Solat Ibu Ibadah

ket

Solat ibu ibadah.

Hikmah solat di dalam Islam.

Ibadah solat ini adalah ibadah terutama dan paling tinggi di dalam Islam.

Solat merupakan tiang agama.

Melakukan solat sehari semalam lima kali adalah kewajipan kita.

Solat adalah ibu kepada ibadah bahkan Rasulullah saw ada bersabda seperti di sebuah hadis yang menerangkan maksudnya, ‘ Solat adalah tiang  agama . Barangsiapa yang mengerjaknnya , dia menegakkan agamanya, barangsiapa yamg meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya.’

Kita diperintahkan untuk mengerjakan solat dengan tujuan untuk melahirkan sifat sifat kehambaan ini antaranya adalah malu, takut, rasa tawadduk  atau juga menghilangkan sifat sifat majmunah, sifat sifat yang keji di dalam diri kita seperti sombong, takkabur, hasad dan sebagainya.

Apabila solat ini benar benar dihayati maka ia dapat menghapuskan , membakar dan memusnahkan sifat sifat yang keji dalam diri kita.  Oleh kerana itu jika solat tidak dapat melahirkan sifat kehambaan terhadap Allah swt maka di luar solat mustahil dia dapat dirinya sebagai hamba. Apabila sifat kehambaan atau rasa kehambaan itu tidak wujud di dalam hati manusia maka yang akan mengisi hati manusia adalah sifat sifat yang keji sepeti yang di atas.

Apabila manusia mempunyai sifat yang keji maka manusia akan sentiasa bermasalah. Manusia akan berkrisis, akan bergaduh, bertengkar akan jatuh dan menjatuhkan antara satu sama lain, akan bunuh membunuh dan akan berlaku peperangan. Justeru itu rosaklah kehidupan manusia, binasalah dunia,kasih saying , rosak perpaduan. Inilah di antara mereka yang tidak mendirikan solat.

Takrif solat. (Solat dari segi bahasa, dari segi syara’. Apakah pemandangan solat ini dalam hukum hukum Islam ?

Rukun Islam ada lima.

Semua rukun Islam ada dalam solat.

Kalau kita tengok, lima hukum Islam itu ada dalam solat. Takut terlupa nanti.

Mengucap dua kalimah syahadah ada dalam solat. Di sini diterangkan mengapa solat itu hebat kerana adanya hukum hukumnya.

Rukun yang ketiga zakat, puasa yang ke dua sembahyanglah sebab sembahyang, kita nak mestinya tutup aurat. Dia ibadah maliah di situ dan ada puasa, yakni tak makan, tak minum.

Dalam sembahyang ,ada makan, ada minum, ? Boleh kunyah kunyah gitu? Maknanya amalan puasa itu ada dalam solat. Haji juga ada pantang larangnya. Dalam ihram , maka kalau begitu adanya , rupanya terkumpullah rukun rukun Islam, itu dalam solat. Itu yang pertama sekali . Kita kena faham.

Sebab itu satu dialog yang di lakukan oleh Jibrail as dengan Nabi Muhammad saw yang maksudnya ‘ Allah tidak akan terima sama sekali segala ibadah bagi orang yang ‘ tarikil solah’ ( yang meninggalkan sembahyang ).

Pergi Mekah tiap tiap hari , campur umrah, buat mesjid lapan juta sepuluh juta ringgit, semuanya tergantung tak dapat apa apa bagi orang yang tak melakukan sembahyang . Kalau kita dah faham ini maka insyaAllah . Sebab itu diingatkan banyak orang sembahyang tapi tak dapat apa apa, yang dapat penat lelah sahaja. Orang yang sembahyang itu maknanya dia dah sembahyang itu, terkumpul lima rukun Islam tadi, ibaratnya kalau dia adalah kucing, di hadapan kucing itu ada ikan yang sedap tanpa orang maka kucing itu tak makan ikan. Inilah sembahyang yang macam anda…alhamdulillah.

……..dan juga perbuatan perbuatan dan perkataan perkataan yang mempunyai disiplin yang tinggi yang tersurat dan tersirat. Yang dimulai dengan takbiratul ikram serta dengan niat dan disudahi dengan salam.

Apa maknanya?

Sebab itu kalau kita tengok mungkin kita dah buat isra’ mikraj, banyak kali buat, ustaz ceramah, menyembur air liur bercakap tapi kadang kadang kefahaman kita tentang islam tidak jelas. Minta maaf sebelum masuk tajuk.

