Solat dari segi rohaniah

Pandangan langit

Kita telah memperkatakan perkara 3 ulas yang dahulu mengenai sembahyang yang digelar as solat yang mana kita telah mengatakan sanya sembahyang itu dengan menghadirkan hati yang benar benar bertakluk kepada Allah swt.

Kedua, sembahyang itu adalah doa yang mana doa itu tadi dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Dan dalam doa itu tadi juga bertaut dengan hati kerana hati itu adalah ibarat daging yang baik. Kalau baik , maka baiklah jasadnya dan jika daging itu tidak baik maka tidaklah baik jasadnya.

Itulah dia hati.

Solat dari segi rohaniah atau solat dari sudut kerohanian tidak ada hujungnya dan tidak ada waktu waktu tertentu. Ertinya solat kerohanian ini berterusan tidak mengenal waktu dan tidak mengenal batas. Ibarat lautan yang tidak bertepi ; hendaklah kita sentiasa jaga betul betul kerohanian, melebihi fizikal dan jasad.

Solat kerohanian ini tidak tertakluk kepada tempat dan waktu. Ertinya di mana mana saja . Apabila kita sembahyang hendaklah menghadirkan hati dan hati itu berbentuk kerohanian yang mana ini dilakukan pada setiap waktu dan setiap tempat. Tidak kira di mana dan bila. Solat ini sentiasa terus menerus dari dunia hingga ke akhirat. Solat semacam ini adalah solat yang dituntut dan solat ini adalah solat yang dilakukan oleh para nabi nabi dan rasul rasul yang mana mereka berterusan mengamalkannya dari dunia ini sehingga ke akhirat yaitu selagi mereka hidup dan selagi mereka sedar dan mengetahui akan diri mereka yang hidup ini adalah di untukkan untuk beribadat kepada Allah swt.

Masjid untuk solat ini terletak di hati . Walaupun pergi ke masjid yang biasa atau Masjidil Haram atau masjid al Aqsa atau juga masjid Medinah yang mulia mulia; walau macam mana pun itu adalah tempat tetapi solat yang utama sekali masjidnya ialah masjid di hati.

Masjidnya bukan di barat atau utara; di timur atau selatan tetapi masjidnya berada dalam jiwa kita. Berada dalam diri kita, dalam hati kita .

Itulah masjid sebenar.

Jemaahnya adalah anggota anggota bathin atau daya daya rohaniah yang berzikir dan membaca asma Allah; nama nama Allah.

Dalam bahasa alam rohaniah iaitu alam bathin.

Kita, seolah olah dalam masjid itu bersembahyang jemaah, hatinya, benar benar mengikat hati itu kepada Allah swt. Dan seolah olah hati itu adalah imam dan makmum makmum nya yang berjemaah adalah anggota anggotanya kerana segala anggota itu ialah mengikut  hati, mengikut perintah hati.Oleh yang demikian anggota anggota itu adalah diibaratkan sebagai makmum makmum bathin yang mana dengan anggota anggota tadi kita sebut nama Allah dari mula hingga akhir, bermula dengan ‘ Allahhu akhbar’ dan berakhir dengan ‘ Assalamualaikum warahmatullah’.

Itulah dia diawalkan dan diakhirkan dengan hati yang benar benar mengingat Allah swt dengan tidak ada ingat lain dan terfikir yang  lain.

Imam dalam solat ini ialah kemahuan atau keinginan yang kuat. Kiblatnya ialah Allah. Jadi imamnya adalah hati di mana dari hati ini terbitnya dan niat ini berterusan sehingga kita tahu apa niat kita. Kita tidak hanya membuat sesuatu dengan kelakuan kelakuan seperti robot, kelakuan kelakuan tidak sedar tetapi dengan niat benar benar pada hati yang betul. Kemudian kiblatnya tak lain tak bukan adalah Allah swt.

“Di mana saja kamu berpaling, kamu mengadap, di sanalah kamu mendapati zat Allah “

Jadi di mana mana sekalipun kiblat kita ialah kepada Allah. Kiblat yang kepada zahir ~ al Ka’abah di Baitullah. Itu zahir. Tapi kiblat yang rohani, yang bathin ialah Allah swt.

