Duduk di antara Dua Sujud

Duduk di antara dua sujud

Rukun yang ke lapan , duduk antara dua sujud. Bila disebut duduk antara dua sujud, perbuatan itu pertama sekali hendaklah duduk. Maknanya bila kita dah sujud, dah bertakbir, kita bangun daripada sujud, kita tidak berdiri. Kita duduk. Gaya duduk kita itu soal kedua.

Ada orang kaki dia tak boleh lipat. Dia duduk bersila sebab kaki dia tak boleh dibengkokkan ke belakang. Atau bahagian kaki  dia sakit tang mana tak tau. Dia duduk terpaksa duduk cara tahiyat akhir. Mungkin pada ketika itu punggung sebelah kanan ada bisol, dia tak boleh duduk antara dua sujud, dia terpaksa duduk, punggung kanan dan kiri duduk; tapi ni tidak, dia duduk atas punggung kiri, cara duduk tahiyat akhirlah. Ni tak apa. Yang penting dia duduk. Walaupun dia duduk bersila , bukan duduk nak kenduri, tapi dia terpaksa, kemudian dia sujud lagi. It’s okay. Yang penting perbuatan duduk.

Duduk antara dua sujud wajib pada setiap rakaat sembahyang. Dalilnya sabda Rasulullah saw yang telah di sebut sebelum ini “ Maka kemudian angkatlah kepala kamu, sehingga kamu duduk dengan tenang” yakni tumakniinah.

Syarat syarat sah.

Maksud sah di sini, antara dua sujud ini, hendaklah berniat melakukan ibadat ketika sujud ini, hendaklah berniat melakukan ibadat ketika duduk dan bukan kerana selainnya seperti takut atau seumpamanya . Dia tunduk turun kerana nak mengalihkan cermin matanya , dia ketika itu, turun, dia tu bukan turun untuk sujud tapi turun untuk ambil barang.

Umpamanya bila kita duduk , bukan kita duduk tetapi berehat. Seorang yang sujud lalu dia terperasan imam macam ‘Allahuakbar’ duduk antara dua sujud, dah bangun dari sujud, padahal; imam belum lagi bangun, imam masih sujud, dia dah ‘Allahuakbar’ , dia pun duduk,’ eh….imam masih sujudlah, maka dalam hal tersebut dia kena tunggu, dia tak perlu sujud lagi sebabnya dia bangun, dia tu dah kerana duduk antara dua sujud. Bukan bangun kerana takut takut ke..

Jadi yang dikatakan syarat syaratnya itu hendaklah melakukan ibadah. Maknanya tu, duduk antara dua sujud.

Tidak duduk pada tempuh yang lama melebihi daripada masa sekurang kurang tasyahud. Itu yang disebutkan antara lain, dia ni lebih lebih lagi rukun pendek;rukun panjang sujud. Rukun pendek duduk antara dua sujud.

Antara sujud dengan duduk antara dua sujud, biar sujud iru lebih panjang daripada duduk antara dua sujud.

Namun kalau sekiranya sama sekalipun. It’s okay. Panjang sedikit pun sebenarnya tak apa. Tapi tidaklah sampai panjangnya macam panjang tasyahud. Tidak. Dia mesti lebih ringkas.. ‘Rabbighfirli warhamni’ memadailah.

Jadi tak boleh terlalu lama, bila dia duduk antara dua sujud. Tumakniinah sekurang kurangnya kadar dengan mengucap tasbih. Samalah walaupun di baca “ Rabighfirli”…kita tak baca tasbih, sebaliknya kita berdoa tapi untuk dapatkan kadar tumakniinah orang tu dah kira bertumkniinah kalau dia duduk antara dua sujud sekadar dia mengucapkan ‘ Subhanallah”. Sebab itu dikatakan orang orang Mazhab Hanafi, duduk antara dua sujud mereka paling ringkas sebab mereka hanya menyebutkan atau membaca ‘Rabbighfirli”! itu saja. Itu saja yang mereka ucapkan . Ringkas.

Jadi itu duduk antara dua sujud dalam setiap rakaat. Kalau kita datang berjemaah, kita masbuk. Imam bila kita datang sedang sujud yang pertama. Jadi kita datang imam pun ‘ Allahu akbar’ dah duduk antara dua sujud. Jangan tunggulah walaupun kita boleh tunggu. Tunggu imam nak balik kah…? Sebab rakaat itu tak dikira. Tetapi yang sebaiknya , afdalnya terus ikut. Jatuhkan niat, terus ikut saja, imam ketika itu duduk antara dua sujud, terus kita duduk antara dua sujud, lepas tu imam sujud sekali lagi yang kedua , itu pun kita ikut.

Maknanya pada rakaat itu kita hanya dapat ikut sekali sujud sahaja . It’s okay.

Sebab rakaat itu tidak dikira. Tak dikira maknanya rakaat tak dikira tetapi pahalanya di k ira .Setiap amal ibadah, maknanya solat kita jadi lebih panjang, jadi kita ikut. Maksudnya adalah kita sediamaklum sujud tu dua kali. Kita hanya dapat ikut imam buat sekali saja. Tapi tak mengapa .Sebab rakaat itu tak dikira. Tapi lain kali lepas tu kita tambah jangan potong ‘ dia bagi aku sujud sekali jer…’ tak payah kita nak berkira kira sangat.

Rukun yang ke sembilan, duduk akhir.

Duduk akhir iaitu duduk ketika membaca tahiyat akhir. Maknanya tahiyat awal, itu bukan….

