaklah kemudiannya dia rukuk, selepas baca Fatihah , baca surah, hendaklah dia rukuk berserta dengan tumak niiana. Itu sebab kitab kitab yang lama disebutkan rukuk serta tumakniinah maknanya tumakniinah ni pun menjadi rukun dalam rukuk. Kadar yang paling minima tumak niianah itu boleh dicapai, terlaksana, sempurna walau hanya ucapkan sekali saja subhanallah. Kurang daripada itu baru ‘ subh’ saja , baru bangun balik , itu tak sempurna walaupun tangannya dah capai lutut walaupun dia dah bongkok. Bongkok sempurna. Tapi bilamana dia solat macam itu terus dia bangun balik maka dengan sendirinya tidak ada tumak niinah.

Tak payah nak panjang panjang (Subhanarabbial a’zimi wah bihamdih ) tak perlu sampai tiga kali. Sekurang kurangnya dia dengan hanya menyebut Subhanallah dah cukup dah tu.

Macamanapun kita boleh minimize  kan. Baca Fatihah, tak baca surah….boleh. tapi kalau baca Fatiha ,cuma baca dua ayat saja, tu yang tak boleh. Nak ringkaskan kat mana lagi? Rukuk walaupun Subhanallah atau pun Subhanallah hal azim walaupun sekali ; boleh hatta tak baca pun boleh. Tapi setidak tidaknya tumakniinah tu ada.

Duduk tahiyat akhir kita baca tahiyat awal saja, boleh. Sah solat kita.

Beri salam,”Assalamualaikum warrahmatullah:”, ni time tak cukup ni cuma sekali jer,. Boleh.

Salam yang pertama rukun , salam yang kedua sunat.

Salam yang kedua kita tak buat, boleh. Namun, yang minimum ni jangan sampai kita langgar ( kata orang ) jangan sampai tak sempurna.

Tumak niinah tu mesti ada. Sekurang kurangnya  dengan mengucapkan “subhanallah

Yang lain lain bacaan tu ia merupakan sunat.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s