Bacaan

Membaca al Fatiha ini adalah rukun dalam setiap solat dalam setiap rakaat. Hatta solat yang mana jenisnya yang tidak ada ruku’ dan sujud selagi dinamakan solat maka ia menjadi rukun untuk membaca surah al Fatiha. Kalau ia bukan solat, tidak diwajibkan atau pun tak menjadi rukun.

Umpamanya kita nak sujud syukur, kita nak  sujud sajdah, sujud tilawah, kita tak payah takbir “ Allahu akhbar “ kemudian baca Fatiha , baru kita sujud , tak payah sebab kita bukan solat. Kita setakat sujud saja.

Umpamanya, kita mendapat satu berita yang baik lalu kita nak sujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran, kita terus “ Allahu akhbar “ kita terus sujud , tak payah kita takbir, baca Fatiha kemudian kita sujud sebab ia hanya setakat sujud bukan solat. Jadi dengan sendirinya baca Fatiha itu rukun bagi setiap solat bagi setiap rakaat. Samada solat itu sendirian atau solat itu berjemaah, samada berjemaah itu kita dengar imam baca atau kita tidak mendengar imam baca.

Solat Zohor, solat Asar, solat Maghrib, solat Isya’ dan solat Subuh. Maghrib dan Isya’ pada dua rakaat pertama, subuh pada kedua dua rakaatnya, solat Jumaat , solat Hari Raya, solat solat ini , Fatihanya kita dengar bacaan imam. Bila kita dengar bacaan imam, imam baca kita diam, jangan imam baca Fatiha kita pun baca fatiha. Samada kuatnya sama kuat dengan imam ataupun kita lebih kuat daripada imam, atau kita jauh lebih perlahan. Hendaklah imam baca kita dengar.

Sebab itu imam bila selesai dari baca al Fatiha biasanya berhenti sekejap sebelum membaca surah. Namun berhenti sejenak bukan maknanya tunggu makmum selesai fatiha. Jadi dengan erti kata lain, di pihak makmum pula, imam bila dah selesai baca Fatiha Kita ramai ramai pun “Amiin” . Di sini kita sentuh sedikit pasal “Amiin” . “Amiin “ kita yang paling pertama sekali , kita “amiin “ itu bila kita  dengar imam start , imam mulakan .

Jadi sebab yang menjadi imam pun mesti faham, maknanya , walaupun beliau baca fatiha, amin pun beliau disunatkan baca. Jangan beliau senyap, bila beliau senyap, jemaah tunggu. ‘ Bila pula imam ni nak ‘start ‘.

Jadi harus sama sama.

Ini sesuai dengan hadis Rasulullah saw , maknanya , “ Apabila kita baca Fatiha itu, imam pun baca Fatiha, hendaklah  , anginnya kamu sama dengan anginnya imam “ Maknanya imam pun sama sebut ‘amiin’. Jadi serentak. Jangan kita mendahului imam. ,walaupun tak batal solat.

Imam belum “ Ghairil maghdu bi ‘alaihim,waladholiin…kita dah “amiiiin” daripada belakang, pulak dengan volume yang cukup tinggi, serentak dengan anginnya imam.

Yang kedua, ‘amiin’ kita jangan lah terlalu memanjangkan ‘a” nya. ‘aaaaaaaamiiiin”

Imam nak mula baca surah dok menunggu , makmum tak habis habis. Nafasnya pulak panjang. Ini mungkin bagus berenang ni sebab salah satu exercise untuk panjang nafas ialah berenang.

Jangan terlalu panjang ‘a’ nya dan juga jangan terlalu pendek, ‘amiiin’ ~ ‘amiin”~ ‘a” tu cukup dua harakat lah ‘miin” tu dipanjangkan lebih dari ‘a”. Jangan terlalu panjang.

Bila dah selesai baca ‘amiin’, barulah kita sebagai jemaah, kita baca fatiha kita. Imam dah baca fatiha.

Imam dah diam, kemudian imam baca surah.

Kita sewaktu imam baca surah, Fatihah yang kita dah mulakan, kita teruskan. Jangan kita “ Iya kana’ budhu wa iya ka’….ohh,…imam dah start baca, “Bismillahir Rahmanir Rahiim”, habiskan fatiha , kemudian dah selesai baca fatiha.

Tunggu imam sampai habis baca surah, barulah imam “Allahu akbar”, Imam ruku’, baru kita ruku’.