Letaklah dalam solat Maghrib, kita tertinggal, rakaat kedua tak duduk , tak buat, tahiyat awal, solat kita tak rosak. Sebab itu dia boleh di galang gantikan dengan sujud sahwi. Duduk tahiyat awal, tapi duduk tahiyat akhir, tidak boleh. Memang kena duduk.

Rukunnya tu yang kena kita perhatikan antara sembilan dengan sepuluh, dia serentak. Yang ke sembilan duduk iaitu perbuatan duduknya.

Yang ke sepuluh membaca tasyahud iaitu bacaannya.

Kalau kita balik ke yang pertama, niat kemudian berdiri, perbuatan berdiri baca fatiha. Rukuk , perbuatan rukuknya tak baca.

Pun tak apa. Iktidal ‘Samiallahuliman hamidah”, kita berdiri, perbuatan berdirinya, tak baca pun tak apa. Sujud pertama, perbuatan sujudnya, tak baca pun tak apa. Duduk antara dua sujud, tak baca pun tak mengapa. Ni nak kata sembahyang bisu pun tidak juga.

Tapi memang entah…” sepanjang hari ni aku, daripada, siang sampai tadi petang aku banyak cakap. Jadi time Isya’ ni, aku solat tak nak baca . Boleh…

Tak nak baca Fatiha jer ,yang tak boleh. Mesti baca. Surah tak nak baca, penat,Sebab siang tadi kerja….penat…penat cakap. Jadi tak baca…Boleh…Tak mengapa…tapi bila tahiyat akhir kena. Jadi yang ada bacaan yang kena juga bacaannya itu yang nak di bacanya itu  Fatiha dan tahiyat akhir. Yang lain perbuatan saja. Bacaannya sunat. Sebab itu apa yang nak disarankan, ,kalau kita ajar anak anak kita, pertama kita ajar praktikal, anak ker, cucu ker, cicit ker, ajar praktikal disamping itu ajarkan Fatihah, kemudian rukuk, praktikal saja. Bila tahiyat akhir , ajarkan dia baca tahiyat akhir . Tahiyat akhir ni agak panjang sikit tapi kita boleh ajar mereka setakat bacaan tahiyat awal. Itu yang dimaksudkan tasyahud.

Jadi yang ke sembilan. Duduk akhir maknanya ketika membaca tahiyat akhir. Yang dimaksudkan dengannya ialah duduk yang berlaku di akhir rakaat sembahyang. Iaitu akan diberi salam selepas daripadanya.

Perbuatan duduknya mesti semacam duduk antara dua sujud. Gaya macam mana punya duduk , duduk macam tahiyat awal ker , duduk bersimpuh ker , tahiyat akhir ker duduk bersila ker. Itu perkara kedua. Yang penting , perbuatannya mesti duduk.

Yang ke sepuluh.

Membaca tasyahud pada ketika duduk akhir rakaat. Ini sebagaimana diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Masood rdh . Bahawa dia menceritakan apabila kami bersembahyang bersama sama Nabi saw, kami berkata : disebutkan sebelum memfardukan tasyahud ke atas kami , salam sejahtera ke atas Allah, sebelum para hambanya , salam sejahtera ke atas Jibril dan sebagainya. Maknanya adanya lah bacaan , perbuatan duduk dan tasyahud itu sendiri.

Sekurang kurang tasyahud ialah “ attahiyatu lillah “. Ini susunannya berbeza sedikit.

“Attahiyatulillah. Assalamua’laina ayuhan nabiyu warrahmatullahi wa barakatuh , assalamua’laina wa a’la ibadillahis solohin, ashandu anal ila haillallah, wa ashandu anna Muhammad darasulullah” Ini yang paling ringkas.

Sekurang kurangnya tasyahud “ Attahiyatulillah “,” Attahiyatu toyibatulillah” , satu lagi riwayat yang biasa kita gunakan. Tapi yang paling ringkas “ Attahiyatulillah “. Sebab orng kita sebutkan bacaan ini dinamakan tahiyat. Orang kita biasalah suka ambil perkataan perkataan pertama lalu dinamakan. Surah ini surah apa? Qul huwallahuahad” . Surah Qul.

Qul a’udzubirrabbil falaq” Surah Qul. Qul a’udzubirabinnas “ , pada hal surah tu surah An nas. Surah Qul. Surah apa haji ? Tiga Qul. Sebabnya awal pun Qul, tiga Qul, campur satu lagi..Qul, Qul apa tu? Qul ya ayyuhal kafiruun. 4202  Biasa orang kita namakan diawalnya. Memang ada sebahagian surah namanya di ambil sempena dengan nama perkataan awal. Surah apa? Al Asr. Surah at Tin . Surah apa? Iza ja. Padahal surah ini namanya Aurah An nasr, tapi disebut ‘Iza ja’ sahaja. Kenapa? Sebab awalnya sebutannya ‘Iza Ja anasrullah’. Dia pun separuh separuh, sepatutnya Iza ja a…Ini ‘Iza Ja’ saja.

Yang penting aalah kenapa dinamakan tahiyat lantaran perkataan pertama itulah.

Jadi duduknya rukun bacaan tasyahud akhirnya rukun dan dalam bacaan tasyahud akhirnya yang biasa kita baca macam itulah.

Kadang kadang dalam solat tarawikh, Imam tu baca tahiyat akhir tu pendek. Kenapa dia baca pendek ? Dia ambil yang rukun, dah memadai, dah cukup. Sebab solat tarawikh tu sunat nak diringkaskan mengikut sebahagian pengamalan orang.

InsyaAllah.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s