Di mana kita mendapati Allah Taala tadi ? Dari mana kita mengetahui kita mengadap kiblat ? Daripada niat. Daripada mana niat ini datang ? Daripada hati.

Itulah sebabnya dikatakan sembahyang yang sebenar ialah hati. Bukan lafaz yang dilafazkan , yang dilaung laungkan , diperdengarkan kepada orang lain atau kepada dirinya ; itu semua bukan tetapi adalah solat itu ialah berbentuk hati, dengan hati timbulnya niat dengan niat tadi dia mengadap, bukan mengadap saja jasadnya kepada Kaabah tetapi sebenarnya dia mengadap kepada Allah swt.

Solat demikian hanya boleh dilakukan oleh hati yang ikhlas, hati yang tidak tidur , tidak mati. Untuk mendapat solat seperti ini , solat yang berimamkan niat, solat yang bermakmumkan seluruh anggota anggota badan ,solat yang yang mengadap kepada kiblat Allah swt ialah mestilah dengan hati yang ikhlas. Hati yang ikhlas ini  maknanya memang kita bersih, ikhlas dari segala segi segi lain , semuanya harus ikhlas.

Hati dan jiwa seumpama itu , kekal sentiasa beribadat atau solat samada dalam tidur atau dalam jaga. Apabila hati benar benar bersolat , solat bukan dengan jasad, bukan dengan ucapan lidah bukan dengan ucapan yang nyaring atau seumpamanya kerana ini adalah solat yang benar benar terbit dari hatinya. Maka apabila kita lakukan solat yang sedemikian ini , jiwa kita semuanya seolah olah bersembahyang pada setiap masa.

Bahkan waktu jaga pun masuk seolah olah macam bersembahyang. Tidur pun macam bersembahyang kerana hatinya sentiasa jaga. Hatinya sentiasa menggambarkan yang dirinya berada di atas tikar sembahyang. Hatinya sentiasa menggambarkan mengadap kiblat dan kita faham kiblatnya ialah  Allah swt. Hatinya menggambarkan di masjid  kerana masjidnya itu hatinya .

Hatinya menggambarkan dia bersembahyang pada setiap waktu dengan tidak mengenal tempat dan masa kerana hatinya tadi sentiasa bersembahyang pada setiap masa.

Maka selagi hatinya hidup selagi itulah dia bersembahyanag . Ibadat hati ini ialah seluruh hayat dan seluruh hayat adalah ibadat baginya. Jadi ibadat hati ini adalah seluruh kehidupan. Selagi dia sedar, selagi dia mengerti dirinya dan mengerti ada orang lain di luar dirinya, selagi dia tahu kedudukannya maka dia terus beribadat, beribadat dan beribadat.

Firman Allah swt.” Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka itu menyembah Aku”.

Jadi kita sebagai manusia , inilah kewajipan kita. Lainlah kalau kita ini haiwan dan bukan manusia maka kita tidak diwajibkan beribadah ini.

Selagi kita manusia maka inilah kewajipan kita iaitu beribadat kepada Allah swt walaupun jasad kita terbujur tak bergerak, walaupun kaki kita sudah lumpuh tidak boleh berjalan, walaupun mata kita sudah buta tidak boleh melihat, telinga kita sudah tuli, tertutup tidak boleh mendengar tetapi hati kita tetap sembahyang dan bersembahyang kerana hati kita itulah masjidnya , hati kita itu imamnya , dan dengan berimamkan masjid kita dan imam itu , maka kita mengadap terus kepada Allah swt. Maka ibadat kita sepanjang hayat, selagi kita hidup dalam dunia dan membawa kepada akhirat. Ini adalah ibadat yang sudah sampai ke kemuncak makrifat dengan Allah swt tempat pensucian yang tertinggi dia berada di situ tanpa dirinya kerana dirinya itu sudah fana, sudah tidak ada lagi, ingatannya kepada Allah teguh, utuh, terkudus, ingatan itu hanya Allah semata mata .

