Takbiratul Ikram

Basmalah

Takbiratul ikram

Rukun yang ketiga setelah niat dan setelah berdiri ( bagi orang yang mampu ) , apabila kita menjatuhkan niat dan mula bertakbir, mulalah kita berada dalam solat yang kita dirikan itu.

Syarat syarat takbiratul ikram ialah yang pertama, ketika melafazkannya hendaklah ada dalam keadaan berdiri dan yang kedua nya melafazkan ketika mengadap ke arah kiblat dan yang ketiganya takbiratul ikram  ini mestilah dilakukan dalam bahasa arab.

Dia hendaklah mendengar ( dia yang dimaksudkan adalah orang yang bertakbir ratul ikram dan bukan orang yang solat kerana kemungkinan orang yang solat itu adalah orang yang bersebelahan nya yang sudah lagi tadi mengikut imam.Dia datang terkemudian;sebagai contoh ). Jadi ‘dia’ yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bertakbir ratul ikram itu , hendaklah mendengar kesemua huruf yang dilafazkan sekiranya pendengarannya di dalam keadaan normal.

“Allahu akhbar” ~ segala huruf huruf ~“alif , lam, lam, ha , hamzah , kho , ba , ro.” , itu huruf hurufnya maknanya semua huruf huruf itu dilafazkan dia boleh mendengar dengan syarat pendengarannya baik ( normal ).

Tetapi kalau pendengarannya itu k.o , tak ok, itu tak mengapa, itu dimaafkan. Maksudnya , jangan sebahagian daripada apa yang dilafazkan , dia tidak dengar, ini kita tidak perkatakan kalau pendengarannya tak o.k. Ini adalah untuk pendengaran yang o.k.

Pendengaran yang k.o dimaafkan. Pendengaran yang o.k lah yang dimaksudkan.

Maknanya semua yang dilafazkan dengan erti kata bila disebut “ Allah “ bermula dengan “ alif , lam , lam , ha ,” itu, dia dengar, tapi kalau sekiranya “~llah” atau “llah” , “A” ( alif ) , dia tak dengar ; dia sebut tapi dia tak dengar , maknanya tak cukup syarat. Ataupun “ Allahu akh~” “ bar “ nya tak dengar.

Inilah dimaksudkan dengan kesemua huruf huruf yang dilafazkannya hendaklah dia mendengarnya. Dia sendiri.

Tapi tak pelu kuat kuat lah. Maknanya orang ni, dia tahu dan dia sedar bahawa dia ni sejenis dengan orang yang seperti ‘ Pak Man Tempe ‘. Maknanya , pendengarannya tu k.o. tak berapa dengar.

“ Sound dia ada rosak “ umpamanya. Maknanya dia dah tahu macam tu , tak perlulah kuat kuat, semata mata dia sendiri nak dengar.. Umpamanya dia berjemaah, imam sudah “ Allahu akhbar “ dia di belakang pun lebih kuat daripada imam. Bila orang dengar “ eh…siapa yang jadi imam?”

Kalau orang yang macam tu , dia sendiri sedar dia tak berapa dengar, tak mengapa. Ia bermakna dengan sendirinya syarat yang ke empat ini gugur untuk orang semacam ini.

Jika pendengarannya normal jadi ia menjadi syarat yang ke 4. Kalau pendengarannya o.k . suaranya tak o.k. tak apa. Maknanya salah satu.

Ataupun hari itu dia tak ada suara. Makan durian terlebih sangat. Tak ada suara, hilang suara , tak mengapa.

Yang ke 5, . hendaklah di sertai dengan niat ketika melafazkan takbiratul ikram sebagaimana yang telah disebut.. Tidak boleh dia , setelah selesai takbiratul ikram, baru letak niat atau pun dia letakkan niat sebelum takbiratul ikram.

Kita tidak memperkatakan lain mazhab. Kita perkatakan mazhab Shafie dan menerusi kitab fiqh man haj.