Imam baca panjang surah tersebut, baca pendek surah tersebut , kita sebagai makmum.Maknanya ikut saja.

Jangan kita ,” imam ni kenapa jer baca surah pendek?” kita expect surah panjang, lepas tu bila salam imam.

Umpamanya bila imam ,…imam , dia solat Jumaat ke apa ke..( Imam tu dia pun timbang terima).

Ini teks khutbah Majlis ugama islam sediakan minggu ni panjang so solat hearing customlah sebab ada orang nak pergi kerja ke apa ker. Jadi dia pun, kebetulanlah, rakaat yang pertama , dia bawa “ kul ya ayuhal kafiruun” , rakaat kedua di bawa surah “ qul huwallah hu ahad’ ,,,…imam baca surah ni pendek pendek apa ni, tak hafal surah ke apa? Salam imam. Bila time salam imam lepas tu, selepas solat tu nampaknya kita macam sembahyang maghrib ajer hari ni..

Sindir , bahasa kan imam…

Surah  yang di pilih, solat yang imam ni pimpin, surahnya panjang. Surah Bayinah, anda rasa panjang ke pendek? Surah as Syams , panjang ke pendek ? Untuk solat Isya’, panjang itulah. Jadi kalau kita kebetulan jumpa surah macam tu, jangan kita kata imam baca surah panjang,. Tidak. Itu surah pendek yang Rasulullah saw baca.

Untuk Maghrib biasanya pendek sedikit, umpamanya” al ha ku mut taka sur”  ” kul ya aiyuhal kafiruun” umpamanya.., itu standard. Itu rakaat yang pertama. Jadi kita jangan expect imam baca surah Yasiin umpamanya rakaat pertama, rakaat kedua imam baca surah al Kahfi . Ini yang syok surah panjang panjang. Yang syok surah pendek pendek, jangan kita expect imam rakaat pertama bawa “ kul a’ udzubirabbil falaq” , rakaat kedua pun “ kul a’udzubirrabinnas”. Asyik dengan dua kul itu jer dan seumpamanya.

Kita ikut imam sebab itu biasanya lah imam akan tahu panjang pendeknya dan sebagainya.

Itu kita baca Fatihah kita sudah habis, imam baca kita dengar. Fatiha kita, bilamana solat berjemaah, kita belum habis. Imam baca surah dah habis ( kebetulan imam baca surah pendek ), Fatiha kita belum habis, namun bilamana Fatiha kita belum habis, imam pun takbir dan mula rukuk, kita hendaklah habiskan ayat di mana ayat itu berada. Umpamanya kita berada di ayat “ Iya kana’ budhu”, imam pun dah rukuk maka habiskanlah ” wa iya kanas ta’in”, terus takbir dan ikut rukuk. Tak payah habiskan Fatihah. Pulak kita punya cara baca Fatihah, macam qari dalam musabaqah. Berlagu. Panjang nak habis.  Jangan. Kita berjemaah kita ikut imam buat. Imam rukuk kita pun rukuk. Kita ikut walaupun bacaan belum habis. Di sinilah, adanya Sabda Rasulullah saw      “ Bacaan imam menanggung bacaan kamu ( jemaah )”

Jadi imam dah habis baca Fatihah , kita belum habis tapi bacaan imam tadi tu dan menanggung bacaan kita. Jadi bila sampai : “Iya kana’ budhu” maka habiskan, kemudian terus kita rukuk, tak payah “ sadakallahul adzhim.” Tak payah.

Itulah di antara lain Fatihah yang perlu kita juga khususnya bila solat berjemaah, ataupun imam bacaannya kita tak dengar contohnya rakaat ketiga fardhu Maghrib ataupun solat siang ,  Zohor atau Asar. Imam baca Fatihah, kita tak dengar di waktu itulah imam baca, kita pun baca. Dalam hal ini, tak kira siapa habis dulu. Mungkin imam bacanya lambat, kita pula cepat. Dalam hal ini tak termasuk jangan mendahului imam, tak ada….

Tak payah janji dengan Pak Imam. Kita set eh.. awak 30 second baca Fatiha, saya akan baca mesti 32 second, jadi awak mesti habis dulu. Tak payah nak janji janji. Islam tak memberatkan , tak merumitkan sampai kepada yang macam ini.

Yang tak boleh kita mendahulukan imam adalah dari segi rukun fadlinya. Imam belum rukuk, kita dah rukuk. Imam belum sujud, kita dah sujud, tapi kalau imam belum habis baca Fatiha, tak apa.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s