Inilah ibadat orang yang benar benar mencapai makrifat , ibadat benar benar dari golongan orang orang arifin, yang tidak memikirkan kecuali Allah swt. Hatinya terus mengingati Allah , seolah olah seluruh anggotanya , seluruh badannya , bahkan seluruh benda yang dilihatnya yang terdiri dari benda benda hidup atau benda benda mati adalah di ibaratkan sudah tiada lagi , sudah hancur, sudah ranap, binasa semuanya , yang tinggal hanya Allah swt.

Inilah yang dikatakan memfanakan diri. Bukan menyiksa diri, bukan menyakitkan diri…tidak…

Tapi maknanya dia hanya berfikir dan hanya berniat menuju kepada Allah swt dengan ikhlas sehinggakan dia lupakan , habiskan semuanya, hancurkan dirinya sendiri.

Hancurkan alam sekitarnya , hancurkan kebendaan kebendaan tetapi yang ada hanyalah yang kekal adalah Allah swt.

Di situ tidak ada lagi bacaan bacaan di mulut seolah olah bacaan itu hanyalah sebagai isyarat saja. Tidak ada lagi berdiri , tidak ada lagi ruku’, tidak ada lagi sujud, tidak ada duduk antara dua sujud dan selanjutnya. Segala rukun rukun jasad tadi  atau rukun rukun yang ada dalam sembahyang tadi semuanya itu adalah sebagai rukun rukun yang pada pandangannya semacam sudah tidak ada, tapi dibuatlah, bukan sembahyang dengan hati saja, kena buatlah, setengah setengah orang salah faham, jadi sembahyang ikut hati saja,sembahyang lain, itu salah. E

Ertinya bila orang sampai ke tahap ini , dia tidak memikirkan akan keadaan keadaan anggotanya, dia sudah hanya hatinya saja yang benar benar seolah olah bila angkat takbir, hatinya yang mengangkat takbir, bila berdiri , hatinya yang berdiri, bila ruku’ hatinya yang ruku’ begitulah seterusnya. Kerana apa ? Kerana telah mengenal Allah sebenar benar makrifat.

Seperti hamba berkata kepada Allah, sesuai dengan firman Allah yang berbunyi “ Iyya kana’ budu wa iyya kanas ta’in “ . Ini bila kita berkata , bila kita membaca al Fatiha sampai kepada situ

“ Iyya kana’ budu”

~”Hanya DiKau yang kami sembah” Hanya “DiKau”…”DiKau saja.”

Siapa “DiKau”. Ialah Allah Ta’ala.

“Wa iyya kanas ta’in “

“Dan hanya DiKau yang kami mohon pertolongan”

Ertinya sudah tidak ada siapa siapa lagi. Segala benda, tangan , kaki dan semuanya sudah habis. Yang ada hanya Allah. Yang diibadatkan hanya Allah. Yang diminta akan pertolongan hanya dari Allah kerana ia benar benar hatinya tadi diniatkan kepada Allah swt.

Fiman Allah itu ditafsirkan sebagai tanda ketinggian , kesedaran insan kamil, iaitu mereka yang melalui beberapa tingkat alam, rasa dan pengalaman kerohanian dan tenggelam dalam lautan tauhid atau keesaan Allah dan berpadu dengan Allah.

Itulah penafsiran daripada “ Iyya kana’ budu wa iyya kanas ta’in” yang mana orang itu seolah olah  hanya mengadap kepada Allah Taala saja dan dialah ini yang menjadi insan kamil, insan yang sempurna , insan yang benar benar tahu dirinya insan.

Yang wajib dia beribadat dan tunduk kepada penciptanya, tak lain tak bukan ialah Allah swt, di mana insan kamil ini telah menjalani dalam hidupnya berbagai bagai pengalaman kerohanian dari satu tahap ke satu tahap yang lain sehingga dia tidak nampak yang lain kecuali Allah swt. Dia tidak mahu minta pertolongan kecuali dari Allah, dia tidak mahu melihat kecuali Allah, dia tidak mahu beribadat kecuali Allah.