Maknanya hendaklah disertakan ( di serentakkan ) . Takbir dan serentakngya disertakan dengan niat.

Bukan niat datang dulu baru takbir atau takbir dulu kemudian berniat.

Inilah 5 syarat bagi takbiratul ikram yang mana takbiratul ikram ini adalah merupakan rukun solat. Ia merupakan perkara yang harus ada.

Kalau tak ada dengan sendirinya solat itu tidak sah kerana solatnya itu, rukunnya itu kurang.

Rukun yang ke empat, membaca surat al Fatihah.

Al Fatihah merupakan rukun bagi setiap rakaat semua jenis sembahyang. Al Fatihah ini ada dalam setiap rakaat , setiap sembahyang, walaupun sembahyangnya itu tidak berakaat, iaitu solat jenazah.

Solat jenazah tak ada rakaat. Berdiri saja. Tak ada ruku’ dan tak ada sujud, namun baca fatihah pasti ada.

Sebab itu dikatakan al Fatiha merupakan rukun bagi setiap rakaat bagi semua jenis sembahyang., samada dibaca kuat, dibaca perlahan atau pun imam baca diikuti oleh makmun atau imam baca dan makmum pun ikut baca .Yang penting al Fatihah ini mesti di baca pada setiap rakaat di semua jenis sembahyang yang fardu atau yang sunat.

Dalilnya , hadis riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabada : “ Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihatil Kitab.”, yakni surah al Fatiha…Jadi perlu baca.

Basmalah….timbul isu , pendapat ulama bagi Basmalah iaitu sebutan “Bismillahir Rahmanir Rahim”

Bagi  surah al Fatiha walau pun ada bacaan yang Rasulullah saw mengamalkan dalam menambahkan sifat Allah swt. pada Bismillah.

Kadang kadang kita dengar orang memulakan wiridnya , zikirnya, atau mula nak baca al Qur’an, dia membaca “Bismillahisami il ‘alim minasyaitonnirrajim…”ada yang menambah tetapi tidak untuk al Fatihah. Maknanya al Fatiha ini tetap dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim” (1210)kita tidak boleh menambah sifat sifat Allah yang lain. Ar rahman, Ar Rahim itu juga.

Tak boleh kita katakan as Sami’, al Basir, al Muttakalimun, kita masukkan 99 nama dan sifat Allah; tidak. Tetap ar Rahman ar Rahim; itu saja. Jadi Basmallah adalah satu ayat daripadanya.

Mazhab Imam as Shafie, bukan Mazhab Shafie seluruhnya, Shafie berpendapat, Bismillahir Rahmanir Rahim adalah ayat Quran, ayat daripada surah al Fatiha dan ayat bagi setiap permulaan surah kecuali surah at Taubah ataupun Baro’ah.

Kalau kita perhatikan 114 surah dalam al Qur’an, semuanya ada permulaan “ Bismillahir Rahmanir Rahim” kecuali satu surah iaitu surah at Taubah.

Bagi Imam Shafie Bismillah adalah ayat al Qur’an, ayat daripada surah al Fatiha dan ayat daripada setiap surah.

Dalam Mazhab Shafie ada beberapa imam yang setuju dengan pendapat Imam Shafie, dua saja, tidak yang tiga. Bismillah adalah ayat al Qur’an, ayat daripada surah al Fatiha tapi bukan ayat daripada setiap surah.

Mazhab yang lain setuju yang pertama. Bismillah merupakan daripada al Qu’an Tetapi ia bukan ayat daripada surah al Fatiha dan jika bukan ayat daripada surah al Fatiha , maka Bismillah juga bukan merupakan ayat daripada setiap surah .

Mazhab yang lain setuju yang pertama, Bismillah merupakan ayat daripada al Qur’an tetapi ia bukan merupakan surah daripada al Fatiha dan juga jika bukan merupakan permulaan daripada surah, Bismillah juga bukan merupakan ayat daripada surah.