Setengah setengah orang memahami macam 4 orang buta. Dia mendefinasikan gajah yang besar. Yang seorang pegang telinga, dia kata gajah itu macam nyiru saja. Pegang ekor dia kata gajah itu macam tali saja. Pegang kaki , gajah tu panjang besar.Pegang gading dia kata macam tulang. Dia tak faham, sebab itu fahaman penting. Sebab itu israk mikraj, apa pesan Nabi Ibrahim kepada Nabi muhammad saw apabila turun dari langit ke enam?

Apa pesan nya?

“Wahai Muhammad , ada lima perkara yang cukup hebat dalam hidup. Maklumkan kepada umatmu. Ini adalah kebun syurga.”

‘Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallahuakbar’. Sebab itu bermula dengan Allah dalam hidup. Bahawa pertama dan utama mesti ‘Allahuakbar’ Apa juga tuntutan . Apa yang boleh bertentang dengan kehendak Allah dengan kehendak diri dan kehendak Allahu Akbar. Bertentang kehendak suami kerana Allahu Akbar. Tentang kehendak perut, perut kata lapar, sembahyang Jumaat dah sampai maka kehendak Allah; Allah Akbar.

Maka itu orang orang zaman dulu bila mendengar kalimah Allahuakbar~ azan, berebut dia jatuh kerana nak dapatkan saf yang pertama di depan kita. Itu kita nak dapat saf akhir, senang nak balik tengok akademi fantasia.

Kemudian diakhiri dengan salam. Umat Islam mesti selamat dunia dan selamat akhirat. Dalam sembahyang ada berapa perkara? Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh, itu yang ketiga. Yang pertama akan orang yang sembahyang akan mendapat keselamatan, keselamatan diri, keselamatan keluarga, anak , syurga dunia, alam barzakh dan alam syurga, alam akhirat.

Selamat anak, selamat mulut, bukan saja dia yang selamat, orang lain pun selamat. Ni asyik berleter.

Umat Islam mesti aslim dan taslam. Masuklah Islam , dia akan selamat. Kita belum selamat lagi. Sebab kita tak mengaji sebab itu di mulakan dengan takbiratul ikram dan diakhiri dengan salam.

Assalamuailaikum~ wa’alaikumsalam orang yang sembahyang yang pertama, dia mesti mendapat keselamatan. Dia selamat orang lain pun selamat daripada mulut fitnah. Yang ke dua warahmatulah. Orang yang sembahyang , orang Islam mesti dapat rahmat Allah.. Bukan dia saja dapat rahmat Allah. Kucing pun dapat rahmat Allah. Ada orang diazab kerana pelihara kucing. Kucing tak beri makan. Bela burung tak beri makan. Sebab itu ada pendapat ; nak bela burung, mesti dia suami isteri, suami isteri pulak, jantan betina. Dia ada nafsu tak? Ada ulamak setengahnya begitu. Pelihara ikan mesti berpasangan . Kalau kita seorang macam mana? Tak boleh tidur. Bantal pun bukan main peluk lagi. Sebab ! Warahmatullah. Ada kasih saying. Apa kasih saying? Mesti bapak, bersuami, beranak, mesti selamatkan dari api neraka.

Itu kemuncaknya. Kita dah buat belum ? Alhamdulillah. Dah buat, mudah mudahan. ‘Warahmatullah’ dapat berkat umur. Dapat berkat. Ni panjang panjang umur menghabiskan beras saja.

Oleh itu maka kita hendaklah cari nur. Cari cahaya. Nur itu adalah cahaya yang terang benderang dan akan menolong jiwa hati manusia . Kata setengah ulamak, cahaya itu adalah satu titik yang cukup bercahaya macam bateri yang memberi kuasa di hati manusia dengan cahaya itu .Menerangi itu akan menolong menerangkan dapat membezakan yang hak dan batil dan asalnya adalah taqwa.

Apa itu Nur? Antaranya nur adalah solat. Nur itu sebagai cahaya dan wudhu itu pun cahaya.

Sebenarnya dalam kehidupan kita umat Islam. Ada lima peristiwa besar yang sepatutnya kita orang Islam mengetahuinya sejarah ini , yakni lima perkara atau lima peristiwa yang besar yang berlaku kepada diri Baginda saw.

Yang pertama sekali kelahiran Baginda itu.  Kelahiran Rasulullah saw ini bermakna kelahiran Islam. Sebab baginda dilahirkan di bumi ini adalah kerana tugas mengajarkan kepada kita ugama Islam dan peristiwa kelahiran Rsaulullah ini kita peringati dengan peristiwa Maulidur Rasul .

Ini yang pertama.