Justeru seolah olah sudah berpadu dengan Allah swt.Seolah olah dia telah melekat dirinya kepada keesaan Allah Taala yang mana tiada lain yang disembah kecuali Allah.

Tiada yang diminta pertolongan kecuali Allah. Ertinya tiada yang menolong, tiada yang memberi ; segala galanya tiada ,…kecuali semuanya datang dari Allah swt.

Oleh itu tiada persembahan , kecuali persembahan itu dihadapkan kepada Allah Taala.

Nikmat yang dirasakan mereka di sini tidak dapat disalinkan ke dalam tulisan, tidak boleh digambarkan oleh penulis. Tidak boleh dicatat oleh pena pena, penulis penulis, ahi ahli falsafah, ahli ahli sejarah, tidak dapat mentintakan akan apa yang tergambar dalam diri orang seperti ini yang dirasakan oleh orang dalam dirinya hanya orang yang merasakannya sajalah yang dapat meng artikan kenikmatan itu. Ia adalah satu nikmat kerana apabila dia benar benar dalam keadaan demikian dia berada di dalam satu alam yang lain daripada lain. Alam yang luarbiasa yang mana dia lihat alam yang sentiasa manusia di hati adalah satu alam yang rendah dan menjijikan. Alam yang hina tetapi dia pula berada di satu alam yang lain.

Maka perkara ini hanya dirasakan oleh orang yang merasa dan orang yang merasakan ini tidak dapat menceritakan kepada orang lain kerana dia saja yang tahu bagaimana nikmatnya yang dia dapati dari keadaannya itu.

Namun mereka sering menutup mulut, tidak ingin membocorkan rahsia ketuhanan yang disimpan di lubuk hatinya oleh Allah swt. Dia diam tak berkata kata kerana lidahnya sudah kelu, matanya sudah kabur dan sudah buta, telinganya macam sudah pekak kerana dia hanya mau merasakan kenikmatan dan kebahgiaan bersama Allah Taala.

Bersama al Khaleq bersama Allah Taala, seolah olah inilah nikmat yang paling besar yang mana dia tidak mahu nikmat nikmat yang lain. Oleh demikian dia diam, tidak mahu berkata kata dan tidak mahu menerangkan kepada orang lain kerana ditakuti kalau menerangkan kepada orang lain akan orang lain itu salah faham dan ditakuti pula nanti akan ada bintik bintik rasa keriakkan atau riak lantas itu dia diam.

Ini adalah rahsia dirinya, antara dia dan Allah swt sahaja.

Setelah ibadat zahir dan bathin berpadu, berharmoni  dan bertekat maka sempurnalah solat seseorang itu dan ganjarannya amat besar sekali .

Bagaimana mempadukan antara jasad dan antara rohani?

Ialah dengan niat dengan benar benar niat kepada Allah Taala dengan niat di mana gambaran gambaran badannya waktu dia takbir, waktu dia ruku’, waktu dia sujud, berdiri , duduk , semuanya itu gambaran gambaran hanya jasad jasad zahir tetapi sembahyang yang sebenar adalah kepada bathinnya.

Maka dengan demikian jasad jasad yang zahir ini memberikan saja pertolongan kepada yang bathin yang mana yang utama adalah kebathinan iaitu kerohanian.

Lantas kedua duanya bersatu menjadi padu dan tempatnya yang lebih kuat adalah hati atau yang bathin iaitu rohani.

Hati dan roh yang demikian itu membawa seseorang itu hampir dan masuk ke hadrat Allah swt.

Jadi hati yang begitu bersih yang sembahyangnya ialah di i’tikatkan , di tekankan sebenar benarnya kepada keesaan Allah swt sahaja dengan kerohanian ini maka dia akan masuk ke hadrat Allah swt seolah olah berada dalam taman taman Allah swt, berada di hadapan Allah swt yang mana dia sudah tidak mempedulikan jasad jasad sendiri , apa lagi kepada orang lain atau alam sekitar atau pun kepada kelilingnya kerana dia sudah bersemadi dan bersepadu dengan Allah swt. Lantas dia masuk ke hadrat Allah Taala.