Kalau kita bermakmumkan atau kita menjadi imam sekalipun , kita dengar imam tu, dia baca Bismillah untuk al Fatiha tapi bila mana dia nak baca surah, dia tidak mulakan dengan Bismillah. Terus jangan kita katakan imam ni mazhab apa….sebab ada dalam kalangan Mazhab Shafie mengatakan Bismillah bukan daripada permulaan setiap surah tapi imam Shafie kata ‘ya’ sebab itu tradisi kita, yang bermazhab Shafie kita lihat semua.

Bila nak mulakan surah, ayat yang pertama tadi dipermulaan surah; Bismillahir Rahmanir Rahim, alif lam , mim, bermula dengan Bismillah sebab ia merupakan permulaaan.

Imam imam yang lain ataupun mazhab yang lain walaupun mereka tidak menganggap Bismillah merupakan di antara salah satu ayat daripada surah al Fatiha namun tidak bermakna mereka tidak membaca Bismillah. Mereka ada membaca Bismillah. Macam imam di Masjidil Haram misalnya, bermazhab Hambali atau mazhab Maliki. Baca Bismillah tapi Bismillah nya tak dikuatkan. Alhamdulillah dikuatkan tetapi Bismillah tidak. Bagi  membezakan ia bukan daripada surah al Fatiha sebagaimana Hambali dan sebagainya. Bukan daripada ayat daripada surah al Fatiha. Jadi ini tidak timbul masalah.

Kita bermakmum daripada di belakang imam yang bukan Shafie “ Bismillahir Rahmanir Rahim tak kedengaran, tak apa. Bila kita baca al Fatiha sendiri, kita baca, tak jadi masalah. Ita pun bila masa jadi imam , kita baca Bismillah, kita baca di setiap permulaan surah, mereka yang bermazhab lain daripada kita, mereka ikut.

Mereka tidak membatalkan solat mereka. Tidak timbul masalah.

Ditekankan di sini bahawa Basmallah adalah satu ayat daripadanya daripada surah al Fatiha.

Oleh itu tidak sah bacaan al Fatiha yang tidak dimulai dengar Bismilllahir Rahmanir Rahim. Ini Shafie.

Tidak sah sebab bagi Shafie , Bismillahir Rahmanir Rahim adalah ayat pertama dari surah al Fatiha itu sendiri.

Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Humaizah dengan sanad yang sahih daripada Ummu Salamah bahawa Nabi saw mengira Bismillahir Rahmanir Rahim sebagai satu daripadanya.

Ia mengambil huraian yang ringkas , padat dan tak mahu mempersoalkan tentang pelbagai pendapat mazhab.

Kalau memperkatakan pendapat mazhab, dirasakan tujuh lapan mukasurat berikutnya akan hanya memperkatakan tentang Bismillahir Rahmanir Rahim ini.

Kitab kitab tafsir umpamanya , kekadang bila sudah menafsirkan tentang Bismillahir Rahmanir Rahim habis satu surah al Fatiha itu ditafsirkan kemudian mereka pergi ke persoalan Bismillahir Rahmanir Rahim itu; apakah ayat daripada surah al Fatiha itu atau tidak.

Jadi ringkasnya begitulah. Ia tidak timbul isu walaupun imam kita tidak membaca Bismillahir Rahmanir Rahim atau tidak membaca Bismillah dengan kuat, kerana ini adalah pegangan masing masing.

Kita yang biasa dengan Bismillahir Rahmanir Rahim ayat satu dari surah al Fatiha.

Syarat syarat sah bacaan al Fatiha

Kalau membaca surah dengan tidak menepati syarat syarat sah bacaan al Fatiha ini boleh saja sebab surah, bacaannya adalah sunat. Tapi kalau al Fatiha tak betul , ini yang masalah.

Beberapa syarat yang mesti dipenuhi ketika membaca surah al Fatiha ini.