Yang ke dua peristiwa di mana Rasulullah saw diangkat rasmi menjadi nabiNya. Dengan turunnya wahyu yang pertama ‘Iqra’ ‘ tatkala wahyu ini turun kalau sebelum itu Nabi Muhammad saw itu di sebut dengan Muhammad Ibn Abdullah sekarang beliau ditukar menjadi Muhammad Rasulullah.  Kemudian peristiwa yang ke tiga . di mana Rasulullah saw di Mikraj dan israk kan oleh Allah . Yang ini merupakan satu peristiwa di luar jangkaan oleh akal fikiran manusia. Malah ulamak mengatakan ini adalah termasuk mukjizat Baginda saw.

Dan peristiwa yang ke empat yakni peristiwa hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini mengingatkan kepada kita betapa Rasulullah saw boleh membentuk sebuah Negara Islam. Kemudian penghabisan yang jarang kita perasan yang mungkin tidak terlintas di hati kita ialah kewafatan Rasulullah saw yang disebutkan oleh Allah swt. Ayat ini turun di bumi bertuah Arafah pada tahun yang ke sepuluh Hijrah. 2017 di mana tatkala ayat ini turun maka menangislah Abu Bakar as Siddiq ra. Sementara jemaah yang berhimpun lebih enam ribu orang ketika itu di bumi Arafah. Semua mereka gembira konon konon nya Islam telah sempurna. Yang menangis ketika itu ialah Abu Bakar.as Siddiq ra. Sehingga Abu Bakar as Siddiq ra menjadi ejekan hadirin ketika itu. Mereka berkata , “ Wahai Abu Bakar, ini bukan masanya untuk menangis, ini masa untuk bergembira.”

Apa kata Abu Bakar ?

“ Tahukah kamu apa maksud ayat yang diturunkan oleh Allah itu, kalau Islam itu sudah sempurna, bagaikan satu bangunan yang sempurna, bangunan yang sudah siap,bangunan yang lengkap.Apakah yang berlaku sesudah bangunan itu siap ?

Contohnya Masjid Taqwa ini, sudah siap, sudah lengkap tetapi ia tidak akan bertahan lama seperti ini. Lama kelamaan ia akan mengalami perubahan dan perubahan. Apa yang berlaku sesudah itu , kata Rasulullah saw , nanti akan berlakulah di kalangan umatku yang mula mula akan tercabut dari dirinya adalah sifat sifat amanah manakala mengiringi lah sifat ke dua iaitu mereka meninggalkan solat.

Ini yang kita nak bicarakan, dari pertanyaan tadi. Bila solat ini dimulakan.

Sebab solat ini tidak hanya diperintahkan oleh Allah Ta’ala kepada umat Muhammad, malah umat sebelum umat Muhammad, perintah itu sudah diwajibkan sebab dalam bentuk syariat yang berbeza .

Bagi kita umat Islam sebelum perintah solat yang wajib lima waktu ini , sudah ada perintah solat sebenarnya. Di dalam Quran surah al Ahzat “ Allah swt menyebutkan  “ Hendaklah kamu memuja Allah itu pagi dan petang “. Sebahagian ulamak mengatakan ada solat sebelum perintah solat cuma sekarang perintah wajib, dulu di situlah mereka solat istilahnya dhuha, pagi ; petang, malam itu maknanya tahajjud. Ini kata sebahagian ulamak.

Kemudian sebahagian ulamak mengatakan yang di maksudkan as solah ad du’a , itu berbentuk doa. Jadi sebelum perintah solat yang wajib itu di fardukan oleh Allah swt sudah ada perintah solat sebenarnya tapi dalam bentuk sukarela. Maknanya nabi kita Muhammada saw , sampai beliau di Yathrib yang dulu, sekarang di kenali dengan Madinah, pada masa itu ,bumi Madinah sebelum seperti sekarang, diliputi oleh gunung ganang , pokok pokok yang menghijau. Di situlah Nabi Muhammad saw turun bertemu bersama Jibrail as dan Rasulullah saw bersolat di situ. Padahal Nabi nak Mikraj ambil perintah solat. Tapi kenapa ada solat waktu itu. Maka kata ulamak, itu adalah doa. Berdasarkan firman Allah ‘ Wasod bihu waburatoh wa asila”

Yang kedua , sesungguhnya perintah wajib solat ini sejak berlakunya 809 tahun yang lalu. Kenapa demikian? Catatan berlaku tahun ke dua sebelum hijrah yakni tepatnya tahun 621 hijrah, sekarang sudah 1430 bermakna perintah wajib solat ini sudah berjalan sejak 809 tahun yang lalu.

Kemudian sebelum perintah solat kepada Rasulullah saw , kita umat Muhammad seperti dikatakan , Allah swt , telah perintahkan solat itu kepada umat yang lain seperti umat Nabi Musa  as.