Hatinya berpadu dengan Allah Taala dan jasmaniahnya atau keduniaannya mencapai tingkat yang tinggi.

Jadi hatinya tadi sudah berpadu kepada Allah Taala maka dengan sendirinya jasad jasadnya di bawa bersama naik dari alam dunia ini. Dia sudah tidak berpijak ke dunia. Dia seolah olah berada di awang awangan . Tidak mahu memijak dunia yang hina ini tetapi dia melayang bawa sekali bersama sama nya jasad jasadnya, bawa segala apa yang ada pada dirinya di bawa oleh hatinya tadi menuju kepada Allah swt kepada satu mertabat yang tinggi. Dalam alam nyata ini dia menjadi hamba manusia yang warak dan alim.

Jadi dalam alam nyata ini, maknanya yang penting ialah hatinya, dia tidak memperdulikan rupanya atau kedudukannya , itu semua tidak dipedulikan atau tidak diiktibarkan atau tidak dianggapnya tinggi.Yang di anggapnya tinggi ialah jiwanya yang bersih dan hatinya yang murni.

Oleh yang demikian kalau dia dilihat oleh manusia adalah dia seolah olah pada pandangan manusia seorang yang alim, seorang yang warak, seorang yang menjaga dirinya supaya terus mengerjakan perkara perkara yang halal.

Itulah pandangan jasad, zahir daripada manusia tetapi itu adalah zahir yang penting adalah dalam dirinya. Zahir disamakan dengan yang bathin. Itu yang utama. Jangan hanya zahir bagus tetapi bathin tak bagus. Biarlah zahir dan bathin semuanya bagus.

Dalam alam kerohanian ini jadi ahli makrifat yang telah sampai ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah swt, apabila dia berkeadaan demikian maka dalam keadaan demikian itu adalah ditolong oleh ilmunya yang membawa dia kepada mengenal Allah swt. Lantas dia menjadi sebenar benar meng esakan Allah swt sahaja. Oleh itu dia akan dianggap sebagai orang orang yang mengenal Allah sebenarnya atau sebagai orang yang sampai ke peringkat makrifat.

Apabila sampai ke peringkat makrifat, dia sampai ke satu tingkat kesempurnaan. Bila sudah sampai ke peringkat kesempurnaan maka dia dengan Allah Taala berpadu seolah olah tidak mahu berpisah dengan Allah swt dalam segenap masa dan segenap tempat.

Sekiranya ibadat tidak bersatu dan tidak sejiwa dengan ibadat bathin maka itu belum sempurna dan belum permai. Jadi jika sekiranya kita ini masih lagi ada perbezaan di antara zahir dan bathin, masih ada perbezaan di antara rohaniah dan jasmaniah maka di anggap belum sempurna . Yang sempurna ialah mesti berpadu bersama sama seolah olah yang zahir itu bathin dan yang bathin itu zahir. Seolah olah tidak kenal lagi yang mana zahir dan yang mana bathin.

Itulah dikatakan sempurna , kalau belum lagi begitu, belum sempurna.

Kalau permai di dalam ibadat zahir sahaja maka ganjarannya adalah hanya maju dalam peringkat keduniaan iaitu dari segi pemandangan manusia saja, ianya tidak membawa seseorang itu hampir dengan Allah dan berpadu dengannya ….

wallahhu a’alam…

 

Ertinya kalau kita boleh melihatkan atau menghadapkan ibadat kita secara zahir sahaja iaitu dengan kita bersongkok, kita berkain, kita berada dalam masjid , engan warak, dengan berpegang tasbih, dengan membaca quran, dengan berzikir, dengan memperbanyakkan diri kepada masjid saja. Itu pun bagus dari segi zahir. ( 2811 )

Tetapi untuk menjadi orang itu sempurna , apabila dia betul betul sampai ke satu makrifat, dia hanya bukan itu saja, itu hanya sebagai perkara kedua, tetapi yang utama sekali ialah bathinnya , kerohaniannya , niatnya, hatinya.