Pertama : Pembaca mestilah mendengar bacaannya itu, sekiranya dia mempunyai pendengaran yang biasa ( normal )

Dia mesti mendengar bacaannya itu. Maknanya dia mendengar bacaannya itu, daripada “ Bismillahir Rahmanir Rahim sampai ‘wallad do lin.” …hujung surah. Dia tak boleh hanya mendengar sebahagian ayat dan sebahagian lagi dia tidak mendengar. Syaratnya sama dengan takbiratul ikram dengan pendengarannya normal.

Yang kedua . Syarat sah bacaan al Fatiha

Bacaan mestilah secara tertib iaitu mengikut susunan ayat yang terdapat di dalam al Qur’an. Dia tak boleh mendahulukan yang kemudian dan kemudian didahulukan. Sebagaimana diriwayatkan daripada Rasulullah saw disamping meraikan ( menjaga ) makhraj ( tempat keluar huruf) dan menzahirkan bacaan bertasydid ( sabdu ) , ini di antara lain kena ada.

Ramai (maaf cakap ) , ada orang yang bila membaca al Fatiha sebagai contoh ., Bismillahir Rahmanir Rahim pada hal ‘ro’ itu, ada syaddahnya ada sabdu. Asal sabdu itu kalau dilihat, hurufnya ada dua sebab itu digantikan dengan huruf itu ,satu, di atasnya diletak syaddah atau pun sabdu di atasnya.

ar Rahman , ada dua ‘ ro ‘ . Satu baris mati, ‘ ro ‘ yang kedua baris atas. Sebab itu tak boleh kita baca Bismilahi Rahmani Rahim , mesti Bismillahir Rahmanir Rahim  walaupun tak dituntut lama lama “ rrrrRahim “, makhraj huruf pun nak kena jaga. Tak fasih , tak boleh sebut sebahagian huruf, itu, perkara kedua.

Ada orang yang dia tak boleh sebut , contohnya..di Tanah Jawa, , ramai yang tak boleh sebut ‘ha’ dengan betul. “ Alhamdulillah “  jadi  “ Alngamdulillah” nak sebut ‘ ha ‘ jadi ‘ nga “ pulak dengan

‘dal ‘ nya yang tebal.

Itu lain. Tetapi bila kita belajar , kita tahu makhraj nya begitu, Cuma bahagian menyebutnya tak dapat dengan sempurna. Maaf cakap. Ini contoh. Ada yang tak dapat menyebut ‘ ro  ‘ dengan tepat tapi tahu yang itu adalah ‘ ro ‘. Ini yang ingin dijelaskan bahawa menjaga makhraj huruf itu syarat. Mesti. Tetapi bila keluarnya lain itu tak mengapa.

Bukanlah bermakna selagi tak boleh sebut, jangan solat. Tidak !! solat…solat jugak …”ngamdu”…”ngamdu”…jugak. Tapi dia tahu yang itu adalah ‘ha ‘.

Jangankan orang kita, jangankan wak jawa…orang arab di tanah arab pun sama kerana telah terbiasa dengan bahasa mereka , dengan dialek mereka, dengan loghat mereka, ……terbawa bawa.

Berapa ramai yang saya pernah bermakmum di belakang orang arab, tapi nampak gaya gaya macam orang Badwi sikitlah.

“ ghairil maghdu bi~”, dia tak sebut’ maghdu bi ‘ sebab telo orang orang arab seperti Mesir, Arab Saudi, Yaman, ; mereka menyebut ‘do’ dengan ‘zo’~ “ gahiril maghzu bi alihim walad zholim” …astaghfirullah…aku terpaksa batalkan solat aku.

Orang Mesir, mereka dalam telo mereka, huruf ‘jim’ mereka sebut ‘ga’. “minal jin natiwannas” , mereka sebut “minal gimnatiwannas”…ini contoh…(2755)

Orang orang Sudan, orang Sudan ni pulak  terbalik di antara  ‘ghain’ dengan ‘kaf’’. Huruf ‘kaf” mereka sebut ‘ghain’ dan huruf  ‘ghain’ mereka sebut ‘ kaf ‘ sebab itu mereka selalu confuse di antara limau dengan Portugal. Sebab Portugal dalam bahasa arab ‘Burtughal’ dengan huruf ‘ghain’ tetapi mereka sebut ‘Burtukol’ , ‘Burtukol’ tu limau. Jadi sebut limau ‘Burtughal’ sebut Portugal jadi ‘Burtukol’. Terbaliklah itu.