Jadi kalau kita tak solat, Nabi Muhammada saw malu kepada Allah swt. Tadi             disampaikan bahawa mereka yang tidak solat itu di hukumkan kafir. Ini betul. Tatkala itu Nabi Muhammad saw berkata kepada  Allah ketika itu “ Asyhadu’an laila haillallah” , Allah swt menjawab “ Ashadu anna Muhammadarrasulullah” ketika itu disambutlah oleh para malaikat “ allahumma solli ala Muhammad wa ‘ali Muhammad taba solaita’ala Ibrahim wa’ala alihi ibrahim wabarik a’la Muhammad wa a’li muhammad”

Dalam tahiyat kita ada sebut “ salamu’alai ka ayyuhan nabi warahmatullahiwabarakatuh” . Itu pembukaan penghargaan Allah swt kepada nabi, maka ketika itu nabi berkata “ Assalamu’ala ibadilahissolihin”

Nabi kita Muhammad saw di depan Allahsaw. Umatku, kata nabi adalah umatku yang soleh. Itu M.O.U  ditanda tangani oleh Rasulullah saw dengan Allah swt.

“Sesungguhnya umatku, ya Allah adalah hambamu yang soleh”. Kalau tak soleh bukan umatku . Di mana letak kesolehan umat Muhammad? Di atas solat inilah. Justeru kalau dia dah sanggup berpuasa boleh tinggalkan puasa kalau dia tak sanggup berpuasa , dia boleh tinggalkan  zakat  kalau dia tak sanggup berzakat, kalau dia tak sanggup berhaji, dia boleh tinggalkan haji. Solat tidak ada alasan untuk ditinggalkan.

Nah inilah dia ciri ciri umat Muhammad yang soleh.  Kesolehan umat Muhammad bergantung kepada solat dia.

Rasulullah saw menyebutkan ‘ Solat itu adalah tiang ugama.” Imam al Ghazali menyebutkan ‘ as solah roksun ibadah. Solat kata nabi tiang agama. Imam al Ghazali mengatakan , kalau kita bicara tentang tiang bangunan itu boleh tegak berdiri kerana ada tiang dia. Kalau tiangnya tidak ada , bangunan itu tidak boleh berdiri.

Jadi maknanya kekuatan Islam itu pada solat , jadi manakala tadi tidak bersolat maka kata Nabi “ Barangsiapa yang mendirikan solat bermakna dia menegakkan agama Allah. Sebaliknya barangsiapa yang meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama itu”.

Bayangkan berapa banyak umat Islam yang tidak mendirikan solat. Solat itu bermakna meruntuh dan solat itu bermakna menegak. Meruntuh lebih senang daripada membangun. Oleh itu tidak ada kekuatan umat Islam hari ini. Roh  umat Islam itu tercabut dari diri umat Islam sebab dia tidak ada hubungannya dengan Allah swt..

Yang kedua Imam Ghazali mengatakan solat itu kepala ibadah. Seseorang itu boleh hidup tanpa kaki , banyak yang di potong kakinya kerana penyakit kencing manis. Seorang itu boleh hidup tanpa tangan tetapi seorang itu tak termungkinkan hidup tanpa kepala.

Jadi maknanya orang yang tidak bersolat sama dengan tubuh yang tak ada kepala. Asalkan itu umat Islam hari ini zahirnya dia hidup tapi hatinya mati. Na’udzubillah.

Imam Ghazali mengatakan , malangnya umat Islam hari ini bagaikan bangkai bangkai. Tidak hidup sebenarnya.

Dia mati tak ada kepalanya. Bayangkan kalau kita pergi ceramah, berjalan berjumpa orang tak ada kepala, amacam? Nah, inilah yang tentu menakutkan.

Bahawa solat itu adalah pertanyaan perbuatan ibadah yang pertama ditanya oleh Allah Taala kepada kita. Manakala kata Rasulullah saw ibadat solat kamu itu diterima Allah, yang lain di terima. Jika ternyata yang ibadat solat kamu tidak diterima…itu solat yang tak diterima. Bagaimana kalau tak solat langsung? Maka ibadah lain pun tak diterima oleh Allah swt. Dalam ertikata lain, hari ini banyak orang yang suka bersedekah, tak suka bersolat, pergi haji, tak bersolat, tak payah pergi haji. Sebab kata Allah melalui lisan Rasulullah saw ‘ Solat itulah yang mula mula ditanya oleh Allah. Jika solat diterima , yang lain diterima. Solat tak terima , yang lain pun tak terima. Jadi pastikan hidup kita ini benar benar menjadi umat Muhammad. Untuk menjadi umat Muhammad pastikan kita tergolong dalam golongan ‘ Ibadilillahissolihin’ . ‘Solihin’ bermakna solat itu sendiri.

Wallahua’lam

 

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s