Maka apabila dia dapat , hatinya menyamai kepada zahirnya , dapat rohaninya menyamai kezahirannya , yang bathin kepada zahirnya ,yang itulah dikatakan sempurna sebenarnya, ibadat yang sebenarnya, dikatakan manusia yang sempurna yang sampai ke makrifat. Dengan makrifatnya tadi dia mengangkat dirinya , mengangkat segala anggotanya  anggota jasadnya segala yang zahir tadi ke peringkat yang lebih tinggi ke hadrat Allah swt,. Itulah yang dimaksudkan di sini ibadat rohaniah.

 

Bukan mudah .Kedua duanya mesti ada. Isi kacang , kalau tak ada kulit, tak ada kacang.

Isi durian kalau tak ada kulit yang berduri itu maka tak adalah yang dipanggil durian.Jadi kedua duanya penting.

Tapi kita harus tahu hakikatnya adalah yang bathin tetapi yang bathin tadi hendaklah  mendorong yang zahir tadi tunduk kepada apa yang diperintahkan oleh Allah swt .

Itulah dia solat dari segi kerohanian.

 

Tajuk yang lain…

Solat adalah menuju kepada Allah swt.

Solat di mana ia , pada bahasa ialah doa. Pada istilahnya ialah perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Itulah solat.

Jadi kalau kita tengok solat macam itu termasuklah juga solat biasa. Solat waktu, solat sunat dan termasuk juga solat jenazah kerana solat jenazah tadi juga dimulakan dengan takbir dan di sudahi dengan salam. ( 3042 )Cuma caranya lagi berbeza. Kita menghormati jenazah dalam Islam dengan cara solat jenazah. Itu bukan perbahasan kita untuk itu.

 

Perbahasan di sini ialah solat yang kita buat. 5 waktu. Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh. 17 rakaat. Itu dia yang penting. Inilah dia solat yang dikatakan menuju kepada Allah . Jadi ibaratkan bila kita sembahyang tadi kita berjalan menuju Allah dan ibaratkan juga dengan hati kita benar benar memikirkan bahawa di hadapan kita ialah Allah swt. Ibaratkan begitu. Ini yang patut dihadirkan dalam diri kita . Hati kita apabila kita mula “ Allahu akbar”.

Sheikh Abdul Kadir Jailani “ Mendirikan solat bererti anda menuju kepada Allah, kepada pintu Allah. Itulah maknanya. Anda menuju kepada pintu Allah.

Untuk kita buka pintu tadi , sudah buka , takkan buka saja. Dibenarkan masuk, mesti punya kebenaran dari yang empunya pintu , yang punya rumah. Bila dah masuk , di situlah kita dapat kenikmatan dan kebahagiaan kerana kita berada bersama sama Allah swt.

Ia diumpamakan sebagai satu perjalanan rohani kerana semua gerak geri dikuasai oleh niat yang dilafazkan dari mula solat itu. Diibaratkan sebagai satu perjalanan . Perjalanan ini adalah  membawa kenderaan . Kenderaaannya berjalan menuju kepada Allah swt. Lantas bila berjalan dengan kenderaan tadi dan kenderaan itu ialah hati.

 

Maka daripada hati tadi terus menuju kepada Allah swt , apa yang disebut oleh lisan, pa yang digerakkan oleh badan seperti ruku’, sujud, duduk dan tahiyat dan seumpamanya. Maka semuanya itu adalah didorong oleh niat dan didorong oleh kerohanian untuk menuju ke jalan Allah swt. ( 3346 )

Lantaran itukita tak boleh melakukan sesuatu pergerakan atau ingatan yang lain selain daripada apa yang diucapkan di dalam solatitu. Oleh demikian, bila benar benar hendak menuju kepada Tuhan jangan toleh kanan, toleh kiri, dongak atas, dongak bawah, jangan pusing belakang tapi teruskan dan ingatkan betul betul segala perkataan yang dituturkan ketika bersembahyang itu adalah penuturan yang dibawa oleh hati atau dipandu oleh hati dipandu oleh kerohanian untuk terus menuju kepada Allah Taala.