Ini kadang kadang terbawa dalam solat.

Jadi tak dapat sebut betul,walaupun kita tahu tak sebut betul tapi lumrah. Sebab kita tahu bahawa yang ‘ro’ itu adalah ‘ro’ bukan ‘ghain’ dan ‘ha’ adalah ‘ha’ sebagai contoh.

Ini yang dinamakan iaitu ‘ meraikan ‘ makna makhraj. Sifat huruf mungkin kurang , maklumlah kita ni pagi , cari nasi lemak; nasi lemak kena dengan sambal tumis, sambal tumis lebih sedap bubuh sambal belacan..wallahu’alam …

Mana nak dapat lidah arab.

Itu sebab kadang kadang kita sebut ‘ha’, ‘alhamdu’ ; ‘ha’ itu tak sempurna. Itu tak mengapa. Walaupun kita tau di belakang kita tu ( dalam sembahyang berjemaah ) ada mantan pengadil musabaqah. Tak mengapa. Yang penting makhrajnya hendaklah dijaga. Makhraj tempat keluar huruf. Contohnya seperti ‘ ‘ain’ dengan ‘hamzah’.

Sebab itu dalam hal ini kita kena belajar.

Dan menzahirkan bacaan bacaan bertasydid, hendaklah dia melafazkan satu persatu kalimah itu dengan lafaz yang tidak mengubah maknanya.

Ini penting. Sebab ada kesilapan kesilapan yang mana kalau di salah sebut , ia berubah makna. Jangankan jauh makhraj, bab panjang dan pendek pun nak kena jaga.

Sebab kadang kadang kita panjangkan “ Innaa a’ toina kal kausar” ~ ini contoh.

“ Sesungguhnya kami ~

Tapi kalau kita pendekkan “ Inna a’toina kal kausar “

“ Sesungguhnya ~”

makna “ kami “ ~ tu dah tak ada.

Jadinya arab , dia bukan macam melayu.

“ Sayaaaaaaaa” sebutlah dengan panjangnya selama dua jam.

“ Saya “ sebutlah pendek dengan beberapa detik.

Maknanya tak berubah.

“ Saya “  tetap “saya”

Tapi loghat arab , bahasa arab tidak, panjang ;pendek ; akan berubah makna.

“ Inna “ ~ Sesungguhnya

“ Innaa “ ~ Sesungguhnya kami ( kita )

Kita lihat dalam bahasa arab, iaitu panjang perlu dipanjangkan dan pendek perlu dipendekkan.

Ini bila kita baca al Qur’an.

Lagi satu, syaddah tu…

“ Iyya kana’ budhu “

‘Hanya kepadaMu ya Allah , kami beribadah‘

Kalau kita tak zahirkan “ Iyya ka ~ “  “Iyya” ada sabdu ( syaddah ) ,

“Iya ka “ maknanya ‘nah kamu’ atau ‘ hindarilah kamu ‘ atau ‘ jauhilah kamu’.

Bukankah dah lari maknanya.

Daripada ‘ hanya kepadaMu ‘ kita menolak pula.

Jadi haruslah dijaga. Lafaz lafaznya ; panjang ; pendek ; dan sebagainya.

Sekiranya dia melafazkan dengan satu lafaz, yang tidak mempengaruhi ke sahihan maknanya al Fatiha nya tidak batal.

“ An ‘am ta “

Macam mana pun cuba , tukar , try , ulangbalik , tetap samada ‘ an ‘am ta ‘ cuba dengan sebutan untuk satu hamzah dan satu ain, tapi tak boleh juga , disebut kedua nya hamzah atau kedua duanya ain. Tapi berubah maknanya ke tidak ? Tidak. Tak ada makna apa apa yang berubah.

Jadi selagi ia tidak merubah maknanya al Fatihanya tidak batal.

Hendaklah di baca dalam bahasa arab , tidak sah dibaca terjemahannya kerana terjemahan itu bukan al Qur’an.

Sebab itu ulama mengatakan , kita tak ada wudhu pun, kalau kita pegang kitab, terjemahan al Quran tak mengapa sebab kitab itu bukan al Quran hanya terjemahan al Quran. Jadi kalau kita baca terjemahan al Quran , tidak boleh. al Fatiha atau baca terjemahan.

‘ Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang “ dengan berlagu, umpamanya nak dilagukan., tapi dalam bahasa melayu, ini tak boleh. Mesti dalam bahasa arab. Sebab al Qur’an diturunkan dalam bahasa arab.

Bacaannya mesti dibaca dan disempurnakan ketika dalam keadaan berdiri.,tidak boleh dalam keadaan ruku’.  Sekiranya dia ruku’ dalam keadaan bacaan al Fatihanya belum sempurna maka bacaan al Fatihanya batal dan wajib diulangi semula. Maknanya selama dia baca al Fatiha dari ‘ Bismillahir Rahmanir Rahim ‘ sampai ‘ walad dholin ‘ , dia mesti dalam keadaan berdiri., tidak boleh dalam keadaan ruku’.

Tetapi jika dia baca separuh Fatihanya itu, umpamanyalah, hingga sampai ‘ Iyya kana’ budhu ‘ dia berdiri, kemudian dia tak boleh lagi dah, dia tak larat dah nak berdiri, dah terketar ketar dan mungkin akan tumbang atau mungkin akan jatuh , maka dia pun sambung dalam keadaan duduk maka ianya di bolehkan.

Asalkan kita bukan berpindah rukun. Duduk tadi , dia bukan berpindah rukun sebab duduk itu ganti berdiri. Bukan berpindah bertukar rukun.

Sekiranya orang yang bersembahyang itu tidak mampu membaca al Fatiha disebabkan dia bukan orang arab maka dia boleh membaca tujuh ayat Qur’an yang lain yang dia hafaz sebagai menggantikan bacaan al Fatiha. Maknanya dia tak boleh baca surah Fatiha lalu dia gantikan dengan membaca surah yang lain., maka dibolehkan sebab ada dalam al Qur’an yang maksudnya : “ Bacalah apa yang tersurat dalam al Qur’an “

Tetapi jika dia mampu membaca al Fatiha maka dia dimestikan membaca surah al Fatiha.

Tetapi jika dia sedikit pun tidak menghafaz sedikit pun ayat al Qur’an, maka dia hendaklah berzikir kepada Allah sepanjang bacaan Fatiha dan kemudian ruku’.

Bacaan surah al Fatiha ini adalah merupakan rukun yang ke empat dalam solat yang mana kalau tak sah bacaan al Fatiha dengan sendirinya tak sah solatnya. Terbatal al Fatiha yang dibaca maka terbatal lah solatnya. Sebab itu perlu dijaga dengan baik bacaan bacaannya .

Kita di sini ,alhamdulillah, lidah kita walaupun tak fasih tapi masih fasih.

Sebagai contoh, tanyalah pengadil pengadil musabaqah  umpamanya, ysng dapat markah tertinggi dalam bahagian fasohah an tajwid adalah orang dari rantau sebelah sini. Kekadang orang arab pun kurang fasih.

Di satu universiti di luar negara ( arab ), dalam kampus , imam besar masjidnya adalah orang Indonesia, memang bacaannya , suaranya sedap, fasih pula. Alhamdulillah. Bila imam besar tak ada, ganti imam yang nombor dua, imam kecil, orang Palestin. Maknanya pihak Universiti sendiri, mengakui kefasihan orang orang sebelah sini.

Alhamdulillah, meskipun kita makan nasi lemak bersambal tumis belacan…

Wallahu’alam bissawab.

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s