Maka tidak ada lain ingatan kecuali ingatan kepada Allah , tidak ada tujuan kecuali tujuan kepada Allah .Itulah solat yang sebenarnya. Mesti berkhusyu’ , bertenang diri , menghadirkan diri, menghadirkan hati dan fikiran. Itulah solat mesti ada khusyu’nya , benar benar kita minta kepada Allah.

Itulah sebabnya adalah baik kalau solat tadi kita bukan saja membaca apa yang ada tetapi disamping itu berdoa dalam solat tadi. Doa apa saja yang kita hendak kerana kita bersama dengan Allah Taala. Kita berdepan depan dengan Allah Taala.Kita menghadapkan atau mempersembahkan ketaatan kita kepada Allah.

Jangan kosongkan diri kita bahkan kita doa setiap kali gerak kita. Selesai saja baca al Fatiha dan juga baca surah doa lah sebelum ruku’. Apa yang nak di doa ? Doalah apa pun. Jangan cakap melayulah, atau cakap India atau cakap Hindi. Semua itu jangan. Cakap arab tak apa..

 

Ruku’ doa, selain dari “ Subhanarab bikal aziim wabihamdih “ .Doalah yang lain. Lambat sikit tak mengapa. Doalah yang kita hendak,.yang kita berhajat. Doa pendek pendek saja, kemudian ulabng lagi, rakaat kedua ulang lagi dan begitu seterusnya.

Jadi dengan yang demikian , kita merasakan sentiasa diri kita bersama allah Ta’ala. Kita merasa diri kita bercakap dengan Allah Taala betul betul.Dengan berdoa setiap kali gerak.Oleh kerana kita tak tau cakap arab maka kita berdoa dalam hati.

 

Jadi kalau kita buat begitu , kita benar benar bersebati engan Allah swt. Kerana kita dalam beribadat. Allah swt tahu isi hati kita. Allah faham. Allah boleh menjawab.Allah tidak akan sia sia kan , tidak zalim kepada hambanya. Di situ akan merasa benar bena bahawa sanya kita menghayati sembahyang.

Kalau hanya begitu gituan saja, berbuat dasar saja, tidak akan merasa.Tapi kalau berdoa setiap kali gerak barulah dapat dirasakan. Setiap perpindahan rukun; berdoa, jangan tak doa.

Mesti berkhusyu’, bertenang diri dan fikiran akan tetapi kebanyakkan orang yang bersolat jasadnya saja yang tegak berdiri sebab dia tak berdoa, begitu bersahaja, habis semua rukun maka dia pun habis bersolat.

Jasadnya saja berdiri, ruku’, sujud,  disitu , sedangkan hatinya lalai dan fikirannya bercabang. Apakah itu boleh dinamakan solat?

Kalau ikut ahli sufi bukan solat itu. Zahir solatnya kerana takbir, dia ruku’ ,dia sujud, dia berdiri tapi dari segi sufi , hati yang sebenar dan dari segi solat yang betul maka ia tidak dinamakan solat.

Jadi tak dinamakan solat namanya salah…

Kerana hatinya tidak betul betul mengingati khusyu’ kepada Allah swt.

Hendak khusyu’ , setiap gerak maka berdoa. Lambat tidak mengapa. Itu Allah Taala yang berkuasa samada hendak perkenankan atau tidak.

Dengan mendirikan solat, kita telah menjalani separuh jalan menuju kepada Allah. Baru separuh. Itu pun solat yang betul. Kalau solat tak betul, tak ada niat niat yang betul, belum jadi solat lagi. Ini solat yang betul, separuh jalan menuju Allah. Di tambah puasa maka sudah hamper ke pintu Allah apabila dicukupkan dengan bersedekah maka itu telah memasuki rumah Allah. Demikian diungkapkan oleh Sheikh Kadir Jailani. Moga moga dapat di manfaatkan…

Leave a comment

Filed under Renungan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s